Misteri Bitcoin-Sistem Mata Wang Digital


Di dalam era globalisasi berteknologi tanpa batasan masa kini, kita sering digembar-gembur tentang pelbagai variasi ceritera di media sosial.Ada yang benar, ada yang rekaan untuk menjadi 'penyedap' cerita.

Sebut tentang Bitcoin, pastinya ramai dikalangan masyarakat tahu akan kewujudan mata wang ini malahan ada juga yang tidak mengetahui.
Bitcoin merupakan salah satu daripada sistem mata wang secara digital dan bukan secara fizikal.Ini bermakna ianya hanya wujud di dalam sistem sahaja.
Ada juga dikalangan penggunanya sanggup menghabiskan puluhan ribu untuk mendapatkan mata wang alam maya ini.

Disebalik kegagahan nama Bitcoin itu sendiri, ianya ada kisahnya yang unik dan menarik berkaitan pencipta sistem ini iaitu Satoshi Nakamoto.

Satoshi merupakan salah seorang tunjang utama di dalam sistem Bitcoin yang mengatasi permasalahan minor dan major di dalam pengurusan sistem ini.Sekitar tahun 2008, nama beliau memainkan peranan yang sangat besar sebagai penyelesai apa jua permasalahan Bitcoin dan sistemnya.

Namun, setelah sekian lama satu persoalan mula timbul berkenaan identiti Satoshi Nakamoto itu sendiri.

Satu per satu maklumat diperolehi sehinggakan identiti Satoshi Nakamoto itu sendiri sebenarnya adalah tidak wujud.

Ianya ada kisahnya tersendiri.






Satoshi memperkenalkan sistem Bitcoin

Walaupun sistem Bitcoin menjadikan Satoshi sebagai salah seorang daripada orang yang ke-44 terkaya di dunia dengan nilai harta sebanyak 88 billion namun tiada siapa yang dapat mengesahkan identiti Satoshi.Atau lebih mudah dikatakan sebagai Anonymous.

Di dalam anggaran 1 juta unit Bitcoin yang dimiliki olehnya namun identitinya masih menjadi misteri dan tidak dapt dirungkai sehingga kini.




Satoshi mula memperkenalkan satu sistem rekaan mata wang digital iaitu Bitcoin sekitar tahun 2008 dan melihatkan sambutan yang sangat menggalakkan dikalangan pengguna, Satoshi mula melancarkan perisian pertamanya iaitu penjana Bitcoin (Bitcoin Miner) pada 9 Januari 2009 yang dapat mencipta jaringan komunikasi diantara pengguna-pengguna perisian tersebut.

Pastinya pengguna yang masih 'mentah' dan baru berjinak-jinak di dalam Bitcoin ada pelbagai persoalan yang mahu diluahkan.Lalu Satoshi mewujudkan satu ruangan forum yang dinamakan sebagai 'Bitcointalk' dan disitulah Satoshi menjawab pelbagai persoalan dan pertanyaan pengguna-pengguna Bitcoin dengan alias Satoshi sebagai 'Satoshi'.

Bitcoin pertama di dalam dunia ketika itu adalah Blok Asas (Genesis Block) pada 3 Januari 2009 hasil penjanaan dari Satoshi sendiri.50 unit asas itu menjadi unit permulaan kepada sistem penjanaan Bitcoin yang berkekalan dipegang oleh Satoshi.



Penyerahan sistem kepada 'team' lain



Di dalam tempoh setahun selepas Bitcoin diperkenalkan kepada umum, Satoshi dikatakan bertindak sendirian bagi memperbetulkan ralat dan menambahbaik sistem dan keupayaan perisian yang direka olehnya.

Tidak lama selepas itu, Satoshi pula membenarkan mana-mana pembangun-pembangun perisian (Developer) untuk sama-sama membantu di dalam mambangunkan perisian itu.

Sehingga pada pertengahan tahun 2010, Satoshi menyerahkan kesemua kod asas dan kod keselamatan sistem itu kepada Gavin Anderssen iaitu seorang pengatur yang berkredibiliti dan hebat malahan beliau banyak mencipta kod-kod pengaturcara komputer sejak sekian lama.







Satoshi mengiktiraf Gavin sebagai Ketua Puak Perekabentuk perisian Bitcoin ketika itu.Hal ini kerana Gavin menunjukkan minatnya yang mendalam kepada sistem Bitcoin dan banyak membantu pengguna dalam menjana sendiri Bitcoin dengan pembangunan laman sesawang beliau yang dinamakan sebagai 'The Bitcoin Faucet'.

Lalu Satoshi mula menghilangkan diri selepas itu dan menyerahkan sepenuh tugas kepada pembangunan dan perkembangan sistem Bitcoin kepada Gavin Adderssen.





Gerakan mengenalpasti identiti Satoshi

Didalam biodata yang dikongsikan oleh Satoshi, beliau mengakui dirinya adalah seorang lelaki warganegara Jepun yang lahir pada 5 April 1975.

Namun begitu,siasatan oleh peminat-peminat Bitcoin mendapati waktu Satoshi kerap aktif didalam forumnya iaitu Bitcointalk sebelum beliau menghilangkan diri menunjukkan mustahil beliau berada di Jepun.

Salah satu daripada siasatan adalah mereka mendapati slanga bahasa Inggeris yang digunakan oleh Satoshi didalam pengaturan kod-kod rasmi Bitcoin dan respon daripada Satoshi menunjukkan besar kemungkinan beliau bukan warga Jepun.

Misteri ini semakin sukar dan sulit apabila penemuan seorang lelak bernama Dorian Satoshi Nakamoto pada tahun 2014.Salah seorang ahli fizik juga seorang ahli jurutera perisian yang mempunyai latar belakang yang kukuh di dalam bidang ketenteraan serta pernah bekerja melibatkan pembangunan projek-projek rahsia milik Amerika Syarikat.

Didalam satu temuramah yang dilakukan bersama Dorian, beliau mengakui telah mencipta dan membangunkan satu sistem namun telah diserahkan kepada orang lain.Kenyataan ini kemudian diambil sebagai satu pengakuan bahawa dialah pencipta Bitcoin dan peminat-peminat Bitcoin mula berkumpul di sekitar kawasan rumahnya.

Menyedari perkara itu,Dorian memperbetulkan kenyataannya bahawa sistem yang dimaksudkannya adalah berkenaan sistem militari dan bukannya berkaitan dengan sistem Bitcoin.

Walaupun begitu,kenyataan pembetulan oleh Dorian masih diragui dan sehingga kini ramai dikalangan peminat Bitcoin menyimpan syak bahawa Dorian adalah pencipta sebenar sistem Bitcoin.






Penerima transaksi pertama Bitcoin- Hal Finney

Tidak jauh jaraknya dari kediaman Dorian, seorang lagi pengaturcara yang cukup hebat bernama Hal Finney tinggal berhampiran dengan kediaman Dorian.Hal Finney memainkan peranan yang sangat penting di dalam membangunkan sistem mata wang digital sebelum kewujudan Bitcoin lagi ketika itu.

Hal Finney lahir pada 1956 bertempat di California.Beliau mempunyai kronolgi karier yang cukup panjang.Pernah menempa nama kerana hasil penciptaan konsol permainan video serta seorang aktivis siber yang cukup hebat dan besar.

Pada tahun 2004, Hal Finney merupakan individu yang pertama di dunia yang membangunkan sistem prototaip mata wang digital yang dinamakan sebagai Reusable Proof Of Work System (RPOW).

RPOW dibangunkan bagi membolehkan pengguna mencipta token yang mempunyai nilai berdasarkan rangkaian kod yang eksklusif pada kunci peribadi pengguna itu sahaja.Dengan menggunakan sistem pelayan server, pelayan (Browser) akan mendaftarkan token-token yang baru dicipta dengan kunci peribadi pengguna dan pengguna itu bebas untuk menghantar token itu kepada pengguna yang lain apabila diperlukan.

Semua rekod transaksi yang dilakukan oleh pengguna yang menggunakan token akan dipantau dan direkodkan oleh pelayan dan bertindak menguruskan pertukaran kunci ketika transaksi sedang dijalankan.

Walaupun sistem prototaip ini adalah sebahagian daripada ujikaji namun ianya ianya dikatakan memberikan impak yang sangat besar pada pembangunan sistem Bitcoin kerana Mod operasinya adalah serupa.

Pada 3 Januari 2009, Hal Finney dipilih sebagai penerima pertama transaksi Bitcoin milik Satoshi Nakamoto tanpa diketahui punca dan sebab penerimaannya.





Oleh kerana kemahiran beliau melibatkan usaha membebaskan sistem mata wang dikawal selia oleh mana-mana pihak serta pengalaman yang cukup luas, ramai yang menganggap Hal Finney adalah Satoshi Nakamoto.

Selepas 9 bulan penerimaan transaksi pertama Bitcoin, Hal Finney memainkan peranan yang cukup besar didalam membangunkan RPOW dan mempengaruhi pembangunan Bitcoin.Kemudian, Hal Finney mengumumkan beliau menghidapi penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS).

Walaubagaimanapun, penyakit yang dihidapi olehnya bukanlah satu halangan bagi Hal Finney untuk terus membantu didalam membangunkan Bitcoin sehingga beliau mula lumpuh.Pada tahun 2013, Hal Finney mula hilang keupayaan untuk bergerak bebas.


Misteri Satoshi Nakamoto

Pada awal tahun 2014, Hal Finney mengambil keputusan mendedahkan kepada media berkaitan komunikasi di antara beliau dan Satoshi Nakamoto yang dilakukan pada tahun 2009.Mereka saling bertukar idea didalam membangunkan sistem Bitcoin dan memajukan sistem mata wang digital sedia ada ketika itu.Ini melayakkan Hal Finney menerima 10 Bitcoin di dalam transaksi cubaan pertama yang berjaya dilakukan bagi mengkaji kejayaan sistem yang mereka hasilkan.Klik disini untuk melihat komunikasi itu.

Secara tidak langsung, ianya dapat menjawab persoalan punca Hal Finney dipilih sebagai penerima pertama Bitcoin di dalam dunia berikutan bantuannya kepada Satoshi Nakamoto namun ianya tetap tidak dapat menjawab teka-teki terbesar ketika ini iaitu identiti sebenar Satoshi masih di dalam lipatan dan tidak diketahui.

Hal Finney meninggal dunia pada 28 Ogos 2014.

Hal Finney mempunyai permintaan terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.Hal Finney memilih untuk dikebumukan dengan cara yang sangat berbeza.Jasadnya disejukbekukan dan disimpan di Alcor Life Extension Foundation dengan harapan satu hari nanti beliau dapat dikejutkan semula ketika penawar penyakit ALS yang dihidapi oleh beliau telah ditemui.

Namun persoalan terbesar masih lagi menjadi tanda tanya.Identiti Satoshi Nakamoto masih disimpan rapi tanpa diketahui oleh sesiapa pun sehingga kini dan nama gah ini jugalah yang menjadi individu yang bertanggungjawab sehingga Bitcoin mampu mengubah sistem mata wang dunia kini.


Kredit :
Hujan Emas Official est. 2017

0 comments: