Membina Aplikasi Android



Bagi pengguna smartphone,pasti kita sinonim dengan jenama Android kan?Android merupakan salah satu platform Sistem Operasi (OS) keluaran Google.Dan ianya digunakan oleh kebanyakan smartphone masa kini.Boleh dikatakan Android ni adalah Open Source dan anda boleh menbina aplikasi anda sendiri atau boleh dapatkan pelbagai aplikasi di Google Play Store.
Bukan sahaja Android satu-satunya OS yang wujud.Terdapat juga OS yang digunakan oleh iPhone (Apple Company) iaitu IOS.Platform yang berlainan dari Android.

Hujan Emas ingin berkongsi satu laman web yang boleh digunakan untuk anda membina aplikasi anda sendiri yang menggunakan platform Android.


Laman Web Aplikasi

Sebenarnya,terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan membina aplikasi anda sendiri seperti :



Pilih je laa nak yang mana satu.Bezanya antara berbayar atau tidak.Atau,versi percubaan (Trial Version).Kalau nak yang full,bayarlah.Semestinya anda akan memperolehi full version untuk aplikasi anda.Tak ada sebarang masalah kalau anda mahukan yang percuma (Free Version) , tetapi pastinya ada sedikit kekurangan pada versi aplikasi anda.Lain laman web,lain bayarannya,lain versi nya.Itu yang pasti.

Kesemua laman web ini menyediakan perkhidmatan ringkas dan anda tak perlu nak buat coding semua bagai.Sekadarkan masukkan maklumat yang diperlukan dan laman web tersebut akan memproses segala maklumat anda sehingga selesai.Maknanya,segala coding Java dan sebagainya akan diuruskan oleh laman web tersebut.

Nak buat sendiri juga?
Boleh tiada masalah.Pastikan anda memiliki pengetahuan yang tinggi tentang JavaScript,Layout Interframe,SQL Database,Framework dan macam-macam lagi.
Dan kemudian anda boleh menguji pengetahuan anda di Google Apps Maker.

Tiada masalah untuk mencuba kan?Tiada masalah untuk gagal sebab kegagalan adalah guru yang terbaik dalam mengajar kita.Kalau gagal,cuba lagi.







AppsGeyser


Salah satu platform yang Hujan Emas gunakan untuk membina apps ialah AppsGeyser.
Dimana aplikasi yang boleh dibina bagi mereka yang baru belajar dan diperingkat permulaan untuk membina aplikasi pertama.

Hasil aplikasi nampak simple dan tak crowded.Pembinaannya juga tidaklah terlalu rumit.Sangat sesuai bagi mereka untuk menghasilkan aplikasi pertama sebagai permulaan.Hujan Emas menggunakan laman web AppsGeyser untuk membina aplikasi "HujanEmasInfo" yang boleh didapati dan dimuat turun di ruangan Apps.

Penghasilannya tidaklah rumit dan tidak memerlukan daya pemikiran yang kompleks.Sekadar memasukkan segala maklumat yang diperlukan sahaja sehingga selesai.

Hujan Emas akan berkongsikan tentang laman web AppsGeyser ini dan cara pembinaan aplikasi anda.


Pembinaan Aplikasi di AppsGeyser

Sekiranya anda masuk ke laman utama AppsGeyser,paparan utama adalah seperti dibawah.Disini apa yang anda perlu lakukan ialah mendaftar (Register / Sign Up) terlebih dahulu.







Anda boleh mulakan dengan click pada "Create Now For Free".Laman web AppsGeyser akan meminta anda mulakan pembinaan aplikasi dengan memasukkan segala maklumat yang diperlukan dahulu.Senang kata,bina aplikasi dulu,baru daftar (Sign Up).






Selepas anda click pada "Create Now For Free",AppsGeyser akan memaparkan paparan seperti diatas.Disini,anda perlu memilih kategori aplikasi anda.Untuk pilihan kesemuanya,click pada tab "All" untuk melihat kesemua pilihan kategori.

Perlu diingatkan,setiap kategori yang berlainan,tetapannya juga berlainan.Anda perlu mengikut setiap arahan yang diberikan bagi membolehkan aplikasi anda berfungsi dengan baik.

Sebagai contoh,kita membuat aplikasi untuk Blog.Anda perlu cari dan click pada kategori "Blog".






Selepas anda click pada kategori pilihan anda,AppsGeyser akan memaparkan paparan seperti diatas.Bergantung kepada pilihan kategori anda.

Seperti contoh tadi,kita membina aplikasi "Blog".Seterusnya click pada "Next" untuk meneruskan pembinaan aplikasi.Diruangan sebelah kanan akan dipaparkan "Preview".Maknanya,setelah aplikasi anda siap,begitulah rupanya nanti apabila anda telah siap install di phone anda.





Selepas itu,isikan segala maklumat yang diperlukan oleh AppsGeyser bergantung kepada pilihan kategori aplikasi anda.

Untuk kategori "Blog",paparan seperti diatas akan diminta oleh AppsGeyser.Isikan maklumat seperti paparan diatas dan setelah selesai click pada "Next"




Setiap aplikasi pasti ada namanya tersendiri.Seperti aplikasi Hujan Emas,kami menggunakan nama "HujanEmasInfo" sebagai nama aplikasi kami.

Anda perlu memasukkan nama aplikasi anda seperti rajah diatas dan click pada "Next"




Kemudian,AppsGeyser akan meminta anda memasukkan butiran (Description) tentang aplikasi anda.Ceritakan serba ringkas tentang aplikasi anda didalam ruangan yang disediakan.Sila rujuk pada rajah diatas.
Setelah selesai,click pada "Next"



Kemudian,anda perlu memasukkan icon aplikasi anda.

Sekiranya anda memilih icon yang telah AppsGeyser tetapkan (Default) , tandakan pada "Default Icon" dan click pada "Next" seperti rajah diatas.

 Dan sekiranya anda memiliki icon anda sendiri,tandakan pada "Custom Icon" dan ikuti turutan rajah seperti dibawah :









Muat naik (Upload) icon pilihan anda sendiri , kecilkan (Crop) sekiranya anda mahu dan click pada "Submit".
Dan click pada "Next" setelah selesai memuat naik icon anda.



Dan,setelah semua maklumat telah selesai,click "Create" untuk mula membina aplikasi anda.



Selepas anda click pada "Create" tadi,anda perlu daftar (Sign Up) atau Log Masuk (Log In) pada AppsGeyser untuk membuat tetapan (Setting and Configure).

Sekiranya anda belum mempunyai akaun AppsGeyser,isikan maklumat di tab "Register" dan click "Sign Up" untuk mula mendaftar.Rujuk rajah di atas.



Dan sekiranya anda telah mempunyai akaun AppsGeyser,click pada tab "Sign In" dan masukkan maklumat yang diperlukan seperti e-mail dan password.Dan click pada "Sign In"

Apabila sudah sampai ke peringkat ini,aplikasi anda sudah siap sedia untuk digunakan.Sekiranya anda ada nak buat sedikit perubahan tetapan (Setting),anda boleh masuk ke papan utama (Dashboard) ruangan aplikasi anda.


Tetapan Dashboard Aplikasi

Di ruangan Dashboard aplikasi ini,disinilah tetapan yang anda boleh buat sebarang perubahan tentang aplikasi anda.Bermula dari tetapan warna sehingga ke tahap paparan (Publish).



Rajah diatas adalah contoh ruangan Dashboard apabila aplikasi anda sudah siap sedia untuk digunakan.Ruangan sebelah kiri merupakan Tab Setting yang anda boleh gunakan pada fungsi yang berbeza-beza.

  • Dashboard : Ruangan utama
  • Promotion : Promosi yang dilakukan oleh AppsGeyser.
  • Publish : Ruangan platform yang anda boleh pilih untuk publish kan aplikasi anda
  • Monetize : AppsGeyser menunjukkan cara bagaimana anda boleh menjana wang dengan menggunakan aplikasi anda.
  • Statistic : Statistic dimana carta aplikasi anda dimuat turun.
  • Edit : Ruangan Tetapan untuk aplikasi anda.Disini lah anda boleh menetapkan pelbagai tetapan untuk aplikasi anda.
  • Backup : Simpan segala data aplikasi anda termasuk nama,description dan tetapan lain.
  • Push : Appsgeyser menggunakan Third-Party Website untuk mempromosikan aplikasi anda.
  • Features : Tambahan baru (Update) yang dibuat oleh anda ke atas aplikasi anda.Sekiranya tiada sebarang pembaharuan,ruangan ini akan kosong (blank).
  • My Info : Maklumat tentang anda.
Diruangan ini juga,anda boleh melakukan pelbagai tetapan untuk aplikasi anda.Ketika ini,aplikasi anda sudah siap sedia untuk dimuat turun.



Muat turun Aplikasi

Bagaimana kita nak tahu aplikasi kita berfungsi sekiranya tidak dimuat turun dan tidak dicuba?
Sekarang anda perlu memuat turun aplikasi anda.Aplikasi anda akan dimuat turun dalam bentuk fail .APK iaitu sejenis format file yang boleh dibaca oleh OS Android.



Masuk ke ruangan "Dashboard" dan anda akan dapat melihat pelbagai pilihana seperti rajah di atas.Perhatikan QR Code di sebelah kanan atas.Click pada "Download".






Aplikasi anda akan diproses terlebih dahulu.Apabila selesai diproses,butang Download berbentuk bulat dibahagian bawah akan terpapar.Click pada butang Download itu.

Dan,aplikasi anda akan terus di muat turun ke dalam komputer anda.



Aplikasi anda yang sudah siap di muat turun akan tersimpan di dalam komputer anda.
Langkah terakhir,pindah kan file .APK itu ke dalam smartphone anda dan pasangkan (Install).

Aplikasi anda sudah sedia untuk digunakan.Sebaiknya anda gunakan dahulu aplikasi anda dan uji sendiri.Barulah kita tahu apa kelemahan dan kebaikan aplikasi yang kita hasilkan tadi.Pengguna pertama dan pengguna kedua biasanya akan digelar sebagai Beta Tester.

Dan aplikasi yang baru anda lancarkan pada peringkat permulaan ini biasa dipanggil Beta Version.Senang kata,yang ada nama Beta tu adalah percubaan.


Publish di Google Play Store

Pasti kita seronok dan excited sebab kita dapat menghasilkan aplikasi kita sendiri.Dan tak sah rasanya kalau kita tak publish di Play Store kan?

Anda boleh publish aplikasi anda di Play Store untuk kegunaan ramai.Mudah saja.
Click pada ruangan "Dashboard" tadi dan perhatikan logo Play Store disebelah kiri atas.Click pada "Publish".

Dan kemudian,anda lengkapkan segala maklumat dan arahan yang diminta oleh AppsGeyser.






Sekarang,isikan segala maklumat dan ikut arahan yang dipaparkan oleh AppsGeyser sehinggalah finish.

Oh ya,sebelum terlupa.Untuk anda publish aplikasi anda di Google Play Store,anda perlu membuat pembayaran kepada Google untuk Google publish kan aplikasi anda.

Sekiranya tidak,anda boleh memuat turun sahaja fail .APK ke dalam smartphone anda.Mudah kan?

Mungkin prosesnya agak panjang,tetapi tidak begitu rumit terutama pada mereka yang baru merangkak belajar untuk membina aplikasi sendiri.Sekiranya anda mempunyai ruangan laman web lain untuk membina aplikasi anda sendiri,itu terpulang kepada anda.

Hujan Emas sekadar berkongsi kepada pembaca untuk membina aplikasi anda sendiri menggunakan laman web AppsGeyser.Selamat mencuba.


Kredit :



Hujan Emas : Pada zaman serba canggih,teknologi semakin memudahkan manusia dalam urusan seharian.Banyak aplikasi dan pelbagai produk teknologi tinggi (Hi-tech) semakin terhasil mengikut arus zaman termasuk lah telefon pintar (Smartphone).Tapi ingat,kalau telefon tu lagi pintar dari penggunanya sendiri,campak longkang je smartphone tu.

Comments