Kasut BATA - Jenama Kasut Import?


Siapa yang tidak mengenali jenama ini.Sememangnya jenama BATA ini begitu popular di kalangan masyarakat kita.Malahan kebanyakan antara kita menganggap jenama BATA ini adalah jenama 'local' atau buatan tempatan.

Tahukah anda,jenama BATA ini bukanlah buatan tempatan tetapi jenama dari luar negara?
Sebenarnya , BATA adalah sebuah syarikat pengeluar kasut terkenal dan terbesar di Eropah satu ketika dahulu.Bukan itu sahaja,BATA juga pernah menjadi satu pengeluar kasut utama di Eropah sehinggalah kini.

Jenama Bata mengeluarkan kasut pertama hasil rekaan mereka iaitu The Botavka.Rekaan yang 'simple' , lebih bergaya dan ringan oleh Bata.Boleh dikatakan ini adalah produk rekaan Bata yang pertama untuk percubaan di dalam industri kasut.



Bermulanya perniagaan BATA

BATA atau nama syarikatnya The T. & A. Bata Shoes Company diasaskan oleh tiga (3) beradik iaitu Tomas , Anna dan Antonin Bata.Mereka bertiga merupakan generasi ke lapan (8) di dalam pembuat kasut keluarga Bata yang beroperasi di kawasan luar bandar Zlin , Czechoslovakia.Mereka jugalah yang mengubah sistem operasi pembuatan kasut Bata secara tradisional daripada seorang penukang kepada sepuluh (10) penukang.



Pada tahun 1897 , Bata mula memperkenalkan kaedah pengeluaran menggunakan mesin stim atau tenaga mesin yang dipacu oleh wap.Oleh kerana Bata memperkenalkan mesin yang canggih pada ketika itu , Bata mula dikenali dan menjadi pesat membangun.Bata juga menjadi pengeluar kasut yang utama dan berskala besar di kawasan Eropah.

Sehingga pada tahun 1899 , Bata telah membuka sebuah kedai pertama miliknya di Zlin dan mula beroperasi pada tahun yang sama.


Bukan itu sahaja malahan terdapat beberapa perubahan logo Bata daripada tahun 1894 sehingga 1924.Daripada logo asal Czech , Tomas dan Antonin Bata membuat beberapa perubahan pada logo milik Bata dari semasa ke semasa.Perubahan logo itu dimasukkan beberapa elemen yang melambangkan kualiti , keselesaan dan inovasi.

Malahan,jenama BATA juga turut diterjemahkan kepada 14 bahasa bagi mendekatkan diri kepada pengguna supaya lebih mempercayai kualiti keluaran kasut Bata.


Bata terus melakar nama dan berkembang dengan pesat sebagai pengeluar kasut yang utama.Pada tahun 1905 , Bata mampu menghasilkan sehingga 2,200 pasang kasut sehari. dan pada tahun 1912 , Bata mempunyai kakitangan yang cukup ramai sehingga mencecah 500 orang pekerja.

Bata juga meluaskan legasinya ke beberapa buah lagi cawangan di Prague , Liberec , Vienna , Pilsen dan banyak lagi.

Selain daripada kilang pembuatan,Bata juga turut menyediakan rumah , sekolah , hospital dan pelbagai lagi utiliti utama untuk kesemua pekerjanya.Bukan itu sahaja,Bata juga menyediakan pusat hiburan untuk pekerjanya seperti panggung wayang dan kolam renang untuk kegunaan riadah pekerjanya.

Bata membuka penempatan itu untuk pekerjanya bagi menangani isu ekonomi mata wang Czecholovakia yang menjunam jatuh sehingga 75% akibat Perang Dunia Pertama.Permintaan kasut menjadi berkurangan sehingga menyebabkan pengeluaran terpaksa dihentikan.

Tomas Bata bijak menangani isu tersebut.Beliau menurunkan harga kasut keluarannya sehingga separuh harga dan Tomas Bata juga telah berbincang bersama pekerjanya untuk dikurangkan gaji mereka sebanyak 40%.Oleh kerana itu Bata membina penempatan untuk pekerjanya sebagai galang ganti kepada pemotongan gaji tersebut.Apa yang menarik,kesemua pekerjanya menikmati gaya kehidupan yang diberikan oleh Bata secara percuma.

Penempatan itulah yang dinamakan sebagai Bataville.Kakitangan Bata yang meneruskan kehidupan di dalam Bataville lebih sinonim digelar 'Batamen' sehinggalah menjelang tahun 1923,Bata mempunyai 112 cawangan.




Bata bijak memberikan ekspresi terbaik imej syarikatnya.Bata membina bangunan pencakar langitnya sendiri yang setinggi 77.5 meter (254 kaki) sebagai bangunan pejabat utama Bata.Bangunan itu menjadi bangunan pejabat ke-21 di Zlin,Czecholovakia dan merupakan bangunan ke-2 tertinggi di Eropah sewaktu pembinaannya ketika itu.

Bahan utama yang digunakan seperti konkrit , batu , besi dan kaca menjadikan bangunan Bata ini menempatkan diri menjadi salah satu mercu tanda seni bina abad ke-20.

Salah satu fasiliti yang menarik di dalam bangunan ini adalah penggunaan lif pejabat yang pertama digunakan iaitu lif berkenaan membolehkan pengasasnya,Tomas Bata bergerak dari satu aras ke aras yang lain tanpa meninggalkan meja pejabatnya.



Bata tidak berhenti hanya sekadar di Bataville sahaja.Bata meluaskan penempatannya menjadi berskala lebih besar.Bata membina jalan raya dan terusan untuk menghantar pesanan kasutnya.

Pengangkutan seperti kapal terbang , bot , lori turut digunakan untuk memastikan pesanan kasut dapat dipenuhi di seluruh kawasan jajahannya.

Bandar Bata dibina berdasarkan model bangunan di Bataville yang terletak di seluruh dunia seperti Batadorp,Belanda , Batovany,Slovakia , Batov,Republik Czech , Bata Park,Switzerland , Bataville,Perancis , Batawa,Kanada , Batapur,Pakistan dan beberapa lagi bandar Bata yang terdapat diseluruh dunia.Ia juga termasuklah sebuah kilang di Maryland,Amerika Syarikat.

Bata tetap meneruskan pengeluarkan kasutnya diseluruh dunia walaupun pengangkutan yang diperlukan adalah motosikal , unta dan van.Bata tidak akan berhenti menghantar pesanan kasutnya.





Pada tahun 1935,pengeluaran Bata mencecah 168,000 pasang kasut setiap hari dan pada tahun 1938,Bata memiliki pekerja seramai 65,000 orang pekerja berbanding 10 tahun yang lalu.Peningkatan sebanyak 8,300 orang pekerja.




Bata tidak berhenti daripada mengeluarkan kasut miliknya.Daripada Austria sehingga Zambia,setiap cawangan kedai Bata mengikut konsep daripada Bata sendiri yang mengutamakan kualiti produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik.Setiap rekaan dalaman dan luaran cawangan kedai Bata mengikut spesifikasi Bata bagi menjanjikan keselesaan pelanggan Bata.

Pada 1938,cawangan Bata meluas sehingga ke 30 buah negara , memiliki 5,300 cawangan sekitar Eropah , Asia dan Amerika dan Bata mampu menjual sebanyak 60 million pasang kasut dalam setahun.


Demi memastikan pengguna tetap setia dengan keluaran kasut Bata,Bata menggunakan teknik pemasaran menggunakan iklan dan poster.Sesetengah iklan Bata yang begitu popular ialah pada tahun 1940-an sehingga 1950-an.Iklan Bata pada tahun itu menjadi popular kerana teknik pengiklanan dimanipulasi dengan baik oleh pereka iklan dengan menggunakan teknik "Plakatstil' atau teknik poster di German.Teknik ini mengutamakan penggunaan tulisan tebal , warna yang sekata dan kedudukan yang 'simple' yang akan mempengaruhi perhatian pelanggan untuk fokus pada satu mesej sahaja iaitu 'Kasut BATA'.

      

Teknik pengiklanan Bata tidak berhenti disitu.Bata telah menggunakan peralatannya sendiri untuk membuat satu video iklan untuk mempromosikan produk kasut Bata dan Bata juga mempunyai studionya tersendiri untuk tujuan pengiklanan.


Jurugambar Itali,Oliviero Toscani merupakan tulang belakang kepada pengiklanan Bata di Benetton pada tahun 1992 di dalam satu kempen di Eropah iaitu di 'Facce di Bata'.

Bata terus meluaskan jajahan takluknya ke seluruh dunia melalui pengiklanan poster dan pengiklanan video.Poster yang direka oleh Herbert Leupin memperkenalkan Bata di setiap negara yang mempunyai cawangan Bata.


    


Ketika Tomas Bata berusia 56 tahun pada tahun 1932,beliau terlibat dalam nahas kapal terbang yang meragut nyawanya di Lapangan Terbang Zlin sekaligus mengakibatkan Tomas Bata terbunuh.Secara tidak langsungnya,legasi Bata diwariskan kepada adik tirinya,Jan Antonin dan anaknya Thomas John Bata.



Pada kejadian Perang Dunia ke-2 pula,Jan Antonin melarikan diri ke Amerika selepas Czechoslovakia ditawan oleh German.Jan Antonin menjadi sasaran Amerika dan British kerana berurusan dengan Pakatan Paksi dan Jan Antonin melarikan diri ke Brazil pada tahun 1941.

Selepas peperangan berakhir,pihak kerajaan Czechoslovakia menuduh Jan Antonin  sebagai pembelot kerana tidak menyokong tentangan anti-Nazi dan beliau dijatuhi hukuman 15 tahun penjara.Bertambah teruk lagi ,segala aset Bata dirampas oleh kerajaan Czechoslovakia , Jerman Timur , Poland dan Yugoslavia.

Manakala Thomas John Bata pula dihantar oleh Jan Antonin ke Kanada untuk menjadi Naib Presiden Bata di Kanada.

Thomas John Bata

Kejatuhan syarikat Bata semakin teruk.Tetapi Bata tidak berputus asa dan dibina semula di Kanada dan mengembangkan legasinya ke Asia , Timur Tengah dan Amerika Latin.Ketika itu Ibu Pejabat Bata dipindahkan ke Ontario , Kanada pada tahun 1964 dan sekali Ibu Pejabat Bata dipindahkan ke New York pada tahun 1965.


Jenama Bata semakin kukuh dipersada antara bangsa yang disambung legasinya oleh Thomas John Bata sehingga dianggarkan dapat menjual lebih daripada 1 juta pasang kasut sehari dengan jumlah pekerja lebih daripada 30,000 orang  dan beroperasi lebih daripada 90 buah negara.Jenama Bata mula bertapak di Malaysia pada tahun 1935 yang beroperasi di Klang,Selangor manakala di Singapura terdapat lebih daripada 40 buah cawangan Bata.

Penglibatan Bata di dalam industri fabrik kasut membuatkan Bata menjadi lebih berpengalaman dalam pembuatan kasut.Pelbagai jenis produk jenama Bata mula dikeluarkan seperti Bata Comfit,Kasut Selesa , Ambassador,Kasut Klasik Lelaki , North Star,Kasut Ala Bandar , Marie Claire,Kasut Wanita , Bubblegummers,Kasut Kanak-Kanak , Safari,Kasut Padang Pasir , Power,Kasut Sukan , Patapata,Selipar , Verlon,Kasut Sekolah , B-First,Kasut Sekolah , Bata Industrials,Kasut Keselamatan , B.First,Kasut Sukan dan pelbagai lagi jenama dikeluarkan oleh Bata.


Semakin gah dipersada dunia,jenama Bata semakin melakari namanya sendiri sehingga salah seorang pemain bola keranjang "Hall of Fame" , Earvin Magic Johnson melibatkan diri dengan kariernya dengan menggunakan kasut Wilson keluaran produk Bata.

Tidak berhenti di situ,Bata juga pernah menjadi penaja rasmi Piala Dunia 1986 yang berlangsung di Mexico dan penaja rasmi serta penaja kasut di Piala Dunia Kriket ICC 1987 serta menjadi penaja Eliseo Salazar pada tahun 1980 yang menjuarai Kejohanan Formula 1 Aurora.



Penyanyi kumpulan Nirvana ,Kurt Kobain yang ketika dahulu begitu popular juga pernah menggayakan kasut Bata iaitu Bata Hotshot.Bukan itu sahaja,seorang Supermodel dan pelakon daripada Perancis,Laetitia Casta juga pernah mengenakan kasut produk Bata iaitu Bata Tennis.




Pada tahun 2014,Bata mengeluarkan satu produk kasut lelaki khas sempena ulang tahun hari lahir Thomas John Bata yang ke-100.Kasut yang diberi nama "The One" menjanjikan keselesaan , kualiti terbaik dan elegen.


Bata mensasarkan matlamat mereka untuk 13 dekad pada akan datang.Bata mendahului carta kedudukan di dalam industri kasut.Pada masa kini,Bata mempunyai Pusat Inovasi Kasut Bata Professional yang beroperasi di seluruh cawangan Bata di seluruh dunia.Pusat ini dioperasikan dengan matlamat untuk menyambung legasi Bata dan mengekalkan kualiti pengeluaran kasut Bata.Dalam pada masa yang sama,pusat ini juga mengkaji pelbagai jenis fabrik dan material baru yang akan diguna pakai di dalam pengeluaran kasut Bata disamping penerapan teknologi yang tinggi dan mengekalkan konsep Bata yang sedia ada.



Jenama Bata semakin dikenali.Bata pernah dinobatkan di dalam Guiness World Record pada tahun 2004 di dalam Pengeluaran dan Penjualan Kasut Terpanjang Di Dunia.


Pada tahun 2015,Bata melancarkan semula produk kasut Bata Tennis Klasik 1936 sempena ulang tahun ke-120 syarikat Bata.Penghasilannya dinaik taraf yang didatangkan dengan material yang lebih baik dan paling penting ianya adalah edisi khas.

Tidak kiralah seberapa panjang legasi Bata sekali pun,kata-kata azimat dari Tomas Bata menjadi panduan buat pemilik dan kakitangan syarikat Bata.

Semasa Tomas Bata masih hidup,beliau menerapkan motivasi terbaik dalam mengoperasikan syarikatnya.Di dalam mengoperasikan kilang kasut,ianya bukanlah hak milik sendiri dan bukannya melambangkan kekayaan tetapi ianya melambangkan kepercayaan masyarakat kepada Bata.

Kerana itulah kualiti produk Bata sentiasa terjaga dan berkualiti tinggi sehingga kini.



Kredit :


 Hujan Emas : Contoh motivasi terbaik telah ditunjukkan oleh Tomas Bata,pemilik syarikat BATA iaitu tidak menganggap syarikatnya satu lambang kekayaan tetapi ia melambangkan kepercayaan masyarakat terhadapnya dalam industri pembuatan kasut.Itu motivasi terbaik supaya kita sentiasa merendah diri dan tidak mendongak ke langit.Baru kaya sedikit dah tak kenal tanah.Nampak langit saja.

1 comments:

Sarbanun binti Ali said...

Hai..mcm mna nak buka kedai kasut bata di beaufort sabah