PRIVASI DAN POLISI




Kami di Hujan Emas amat menitik beratkan tentang Privasi dan Polisi.Hujan Emas menghasilkan artikel-artikel yang dipetik dari sumber yang pelbagai dan artikel yang dipilih merupakan satu ilmu baru dan kesedaran kepada masyarakat sejagat.


Oleh kerana artikel di Hujan Emas dipetik dari sumber yang pelbagai,kami meletakkan kredit (sumber) di bawah setiap artikel yang dipaparkan di Hujan Emas bagi melindungi hak cipta pemilik data.Dan kami mengambil alternatif bagi melindungi kandungan artikel kami sekaligus melindungi kredit (sumber) daripada ianya diubahsuai oleh pihak ketiga.Kami melumpuhkan sistem Right-Click dan Highlight-Selection pada mana-mana ruangan artikel kami mahupun laman utama.

Sekiranya anda pembaca baru laman blog Hujan Emas kami, ini bermakna secara tidak langsung anda membenarkan pihak kami meletakkan cookies pada aplikasi peranti dan pelayar anda.Cookies ini bertujuan untuk memudahkan kami mengenalpasti statistik kiraan pembaca kami dan melancarkan aliran trafik data laman blog kami bagi kesan yang lebih baik.

Namun,pihak Hujan Emas tidak akan sekali-kali mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga untuk apa jua keadaan sekalipun tanpa pengetahuan dan keizinan dari anda.Ini adalah polisi kami selaras dengan perlembaaan perlindungan data Malaysia iaitu Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).



Segala artikel yang terdapat di dalam Hujan Emas terdiri daripada beberapa Label yang telah disusun mengikut kategori seperti Agama,Informasi,Kesihatan dan lain-lain.

Oleh itu,artikel yang dipaparkan tidak ada perkaitan langsung dengan yang masih hidup atau yang telah tiada.

Artikel ini juga bertujuan untuk mendidik daya pemikiran masyarakat supaya lebih terbuka luas dan bukan berada ditampuk yang lama.Segala ilmu dan pemahaman yang ada di dalam Hujan Emas ini boleh dikongsikan bersama dan itulah yang sebaik-baiknya.



Sekiranya ada sebarang ketidakpuas hati terhadap mana-mana artikel di dalam Hujan Emas,sila hubungi kami di Contact atau email kan kepada kami di hujanemas.nl@gmail.com

Hujan Emas akan memberikan maklum balas secepat yang mungkin dan maklum balas dari kami adalah melalui email.


Dan sekiranya sebarang ketidakpuas hati dilemparkan ke dalam mana-mana komen di dalam artikel ini,Hujan Emas akan menganggap komen tersebut adalah spam dan akan diabaikan.Dan sekiranya keterlaluan,Hujan Emas tidak teragak-agak untuk mengetengahkan kepada pihak berkuasa.



Data dan segala maklumat anda kepada Hujan Emas adalah rahsia.Pihak Hujan Emas tidak akan berkongsi dengan mana-mana pihak berkaitan data dan maklumat pembaca.Ini bagi mengelakkan data peribadi anda disalahgunakan oleh pihak ketiga untuk apa-apa tujuan.Kami melindungi data peribadi anda.



Artikel di dalam Hujan Emas ini dikemaskini dari semasa ke semasa.Untuk makluman,segala artikel di dalam Hujan Emas merupakan bahan ilmiah dan semua artikel yang dipaparkan bebas dari sebarang pengaruh ataupun propaganda.