Skill Propaganda Pengeluar Produk Untuk "Memperdaya" Pengguna



Seringkali kita melihat pelbagai lambakan produk-produk yang berada di pasaran sama ada di import ataupun tempatan.Namun tahukah anda, bahawa mereka ada skill dan kaedah pemasaran mereka tersendiri? Ada sesetengah mereka mengatakan barangan mereka adalah asli dan "Original".Boleh dikatakan tahan lama.Namun, ada juga sesetengah daripada mereka hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir sahaja.


Syarikat-syarikat korporat dan gah sering kali menggunakan teknik pengiklanan, strategi pemasaran dan pelbagai skill serta kempen untuk menarik minat pengguna supaya tertarik kepada produk mereka sekaligus tanpa berfikir dua kali untuk pengguna terus membeli produk mereka.

Secara jujurnya, teknik ini tiada ada apa-apa masalah kerana ini juga tergolong didalam teknik pemasaran yang "dibenarkan'.

Namun begitu, ada sesetengah diantara mereka terfikir untuk mencari alternatif bagi memanipulasi pengguna dengan mengolah maklumat-maklumat palsu berkaitan produk mereka sehingga menjadi maklumat yang tepat.Ini kerana desakan untuk bersaing dan mendapat sambutan dikalangan pengguna sekaligus menerajui persaingan pasaran.




LABEL "GENUINE" YANG MEMPERDAYA

YANG KITA PERCAYA :
Label "genuine leather" pada barangan berasaskan kulit digunakan untuk meyakinkan pengguna bahawa ianya produk yang sangat berkualiti dan keasliannya tidak dapat disangkal.Ini adalah produk yang benar-benar "Original".

HAKIKATNYA :
Ya.Memang benar ianya produk yang tulen dan produk itu semesti berkualiti selaras dengan perkataan "genuine" itu sendiri tetapi kulit yang digunakan adalah pada tahap kualiti yang paling rendah.




Kebiasaannya produk berasaskan kulit ini boleh digredkan kepada tiga (3) peringkat :
  • Genuine Leather
  • Top-Grain Leather
  • Full-Grain Leather
Barangan kulit seperti beg,kasut,dompet dan lain-lain, cop "Genuine Leather" amat mudah untuk dijumpai terutama di gedung-gedung besar komplek membeli-belah dan pasaraya malahan harganya juga boleh kita katakan mampu milik.

Kualiti kulit jenis ini hakikatnya adalah terdiri daripada beberapa lapisan kulit berkualiti rendah yang dilekatkan bersama dan diwarnakan agar kelihatan elegen dan menarik.Lapisan-lapisan kulit ini adalah sisa-sisa lebihan kulit yang berkualiti tinggi yang dicabut dan dikoyakkan.



Kulit Full-Grain pula adalah kulit asal tanpa bulu yang berada pada tahap kualiti tertinggi iaitu lengkap dengan tekstur asalnya yang kasar dan boleh dikatakan agak tidak menarik penampilannya.Kebiasaannya kulit ini lebih kepada penggunaan produk yang tahan lasak dan kuat seperti tali pinggang dan sarung senjata namun ianya masih diguna pakai pada produk kulit yang lain.


Kulit Top-Grain pula pada peringkat pertengahan dari segi kualiti dan harganya.Kulit jenis ini kebiasaannya digunakan pada produk aksesori seperti dompet dan beg tangan.Kulit jenis ini terhasil selepas kulit Full-Grain dibuang dan lebihan.Ianya akan dilicinkan bahagian atas kulit dan menambahkan tekstur palsu serta kulit ini juga akan dirawat dan diwarnakan.

Selain itu, terdapat juga jenis-jenis kulit yang lain seperti :
  • Bonded Leather (Kulit Campuran)
  • Patent Leather (Kulit Kilat)
  • Corrected Leather (Kulit Yang Diperbaiki)
Kesemua jenis kulit ini adalah tergolong dibawah kulit yang berkualiti rendah hasil daripada kulit Full-Grain.






PIRAMID MAKANAN PADA LABEL


YANG KITA PERCAYA :
Piramid makanan menunjukkan gambarajah kuantiti makanan harian yang sepatutnya kita ambil setiap hari untuk mendapatkan diet yang seimbang.

HAKIKATNYA :
Piramid makanan ini diubahsuai bagi memberikan kelebihan kepada pengeluar produk makanan bijirin dan industri pemakanan.




Piramid makanan mula-mula diterbitkan di Sweden pada tahun 1974 kerana pada ketika itu harga makanan ruji yang tinggi.Jadi, piramid makanan mula diterbitkan bagi memberikan rakyat pengetahuan tentang makanan asas yang berkhasiat dan murah disamping pengambilan makanan sampingan yang dapat melengkapkan keperluan nutrisi harian yang diperlukan oleh tubuh badan.

Piramid makanan yang sama juga diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1992 oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat dengan menyarankan pengambilan karbohidrat diantara 50% hingga 75% daripada jumlah sukatan hidangan.

Namun, piramid makanan tersebut dikatakan mendapat kritikan hebat kerana terlalu menekankan pengambilan karbohidrat yang cukup tinggi sekali gus tidak mengendahkan kepentingan lemak-lemak baik didalam makanan seperti makanan laut, kekacang, minyak zaitun dan buah avokado.

Pihak USDA juga dikatakan telah mempengaruhi industri makanan dan pertanian terutamanya syarikat-syarikat tenusu.Ini kerana produk tenusu dikatakan kelihatan begitu jelas dinyatakan di dalam piramid makanan sehingga ramai dikalangan rakyat percaya bahawa mereka perlu minum lebih banyak susu setiap hari walhal pada masa yang sama ramai juga dikalangan individu yang alah kepada laktosa.


Pada tahun 2005 pula, piramid makanan tersebut telah diubah menjadi MyPiramid yang menyarankan aktiviti fizikal dan juga mengurangkan pengambilan makanan bijirin kepada nisbah 23% sahaja.

Pada bulan Jun 2011, panduan nutrisi baru iaitu MyPlate mula diperkenalkan dan mula diterima oleh rakyat serta dilabelkan penambahbaikan sistem nutrisi dengan mencadangkan konsep "Suku-Suku-Separuh".Konsep ini terdiri daripada suku bahagian pinggan mengandungi bijirin, suku bahagian pinggan pula mengandungi protien dan separuh pinggan dipenuhi oleh sayuran dan buah-buahan.




AIR TENAGA DAN BERVITAMIN


YANG KITA PERCAYA :
Air bervitamin akan menyihatkan dan memberikan lebih banyak nutrisi kepada tubuh badan.

HAKIKATNYA :
Ianya cuma air gula beperisa dengan kadar kandungan gula sekitar 33gram (128 kalori) iaitu bersamaan dengan mana-mana minuman ringan.Bezanya ianya cuma ditambah dengan kandungan vitamin sintetik sahaja.






Ianya dilancarkan pada tahun 2000, GlacĂ©au VitaminWater dikeluarkan oleh sebuah syarikat subsidiari Coca-Cola.Ianya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan selepas berjaya 'memenuhi' nutrisi diantara minuman ringan dan air biasa.

Menurut Energy Brands, minuman ini menyasarkan kepada individu dewasa yang mahukan minuman yang mempunyai kalori yang lebih rendah daripada soda disamping dapat menghidratkan serta menambah nutrisi kepada tubuh badan.

Pada tahun 2008, VitaminWater berjaya menerima anugerah "Shonky" (Shonky lebih merujuk kepada tidak jujur dan tidak boleh diharap.Ianya adalah sebutan didalam slangan Australia). Anugerah itu diberikan daripada sebuah organisasi kepenggunaan Australia iaitu Choice.

Menurut Choice, walaupun air itu digambarkan sebagai "sihat", namun setiap botol minuman itu mengandungi hampir satu per tiga (1/3) saranan pengambilan gula harian bagi wanita dewasa dan setiap satunya hanya mengandungi kurang daripada 1% jus buah-buahan.


Pada tahun 2011 pula, Badan Kelulusan Pengiklanan United Kingdom telah mengharamkan iklan musim panas VitaminWater yang digambarkan ianya sebagai minuman "berkhasiat". Iklan ini dilaporkan sebagai satu iklan yang mengelirukan kerana setiap 500ml air itu mengandungi 23gram kandungan gula.




MASALAH RAMBUT BERCABANG?


YANG KITA PERCAYA :
Penggunaan produk khas seperti syampu dan perapi rambut dengan kandungan bahan rawatan rambut bercabang boleh menyelesaikan masalah ini.

HAKIKATNYA :
Apabila rambut bercabang, rambut anda sebenarnya telah rosak dan ianya adalah rosak kekal dan tidak boleh dirawat.Ianya boleh diatasi dengan memotong sedikit bahagian hujung rambut yang bercabang (trimming).




Antara punca utama yang menyebabkan masalah rambut bercabang ialah penggunaan haba ketika menggayakan rambut, terdedah kepada panahan matahari terik, penggunaan bahan kimia yang berlebihan ketika melalui produk rambut ataupun menguraikan rambut berpintal secara kasar.

Hal ini akan menyebabkan lapisan luar rambut (kutikel) akan menjadi rosak dan menyebabkan bahagian tengah rambut akan terdedah kepada kerosakan yang lain.

Kerosakan hujung rambut (rambut bercabang) boleh diatasi dengan cara yang mudah dan menjimatkan iaitu dengan penjagaan berkala dan rapi.Anda boleh memotong sedikit bahagian hujung rambut yang bercabang (trimming) sahaja.

Pelbagai produk dipasaran yang mendakwa produknya mampu mengatasi masalah rambut bercabang hanyalah propaganda sahaja untuk melariskan jualan produknya.Hakikatnya, tiada sebarang produk yang boleh membaiki msalah rambut bercabang.



MAKANAN DI DALAM TIN

YANG KITA PERCAYA :
Anda tidak boleh makan makanan di dalam tin telah tamat tempoh.Bahaya!

HAKIKATNYA :
Makanan di dalam tin boleh bertahan selama bertahun malahan berdekad lamanya selagi ianya tidak kembung,kemek atau rosak yang menjejaskan kandungan di dalamnya.





Secara dasarnya, makanan di dalam tin adalah selamat untuk dimakan walaupun telah melebihi tarikh tamat tempoh kerana tin ini adalah kedap udara dan makanan di dalamnya juga tidak akan rosak dan tidak terdedah kepada persekitaran luaran yang menyebabkannya ia rosak.

Walaubagaimanapun, keadaan fizikal tin itu perlulah diperiksa dengan teliti terlebih dahulu.Sekiranya fizikal tin itu telah kembung, berkarat, bocor, kemek teruk, rosak sehingga menjejaskan kandungan di dalamnya, elakkan daripada memakan makanan yang ada di dalam tin tersebut.Makanan bertin juga perlu disimpan di bawah suhu bilik dan tidak boleh dibekukan serta tidak terdedah kepada cuaca panas.

Bagi makanan dan susu formua bayi, ELAKKAN daripada memberi kepada bayi makanan yang telah tamat tempoh untuk mengelakkan daripada sebarang kemungkinan bahaya atau mungkin keracunan.Kebanyakkan produk makanan bayi berasas tenusu yang cepat dan mudah rosak.






PELEKAT WARANTI

YANG KITA PERCAYA :
Anda akan kehilangan waranti jika anda mencabut atau merosakkan pelekat yang bertulis "Warranty void if seal is broken".

HAKIKATNYA :
Jika anda berada di negara Amerika Syarikat, Akta Waranti Magnuson-Moss 1975 telah mengharamkan mana-mana perniagaan meletakkan syarat waranti yang menghalang pengguna daripada membuka atau membaiki peranti mereka.




Akta ini digunapakai untuk melindungi hak kepenggunaan kesemua pengguna produk peranti bernilai melebihi 15 dollar.Ia melarang mana-mana syarikat daripada "mengikat" pengguna dengan meletakkan syarat pelekat waranti tersebut.Ianya seolah-olah memaksa pengguna tersebut menggunakan perkhidmatan dan alat ganti mereka sahaja.Kaedah ini sebenarnya membantu pihak pengeluar untuk memonopoli industri pembaikian.

Di Malaysia, sekiranya anda tidak mempunyai kad waranti, anda masih dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang mempunyai jaminan tersirat melalui Bahagian V dan VI (Seksyen 30 hingga 49). Undang-undang ini memberikan jaminan pada kesemua produk secara automatik yang dipanggil sebagai "Implied Warranty".Ini bermakna kesemua produk yang dijual didalam negara perlu mempunyai kualiti yang setaraf dengan waranti dan jangka hayat yang munasabah.

Sekiranya pihak penjual atau pengeluar enggan menerima laporan anda untuk membaiki atau menggantikan produk yang rosak tersebut kepada produk yang baru, pengguna boleh terus membuat aduan kepada NCCC dan membawa kes tersebut ke Tribunal Pengguna Malaysia.





Walaupun pelbagai kaedah yang boleh digunakan didalam teknik pemasaran, namun tidakkan kurang baik sekiranya terselit amalan "menipu" dan "manipulasi" pemikiran pengguna.Sebagai pengeluar produk mahupun penjual, amalkan sikap jujur didalam jualan serta memberikan maklumat lengkap berkaitan maklumat produk yang anda jualkan.Kan lebih molek begitu.


Kredit :





Hujan Emas Official Est. 2017

0 comments: