FAQ



Q : Apa itu Hujan Emas?
A : Hujan Emas merupakan sebuah laman blog yang memaparkan artikel-artikel ilmiah untuk menambah pengetahuan am , ilmu-ilmu baru dan info-info menarik yang bertujuan mendidik daya pemikiran masyarakat yang lebih jauh.


Q : Adakah Hujan Emas ini daripada Blogspot?
A : Ya.Blog ini dihasilkan di atas platform Blogspot dan diberikan URL unik untuk memudahkan capaian pembaca.


Q : Adakah Hujan Emas memiliki URL yang lain selain .blogspot.my?
A : Tidak.Buat masa ini, kami kekal dengan penggunaan laman URL Blogspot bagi memudahkan pemantauan laman blog kami. Hujan Emas.


Q : Sejak bila platform Hujan Emas ni mula dibangunkan semula?
A : Platform Hujan Emas ini mula dibangunkan semula sejak Mac 2017.Namun aktiviti kemaskini data platform blog ini sudah bermula sejak pada tahun 2011.


Q : Berapa ramaikah penulis artikel Hujan Emas?
A : Setakat dikemaskini pada December 2018,penulis artikel Hujan Emas hanya lima (5) orang sahaja.Hujan Emas akan menambah bilangan penulis dari semasa ke semasa dan akan dikemaskini.


Q : Bolehkah saya menjadi penulis di Hujan Emas sebagai hobi?
A : Ya.Itulah yang sebaiknya kerana platform Hujan Emas ini diwujudkan bagi memupuk sifat membaca dan menambah pengetahuan am disamping dapat dijadikan hobi ketika masa lapang.


Q : Adakah topik yang dikupas oleh penulis itu bebas atau tertakluk kepada satu-satu topik sahaja?
A : Penulis bebas untuk menulis sebarang topik artikel di dalam Hujan Emas.Walau bagaimanapun,semua artikel yang dihasilkan haruslah tidak berkaitan langsung dengan sebarang propaganda,hasutan,ugutan,pengaruh dan sebarang perkara yang negatif dan mendatangkan mudarat.


Q : Adakah saya boleh berkongsi artikel di Hujan Emas?
A : Ya.Sebagai pembaca yang ingin menyampaikan sesuatu yang baik,kami amat menggalakkan anda untuk berkongsi mana-mana artikel kami di mana-mana platform anda seperti Facebook,Twitter dan lain-lain.Tidak ada sebarang sekatan.


Q : Bolehkah saya menjadi penulis artikel di Hujan Emas?
A : Ya.Kami di Hujan Emas amat mengalu-alukan sebarang penyertaan anda untuk menjadi penulis artikel di Hujan Emas.Namun harus diingatkan,setiap artikel yang dihasilkan akan ditapis oleh Admin Hujan Emas walaupun anda sudah memaparkan artikel anda.Anda boleh klik disini untuk mengetahui lebih lanjut.


Q : Bagaimana saya boleh menghubungi Hujan Emas?
A : Anda boleh hubungi Hujan Emas dengan klik pada ruangan Contact atau terus sahaja email kepada kami hujanemas.nl@gmail.com .Isikan segala maklumat anda dan pesanan anda.Kami akan memberikan maklum balas secepat yang mungkin selewat-lewatnya 48 jam.Kami akan memberi maklum balas melalui email.


Q : Bagaimana saya ingin berkongsi mana-mana artikel?
A : Anda boleh berkongsi mana-mana artikel di dalam Hujan Emas ini dengan klik pada ikon Share button di sebelah atas kanan setiap artikel.
Anda akan diberi beberapa pilihan medium perkongsian seperti 'Get Link','Facebook','Pinterest' dan lain-lain.


Q : Adakah Hujan Emas mempunyai akaun Facebook atau Twitter?
A : Ya.Hujan Emas mempunyai laman Facebook dan Twitter rasmi.
Klik Facebook untuk terus ke laman Facebook kami.
Klik Twitter untuk laman Twitter kami.


Q : Adakah laman blog Hujan Emas memasang cookies pada peranti pelayar saya?
A : Ya.Sekiranya anda merupakan pelayar baru pada laman blog kami,secara tidak langsung anda memberi keizinan untuk pihak kami memasang cookies pada peranti pelayar anda.Anda boleh merujuk kepada Privasi dan Polisi kami untuk maklumat lanjut.



Q : Bolehkah Hujan Emas menerbitkan artikel pilihan saya sendiri?
A : Ya.Kami di Hujan Emas menerima idea dan pandangan daripada anda untuk menerbitkan artikel ilmiah, mempromosikan perniagaan, aktiviti dan apa sahaja idea anda untuk dijadikan bahan artikel di dalam Hujan Emas.Namun, penerbitan artikel perlulah selaras dan sejajar dengan panduan polisi kami.Anda boleh klik pada page REQUEST ARTICLE dan isikan maklumat lengkap anda serta idea-idea anda kepada kami.


Q : Saya terlihat seperti Banner di laman utama yang menunjukkan Next Article.Apakah itu?
A : Paparan Banner di laman utama Hujan Emas merupakan satu Announcement Board bagi mengumumkan sebarang pertukaran atau perubahan pada kandungan laman kami terutamanya tarikh pengumuman penerbitan artikel yang baru.
Secara dasarnya, anda boleh klik terus pada banner itu untuk terus ke page Announcement Board atau anda boleh klik disini Announcement Board.


Q : Apa itu Hujan Emas Academy? Adakah ianya berbeza dengan Hujan Emas?
A : Hujan Emas merupakan platform induk kami di dalam mengetengahkan kesemua jenis artikel ilmiah. Hujan Emas Academy pula sebahagian dari cabangan pasukan Hujan Emas.

-Lazimnya kami membahagikan kepada 2 pasukan.Tugas-tugas khas kepada Technical and Development Team (TnD) untuk mengurus tadbir perkara berkaitan dengan isu IT laman blog kami dan pasukan kedua adalah Article and Research Team (AnR) dimana tugasannya adalah terdiri daripada kajian menyeluruh berkaitan artikel agar selaras dengan garis panduan polisi kami.Untuk maklumat lanjut, layari Our Team


Q : Hujan Emas Academy ada blog sendiri yang berasingan?
A : Tidak.Hujan Emas Academy merupakan pasukan khas yang ditubuhkan pada awal Januari 2019 bagi melancarkan proses penerbitan artikel dan pengendalian laman blog kami mengikut tugasan yang telah ditetapkan.


Q : Dari manakah Hujan Emas mendapatkan artikel?
A : Hujan Emas mendapatkan artikel dari pelbagai sumber dan pelbagai laman web.Sekiranya kami mendapatkan bahan ilmiah dari satu-satu sumber, kami akan meletakkan Kredit pada bahagian bawah artikel sebagai penghargaan kepada sumber ilmiah.Sumber ilmiah yang kami kreditkan layak mendapat penghargaan dari kami sebagai tanda terima kasih bagi berkongsi bahan ilmiah.


Q : Adakah artikel yang dipetik oleh Hujan Emas dari laman web lain telah diubahsuai?
A : Hujan Emas tidak mengubahsuai apa-apa isi kandungan dari petikan artikel malahan Hujan Emas menambahbaik kandungan artikel tersebut dengan membuat beberapa semakan dan kajian dari sumber yang pelbagai. Pihak Hujan Emas juga tidak meniru sepenuhnya gaya penyampaian dari segi ayat di dalam menerbitkan artikel. Kami akan mengolah semula kandungan dan ayat artikel tersebut namun Kredit tetap akan diberikan kepada laman web rujukan artikel itu.