SIRI ANIMASI YANG CUKUP LEGEND!

 


Pada zaman sekarang ni, banyak siri-siri animasi yang boleh kita katakan cukup hebat dengan teknologi animasinya seperti Boboiboy, Agen Ali, Upin dan Ipin, Omar dan Hana, Didi and Friend dan banyak lagi lah. Tapi korang kena tahu sebelum wujudnya siri dan teknologi animasi yang korang nampak sekarang ni, ada juga siri-siri animasi yang kita boleh labelkan sebagai legend! Terutama pada mereka yang lahir pada tahun-tahun 90-an. Siri animasi ni memang confirm akan mengamit kenangan childhood korang.

Teknologi dulu bukannya macam sekarang. Kalau korang nak compare kan animasi dulu dengan sekarang memang jauh beza lah tapi apa yang korang tak akan dapat beli dan compare adalah childhood memory pada zaman tu.

Mereka yang lahir pada tahun 90-an biasanya sempat juga lah tonton animasi ni yang bukan sehebat sekarang tapi kalau tak ada animasi dulu, mana mungkin akan ada animasi yang hebat-hebat macam sekarang, kan?

Apa yang kita list kan dekat sini mungkin sebahagian dari animasi yang korang sempat tonton dulu. Mungkin ada lagi animasi-animasi yang tak termasuk dalam list sebab kalau nak masukkan semua memang panjang berjela lah artikel ni.

Dan kalau korang nak tengok animasi-animasi legend ni, korang just cari je di Youtube. Cepat dan mudah. Paling penting, ianya akan dapat menggamit kenangan masa kecil korang. Rasa macam nak ulang masa semula tapi tu lah. Ianya adalah mustahil. Yang tinggal hanyalah kenangan (tiba-tiba).




Cuba cakap, siapa yang tak tahu tentang siri animasi Anak-anak Sidek? Rata-rata ramai yang tahu tentang kisah lagenda 5 beradik ni di dalam sukan kegemaran mereka iaitu badminton. Animasi

Anak-anak Sidek merupakan sebuah komik autobiografi jaguh badminton negara hasil dari karya Kumpulan Pelukis J.A.S Sdn Bhd dimana karya ini merupakan karya sulung mereka berkonsepkan biografi pertama yang diterbitkan di Malaysia sekitar tahun 1995 hingga 2005. Jejak 10 tahun.

Apa yang perlu korang tahu ialah Anak-anak Sidek berdasarkan kisah benar mengenai keluarga pemain badminton negara iaitu keluarga Sidek. Paling mengagumkan, komik ini pernah diulang cetak beberapa kali kerana menerima permintaan yang sangat tinggi dari pembaca pada waktu tu.

Terdapat juga siri animasinya dengan judul yang sama telah disiarkan di RTM selama 3 musim dan sebanyak 39 episod bermula pada tahun 1999 hingga 2003. Menariknya, kesemua anak-anak Sidek kecual Razif menjadi ahli lembaga pengarah dan penerbit eksekutif bagi kedua-dua komik dan animasi ini. Legend, kan?




Ini satu lagi siri animasi yang bertemakan super hero, Keluang Man. Siri animasi ini merupakan sebuah siri animasi yang disiarkan melalui siaran TV1 bermula pada tahun 1996 sehingga 1998. Watak-watak di dalam siri ini diilhamkan oleh Kamn Ismail dengan perbincangan bersama pasukan pengasasnya pada Jun 1997. Mereka mahukan watak Adiwira Negara pada ketika itu.

Secara keseluruhannya, Keluang Man mempunyai 30 episod yang diterbitkan oleh UAS Animation (M) Sdn Bhd dan ditayangkan semula di saluran TV9 pada tahun 2008.

Menariknya, Keluang Man merupakan siri animasi pertama yang berjaya menggabung teknik 2D pada watak dan 3D pada latar belakangnya kerana mengalami kesukaran untuk menghasilkan gerakan pada watak kepada 3D menyebabkan Kamn Ismail menggabungkan kedua-dua teknik ini. Janganlah korang comparekan dengan zaman sekarang yang penuh berteknologi.

Keluang Man mengisahkan seorang pemuda bernama Borhan yang menetap di Hospital Bahagia Tumpoi sebenarnya merupakan seorang pembela dan super hero iaitu Keluang Man.

Tiong Man pula adalah pembantu atau side kick bagi Keluang Man. Mana larat nak buat kerja sorang-sorang. Mereka berdua banyak membantu pihak polis dengan menumpaskan musuh-musuh sebelum kehadiran pihak polis yang diselia oleh Inspektor Sahab. Tapi memang dua karakter ni sering kali menjadi sebutan. Keluang Man dan Inspektor Sahab. Inspektor tu dah bersara dah sekarang.




Usop Sontorian juga tidak ketinggalan di dalam senarai ini. Siri animasi ini mula disiarkan di RTM bermula pada tahun 1996 sehingga 1998. Ianya direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Picture Sdn Bhd.

Kalau korang perasan, siri animasi Usop Sontorian ni di adaptasi daripada watak yang dicipta oleh kartunis Ujang yang dimuatkan di dalam majalah legend, Ujang dan mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Record sebagai "Siri animasi pertama di Malaysia".

Siri animasi ni juga telah disiarkan di beberapa buah negara di seluruh dunia dan siri ini disiarkan semula di TV9 pada tahun 2009. Ingat senang ke nak catat nama dalam Malaysian Book of Record. Kalau korang kata senang, buat dulu kita tengok. Baru boleh cerita senang ke susah.

Siri animasi Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang menetap di Kampung Parit Sonto yang lokasinya terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Usop tinggal bersama ibu bapanya di kampung itu. Kisah yang paling common kita akan nampak dalam siri ini adalah kakaknya gemar menyuruh Usop pergi ke kedai untuk membeli asam boi dan abangnya pula sering kali berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Memang syok lah duduk dalam situasi kampung macam ni, kan. Usop pula mempunyai beberapa orang rakannya seperti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Paling legend ialah ayam peliharaan Usop yang bernama Selebet. Zaman sekarang ada lagi tak yang menamakan ayam peliharaan macam tu. Cukup legend lah.




Siri animasi Frootees ni pun tersenarai di dalam antara siri animasi yang cukup legend bagi mereka yang lahir pada tahun 90-an. Mana korang yang sempat tengok siri animasi ni memang korang akan lazim dengan nama-nama karakter di dalam siri animasi ni yang menggunakan nama buah-buahan tempatan kita seperti durian, rambutan, duku dan banyak lagi.

Sebenarkan kami tidak mendapat banyak informasi tentang siri animasi ini, jadi kita just review sahaja lah. Kalau korang nak tengok macam mana siri animasi Frootees ni, korang boleh search sahaja di Youtube

Siri animasi Frootees ini pun sering kali menjadi kegemaran kanak-kanak pada zaman itu. Mungkin sebab warna-warna pada karakter tu pun nampak menarik dan colorful. Ada merah, hijau, kuning, ungu dan macam-macam warna lagi. So, animasi ni memang tak dinafikan memang nampak menarik dan sesuai untuk kanak-kanak pada zaman itu. Termasuklah penulis pun layan juga cerita tu.

Tak ketinggalan juga, siri animasi Frootees ni pun memperkenalkan tentang jenis-jenis buah-buahan tempatan yang ada di Malaysia. Sekurang-kurangnya sesiapa yang menonton siri animasi ringan ini kenal juga lah nama-nama buah-buahan tempatan kita. Kot lah kalau ada di antara korang nak tengok opening song dia yang legend tu, korang boleh lah klik Frootees ni.




Korang jangan terkeliru dengan siri Kampung Girl atau Kampung People kerana kedua-dua itu adalah siri siaran drama. Tetapi siri Kampung Boy adalah siri animasi yang cukup legend. Siri ini dihasilkan oleh Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat yang berdasarkan kisah tentang pengalaman seorang kanak-kanak lelaki yang membesar di Perak sekitar tahun 1950-an dahulu. Pada awalnya, buku Kampung Boy merupakan kesinambungan dari Town Boy yang telah dicetak semula berulang kali di dalam mahupun di luar negara. Pada tahun 1994, Kampung Boy : Yesterday and Today pula dihasilkan.

Siri animasi The Kampung Boy pula bermula pada tahun 1995 dengan tempoh 4 tahun untuk disiapkan dan paling gempak, ianya melibatkan usaha antarabangsa yang melibatkan syarikat-syarikat di negara Malaysia, Filipina dan Amerika Syarikat. Siri animasi ini juga menampilkan tema yang menumpukan kepada cara kehidupan tradisional.



Itu adalah antara siri animasi yang yang cukup popular pada suatu ketika dahulu sebelum wujudnya animasi-animasi yang gempak yang korang tonton pada masa sekarang. Pendek kata, kalau tak ada yang dulu, tak akan wujud yang sekarang. 

Cuma kita tak boleh compare kan teknologi dan hasil karya dahulu dengan yang sekarang. Kalau korang nak compare kan siri animasi Agen Ali dengan siri animasi Keluang Man, confirm lah jauh beza dari segi teknologi animasinya tetapi kalau yang dulu tidak ada, animasi apa lagi yang di hasilkan oleh Malaysia sekarang.

Sebenarnya banyak siri-siri animasi yang cukup legend yang mungkin tidak ada di dalam senarai ini sebab kalau nak diceritakan semuanya memang tak akan cukup artikel ini. Apa-apa pun, korang boleh cari di internet yang memang confirm macam-macam yang korang boleh jumpa. Yang penting, siri animasi legend ini betul-betul menggamit kenangan pada zaman kanak-kanak dahulu. Pada korang yang mungkin tak sempat tengok animasi ni, cari sahaja di Youtube. Mesti ada!

Kalau korang ada pandangan, cadangan atau persoalan, korang boleh usulkan pada kami di ruangan komen atau terus berhubung dengan kami di email hujanemas.nl@gmail.com

Salam bertemu lagi dari kami Hujan Emas #STAYSAFE

Kredit :

0 comments: