Taj Mahal merupakan salah satu daripada bangunan yang begitu unik sehinggakan ia dikategorikan di dalam 7 Keajaiban Dunia.Sekali pandang nampak macam biasa je.Tetapi ia mempunyai sejarah dan keajaibannya tersendiri.
Salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia
Mana mungkin bangunan yang dilabel sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia ini mempunyai sejarah dan struktur yang biasa.Semestinya ia dibina dengan kualiti yang begitu tinggi dan ketelitian yang sangat halus.
Taj Mahal telah dibina pada zaman Shah Jahan pada tahun 1631.Pembinaannya adalah sebagai memperingati kematian isterinya,Mumtaz Mahal.Mumtaz Mahal adalah seorang puteri dari Parsi yang telah meninggal dunia akibat komplikasi ketika melahirkan anak ke-14 mereka,Gauhara Begum.
Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632 selepas kematian isteri kepada Shah Jahan,Mumtaz Mahal.Taj Mahal dibina sebagai saksi kecintaan Shah Jahan kepada isterinya,Mumtaz Mahal lalu diinspirasikan ke dalam bentuk pembinaan iaitu Taj Mahal.
Makam utamanya pula selesai dibina pada tahun 1643 dan struktur sekelilingnya termasuk taman-taman selesai sekitar lima (5) tahun kemudian.
Taj Mahal merupakan kompleks yang sangat terkenal dan menjadi salah satu seni bina Mughal yang paling hebat.Ia menggabungkan seni bina India,Parsi dan Islam.
Bahan binaan Taj Mahal itu sendiri terdiri daripada marmar putih yang berkilauan yang akan menampakkan perubahan warna mengikut matahari atau cahaya bulan.
Seni Bina Taj Mahal
Taj Mahal sangat terkenal dengan kehebatan seni bina yang begitu kompleks dan rumit.Nak bina rumah pun bukan boleh buat sorang-sorang.Itupun memerlukan kemahiran pembinaan yang baik.
Taj Mahal diinspirasikan daripada bangunan-bangunan Mughal termasuk Gur-e Amir (Makam Timur,pewaris dinasti Mughal di Samarkand) , Makam Humayun , Makam Itmad-Ud-Daulah (sesetengahnya memanggil Baby Taj) dan Masjid Shah Jahan sendiri di Delhi.
Semasa bangunan Mughal terdahulu,ia dibina menggunakan batu pasir merah.Lalu Shah Jahan membuat pengubahsuaian menaiktarafkan ideanya dengan menggunakan batu marmar putih dan batu permata sebagai bahan binaan Taj Mahal.
Bangunan hebat ini dinamakan sebagai Taj Mahal mewakili penghormatan kepada isteri kepada Shah Jahan,Mumtaz Mahal.Makam Mumtaz Mahal juga turut dibina daripada marmar putih bertatahkan batu-batu terbaik seperti jed,kristal,batu lapis lazuli,batu amethyst dan batu turquoise.
Kesemua batu-batu berharga dan mahal ini direka bentuk dan diukir semula dengan menggunakan teknik Pietra Dura.Teknik ini sangat rumit dan memerlukan kemahiran yang begitu tinggi.
Teknik Pietra Dura ialah dengan mengukir atau mengetuk batu-batu berharga ini sehingga manjadi satu bentuk yang lebih kecil dan bentuk-bentuk itu telah ditetapkan.Dan batu-batu yang telah siap dibentuk itu akan dicantum-cantumkan mengikut bentuk yang telah dibuat sehingga menjadi satu bentuk dan corak yang besar.
Pada bangunan Taj Mahal pula terdapat kubah di tengah-tengah bangunan yang tingginya mencapai 240 kaki (73 meter) dan dikelilingi oleh empat (4) kubah yang lebih kecil.Setiap kubah kecil itu diampu oleh menara yang masing-masingnya tercondong keluar sedikit.
Elemen Islam juga turut diselitkan di dalam seni bina Taj Mahal ini.Ayat-ayat Al-Quran diukir dalam bentuk kaligrafi khat di pintu masuk ke makam dan lain-lain bahagian Taj Mahal.
Di dalam makam itu terdapat sebuah marmar berbentuk oktagon yang dihiasi dengan ukiran dan batu-batu yang rendah sedikit nilainya dari batu utama.Batu-batu ini diletakkan di tapak makam tersebut.Sebenarnya itu adalah makam buatan atau makam palsu sebagai simbol peringatan.Keranda yang sebenarnya atau dipanggil sebagai Sarcophagus terletak jauh di bawah tingkat taman-taman.
Mengikut sesetengah kisah,Shah Jahan berhasrat membina makam besar di seberang Sungai Yamuna dari Taj Mahal dimana mayatkan sendiri akan dikebumikan apabila dia meninggal.Dan kedua-dua struktur itu nanti akan disambungkan oleh sebuah jambatan.
Tetapi Aurangzed (Anak ke-3 Shah Jahan dan Mumtaz Mahal) telah menggulingkan Shah Jahan dari tampuk pemerintahan pada 1658 dan mengambil alih kuasa.Akhirnya Shah Jahan menghabiskan sisa-sisa hidupnya di menara Red Ford di Agra.Ketika saat akhirnya,Shah Jahan sempat memandang tempat 'berehat' Mumtaz Mahal dari menara itu.Apabila Shah Jahan meninggal pada tahun 1666,mayatnya dikebumikan bersebelahan makam Mumtaz Mahal.
Reka Bentuk Taj Mahal
Rekaan dan hiasan luaran Taj Mahal adalah antara yang terbaik didalam seni bina Mughal.Apabila perubahan kawasan bentuk muka bumi berlaku,pembaikian hiasan itu dilakukan secara seimbang.
Unsur-unsur hiasan dibuat dengan menggunakan cat yang terbaik,plaster terbaik,teknik Pietra Dura dan ukiran.Selaras dengan ajaran Islam iaitu melarang sebarang bentuk hiasan berbentuk antropomorfik (rupa benda hidup),hiasan diukir dalam bentuk kaligrafi , bentuk yang abstrak , bentuk dedaunan.
Hampir keseluruhan bahagian Taj Mahal dihiasi ukiran kaligrafi ayat-ayat Al-Quran dan ayat-ayat itu dipilih oleh Amanat Khan.
Kaligrafi yang terdapat di gerbang utama dinyatakan di dalam bentuk kata-kata berbunyi :
"Oh Jiwa,Engkau beristirehat , kembali kepada Tuhan dengan damai kepada Dia dan Dia damai denganmu"
Begitu sayang dan kasihnya Shah Jahan kepada isterinya.Kaligrafi itu diukir pada tahun 1609 oleh seorang pengukir bernama Abdul Haq.Dan Shah Jahan menggelarkan Abdul Haq dengan nama "Amanat Khan".Shah Jahan menganugerahkan kepadanya gelaran Amant Khan sebagai ganjaran kerana menyiapkan kaligrafi dan kata-kata untuk diukir pada bangunan Taj Mahal.Ganjaran itu digelarkan sebagai "kebajikan yang mempesonakan" oleh Shah Jahan.
Sekiranya diteliti pada ayat-ayat Al-Quran di dasar kubah di bahagian dalamnya terdapat satu tulisan yang kecil berbunyi "Ditulis oleh makhluk yang tidak penting , Amanat Khan Shirazi."
Kebanyakan tulisan kaligrafi ini menggunakan teknik Khat Thuluth dan ditatahkan dengan batu jasper dan marmar hitam lalu ditatahkan lagi dibahagian dalam panelnya menggunakan marmar putih.Panel yang lebih tinggi diukir menggunakan Khat Thuluth dengan saiz yang lebih besar untuk mengurangkan ilusi bentuk tulisan melentur sekiranya dilihat daripada bawah.
Bentuk abstrak banyak digunakan terutama pada tiang,menara,pintu gerbang,masjid,'jawab'(cermin) dan sehingga ke tahap yang lebih rendah pada permukaan makan.
Kubah dan bilik kebal bangunan batu pasir disiapkan dengan menekap lukisan untuk menghasilkan bentuk geometrik yang sangat kompleks.Teknik Inlays Herringbone turut digunakan dalam penghasilan Taj Mahal.
Inlays putih digunakan di dalam bangunan batu pasir dan inlays gelap ataupun hitam pada bingkainya.Lantai dan laluan pejalan kaki menggunakan jubin yang berbeza atau blok untuk membentuk corak tessellation.
Fakta menarik tentang Taj Mahal
Tidak cukup dengan itu, gajah-gajah juga digunakan membina Taj Mahal dengan mengangkat batu-batu yang sangat berat, dan jumlah gajah yang digunakan adalah lebih daripada 1,000 ekor.
Batu-batu yang begitu mahal juga bukan sedikit jumlah yang digunakan.Bangunan yang sangat indah ini dibina sepenuhnya menggunakan batu marmar putih dan batu-batu ini adalah merupakan kualiti yang terbaik yang dibawa khas daripada Rajasthan, Afghanistan, Tibet dan China. Namun ia masih tidak cukup apabila lebih daripada 28 jenis batu mahal termasuk batu lapis lazuli. Patut la kos yang sangat tinggi diperlukan, rupanya batu-batunya sangat mahal.
Apa yang membuatkan Taj Mahal sempurna adalah ia merupakan bangunan yang paling simetri di dunia. Keempat-empat bahagian bangunan ini adalah serupa yang dibina menggunakan prinsip replikasi dan simetri dalam geometri dan senibina, yang menghasilkan rupa bentuk dan imej yang serupa bagi kesemua sisi.
Juga, keempat-empat menara tersebut dibina sedikit ke bahagian luar tapaknya kerana jika ia tumbang, ia akan tumbang ke bahagian luar dan bukan ke arah bangunan Taj Mahal.
Berlaku satu rusuhan yang telah merosakkan Taj Mahal pada tahun 1857. Taman-taman disekeliling dirosakkan manakala batu lapis lazuli telah dipahat keluar oleh askar-askar. Melihat kerosakan yang dialami, pemerintah Koloni British India telah mengarahkan pembaikpulihan yang siap pada tahun 1908.
Jika dilihat kepada taman-taman yang ada sekarang di Taj Mahal, ia telah dibina untuk memulihkan elemen Charbagh yang telah musnah.
Pembinaan Taj Mahal
Taj Mahal dibina di atas sebidang tanah ke selatan kota bersempadan dengan Agra.Shah Jahan mempersembahkan kepada Maharaja Jai Singh dengan sebuah istana besar berpusat di Agra sebagau pertukaran pemilikan tanah itu.
Kawasan itu seluas 1.2 hektar (3 ekar) mula digali dan pembinaan berjalan.Ia kemudian diratakan pada 50 meter (160 kaki) dari atas tebing sungai.
Disekitar kawasan makam,telaga-telaga digali dan diisikan dengan batu dan timbunan untuk membentuk jejak makam.Menggunakan buluh,pekerja binaan membina perancah besar yang akan mencerminkan makam itu.Perancah ini sangat besar sehingga dikatakan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina.Malahan,para pengkaji mengambil masa bertahun-tahun untuk membongkar perancah itu.
Taj Mahal dibina menggunakan bahan dari seluruh India dan Asia.Menurut fakta yang disampaikan,lebih 1,000 ekor gajah digunakan untuk mengangkut bahan binaan yang sangat besar dan berat.
Marmar putih pula dibawa daripada Makrana dan Rajasthan.Batu jasper pula daripada Punjab,batu jed pula daripada China,batu Turquoise daripada Tibet dan batu lapis lazuli pula daripada Afghanistan.Manakala batu nilam berasal daripada Sri Lanka dan batu kura-kura berasal daripada Arab (ada sesetengah memanggilnya batu sisik naga).
Secara keseluruhan,terdapat dua puluh lapan (28) batu berharga tinggi dan batu berharga sederhana dijahit dan dicantumkan bersama ke dalam marmar putih.
Air pula diambil daripada sungai berhampiran menggunakan baldi besar dan diampu oleh haiwan.Air itu dikumpulkan ke dalam satu tangki penyimpanan yang besar.
Taj Mahal dibina di atas sebidang tanah ke selatan kota bersempadan dengan Agra.Shah Jahan mempersembahkan kepada Maharaja Jai Singh dengan sebuah istana besar berpusat di Agra sebagau pertukaran pemilikan tanah itu.
Kawasan itu seluas 1.2 hektar (3 ekar) mula digali dan pembinaan berjalan.Ia kemudian diratakan pada 50 meter (160 kaki) dari atas tebing sungai.
Disekitar kawasan makam,telaga-telaga digali dan diisikan dengan batu dan timbunan untuk membentuk jejak makam.Menggunakan buluh,pekerja binaan membina perancah besar yang akan mencerminkan makam itu.Perancah ini sangat besar sehingga dikatakan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina.Malahan,para pengkaji mengambil masa bertahun-tahun untuk membongkar perancah itu.
Taj Mahal dibina menggunakan bahan dari seluruh India dan Asia.Menurut fakta yang disampaikan,lebih 1,000 ekor gajah digunakan untuk mengangkut bahan binaan yang sangat besar dan berat.
Marmar putih pula dibawa daripada Makrana dan Rajasthan.Batu jasper pula daripada Punjab,batu jed pula daripada China,batu Turquoise daripada Tibet dan batu lapis lazuli pula daripada Afghanistan.Manakala batu nilam berasal daripada Sri Lanka dan batu kura-kura berasal daripada Arab (ada sesetengah memanggilnya batu sisik naga).
Secara keseluruhan,terdapat dua puluh lapan (28) batu berharga tinggi dan batu berharga sederhana dijahit dan dicantumkan bersama ke dalam marmar putih.
Menurut lagenda yang disampaikan,Shah Jahan mengatakan bahawa sesiapa sahaja boleh menyimpan batu-bata yang diambil daripada perancah.Oleh kerana itu para petani membongkar perancah untuk mengambil batu-bata.
Sebuah jambatan atau jalan khas (tamped-earth ramp) yang besar dibina untuk memudahkan proses pembinaan dan ianya sejauh 15 kilometer.Ia digunakan untuk mengangkut marmar dan bahan-bahan diangkut ke tapak binaan menggunakan jambatan atau jalan khas itu.
Dianggarkan dua puluh (20) atau tiga puluh (30) lembu digunakan untuk menarik blok.Sistem pulley roda yang rumit juga digunakan untuk menaikkan blok ke kedudukan yang dikehendaki.
Lelangit dan makam mengambil masa kira-kira 12 tahun untuk disiapkan.Bahagian-bahagian lain Taj Mahal mengambil masa kira-kira 10 tahun dan diselesaikan mengikut peringkat daripada menara,masjid,jawab (cermin) dan gerbang masuk.
Disebabkan Taj Mahal itu disiapkan secara berperingkat,terdapat beberapa pendapat yang berbeza mengenai tarikh sebenar ianya "siap".Secara dasarnya,pembinaan makam itu sendiri disiapkan pada tahun 1673 manakala kerja-kerja pembinaan bahagian Taj Mahal yang lain masih belum selesai ketika itu dan pembinaan diteruskan.
Anggaran kos pula sukar untuk dianggarkan memandang perubahan zaman dan nilai mata wang.Namun jumlah yang dianggarkan yang sudah disepakat dipersetujui adalah sekitar 32 juta Rupee India dan sekiranya jumlah itu dibandingkan dengan jumlah mata wang Rupee India pada tahun 2015 ianya menjadi 52.8 bilion Rupee India ($ 827 juta AS).
Mitos
Sejak pembinaan Taj Mahal,bangunan ini menjadi sumber budaya dan geografi yang sangat mengagumkan sam ada respon secara peribadi ataupun secara emosinya.Mitos terdahulu mengatakan Shah Jahan merancang untuk membina satu lagi makam menggunakan marmar hitam yang sering kali digelar Taj Mahal Hitam (Black Taj Mahal) yang berkedudukan diseberang Sungai Yamuna.
Mitos ini berasal daripada Jean-Baptiste Tavernier,seorang pengembara dari Eropah yang melawat ke Agra pada tahun 1665.Dikatakan juga bahawa Shah Jahan digulingkan oleh anaknya sendiri,Aurangzeb sebelum Taj Mahal Hitam dapat direalisasikan.
Sekiranya diteliti pada seberang Sungai Yamuna,terdapat kesan serpihan runtuhan marmar hitam yang menyokong mitos itu.Walau bagaimanapun,penggalian dilakukan pada tahun 1990-an mendapati putaran masa yang mengubah marmar putih menjadi hitam.
Terdapat teori yang lebih kredibel tentang asal usul Taj Mahal Hitam pada tahun 2006 oleh seorang ahli arkeologi iaitu pembinaan semula sebahagian daripada kolam Taman Moonlight mencerminkan Taj Mahal marmar putih dimana imej pencerminan itulah tapak yang dikatakan oleh Shah Jahan untuk membina Taj Mahal Hitam.Sekiranya diambil dari sudut simetri,pantulan imej Taj Mahal dan Taj Mahal Hitam adalah selari dengan kedudukan kolam itu sendiri.
Walau bagaimanapun,tiada bukti yang benar-benar sahih ke atas mitos yang digambarkan.Malahan terdapat juga mitos menyatakan kontraktor yang terlibat di dalam pembinaan Taj Mahal akan dipotong jari atau tangan mereka supaya tiada siapa lagi yang dapat membina rekaan bangunan yang serupa dengan Taj Mahal.
Kononnya,Lord William Bentick,seorang gabenor India pada tahun 1830-an merancang mahu merobohkan Taj Mahal dan marmar serta batu-batu berharga akan dilelongkan.Penulis biografi Bentick,John Rosselli mengatakan bahawa kisah itu timbul hasil daripada penjualan marmar putih oleh Bentick untuk tujuan pembiayaan.Marmar itu diambil oleh Bentick daripada Fort Agra.
Kredit :
- https://www.tajmahal.gov.in/
- http://www.history.com/topics/taj-mahal
- https://en.wikipedia.org/wiki/Taj_Mahal
- https://iluminasi.com/bm/fakta-menarik-mengenai-binaan-ajaib-dunia-taj-mahal.html
0 comments:
Post a Comment