Tips Menguruskan Bayi Baru Lahir Dan Anak Kecil



Setiap pasangan mahukan cahaya mata sebagai penyeri dalam keluarga malahan bayi juga merupakan anugerah yang tidak ternilai.Maka,ilmu penjagaan yang rapi amatlah perlu dititik beratkan oleh setiap ibu bapa.
Cara penjagaan bayi baru lahir adalah berbeza dengan cara penjagaan anak kecil yang semakin meningkat dewasa.Mereka lebih memerlukan penjagaan yang lebih rapi.Ini kerana mereka pertama kali berada di dunia setelah sekian lama mereka berada di dalam rahim ibu.

Proses penjagaan ini memerlukan si ibu yang mempunyai kesabaran , ketekunan dan kegigihan serta kekuatan yang jitu untuk melaksanakan tugas mereka sebagai ibu.

Bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak,proses ini bukanlah mudah dan merupakan satu cabaran baru buat dirinya.Si bapa juga memainkan peranan yang sangat penting dengan memberikan kerjasama yang terbaik buat si ibu di saat si ibu amat memerlukan.



Uri Bayi

Uri bayi sangat penting kepada bayi ketika masih di dalam kandungan.Zat , nutrisi malahan darah si ibu yang mengandungi oksigen akan mengalir masuk ke dalam bayi melalui uri.Uri juga berfungsi sebagai paru-paru kepada bayi ketika masih di dalam kandungan.Bayi mendapat oksigen melalui uri dan melepaskan karbon dioksida juga melalui uri.Banyak lagi fungsi uri yang kepada bayi yang kita boleh dapati.Kerana itu cara pengurusan mengikut hukum syara' amatlah penting bagi menjaga kesucian uri bayi.

Secara ringkasnya,cara pengurusan boleh dilakukan sendiri oleh si bapa.

  • Mulakan setiap perkara dengan Bismillah.Kalau boleh,sepanjang proses pengurusan kekalkan lafaz Bismillah dan doa yang baik-baik.
  • Basuh uri bayi dan hilangkan darah yang ada.Jangan gunakan sabun , shampoo atau apa-apa bahan pencuci.
  • Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa yang baik-baik untuk bayi.
  • Cuci uri dengan garam.Lumurkan uri dengan garam dan bilas bersih sekali lagi.
  • Cuci uri dengan asam jawa.Lumurkan asam jawa pada uri dan bilas bersih sekali lagi.Fungsinya adalah untuk menghilangkan bau hanyir darah pada uri.Ini akan mengelakkan deria pemangsa (haiwan) dapat menangkap bau uri.Bimbang pemangsa akan menggali semula dan memakan uri bayi.
  • Perahkan limau pada uri untuk mengharumkan uri.Ia bertujuan untuk mengelakkan pemangsa dapat mengesan bau asal uri.Boleh juga ditanam bersama asam jawa dan garam ketika menanam uri bayi.
  • Letakkan ke dalam plastik atau bekas yang mudah reput seperti plastik Tesco atau plastik mesra alam.Perlu dibungkus adalah bertujuan untuk mengelakkan air basuhan bercampur darah menitik semasa membawa uri itu nanti.
  • Boleh juga diikat dengan kain untuk membawa uri itu.Tidak semestinya perlu kain putih.
  • Cari tempat yang lebih strategik dan sesuai untuk menggali seperti perkarangan masjid.Gali tanah sedalam yang mungkin.Gali tanam yang dalam bagi mengelakkan bau uri dapat dikesan oleh pemangsa (haiwan).
  • Lafazkan Bismillah dan doakan yang baik-baik.Letakkan uri ke dalam tanah dan timbus dengan padat.
  • Boleh diletakkan tanda di tempat tanam uri tersebut seperti letakkan batu pada tempat menanam.
  • Jangan sekali-kali menanam dengan benda asing bersama uri seperti pensil,pemadam,paku,buku dan macam-macam lagi.Itu adalah khurafat yang sangat bercanggah dengan Islam.



Mandikan bayi dengan air suam


Sebelum memandikan bayi,persediaan kepada bayi perlu dilakukan seperti menyediakan baju , stokin , barut , minyak bayi dan lain-lain.Ini kerana selepas memandikan bayi,bayi perlu segera dipakaikan pakaian supaya bayi tidak kesejukan dan kita tidak akan kelam-kabut untuk mencari persiapan.Mandikan bayi dengan air suam supaya bayi tidak terkejut.Anda boleh merujuk kepada laman BabyCenter untuk maklumat lebih mendalam tentang memandikan bayi secara selamat.



Lapkan badan bayi sehingga kering

Pastikan badan bayi perlu dilap menggunakan tuala tebal sehingga benar-benar kering.Ini dapat mengelakkan bayi anda daripada kesejukan.Gunakan 'alcohol swab' yang dibekalkan oleh doktor untuk disapukan pada tali pusat bayi supaya dapat mengelakkan sebarang jangkitan.Ingat,badan bayi masih baru dan sangat mudah untuk menerima jangkitan.



Gunakan minyak bayi


Sapukan minyak bayi pada perut , belakang badan , belakang betis dan tapak kaki bayi.Ini bertujuan untuk memberikan keselesaan pada bayi.Minyak bayi juga baik untuk menghilangkan kembung perut bayi akibat daripada angin yang terkumpul.Terdapat banyak jenis minyak bayi yang selamat digunakan yang berada di pasaran tetapi jangan sampai tersalah pilih.Perhatikan kepada keserasian kepada bayi.



Pakaian


Sebelum memakaikan baju,pakaikan barut pada bayi dengan kemas.Jangan terlalu ketat untuk mengelakkan bayi sukar untuk bergerak.Pakaiannya perlulah dari material yang lembut , tidak panas , sesuai dan memberikan keselesaan pada bayi.

Bagi bayi yang memakai lampin pakai buang , sentiasa peka dengan kesihatan kulit bayi.Jangan biarkan bayi memakai lampin basah terlalu lama.Ini bertujuan untuk mengelakkan kulit bayi daripada terkena jangkitan seperti ruam dan lain-lain.



Susu Ibu


Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi.Berikan susu ibu pada bayi.Selepas menyusukan bayi,sendawakan bayi setiap kali selepas menyusu.Ini untuk mengelakkan bayi terkena kembung perut kerana terkumpulnya angin di dalam perut si bayi.

Kebanyakan pakar menasihatkan si ibu supaya menyusukan bayi secara kerap dan penuh sepanjang tempoh enam (6) bulan.Ini bermakna si ibu perlu mengelakkan sebarang minuman lain untuk bayi.Hal ini sangat penting kerana dalam tempoh ini,bayi sangat memerlukan khasiat daripada susu ibu 100% dan sempurna sepanjang tempoh enam (6) bulan.


Bolehkah Memandikan bayi dengan air sejuk?

Sekiranya kita meneliti kepada laman BabyCenter yang ternyata lebih arif tentang penjagaan bayi,suhu yang peling sesuai untuk memandikan bayi baru lahir adalah 37 Darjah Celcius iaitu suhu kepada air suam yang lebih kurang sama dengan suhu badan.

Bayi yang baru lahir terutamanya bayi pramatang , sangat tidak digalakkan dimandikan dengan menggunakan air yang sejuk.Seeloknya bayi dimandikan dengan air yang suam sehingga usianya mencecah sekitar dua (2) bulan namun lebih ideal sekiranya menunggu usia bayi mencecah enam (6) bulan.

Kesan memandikan bayi menggunakan air sejuk antaranya bayi akan mengalami hipotermia dimana ianya sebuah kondisi keadaan suhu tubuh menurun secara mengejut sehingga wajah bayi nampak kebiru-biruan dan mengakibatkan bayi terlupa cara untuk bernafas.Hal ini terjadi kerana lapisan kulit bayi masih terlalu nipis dan masih baru.


Jika kita meneliti tradisi orang lama , memandikan bayi dengan air sejuk juga mempunyai manfaatnya tersendiri.Tradisi ini bukan sahaja diamalkan di negara Malaysia sahaja malahan di luar negara.Seperti contoh di negara Rusia yang memiliki iklim bersalji.Ibu bapa di sana memandikan anak kecil mereka dengan air sejuk.

Walau bagaimanapun,untuk memandikan bayi dengan air sejuk perlulah tepat pada caranya dan dikendalikan oleh mereka yang benar-benar mahir untuk mengelakkan daripada sebarang kemudaratan kepad bayi.


  • Peka kepada suhu sekitar.Pastikan ianya bukan pada musim tengkujuh.
  • Elakkan suhu air yang terlalu sejuk.Sedangkan yang dewasa mandi air sejuk pun sudah menggigil tubuh apatah lagi pada bayi yang memiliki kulit yang lebih tipis.
  • Pastikan bayi dalam keadaan sihat , tidak demam , tidak batuk , tidak selsema dan sakit-sakit lain.
  • Pastikan tuala yang tebal berada berhampiran.Ini memudahkan bayi segera dibalut dengan tuala yang tebal selepas mandi.
  • Tidak digalakkan memandikan bayi yang baru lahir (newborn) dengan menggunakan air sejuk.Ini kerana kulit bayi baru lahir sangat tipis dan sistem tubuh badan yang mengatur suhu masih belum sempurna sepenuhnya.





Tanda Bayi Kembung Perut Dan Cara Menangani

Masalah kembung perut memang biasa berlaku terutama kepada bayi baru lahir dan lebih dispesifikkan kepada bayi berusia bawah enam (6) bulan.

Ini terjadi kerana ruang dalaman abdomen (abdomen cavity) masih kecil berbanding saiz organ dalam abdomen (usus , perut , hati , limpa dan pundi kencing).Masalah ini akan mengakibatkan abdomen bayi kelihatan seolah-olah mengembung walaupun ia sebenarnya normal.

Antara tanda yang selalu kita hadapi ialah apabila si bayi merengek dan menangis tanpa sebab yang jelas , cuba periksa bahagian perutnya.Jika perut bayi terasa agak keras dan kerap buang angin , ,ini juga merupakan tanda bayi mengalami masalah kembung perut.

Selain itu,kembung perut dapat dikesan dengan memerhatikan melalui gerakan bayi.Jika bayi sering mengeliat dan melengkungkan punggungnya ke belakang serta mengangkat kedua kakinya , ini juga merupakan tanda bahawa bayi merasakan tidak selesa akibat kembung perut.



Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah kembung perut bayi antaranya :

  • Tenangkan bayi sekiranya bayi anda menangis dengan cara mendukung bayi.Bawa bayi anda 'berjalan-jalan' seketika daripada susana bising atau suasana yang menyebabkan ketidak selesaan bayi.
  • Bedungkan bayi semasa tidur juga memberikan keselesaan kepada bayi selain dapat mengurangkan risiko kembung perut.Bedungan yang baik dapat membantu bayi bertenang kerana tangan dan kakinya tidak terkapai-kapai dan bayi tidak terasa seperti dipeluk dengan erat sehingga menyebabkan ketidak selesaan.
  • Periksa cara bayi menyusu terutamanya bayi yang menyusu menggunakan botol.Pastikan bayi tidak meminum susu dengan posisi botolnya terlalu menyondong.Bukan itu sahaja,saiz lubang botol yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan banyak udara ditelan oleh bayi sehingga mengakibatkan kembung perut.Bagi bayi yang menyusu badan , praktikkan cara lekapan yang baik dan posisi menyusu badan yang selesa.
  • Tukar susu formula bayi sekiranya bayi sering kembung perut sejak anda menukar susu formula yang lain.Sesetengah bayi mengalami alahan terhadap bahan susu formula tertentu dan boleh mengakibatkan bayi anda kembung perut.
  • Hindari makanan tertentu.Sesetengah bayi yang menyusu badan turut mengalami masalah pencernaan sekiranya si ibu yang menyusu memakan makanan tertentu.Sebaiknya , si ibu yang menyusu cuba elakkan makanan yang berbentuk gas setelah dicerna seperti kobis , brokoli , bawang dan kekacang.Antara makanan lain juga adalah seperti makanan segera dan minuman berkafein juga menjadi faktor bayi kembung perut.
  • Berikan urutan perlahan pada tubuh bayi untuk melegakan dan memberikan keselesaan.Lakukan pada bahagian perut dan belakang bayi sambil menitiskan minyak kembung perut bayi yang selamat.
  • Biarkan bayi anda bergerak aktif.Anda boleh meniarapkan bayi dari semasa ke semasa atau membiarkan bayi anda merangkak dan bebas bergerak.Hal ini kerana pergerakan bayi yang aktif boleh mendorong kepada proses pencernaan yang lebih optimum selain dapat membantu tubuhnya mengeluarkan gas melalui sendawa atau kentut.
  • Bawa jumpa doktor sekiranya masalah kembung perut bayi anda didorongi oleh penyakit lain seperti turun berat badan , muntah-muntah , cirit-birit , najis berdarah , perut kembung sehingga terlalu keras dan bayi kelihatan sangat lemah dan tidak sihat.Segerakan urusan berjumpa doktor untuk mengelakkan daripada sebarang kemudaratan kepada bayi anda.




Cara memperkenalkan botol susu kepada bayi

Ini juga merupakan salah satu daripada aspek yang penting terutama buat pada si ibu yang bekerjaya.

Pastinya ramai dikalangan si ibu yang risaukan bayinya untuk menyusu apabila berpisah buat sementara dan meninggalkan mereka bersama pengasuhnya.

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh si ibu untuk memperkenalkan botol susu kepada bayi mereka antaranya :



Mulakan latihan pada usia 4 hingga 6 minggu

Tempoh yang terbaik untuk memperkenalkan botol susu kepada bayi adalah sekitar usia bayi empat (4) hingga enam (6) minggu.

Jika terlalu awal , bayi akan lebih cenderung untuk terasa keliru puting.Maka , bayi mungkin tidak akan mahu menyusu badan lagi.Ia boleh menyebabkan proses penghasilan susu badan ibu terjejas.

Jika terlalu lewat , kebarangkalian bayi akan terlalu selesa dengan menyusu badan dan mengambil masa yang lama untuk menerima botol susu.



Cari Puting Yang Sesuai

Pemilihan puting yang sesuai juga memainkan peranan yang sangat penting buat si bayi.Ini membuatkan bayi tidak terasa terlalu asing dan susah untuk menelan susu.

Pada masa sekarang,terdapat banyak pilihan reka bentuk puting susu yang sesuai berada di pasaran.Pilih mengikut kesesuaian bayi.Antara rekaan yang baik adalah jenis berleher lebar (wide neck) , anti-kolik dan mirip payu dara.

Anda mungkin memerlukan banyak percubaan jenis puting susu kepada bayi untuk melihat kepada keserasiannya.Antara jenama yang baik yang terdapat di pasaran adalah Avent , MAM . Mimijumi , Pigeon dan banyak lagi.



Jangan tunggu terlalu lapar

Apabila bayi terlalu lapar,bayi akan merengek dan menangis.Sewaktu bayi menangis adalah waktu yang kurang sesuai untuk mengajarnya minum menggunakan botol susu.

Pastikan waktu menyusu bayi anda adalah tepat.Anda mungkin lebih memahaminya.Tawarkan botol susu sebelum bayi anda mula gelisah.

Malahan apabila bayi terlalu lapar,bayi anda akan menjadi lebih gopoh apabila menerima susu dan mengakibatkan bayi minum susu secara tidak teratur.Ini juga menyebabkan masalah kembung perut.



Gunakan Susu Yang Baru Di Pam

Pada waktu terawal untuk melatih bayi beralih kepada botol susu, latih bayi minum susu perahan susu badan ketika susu badan baru diperah.Jadualkan waktu perahan berdekatan dengan waktu bayi anda menyusu supaya ia tidak perlu dipanaskan lagi dan suhunya bertepatan.

Susu perahan yang berlebihan atau diperah awal boleh disimpan di dalam 'freezer' untuk kegunaan apabila si ibu mula bekerja.



Minta Tolong Suami

Tidak menjadi kesalahan untuk si suami dan juga si bapa untuk membantu.Apabila si ibu memberikan botol susu kepada bayi pada peringkat awal , kebarangkalian bayi akan keliru dan marah kerana ianya bukanlah sesuatu yang mereka jangkakan.Jadi , usahakanlah supaya suami dapat membantu untuk memberikan botol susu kepada bayi.

Tetapi harus diingatkan , bayi masih boleh menghidu bau ibunya apabila berdekatan.Jadi , cubalah bermain 'sorok-sorok'.Cuba bersembunyi di bilik lain atau melakukan sebarang pekerjaan di dapur ketika suami sedang menyusukan bayi.

Yang si suami pula jangan berdalih nak membantu.Si bayi itu memerlukan bantuan daripada kedua-dua si ibu dan si bapa.



Pesan Pada Bayi

Sebelum memulakan sesi memperkenalkan botol susu kepada bayi , cuba beritahu kepada bayi anda yang anda mahu melakukan pertukaran.Bertuturlah dengan baik.Ingat,bayi anda duduk di dalam rahim anda selama sembilan (9) bulan.Pastinya bayi anda sangat memahami apa yang anda tuturkan.

Walaupun bayi anda belum dapat memahami pertuturan anda secara sepenuhnya tetapi pujukan anda sedikit sebanyak dapat memberi pemahaman kepada bayi anda tentang perkara yang berlaku.



Gunakan Sudu Atau 'Syringe'

Jika bayi tidak mahu botol susu , tidak menjadi kesalahan jika anda cuba untuk menggunakan sudu atau 'syringe'.Jika bayi sudah mula untuk makan , boleh juga anda berikan cawan kecil untuk dipegang sendiri oleh bayi.

Yang paling penting , keperluan nutrisi dapat diberikan kepada bayi secara konsisten melalui susu itu sendiri.Lama-kelamaan , bayi mungkin dapat menerima botol susu.



Sabar Dan Konsisten

Dalam tempoh bayi belajar menerima botol susu ini,kesabaran merupakan elemen yang sangat penting.Berikan galakan kepada bayi apabila bayi telah cuba mencuba botol yang diberikan.Jangan sekali-kali memarahi bayi dan menunjukkan riak negatif kepada bayi.

Setiap ragam bayi adalah berbeza dari personalitinya.Mereka akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri kepada keadaan baru.Pujukan dan galakan dari si ibu dan si bapa dapat merangsang keupayaan si bayi sehingga dapat melakukannya.


Si Ibu dan Si Bapa memainkan peranan yang sangat penting kepada bayi terutama bayi yang baru lahir.Bekerjasam dengan baik dan tingkatkan prestasi tahap komunikasi.Ini akan merangsang bayi anda menjadi lebih baik dan memberikan impak positif ke dalam diri bayi itu sendiri.


Kredit :

 Hujan Emas : Cahaya mata merupakan anugerah terindah kepada setiap pasangan suami dan isteri.Jadi,jagalah amanah ini dengan sebaiknya.Anak kecil itu umpama kain yang putih bersih dan ibu bapanya lah yang akan mencorakkan warnanya.Cantik warnanya,cantiklah peribadinya dan begitulah sebaliknya.

1 comments:

Unknown said...

hai..menarik perkongsiannya..memg sgt bestkan dpt bby..comeinya bby..hehehe...sambil tu jika mak mak ade nak pasang penapis air ke /penapis udara di rumah..utk mudahkan wat susu anak atau nak air sejukkan...air tekan aje kan..bole pm la sy puan sue..sy agen cuckoo kl dan uruskan pemasangan ke seluruh malaysia..sabah srwak pun ade order melalui sy..sy uruskan order melalui onlinee jer...

wsp 011-16930576/0133890558 (kingtop tu baru 69rm sebulan..air 3 suhu..)dan ade freegift menarik sy nk hadiahkan.wsp ajer ya sy akan bantu..tq