MyTv - Siaran Digital Teknologi Seiring Antarabangsa


Sejajar dengan perkembangan era teknologi tanpa batasan pada masa kini, Malaysia juga tidak akan ketinggalan didalam mencapai kemajuan teknologi yang lebih tinggi dari semasa ke semasa termasuklah di dalam kategori kemajuan siaran TV.Sekiranya suatu ketika dahulu, siaran TV menggunakan signal analog UHF konvensional untuk mendapatkan siaran tetapi kini dengan siaran digital, kualiti gambar dan bunyi yang terhasil adalah lebih baik.MyTV Broadcasting.Siaran digital di Malaysia.

Pembinaan MyTV Freeview


MyTV Broadcasting atau dikenali sebagai MyTV merupakan siaran digital di Malaysia yang disiarkan secara percuma kepada pengguna menggunakan kaedah Digital Terrestrial Television atau DTT.Boleh dikatakan siaran digital MyTV ini merupakan projek pertama di Malaysia yang melibatkan perubahan daripada siaran TV analog UHF kepada siaran digital yang kualitinya lebih baik dan tinggi.

Siaran digital ini boleh menggunakan dua jenis antenna UHF iaitu antenna dalaman atau antenna luaran.Sekiranya menggunakan antenna dalaman, jarak antara lokasi antenna dengan pencawang terdekat sekurang-kurangnya sejauh 25km untuk mendapatkan kekuatan signal yang baik.

Pada tahun 2015, Altel Holding / Altel Communication memulakan projek siaran digital pada bulan Ogos 2015. Servis DTT yang dilancarkan secara amnya dikenali sebagai MyFreeview bermula pada Ogos 2015 dan jenama ini kekal sehinggi kini.

Perjanjian bersama Telekom Malaysia menjayakan lagi perkhidmatan MyFreeview dimana gelombang siaran secara digital itu dikendalikan oleh Telekom Malaysia dan ianya memakan jumlah berbilion ringgit untuk dilaksanakan ketika itu.

Menjelang pada bulan Februari 2017, sebuah dekoder atau dikenali Set Top Box mula dijual bagi mendapatkan siaran digital yang telah pun beroperasi pada ketika itu.Untuk melancarkan produk Set Top Box atau dekoder digital ini memakan masa hampir setahun lebih kerana persiapan perlu dilaksanakan terlebih dahulu seperti pembinaan pencawang, mengkaji infrastruktur muka bumi, lokasi pencawang, kekuatan signal dan lain-lain.

Namun, bagi smart TV yang memiliki teknologi IDTV yang sudah sedia terbina didalam (built-in) pula tidak perlu menggunakan dekoder atau Set Top Box untuk mendapatkan siaran digital ini.Cukup sekadar menyambungkan terus kepada antenna UHF.

Pada 6 Jun 2017, MyFreeview dilancarkan secara rasmi dan beroperasi sepenuhnya dengan liputan sekurang-kurangnya 87% populasi lokasi liputan di Malaysia akan mendapat siaran digital MyFreeview dan dijangka jumlah populasi lokasi liputan di Malaysia akan meningkat sehingga 98% pada masa akan datang.




Pembangunan MyTV

Kajian bagi siaran MyTV ini dilaksanakan di sebuah makmal kajian dimiliki oleh syarikat Taiwan, Allion Labs Inc..Makmal ini mendapat pengesahan daripada SIRIM Malaysia dan sekurang-kurangnya memiliki 30 siaran yang telah dilaksanakan pada peringkat awal.

HbbTVservice telah diintergrasikan kepada MyTV servis menggunakan teknologi Sofia Digital's HbbTV.

Pada peringkat permulaan,Pantai Timur Semenanjung Malaysia dipilih sebagai tapak pertama untuk ujian liputan dan diikuti oleh Timur , Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia sebelum dilanjutkan ke kawasan Lembah Klang.Di kawasan Sabah,kira-kira 1,500 kawasan perumahan dipilih untuk tujuan ujian liputan siaran digital MyFreeview.

Menurut MyTV, kos bagi siaran 24 jam ke udara menelan belanja sehingga Rm12 million untuk SDTV dan Rm25 million untuk siaran HDTV yang akan berterusan selama 24 jam dengan diselangkan slot-slot tertentu.Walaubagaimanapun, Media Prima menghentikan transmisi siaran 24 jam akibat kos yang tidak dapat dielakkan.

Lalu Mytv mempertimbangkan kaedah jalur lebar bagi siaran digital.Seorang CEO MyTV, Michael Chan mengumumkan akan melaksanakan transmisi siaran digital secara sepenuhnya pada Jun 2018 iaitu pada ketika siaran DTT Malaysia dimigrasikan sepenuhnya daripada siaran analog UHF kepada siaran digital.


Penggunaan Dekoder atau Set Top Box

Terdapat tiga (3) jenis dekoder atau Set Top Box yang boleh digunakan untuk mendapatkan signal siaran digital iaitu Dekoder Percubaan (MyTv Basic STB) , MyTv Basic dan MyTv Advance.

Bagi Dekoder Percubaan, ianya akan diberikan secara percuma kepada pengguna terpilih sahaja berdasarkan beberapa penilaian.Dekoder yang diberikan ini adalah sebagai percubaan siaran digital yang dilancarkan.Namun,dekoder ini akan dipulangkan semula kepada MyTV dan akan digantikan dengan dekoder lain iaitu MyTv Basic STB.

Bagi MyTv Basic juga akan diberikan kepada pengguna terpilih secara percuma dan dekoder ini merupakan dekoder yang telah lengkap sepenuhnya termasuk di peringkat ujian.

Bagi MyTv Advance pula, ianya dijual pada harga Rm299 termasuk kos GST di Pos Malaysia dan beberapa kedai wakil penjual yang terpilih.Slot TCI bagi kedua-dua model dekoder ini adalah standard bagi bertujuan siaran berbayar pada akan datang.

Beza antara MyTv Basic dan MyTv Advance adalah MyTv Advance didatangkan dengan keupayaan menyokong HbbTV manakala bagi MyTv Basic pula tidak menyokong HbbTV.

MyTV telah menandatangani perjanjian bersama Pensonic sebagai pengeluar dekoder MyTv Advance secara ekslusif bermula pada 29 November 2016.

Bagi model TV yang biasa dan tidak menyokong sistem IDTV, penggunaan dekoder adalah perlu bagi mendapatkan signal siaran digital MyFreeview.Namun pada masa kini, perkembangan teknologi TV semakin melonjak jauh sehingga teknologi IDTV sudah diimplankan ke dalam sebuah model TV.Bagi model TV yang sedia ada (built-in) teknologi IDTV, penggunaan dekoder adalah tidak diperlukan kerana teknologi menyahkod DTTV di dalam sebuah model TV sudah berupaya untuk menerima siaran digital.




Bagi antenna pula sebaiknya adalah penggunaan antenna luaran yang menyokong UHF (UHF Outdoor Antenna).Ini kerana kedudukan antenna berada diluar memudahkan lagi antenna untuk menangkap signal siaran digital dengan lebih kuat dan jelas terutamanya lokasi antenna berada jauh daripada pencawang terdekat.Cukup sekadar menggunakan antenna UHF konvensional biasa atau dipanggil antenna 'tulang ikan'.



Tidak ada sebarang masalah sekiranya pengguna mahu menggunakan antenna dalaman yang menyokong UHF (UHF Indoor Antenna) namun sebaiknya perlu dipastikan jarak di antara lokasi antenna dengan pencawang di bawah lingkungan 25km dan penggunaan antenna digital dalaman bersama booster adalah lebih baik bagi mendapatkan kekuatan signal siaran digital dengan kualiti yang terbaik.





Apa itu Digital Terrestrial Television (DTT)

Digital Terrestrial Television (DTT) atau dikenali sebagai DTTV merupakan satu pelaksanaan teknologi secara digital yang menyediakan lebih banyak saluran siaran TV dengan kualiti imej dan bunyi yang lebih baik berbanding siaran analog konvesional.

Siaran DTTV ini hanya menggunakan antenna UHF konvesional biasa sahaja dan bukannya melalui piring satelit seperti Astro atau sambungan kabel.

Teknologi ini telah pun digunakan dikebanyakan negara maju seperti Amerika Utara iaitu ATSC , Jepun menggunakan ISDB-T , Eropah dan Australia menggunakan DVB-T dan China menggunakan DMB-T/H termasuklah di Hong Kong.

Bagi negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan bagi penutupan siaran analog biasa (Analogue Switch-Off ASO) secara berperingkat-peringkat bermula pada tahun 2015 sehingga 2020.Bagi memastikan keseragaman isyarat, negara-negara yang mempunyai sempadan bersama termasuk di Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei telah mempersetujui untuk menetapkan tahun 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO. Projek DTT di Malaysia dinaungi oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Pemancar DTTV

DTTV akan dipancarkan melalui frekuensi radio melalui gelombang udara yang menyerupai dengan frekuensi television analog biasa namun perbezaannya paling ketara adalah penggunaan pemancar multipleks ini membolehkan penerimaan gelombang menerima pelbagai saluran pada satu julat frekuensi tunggal seperti satu saluran UHF dan VHF.

Namun, data yang boleh dipancarkan secara langsung dipengaruhi oleh kaedah modulasi saluran berkenaan.Kaedah modulasi dalam DVB-T adalah seperti COFDM dengan julat 64 atau 16 Pemodulatan Amplitud Kuadratur (QAM).Secara ringkasnya, satu saluran 64QAM mampu memancarkan kadar bit data yang lebih besar tetapi lebih terdedah kepada gangguan.Gabungan kumpulan 64 dan 16 QAM ini digabungkan menjadi satu multipleks tunggal dan menawarkan kualiti yang lebih terkawal untuk aliran gelombang program yang lebih penting dan terbaik.


Penerima DTTV

Signal DTTV diterima dan diterjemahkan oleh satu dekoder khas atau dikenali sebagai Set Top Box digital dan model television yang memiliki teknologi IDTV.Isyarat ini akan dinyahkodkan melalui antenna UHF konvensional biasa sahaja atau antenna UHF digital.


Kronologi penutupan Analogue Switch-Off (ASO)

Dengan adanya siaran digital,signal UHF analog tidak akan digunakan lagi dan akan ditutup secara berperingkat.Penyiaran pemancaran digital akan mendorong kebanyakan negara yang memiliki siaran digital akan melaksanakan penutupan siaran analog secara berperingkat melalui beberapa fasa.



  • Pelancaran Rasmi : Tarikh pelancaran rasmi siaran digital bukanlah bermakna ianya tarikh siaran percubaan tetapi permulaan untuk menguji kekuatan dan kestabilan frekuensi.
  • Penutupan Bermula : Tarikh penutupan siaran UHF analog yang pertama akan dijalankan.
  • Penutupan Tamat : Tarikh penutupan siaran UHF analog secara sepenuhnya.
  • Sistem Pemancar : Sistem pemancaran siaran digital dinaiktaraf seperti DVB-T, ATSC dan ISDB-T.
  • Interaktif : Sistem yang akan digunakan untuk perkhidmatan interaktif seperti MHP dan MHEG-5.
  • Mampatan : Piawaian mampatan video akan digunakan.Kebanyakan sistem akan menggunakan MPEG-2 tetapi sistem H.264 / MPEG-4 AVC yang lebih stabil dan efisien semakin popular.Sesetengah negara menggunakan kedua-dua sistem ini.Seperti di UK, negara itu menggunakan MPEG-2 untuk kandungan siaran yang biasa dan MPEG-4 untuk tujuan penyiaran siaran High Definition (HD).






Manfaat DTTV kepada pengguna dan penonton



DTTV dapat membantu merapatkan jurang digital terutamanya dikawasan terpencil.Melalui DTTV, kebanyakan masyarakat akan dapat menikmati kualiti imej dan bunyi yang lebih baik, banyak saluran siaran percuma, akses kepada panduan program elektronik (EPG), sarikata pelbagai bahasa dan keupayaan siaran secara High Definition (HD).





Manfaat DTTV kepada pemain industri


Bagi pemain industri, DTTV akan menyediakan kemudahan yang memiliki lebih banyak kandungan dan aplikasi.Pembekal kandungan seperti stesen penyiar televisyen tempatan akan turut meraih manfaat kerana pemain industri ini akan mendapat peluang baru untuk memperluaskan jangkauan penonton dan seterusnya memperkembangkan perniagaan yang dimiliki.


Liputan siaran MyTv Freeview di Malaysia

Secara keseluruhannya, MyTV merancang untuk memasang sebanyak 60 pemancar utama dan 40 pengisi jurang (gap filler) yang akan dapat meliputi sehingga 98% kawasan berpenduduk negara pada tahun 2018.





Untuk mendapat Channel siaran dan Frekuensi, ianya bergantung kepada jarak lokasi kawasan antenna dan lokasi pencawang terdekat.Setiap pencawang memiliki Channel dan Frekuensi yang berbeza dan kekuatan signal juga berbeza bergantung kepada halangan bentuk muka bumi dan halangan lain seperti bangunan tinggi dan sebagainya.

Sebagai contoh di Johor, Channel dan Frekuensi yang digunakan adalah Channel 47 dan Frekuensi 666.Jadi pengguna boleh terus memasukkan penetapan siaran Channel secara manual dengan memasukkan nombor Channel 47 dan sistem DTT akan menyimpan siaran yang didapati pada Channel tersebut secara automatik.

Sekiranya pengguna tidak mengetahui apakah nombor Channel dan Frekuensi di lokasi antenna tersebut, pengguna boleh mencuba kaedah auto search dan DTT akan mengesan signal siaran digital yang diperolehi dan seterusnya akan menyimpan siaran tersebut.


Menggunakan Dekoder DTT lain selain dekoder MyTV Freeview

Terdapat lambakan pelbagai jenis dekoder DTT yang ada dipasaran ketika ini tetapi hanya dekoder MyTV Freeview sahaja yang mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia.Sistem operasinya masih sama iaitu berfungsi sebagai dekoder yang menyahkodkan siaran digital dan menyiarkan siaran digital secara percuma.

Bukan itu sahaja, bagi model television dengan teknologi IDTV terkini berupaya untuk menyahkodkan siaran digital tanpa perlu menyambung kepada dekoder.

Dekoder atau Set Top Box kebiasaannya akan memiliki dua (2) jenis port sambungan imej dan bunyi kepada television iaitu melalui kabel RCA (Merah, Kuning dan Putih) dan melalui kabel HDMI.Penggunaan kabel HDMI sememangnya tidak dinafikan kualiti imej dan bunyinya memang terbaik namun harus diingatkan pengguna perlu menggunakan kabel HDMI yang benar-benar berkualiti sahaja untuk mengelakkan sebarang gangguan dan kerosakan pada imej serta bunyi siaran.






Kredit :

Hujan Emas : Kepantasan era teknologi penyiaran pada masa kini semakin jauh kehadapan.Penglibatan siaran digital ke arah yang lebih baik akan menambahkan lagi kualiti serta kemajuan pada sistem industri penyiaran media.

0 comments: