E-Book - Lembaran Buku Dalam Bentuk Digital



Memang sedari awal lagi kita sudah dititik beratkan tentang amalan membaca sama ada di rumah atau di luar rumah.Namun pada zaman serba canggih kini, bahan pembacaan tidak terhad kepada sebuah buku konvesional sahaja tetapi melibatkan medium yang lebih canggih iaitu E-Book.

Sebuah buku sama ada tebal ataupun nipis memiliki informasi dan maklumat tertentu bergantung kepada tajuk dan topik yang dikupaskan.Begitu juga dengan teknologi e-book.


Perbezaannya adalah e-book hanya boleh dibaca melalui medium teknologi seperti telefon pintar, komputer riba dan bermacam-macam lagi medium berteknologi tinggi untuk membaca sebuah e-book.

Isi kandungan pada sesebuah buku itu sama sahaja dengan isi kandungan yang dijadikan sebagai e-book tetapi perbezaannya cuma gaya pembacaannya sahaja.

Dengan menggunakan e-book, seseorang tidak perlu membawa beberapa buah buku yang tebal dan berat kemana sahaja.Cukup sekadar berbekalkan sebuah peranti seperti telefon pintar untuk membaca e-book.Ini kerana bahan bacaan e-book adalah di dalam bentuk digital.Sekiranya sebuah buku itu memiliki sebanyak 200 muka surat, begitu juga dengan e-book.Tajuk dan isi kandungannya adalah sama termasuklah jumlah muka suratnya.


Apa itu E-Book.?

E-book merupakan singkatan kepada Electronic Book dimana ianya dipaparkan secara digital menggunakan peranti berteknologi.E-Book kebiasaannya mengandungi perkataan dan gambar.Ianya boleh dibaca menggunakan peranti seperti telefon pintar dan komputer riba atau komputer biasa.

Ada juga sesetengahnya yang melabelkan e-book sebagai "buku versi elektronik".Malahan ada juga sesetengah e-book itu wujud tanpa adanya buku asal versi konvensional.Kebanyakan buku pada masa kini memiliki dua (2) versi iaitu versi bercetak (buku konvesional) dan buku elektronik (E-book).Namun, terdapat juga jenis bahan bacaan ini tidak memiliki buku versi bercetak tetapi hanya ada di dalam bentuk versi e-book sahaja.

Salah satu sebab mengapa kebanyakan masyarakat memilih e-book sebagai bahan bacaan adalah kerana harganya jauh lebih murah berbanding sebuah buku konvensional dimana maklumat, jumlah muka surat dan gambar di dalamnya adalah sama.Sebagai contoh, sebuah buku konvesional bertajuk (A) berharga Rm20.Namun, bagi buku yang sama iaitu buku bertajuk (A) di dalam berbentuk e-book boleh terjual dengan harga jauh lebih murah iaitu Rm5.

Kegunaan e-book sebagai bahan bacaan menjadikan gaya pembacaan lebih ringkas dan menarik.Bukan itu sahaja, penggunaan e-book juga menjadi lebih mudah kerana pengguna boleh menandakan muka surat setakat mana pengguna berhenti membaca.



Format E-Book

Setiap bahan digital akan didatangkan dengan format tertentu seperti lagu yang berformat MP4, Video yang berformat MPEG4 dan banyak lagi.

Bagi sesebuah e-book, ianya tertakluk kepada format tertentu yang disokong oleh aplikasi di dalam sesebuah peranti yang membolehkan peranti tersebut membaca maklumat di dalam sesebuah e-book.

Terdapat beberapa format yang digunakan oleh e-book adalah seperti PDF, EPUB, AZW dan beberapa lagi format yang digunakan.

Namun secara kebiasaan dan kebanyakan format yang digunakan oleh e-book adalah berformat PDF dan EPUB.Kedua-dua format ini sering kali digunakan oleh e-book.

Untuk mengakses format e-book, ianya memerlukan beberapa perisian khas yang berupaya untuk membaca maklumat yang terdapat didalam bentuk e-book seperti perisian Adobe yang dapat membaca e-book yang berformat PDF.Selain itu, Google Play Book juga berupaya untuk membaca e-book berformat PDF dan EPUB.


Dimana bahan bacaan E-book tersimpan?

Jika bagi sebuah buku konvensional versi bercetak, buku tersebut boleh disimpan di rak buku.Apabila timbul keinginan untuk membaca, pembaca boleh terus mencapai buku tersebut dan meneruskan pembacaan.

Namun bagi e-book terdapat dua (2) cara penyimpanan e-book iaitu sama ada melalui muat turun atau disimpan di dalam server khas.

Bagi kaedah muat turun, sesebuah e-book itu dapat dimuat turun dan disimpan di dalam peranti tertentu seperti telefon pintar dan komputer.Ini bermakna pembaca tidak memerlukan sambungan internet untuk membaca e-book tersebut kerana bahan e-book tersebut sudah dimuat turun dan disimpan ke dalam memori peranti.Pembaca perlu memasang aplikasi khas untuk membaca e-book seperti aplikasi Adobe Reader yang dapat membaca e-book berformat PDF.

Bagi kaedah penyimpanan di dalam server, ianya memerlukan sambungan internet untuk mengakses kandungan e-book yang disimpan di dalam server.Seperti Google Play Book, ianya tersimpan di dalam server Google terlebih dahulu.Untuk membaca, pengguna perlu memuat turun dahulu e-book tersebut ke dalam peranti.Apabila selesai dimuat turun, pengguna boleh membaca e-book tersebut walaupun tanpa sambungan internet.Penggunaan Google Play Book juga banyak digunakan untuk membaca sesebuah e-book malahan terdapat banyak lagi medium untuk membaca dan membeli e-book.

Selain itu, pembaca juga boleh menyimpan e-book kegemaran yang sudah dimuat turun di dalam server tersendiri.Penggunaan Google Drive boleh dimanfaatkan untuk kaedah ini.Pengguna boleh memuat naik e-book kegemaran ke dalam server Google Drive dan dapat diakses serta dibaca oleh pembaca itu sendiri dengan sokongan aplikasi khas untuk membaca e-book.


Mengapa E-book yang dibeli kebanyakannya tidak dapat dicetak?

Kebanyakan e-book yang dibeli tidak dapat dicetak walaupun sudah dimuat turun.Ini kerana kseluruhan kandungan e-book tersebut dilindungi oleh Digital Right Management (DRM).

DRM ini merujuk kepada satu teknologi yang menetapkan aturan akses yang digunakan oleh penerbit, penulis atau pemegang hak cipta untuk menghadkan sesebuah akses e-book.Erti kata lain, DRM ini melindungi hak cipta kandungan e-book daripada dicetak, ditiru, diterbitkan semula atau diubah suai.

Kebanyakan istilah DRM ini digunakan untuk media kreatif seperti industri musik, perfileman dan lain-lain.Namun, bagi penerbitan e-book juga tidak ketinggalan di dalam penggunaan DRM bagi melindungi isi kandungan e-book yang diterbitkan daripada di salah guna.

Namun begitu, e-book yang dilindungi oleh DRM tidak dapat dibaca walaupun sudah dimuat turun sama ada ianya berformat PDF ataupun EPUB.Untuk membaca kandungan e-book yang dilindungi oleh DRM, pengguna boleh menggunakan aplikasi Adobe Digital Edition untuk membaca e-book yang dilindungi oleh sistem DRM.


Perpustakaan Digital

Apabila menyebut tentang perpustakaan, pastinya kita akan terbayang lambakan buku di rak-rak yang disusun.Bukan itu sahaja, terdapat juga dikalangan pembaca yang memiliki perpustakaan mini di rumah untuk menyimpan koleksi buku-buku yang diminati.

Bagi perpustakaan digital, ianya beroperasi dengan kaedah yang sama cuma ianya berbeza dari segi lahiriahnya.

Perpustakaan konvesional yang biasa kita lihat adalah lambakan dan susunan buku-buku di rak yang dikhaskan untuk menyimpan buku.

Bagi perpustakaan digital, buku-buku tersebut disimpan di dalam server dan ianya berformat PDF.Sekiranya perpustakaan konvesional mampu menyimpan sebanyak puluhan ribu buku dalam satu masa, perpustakaan digital mampu menyimpan e-book 3 kali ganda lebih banyak daripada perpustakaan konvesional biasa namun ianya bergantung kepada saiz memori server.


Seperti di luar negara, terdapat sebuah perpustakaan yang menyerupai susunan buku-buku yang diletakkan di rak buku.Namun hakikatnya, ianya hanyalah sebuah gambar yang bersaiz cukup besar dengan gambar yang menyerupai susunan buku-buku di rak buku.

Setiap gambar buku yang ada itu akan dilampirkan sekali satu QR Code.Untuk membaca mana-mana buku yang diminati, pembaca perlu mengimbas QR Code yang ada pada buku tersebut dan pembaca dapat mengakses e-book berkenaan buku yang dipilih.



Bolehkah kita mencipta Perpustakaan Digital peribadi sendiri?

Bagi mereka yang tidak mempunyai peluang untuk membina ruang perpustakaan mini sendiri dirumah, pembaca juga boleh mencipta Perpustakaan Digital peribadi tersendiri.

Bagi kaedah ini, kita boleh menggunakan Google Drive sebagai server penyimpanan e-book sendiri.Seperti penulis sendiri, penulis juga memiliki Perpustakaan Digital tersendiri dengan menggunakan Google Drive sebagai medium penyimpan e-book.

Bagaimana caranya? Kita akan kupaskan secara ringkas.

Untuk menggunakan medium Google Drive, pembaca perlu memiliki akaun Google terlebih dahulu.

Bagi penulis, link yang telah ditetapkan akan diubah kepada QR Code dan sekiranya penulis mahu membaca kembali e-book artikel yang telah disimpan, penulis hanya perlu mengimbas QR Code yang mengandungi URL Link e-book tersebut dan penulis dapat membaca e-book yang telah disimpan di dalam Google Drive.



#1 Cari bahan bacaan berformat PDF

Untuk mencari bahan ilmiah ini, ianya tidak terhad kepada sesebuah buku sahaja malahan artikel-artikel ringkas juga boleh dijadikan bahan bacaan dan disimpan di dalam Perpustakaan Digital peribadi.

Bahan ilmiah e-book juga boleh dibeli melalui laman web yang menyediakan perkhidmatan e-book tetapi kebanyakan daripadanya dilindungi oleh DRM dan hanya boleh dibaca melalui aplikasi yang telah dikhaskan sahaja seperti Google Play Book, Amazon.Kindle dan lain-lain.

Sekiranya pembaca masih belum memiliki e-book berformat PDF, cari dan muat turun mana-mana bahan ilmiah e-book yang diminati.

Sekiranya pembaca meminati mana-mana artikel ringkas, 'copy' artikel tersebut dan 'paste' kan ke dalam Microsoft Word.Namun perlu diingatkan supaya meletakkan sumber kredit daripada mana artikel itu dipetik.Buat pengubahsuaian sedikit supaya kelihatan kemas dan mudah untuk dibaca seperti mengubahsuai saiz font, warna, saiz gambar dan sebagainya.Ubahsuai mengikut keselesaan sendiri.

Setelah siap diubahsuai,klik pada 'Save As' dan pilih format 'PDF'.Masukkan tajuk e-book tersebut dan 'Save'.







#2 Login Google Drive dan muat naik e-book yang telah siap

Seterusnya, login ke dalam akaun Google Drive peribadi.Kemudian, buka satu folder baru dengan tajuk folder mengikut keinginan pembaca sendiri.Contohnya melabelkan sebagai 'Digital Library'.

Kemudian, muat naik e-book berformat PDF yang telah siap tadi ke dalam storan Google Drive.






#3 Tetapkan Link pada 'Sharing' dan dapatkan 'Share Link'

Setelah selesai dimuat naik, buat sedikit tetapan 'share' pada e-book yang telah siap dimuat naik.'Right-Click' pada e-book tersebut dan klik pada 'Get Shareable Link'.

Satu paparan kecil akan dipaparkan dan klik pada 'Sharing Setting'.Kaedah ini bertujuan untuk menyekat akses supaya kandungan e-book ini tidak dapat dimuat turun, diedit atau dicetak.Hanya sekadar bacaan atau 'view' sahaja.

Setelah 'Sharing Setting' di klik, satu paparan akan terpapar dan kemudian klik pada 'Advance' di bahagian bawah sebelah kanan paparan.

Satu paparan lagi akan dipaparkan.Di dalamnya terkandung beberapa informasi termasuklah individu yang boleh mengakses e-book pembaca.Oleh kerana ini adalah Perpustakaan Digital peribadi, cukup sekadar nama dan email pembaca sahaja yang boleh mengakses e-book tersebut.

Klik tanda pada 'Disable Option to Download, Print and Copy'.Kemudian, klik 'Save Change' dan 'Done'.









#4 Copy 'Shareable Link' dan tukarkan kepada QR Code

Kini e-book tersebut telah pun selesai ditetapkan untuk dihadkan akses.E-book yang telah di 'setting' ini tidak dapat dicetak, muat turun, edit atau 'copy'.

Seterusnya, 'Right-Click' pada e-book tersebut, klik pada 'Link' yang diberikan dan 'copy' link Shareable Link tersebut.

Untuk menukarkan link tersebut kepada QR Code, boleh menggunakan dua (2) kaedah iaitu tukarkan melalui laman web lain atau secara online.
Cara kedua adalah dengan menggunakan software 'QR Code Convertor'.Secara mudahnya, penulis menggunakan laman web lain untuk mengubah link yang telah di 'copy' kepada QR Code.Klik pada QR Code Generator untuk menukar Link kepada QR Code.

Masukkan Link yang telah di 'Copy' tadi dan klik pada 'Create QR Code'.Kemudian, muat turun gambar QR Code yang telah siap ditukar.






#5 Letakkan QR Code di dalam Microsoft Word.Kumpulkan seberapa banyak yang mungkin

Langkah terakhir adalah dengan menghimpunkan seberapa banyak QR Code yang menghubungkan kepada Link e-book peribadi pembaca.

Pembaca boleh menggunakan Microsoft Word untuk menghimpunkan QR Code yang dikumpulkan.QR Code yang ada hanyalah sekadar penukar kepada Link sahaja tetapi e-book sepenuhnya tersimpan di dalam Google Drive peribadi.

Maka, terhasillah Perpustakaan Digital peribadi.Gunakan kreativiti untuk menggayakannya bagi menampakkan seolah-olah ianya sebuah perpustakaan digital.

Setelah selesai, pengguna juga boleh mencuba satu per satu untuk mengimbaskan QR Code tersebut.Ini adalah untuk memastikan supaya QR Code itu memberikan URL Link yang tepat dengan tajuk e-book tersebut.

Jangan lupa untuk memasang aplikasi QR Code Scanner di dalam telefon pintar untuk mengimbas QR Code pada Perpustakaan Digital peribadi.




Kredit :





Hujan Emas

0 comments: