SPESIFIKASI KOMPUTER / LAPTOP UNTUK GAMERS!

 


Permainan video atau game sangat sinonim dengan zaman teknologi pada masa kini malahan ada juga di kalangan mereka yang bergelar gamers boleh menjana pendapatan dengan permainan video sahaja tetapi peralatan yang diperlukan sangatlah penting bagi menjalani sistem operasi minimum yang diperlukan bagi sesebuah permainan video dengan lebih lancar tanpa lag. Artikel kali ini, kita selami spesifikasi apa yang diperlukan bagi sebuah komputer atau laptop untuk memenuhi sistem operasi permainan video.

Korang kena tahu bahawa zaman teknologi sekarang ni bukanlah macam zaman-zaman terdahulu dalam bidang perkomputeran.

Dahulu kalau nak dapatkan sebuah komputer gaming yang cukup tip-top, harganya melambung naik ke langit kerana zaman terdahulu kebanyakan komputer dijual sebagai set komputer. Maknanya kalau korang beli 1 set komputer itu, itulah komponen yang korang akan dapat secara default. Kalau nak upgrade, korang kena buat sendiri dengan mengeluarkan komponen sedia ada dan memasang komponen lain yang korang boleh dapatkan di pasaran.

Sangat berbeza dengan zaman sekarang. Korang boleh build sendiri sebuah komputer mengikut cita rasa korang sendiri termasuklah untuk membuat sebuah komputer untuk bermain game atau PC Gaming.


APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA SEBUAH PC GAMING?


Kalau korang tahu komponen asas yang diperlukan untuk sesebuah komputer, tidak menjadi satu masalah kalau korang nak build sebuah PC Gaming mengikut cita rasa dan spesifikasi yang korang kehendaki. Yang memeningkan kepala adalah bagi mereka yang teringin sangat nak build PC Gaming tetapi tak berapa arif tentang komponen asas sesebuah komputer.

Disini bagi mereka yang kurang arif tentang komponen asas bagi sesebuah komputer, terdapat 2 cara yang kami boleh kongsikan untuk mendapatkan sebuah PC Gaming. Cara pertama adalah cara yang sering kali dilakukan iaitu beli sesebuah PC Gaming yang boleh custom. Ya, beli Custom PC Gaming.

Diluar sana, ramai je seller yang menjual komputer yang komponennya boleh custom atau korang boleh tentukan komponen dan spesifikasi apa yang korang nak. Korang order dan seller akan pasangkan untuk korang. Harganya bergantung kepada seller. Ini cara paling mudah tanpa perlu korang pening kepala untuk memasang komponen komputer.


APA KOMPONEN ASAS KOMPUTER?

Komponen apa yang menjadi asas di dalam sesebuah komputer? Benda yang paling penting yang wajib ada di dalam sesebuah komputer tak kiralah sama ada komputer untuk kegunaan harian mahupun PC Gaming, iaitu Motherboard. Selain itu, komponen asas yang lain yang wajib ada adalah Processor, RAM, Disk Memory (HDD/SSD), GPU atau Graphic Card. Tapi korang kena ingat, untuk membeli komponen asas ini untuk dijadikan sebuah PC Gaming bukannya murah juga ya.


MOTHERBOARD


Motherboard. Komponen paling asas yang dijadikan tapak atau perumah bagi komponen-komponen digital lain yang kita akan sebut sekejap lagi. Antara jenama Motherboard yang biasa digunakan antaranya MSI, Asrock, Asus, Intel, Gigabyte, Maxsun dan banyak lagi. Malahan setiap satu jenama yang menjual Motherboard ini pun ada disediakan berpuluh-puluh model bagi jenama masing-masing dengan spesifikasi masing-masing.

Bermula dari kegunaan harian sehingga lah kegunaan Gaming. Bermula dari low-end sehingga lah ke high-end. Korang petik je lah spesifikasi apa yang korang nak. Confirm ada punya.

Antara perkara yang korang kena tahu tentang Motherboard adalah seperti :

  • Socket Pin - Socket Pin ini akan menentukan CPU atau Processor yang akan digunakan. Pin yang ada adalah berbeza-beza mengikut CPU atau Processor yang ditetapkan oleh Motherboard seperti AMD (PGA) atau Intel (LGA). Kalau tak faham, korang boleh buat research dahulu.
  • Slot RAM - Slot RAM yang ada pada Motherboard juga berbeza seperti DDR, DDR2, DDR4 dan paling latest (2021) adalah DDR5. So, korang kena tengok dahulu Slot RAM jenis macam mana yang digunakan pada Motherboard tersebut.
  • Slot PCI - Slot ini merupakan tambahan komponen yang kita nak pada sesebuah komputer. Contoh, Motherboard memiliki 4 slot USB tetapi korang nak tambah lagi 1 slot USB. Korang boleh beli USB Card dan pasang pada Slot PCI. Atau, korang mahukan komputer korang boleh dapat signal wifi, korang boleh beli Wireless Card dan pasang pada Slot PCI.
  • Slot VGA - Slot ini digunakan untuk memasang Graphic Card.

PROCESSOR / CPU


CPU atau Processor boleh diibaratkan sebagai "otak" bagi sesebuah komputer manakala Motherboard pula diibaratkan sebagai "anggota tubuh badan" bagi sesebuah komputer. Tanpa CPU atau Processor ni tadi, komponen-komponen pada Motherboard tiada fungsinya kerana tiada sumber yang mengawal pergerakan komponen ini.

Biasanya CPU atau Processor ini akan terletak pada bahagian tengah Motherboard. Antara jenama yang biasa digunakan tak lain dan tak bukan adalah Intel dan AMD. Dua jenama ni boleh dikatakan memonopoli sistem CPU atau Processor yang kerap mendapat sambutan dan penaiktarafan yang agak kerap untuk bersaing di antara kedua-dua jenama ini. Ye lah, masing-masing nak tunjukkan kehebatan produk mereka.

Perkara kedua korang kena tahu pasal CPU atau Processor ini adalah jenis Core yang digunakan. Bermula dari Single Core CPU adalah yang paling lama sekali. Rasa dah tak releven untuk zaman sekarang, Dual-Core CPU (2 Core), Quad-Core CPU (lebih kurang Dual-Core tapi lagi power), Hexa-Core CPU (6 Core), Octa-Core CPU (8 Core) dan Deca-Core CPU (10 Core). Ini adalah jenis-jenis CPU yang korang kena kenal tapi korang ingat, semakin tinggi Core yang digunakan semakin mencanaklah harganya. Untuk korang kenal jenis-jenis Core dan apa tugasannya, korang boleh buat carian dan research di internet. Memang berlambak informasi yang disediakan.

Yang penting, semakin tinggi "darjat" CPU atau Processor korang, semakin pantas prestasi komputer korang tu. Contoh, korang jenis yang suka buka Tab banyak-banyak lepas tu tinggal. Lepas tu korang buka lagi Tab banyak-banyak.

Korang tahu tak, apabila Tab baru dibuka dan korang membuka atau mengoperasikan sesuatu di dalam Tab itu akan menambahkan lagi kerja pada CPU korang. Kalau CPU atau Processor korang jenis yang biasa-biasa atau low-end, confirm sistem operasi korang akan jadi perlahan atau mungkin akan Lag.

Sebab banyak kerja yang CPU tu kena buat. Bila slow, korang marah. Suruh upgrade, tak nak pula. Nak speed macam Ferrari tapi pasang enjin biasa. Memang tak boleh pergi lah ceritanya, kan? Macam tu lah ibaratnya dan itulah gambaran fungsi CPU atau Processor yang senang untuk korang faham.


RAM atau Random-Access Memory


RAM atau nama panjangnya adalah Random-Access Memory adalah sejenis komponen yang akan menyimpan data secara sementara bagi sesuatu sistem operasi.

RAM boleh berfungsi untuk menyimpan sekejap data yang korang sedang running di dalam komputer mengikut kapasiti saiz di dalam modul RAM. Fungsinya lebih kurang sama dengan Processor tapi kerjanya lebih simple iaitu dapat mengawal kepantasan dan prestasi sesebuah komputer.

CPU dan RAM memang ada kaitan rapat. Ia membolehkan CPU korang bekerja dengan lebih efisien dengan bantuan RAM yang dapat menyimpan data secara sementara. Kira macam assisstant juga lah.

Paling penting, korang kena tahu saiz modul yang disediakan di dalam sebuah RAM bermula dari yang paling kecil sehingga yang paling besar mengikut kegunaan korang seperti :
  • 512MB hingga 1GB RAM - Biasa digunakan di dalam komputer tahun 90-an hingga awal 2000. Sesuai untuk melayari internet, email dan kerja-kerja yang simple dan tidak berat.
  • 2GB RAM - Prestasi nya kira sedang-sedang saja terutama pada komputer yang menggunakan sistem operasi 32bit. Masih berada di bawah low-end dan tugasan yang boleh dibuat pun masih yang simple-simple.
  • 4GB RAM - RAM yang paling kerap digunakan oleh komputer beroperasikan dengan sistem 64bit. Sesuai untuk penggunaan harian dan kerja yang tidak terlalu berat. Boleh running sesetengah program editting melibatkan grafik dan sesetengah permainan video yang rendah.
  • 8GB RAM - Kalau 4GB RAM pun dah memadai untuk kerja-kerja harian, 4GB RAM apatah lagi. 8GM RAM sesuai untuk sesetengah permainan video berprestasi tinggi, program editting melibatkan grafik, video berdefinisi tinggi dan program permodelan 3D yang tinggi. Kira macam awal-awal high-end lah.
  • 16GB RAM - Sesuai untuk Virtual Machine atau Virtual Server. Kerja-kerja harian lain? Gaming? Boleh sangat. Tinggi dah ni.
  • 32GB RAM - Tak cukup ke? Berapa banyak korang nak? Tinggi sangat ni
Itu adalah contoh saiz modul pada RAM yang korang boleh dapati tetapi korang kena tahu compitabilty kekuatan RAM itu sendiri dengan prestasi CPU korang. Takut ada masalah lain pula. Ada lagi tinggi dari 64GB RAM tapi RAM besar-besar korang nak pergi mana? Selebihnya maklumat mengenai RAM, saiz modul atau jenis RAM, korang boleh buat carian sendiri di internet.


HARD DISC atau MEMORY

HDD atau Hard-Disk Drive (Guna Disk)

SSD atau Solid-State Drive (Guna Board atau cip)

Tadi kita ada membicarakan tentang RAM yang berfungsi untuk menyimpan data secara sementara. Hard Disk pula bertujuan untuk menyimpan data secara kekal dan komponen ini diibaratkan sebagai pusat ingatan atau memori bagi sesebuah komputer. Di komponen inilah tempat korang akan menyimpan segala macam jenis program atau fail korang.

Kalau dahulu, sesebuah komputer menggunakan memori berasaskan piring atau Hard-Disk Drive (HDD). Memang jarang rosak tapi kerap akan terjadi Lag sehingga memaksa korang untuk Force Restart komputer korang akan menyebabkan HDD ini akan cepat rosak.

Bagi model memory ni pula ada jenis yang lebih laju dan pantas dari HDD iaitu SSD atau Solid-State Drive. Komponen ini tidak berasaskan sistem operasi piring seperti HDD. Solid-State Drive pula berasaskan papan elektronik atau Electronic board dengan cip-cip yang dipatri di atas Board ni tadi. Ini bermakna, sistem operasi SSD lebih pantas daripada HDD kerana HDD mempunyai sistem mekanikal yang terbina di dalam dan putaran cakera yang tersimpannya data korang di dalam piring tu tadi. Berbanding dengan SSD yang hanya menggunakan gelombang tenaga elektrik yang diperlukan untuk mengakses maklumat dan data korang yang tersimpan di dalam cip-cip tersebut.

Antara siri top SSD untuk gaming (setakat tahun 2021) korang boleh dapatkan seperti Addlink S70 (256GB, 512GB, 1TB, 2TB), WD Black SN750 1TB (1TB), Samsung 970 EVO Plus 500GB (500GB), WD Black SN850 1TB NVMe SSD (1TB), Crucial MX500 1TB (1TB), Crucial P1 1TB NVMe (1TB), ADATA XPG SX8200 PRO 1TB (256GB, 512GB, 1TB, 2TB) dan banyak lagi siri SSD yang korang boleh cari mengikut bajet korang sendiri.


CASING (BAGI DESKTOP)

Bagi korang yang tak menggunakan komputer meja atau Desktop korang sebagai platform game, rasanya casing ni tak ada masalah untuk korang. Tak menjadi isu pun. Pakai apa-apa pun boleh, kan. Tapi bagi korang yang merupakan seorang yang bergelar Gamers, ciri-ciri casing ni mesti korang sangat titik beratkan dan nak nampak cool setaraf dengan ciri-ciri gamers korang.

Apa yang penting di dalam pemilihan casing ni adalah korang kena kenal pasti saiz dan kapasiti yang boleh memuatkan Motherboard korang tu nanti. Tapi ada juga casing yang "free size casing" dimana korang boleh memuatkan apa sahaja jenis Motherboard korang di dalam casing tu. Apa-apa pun korang kena tanya dulu pada seller tu jenis casing yang korang nak beli berdasarkan Motherboard yang korang ada atau nak beli.

Disebabkan tak banyak sangat yang kita boleh cerita pasal casing ni, jom tengok beberapa senarai top casing untuk desktop (2021) yang korang boleh dapatkan untuk gaming :
  • Cooler Master Cosmos C700P - Form Factor: Full-tower | Motherboard Support: E-ATX, ATX, Micro-ATX, Mini-ITX | Dimensions: 25.2 x 12 x 25.6 inches (639 x 306 x 651mm) | Weight: 48.9 lb (22.2 kg) | Radiator Support: 120mm; 140mm; 240mm; 280mm | I/O Ports: 1x Audio/Mic, 1x USB 3.1 Gen 2 Type-C, 4x USB 3.0 | Drive Bays: 2x 2.5-inch, 8x 3.5-inch - ( Additional Spec : Integrated RGB lighting system | Adjustable motherboard layout )
  • Corsair Carbide 275R - Form Factor: Mid-tower | Motherboard Support: ATX, Micro-ATX, Mini-ITX | Dimensions: 18.1 x 8.3 x 17.9 inches (460 x 211 x 455mm) | Weight: 22.4lb (10.14 kg) | Radiator Support: 120mm; 140mm; 240mm; 280mm; 360mm | I/O Ports: 1x Audio/Mic, 2x USB 3.0 | Drive Bays: 3x 2.5-inch, 2x 3.5-inch - (Additional Spec : Minimal branding | Full-length dust filters | Great cooling support )
  • Phanteks Evolv X - Form factor: Mid-tower | Motherboard Support: E-ATX, ATX, M-ATX, mini-ITX | Dimensions: 20.5 x 9.5 x 20.1 inches (240 x 520 x 510mm) | Weight: 33lb (15kg) | Radiator Support: 120mm, 140mm, 240mm, 280mm, 360mm, 420mm | I/O Ports: 2x USB 3.0, 1x USB 3.1 Gen 2 Type-C, 1x headphone, 1x microphone | Drive bays: 6x 2.5-inch, 4x 3.5-inch - (Additional Spec : Supports dual-system builds | Spacious well-designed interior | Great cable management )
  • NZXT H210i - Form Factor: Mini-ITX tower | Motherboard Support: Mini-ITX | Dimensions: 8.3 x 13.7 x 14.6 inches (210 x 349 x 372mm) | Weight: 13.2 lb (6 kg) | Radiator Support: 120mm, 240mm | I/O Ports: 1x Audio/Mic, 2x USB 3.1 Gen 1 | Drive Bays: 4x 2.5-inch, 1x 3.5-inch - (Additional Spec : Excellent cooling support | Pre-installed addressable RGB lighting | Integrated CAM smart device )
  • Cooler Master Silencio S600 - Form Factor: Mid-tower | Motherboard Support: ATX, Micro-ATX, Mini-ITX | Dimensions: 18.8 x 8.2 x 18.5 inches (478 x 209 x 471mm) | Weight: 21.4lb (9.7kg) | Radiator Support: 120mm, 240mm, 280mm, 360mm | I/O Ports: 2x USB 3.2 Gen 1, 1x 3.5mm Headset Jack (Audio+Mic), 1x SD card reader | Drive Bays: 1x 5.25-inch, 5x 2.5-inch, 4x 3.5-inch - (Additional Spec : Windowed or enclosed options available | Quality sound dampening material )
  • Corsair Obsidian 1000D - Form Factor: Super-tower | Motherboard Support: E-ATX, ATX, Micro-ATX, Mini-ITX | Dimensions: 27.4 x 12.1 x 27.3 inches (697 x 307 x 693mm) | Weight: 65lb (29.5kg) | Radiator Support: 120mm; 140mm; 240mm; 280mm; 360mm; 420mm; 480mm | I/O Ports: 1x Audio/Mic, 4x USB 3.0, 2x USB 3.1 Type-C | Drive Bays: 6x 2.5-inch, 5x 3.5-inch - (Additional Spec : Supports just about any crazy build | Can house an E-ATX and Mini-ITX build at the same time | Supports dual 480mm front radiators )
  • Dark Base Pro 900 - Form Factor: Full-tower | Motherboard Support: E-ATX, ATX, Micro-ATX, Mini-ITX | Dimensions: 22.7 x 9.6 x 23.1 inches (577 x 243 x 586mm) | Weight: 31.7lb (14.4 kg) | Radiator Support: 120mm, 140mm, 240mm, 280mm, 360mm, 420mm | I/O Ports: 1x Audio/Mic, 2x USB 3.0, 1x USB 3.1 Gen 2 Type C, Qi Wireless Charger | Drive Bays: 10 x 2.5-inch, 5x 3.5-inch - (Additional Spec : Highly modular | Wireless Qi charger | Extensive cooling support )
  • Lian-Li PC-011 Dynamic - Form factor: Mid-tower | Motherboard Support: E-ATX, ATX, M-ATX, mini-ITX | Dimensions: 17.6 x 10.7 x 17.5 inches (446 x 272 x 445mm) | Weight: 21.4lb (9.7kg) | Radiator Support: 120mm, 240mm, 280mm, 360mm | I/O Ports: 2x USB 3.0, 2x HD audio, 1x USB 3.1 Type-C | Drive bays: 6x 2.5-inch, 3x 3.5-inch - (Additional Spec : Synapse 3-compatible lighting | Plenty of headroom for upgrades )
Dan ada banyak lagi jenis dan model-model casing untuk desktop yang korang boleh dapatkan dan kelihatan sangat cool. Feel seorang gamers tu memang automatik datang punya kalau korang guna casing ni di desktop korang walaupun komponen komputer korang just low-end sekali pun. Peduli apa. Janji cantik, kan.

Tapi macam biasalah. Bila kata bendanya sangat cantik dan cool, lagi pula ada tambahan spesifikasi pada sesuatu itu menandakan harganya bukanlah murah dan bukan mampu milik. Tapi kalau dah jiwa seorang gamers, peduli apa. Janji dapat dan puas hati.


GRAPHIC CARD


Ini juga adalah salah satu daripada komponen yang sangat penting bagi seorang gamers iaitu Graphic Card. Boleh dikatakan, Graphic Card ini adalah "nyawa" bagi seseorang yang bergelar gamers. Kalau korang adalah pengguna komputer desktop, tak menjadi masalah kerana Graphic Card pada Desktop boleh dikeluarkan di gantikan dengan yang lebih baik. Tetapi bagi seorang pengguna laptop, biasanya Graphic Card pada laptop tidak boleh dikeluarkan dan ianya kekal menjadi salah satu daripada spesifikasi laptop tersebut.

Ianya boleh dikatakan nyawa kerana sama ada komputer mahupun laptop, sistem operasi akan memaparkan paparan grafik pada skrin monitor anda dan ianya dijana oleh sistem Graphic Card anda. Semakin tinggi keupayaan Graphic Card anda, semakin tinggi kualiti imej yang boleh dihasilkan sehingga ke paparan imej 4K (bergantung kepada resolusi skrin).

Korang boleh research sendiri di internet Graphic Card apakah yang anda kehendaki mengikut spesifikasi model yang anda pilih. Ternyata memang banyak dan berlambak jenis-jenis Graphic Card yang memang awesome di luar sana. Semakin awesome Graphic Card tersebut, semakin "awesome" juga lah duit yang anda perlu sediakan. Itu sudah semestinya.

Antara Graphic Card yang boleh kata power juga untuk gaming adalah seperti :
  • Nvidia GeForce RTX 3090
  • AMD Radeon RX 6900 XT
  • AMD Radeon RX 6800 XT
  • Nvidia GeForce RTX 3080
  • AMD Radeon RX 6800
  • Nvidia GeForce RTX 3070
  • AMD Radeon RX 6700 XT
  • Nvidia GeForce RTX 3060 Ti
  • Nvidia GeForce RTX 3060 12GB
  • Nvidia GeForce GTX 1660 Super
  • Nvidia GeForce GTX 1650 Super
  • AMD Radeon RX 5500 XT 4GB
Dan memang ada banyak lagi yang korang boleh semak spesifikasi model mereka satu per satu. Kalau nak disebut semua memang tak larat penulis nak menulis artikel ni. Paling penting, korang kena semak dulu spesifikasi yang ditawarkan di dalam model itu tersebut, baru korang buat keputusan yang sebaiknya kerana harganya bersamaan dengan 3 bulan gaji korang atau mungkin lebih untuk model yang lebih power.


Antara perkara lain yang korang kena tengok juga bagi pengguna Desktop adalah monitor. Monitor pun ada pelbagai jenis dan pelbagai resolusi. Jadi, korang kena kaji dan semak betul-betul monitor apa yang sesuai dan mengikut kehendak serta spesifikasi yang korang nak. Sama ada yang biasa-biasa atau mempunyai resolusi tinggi, terpulang pada korang yang memutuskan.

Bagi spesifikasi tambahan, korang boleh ambil kira tentang jenis dan bilangan Port yang mungkin korang perlukan. Adakah korang lebih prefer untuk menggunakan USB A atau SD Card Reader sahaja. Selain itu, bagi korang yang gemar bermain permainan video secara online, kekuatan signal wifi korang pun kena upgrade sama ada 4Ghz atau 5Ghz. Tapi sekarang pun dah ada Wi-Fi6 (6Ghz). Dan, bagi yang menggunakan headphone dengan wire, tak ada masalah rasanya. Bagi yang menggunakan headphone menggunakan Bluetooth, anda boleh dapat kan peranti Bluetooth untuk komputer anda.


ADA TAK LAPTOP UNTUK GAME?


Kalau dah desktop untuk gaming dah ada, mestilah laptop untuk gaming pun ada. Tapi korang kena ingat bahawa spesifikasi laptop untuk gaming kebiasaanya didatangkan dengan build-in atau tersedia pasang di dalam model tersebut terutamanya Graphic Card yang tak boleh dikeluarkan sama sekali. Tapi kalau dah spesifikasi untuk gaming laptop dah cukup tip-top, korang nak upgrade apa lagi, kan?

Antara jenis-jenis laptop gaming yang boleh korang cari dipasaran setakat tahun 2021 adalah seperti :
  • MSI GE66 Raider ( Intel Core i9-10980HK ) - The Best Overall Gaming Laptop
  • Asus ROG Zephyrus G14 ( AMD Ryzen 4900HS ) - Best Thin and Light Gaming Laptop
  • Razer Blade 15 Advance Model ( Intel Core i7-10875H ) - Best Thin and Light Gaming Laptop (Alternate Pick)
  • Alienware M17 R4 ( Intel Core i9-10980HK ) Best 17-inch Gaming Laptop
  • Acer Nitro 5 ( AMD Ryzen 5 4600U ) - Budget gaming laptop
  • Alienware Area-51m ( Up to Intel Core i9-9900K ) - The Best Splurge Gaming Laptop
  • Asus ROG Strix Scar 17 G733 ( AMD Ryzen 9 5900HX ) - The Best Esports Gaming Laptop
  • Asus ROG Zephyrus Do 15 SE GX551 ( AMD Ryzen 9 5900HX ) - The Best Dual-Screen Gaming Laptop

Sebenarnya banyak lagi model-model laptop yang korang boleh cari dipasaran sesuai dengan bajet korang. Yang berada di dalam senarai ni hanya top model bagi gaming laptop sahaja. Harganya jangan cakap.

Tapi korang boleh gunakan spesifikasi yang ditawarkan di dalam model-model yang tersenarai untuk dijadikan panduan buat korang yang nak build gaming PC korang sendiri.

Paling menarik minat penulis kalau kita tengok dari senarai model adalah Asus ROG Zephyrus Do 15 SE GX551. Model ni terbina dengan skrin kedua yang sedikit terangkat pada bahagian atas keyboard untuk mengudaraan yang lebih efisien. Dengan lampu yang terang dan berwarna-warni memang nampak cool habis lah cuma dari segi kedudukan port dia kelihatan agak sedikit pelik. Tetapi secara keseluruhan, model ni memang nampak pelik tapi performance untuk gaming bukan calang-calang. Yang pasti, harga dia pun bukan calang-calang juga.


Jadi kalau korang ada apa-apa pandangan, cadangan mahupun persoalan yang korang nak ajukan, sila ajukan kepada kami di ruangan komen dibawah atau terus hubungi kami di email kami hujanemas.nl@gmail.com

Apa yang kami paparkan di dalam artikel ini hanya sekadar sebuah perkongsian dan panduan buat korang. Selebihnya bergantung kepada korang sendiri untuk memutuskan mengikut kesesuaian keadaan korang sendiri. Ini hanyalah pandangan dan perkongsian.

Semoga bertemu lagi salam dari kami Hujan Emas #STAYSAFE



Kredit :

0 comments: