TIPS KHATAM AL-QURAN DALAM MASA SEBULAN (30 HARI)

 


Ramai yang memasang azam dan niat untuk mengkhatamkan Al-Quran di dalam masa sebulan terutamanya apabila menjelang pada bulan Ramadhan yang mulia tetapi ramai juga yang tidak tahu teknik dan cara mudah untuk mengkhatamkan Al-Quran di dalam masa 30 hari. Jom kita share tips mudah ni. Harap dapat membantu.

Ketibaan bulan mulia Ramadhan memang sangat sinonim dengan tadarrus dan bacaan Al-Quran. Lazimnya memang ramai dikalangan kita bersungguh-sungguh nak khatamkan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali. Kali ni, kami akan kongsikan pada korang tips mudah untuk khatamkan bacaan Al-Quran.

Paling baik, teruskan bacaan Al-Quran selama hayat masih ada kerana Al-Quran inilah menjadi peneman dan pembantu kita di kubur kelak. Jadikan Ramadhan ini salah satu daripada titik permulaan dan perubahan terbaik untuk diri kita. In Syaa Allah..


INFO RINGKAS MENGENAI AL-QURAN


Sebelum kita lanjutkan ke tips mudah untuk khatam Al-Quran, jom kita semak serba sedikit info ringkas mengenai Al-Quran supaya kita lebih faham.


  • Perlu kita ketahui bahawa Al-Quran terdiri daripada 604 muka surat bermula dengan surah Al-Fatihah sehingga ke surah An-Nass.
  • Jumlah keseluruhan surah terdiri daripada 114 Surah keseluruhan.
  • Jumlah keseluruhan ayat terdiri daripada 6236 Ayat keseluruhan.
  • 1 Juzu' terdiri daripada 20 muka surat, 2 Hizib, 8 Maqra dan 10 helaian
  • 1 Muka surat terdiri daripada 15 baris.

Secara asasnya jika membaca dengan istiqamah, korang boleh tetapkan bacaan sekurang-kurangnya 20 muka surat (10 helai) dalam masa sehari. (1 hari 1 juzu')

Jika dipecahkan lagi, 4 muka surat (2 helai) setiap waktu fardhu.

Jika dipecahkan lagi, 2 muka surat (1 helai) sebelum masuk waktu dan 2 muka surat (1 helai) selepas selesai solat fardhu.


Jika dihitung sepenuhnya dalam masa 30 hari, korang akan dapat menyelesaikan bacaan sehingga 600 muka surat. Baki 4 muka surat lagi tu korang bolehlah selitkan pada masa terluang korang terutama pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, dalam selepas solat sunat atau masa terluang.

Kalau korang perlukan checklist, korang boleh klik link dibawah untuk muat turun checklist mudah. Jangan risau, free je kami buat. Boleh digunakan untuk semua. Harap dapat membantu.

Mudahkan?



MULAKAN DENGAN JUZU' 1

Paling baik jika korang mulakan bacaan Al-Quran dari peringkat awal iaitu bermula dari Juzu' 1. Senang cerita, mulakan seawal yang mungkin dan jangan bertangguh. Korang perlu konsisten setiap hari bacaan tanpa tertinggal.

Bagi muslimah, pasti akan ada hari-hari korang akan red light. Jangan lupa buat catatan dan rekod berapa hari korang tertinggal supaya mudah untuk korang ganti dan kejar semula. So, tak adalah korang rugi, kan?
Secara purata, bagi muslimah ada 7 hari red light, jadi korang mempunyai sekitar 20-23 hari untuk bertadarus.

Korang boleh klik pada link dibawah untuk muat turun checklist yang kami dah sediakan. Jangan risau, free je. Boleh digunakan oleh semua. Semoga dapat membantu.


LETAKKAN SASARAN YANG SESUAI

Cuba semak balik, korang ada masa yang lapang tak dalam kehidupan seharian? Mesti ada, kan? Paling mudah, korang boleh bahagikan sasaran tersebut mengikut beberapa waktu lapang korang yang bersesuaian. Mungkin korang ada kelapangan selepas solat fardhu. Mungkin ada kelapangan selepas solat sunat atau tarawikh dan mungkin ada yang mampu menghabiskan sehingga 2 juzu' setiap kali sesi bacaan.

Setiap seorang itu ada masa kelapangan masing-masing dan bukan tertakluk kepada semua individu. Jadi, cuba cari dan semak waktu lapang yang korang ada dan manfaat kan masa lapang tersebut untuk mencapai sasaran yang korang dah target. Yang penting, adab membaca  Al-Quran itu perlu ada.


SEDIAKAN WAKTU YANG KHUSUS UNTUK TARADUS

Korang memang betul-betul tak ada masa lapang? Sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan?

Pening apa, Allah peruntukkan 24 jam untuk setiap seorang hamba-Nya. Andai setiap solat fardhu mengambil masa 10 minit setiap waktu, bagi 5 waktu adalah 50 minit. Purata 1 jam untuk keseluruhan 5 waktu fardhu. Korang ada 23 jam berbaki. 1 juzu' memperuntukkan purata sekitar 40 minit untuk bacaan. Lebih mudah kita puratakan terus 1 jam untuk habiskan 1 juzu'. Korang ada berbaki 22 jam lagi. Tak cukup masa?

Cuba atur semula masa korang dengan niat dan azam kerana Allah S.W.T. Korang memang tak akan ada masa jika tidak cuba untuk meluangkan masa. Cuba sediakan waktu khusus 1 jam sehari untuk bertilawah. In Syaa Allah, mudah-mudahan berhasil.


SEDIAKAN TENAGA SECUKUPNYA

Memang tidak dapat dinafikan, untuk membaca Al-Quran juga memerlukan tenaga yang secukupnya supaya bacaan kita itu lebih lancar dan paling penting tidak tersalah sebut yang menyebabkan maknanya juga berbeza. Itu lebih merbahaya. Bertilawah memerlukan anggota penglihatan dan suara. Mata digunakan untuk melihat setiap kalimah Allah di dalam Al-Quran dengan jelas dan suara digunakan untuk bacaan dengan lancar dan tepat.

Paling mudah, gunakan suara yang sekadar sahaja dan jangan terlampau kuat. Cukup sekadar diri kita sendiri dapat mendengarnya juga sudah memadai. Ianya sangat penting untuk memastikan diri kita dapat bertilawah dengan istiqamah.


GUNAKAN TEKNOLOGI

Al-Quran tertinggal di rumah? Itu biasa. Yang jarang menjadi kebiasaan adalah smart phone tertinggal di rumah. Jadi, apa kata kalau korang install atau pasang aplikasi Al-Quran di dalam smart phone korang.

Sekurang-kurangnya jika korang berada di luar rumah, Al-Quran akan sentiasa bersama korang seiring dengan norma kehidupan masyarakat yang jarang meninggalkan smart phone.

Jadi kalau korang berada dimana-mana sekali pun, korang sempat juga lah buka aplikasi Al-Quran dan teruskan bacaan selanjutnya. Kan dah jimat masa tu, kan? Mungkin korang berada di dalam kereta sedang menunggu seseorang untuk tempoh masa yang lama, korang boleh lah buka juga aplikasi Al-Quran.

Paling mustahak, jangan pula korang baca time tengah drive. Takut jadi bacaan talkin pula nanti. Kalau nak baca sambil drive, gunakan teknik bacaan secara hafazan. Itu lebih baik. Kalau tak hafal, seeloknya cari ditempat yang selamat dan sesuai. Tak adalah merbahayakan nyawa sendiri dan orang lain.


iQuran


CARI TEMPAT YANG TENANG

Antara elemen yang penting untuk korang khusyuk di dalam membaca Al-Quran ialah cuba korang cari tempat yang tenang dan bukan tempat yang terlarang (contoh, tandas. Dilarang sama sekali!). Sebab korang perlu duduk di tempat yang korang pilih untuk tempoh yang panjang. Jadi korang memang memerlukan ketenangan untuk meraih khusyuk di dalam membaca Al-Quran.

Jangan cari tempat yang terlalu selesa. Tenang dan selesa adalah dua keadaan yang berbeza, ya. Kalau tempat yang terlalu selesa nanti korang akan rasa mengantuk dan korang tak akan khusyuk di dalam bertilawah. Contoh, mungkin di pejabat korang. Masa tengah tak ada kerja atau selesai kerja atau masa rehat, cuba manfaatkan ruang kekosongan di pejabat untuk membaca Al-Quran. Sekurang-kurangnya bergerak juga kan. Janganlah masa kerja tengah bertimbun baru sibuk nak baca Al-Quran. Yang penting, kena pandai seimbangkan masa yang korang ada.


LAWAN RASA MENGANTUK!

Memang tidak dapat dinafikan, kalau korang bertilawah dalam tempoh masa yang panjang pasti akan terbit rasa mengantuk terutama waktu Subuh dan waktu malam. Kita buat benda mulia, syaitan tak suka. Memang golongan dilaknat Allah ni akan seboleh-boleh kacau korang termasuk membuatkan mata korang rasa mengantuk dan bermacam-macam gangguan lagi. Selain tu juga, mungkin kerana badan korang masih letih.

Cuba lawan rasa mengantuk korang tu sehingga tercapai sasaran yang korang dah sasarkan. Lepas tu, bolehlah korang berehat.

Atau pun mungkin korang memang nak ambil masa yang lebih panjang untuk bertilawah tetapi mata korang dikuasai rasa mengantuk yang teramat, cuba basahkan muka atau berwuduk sekali lagi. Ubah posisi cara bacaan jika terlampau mengantuk. Mungkin korang boleh berdiri seketika ketika membaca Al-Quran kemudian boleh duduk semula. Tapi jangan korang bertilawah sambil baring pula. Confirm korang terlelap.


Sebenarnya ada banyak tips lagi untuk korang menambah khusyuk di dalam korang bertilawah. Senang cerita, memang tak ada alasan lah untuk korang tidak membaca Al-Quran. Sama ada korang nak atau tidak sahaja. Bak kata pepatah lama, Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Kalau korang memang berazam bersungguh-sungguh untuk mengkhatamkan Al-Quran, memang ada banyak cara dan banyak jalan Allah akan bukakan untuk korang. Tapi kalau korang tak nak, tak boleh buat apa juga, kan. Yang penting, semangat dan azam yang korang tanamkan itu perlu disemai dengan usaha yang berterusan dan sentiasa beristiqamah. Kalau dah payah sangat, ingat ganjaran yang Allah janjikan pada kita hamba-Nya apabila membaca Al-Quran. Ganjarannya sangat besar.

Korang boleh semak secara ringkas rajah dibawah untuk meletakkan sasaran bacaan tilawah korang untuk melengkapkan 30 juzu' dalam masa sebulan. Kalau korang nak khatam lebih dari sekali, usaha kena lebih sikit lah dari apa yang kita bincangkan di dalam artikel kali ini.



Kalau korang perlukan checklist mudah untuk khatam Al-Quran, dibawah kami ada sediakan link untuk korang muat turun checklist ini. Korang boleh cetak jika korang mahu. Jangan risau. Benda free.Harap membantu

Jika korang ada apa-apa cadangan, persoalan atau pertanyaan, korang boleh ajukan di ruangan komen dibawah atau secara terus di email kami di hujanemas.nl@gmail.com

Semoga bertemu lagi di dalam artikel akan datang #STAYSAFE


KREDIT :

0 comments: