Gatebox - Teknologi AI Peneman Di Rumah


Kebelakangan ini,Hujan Emas sering kali menerbitkan artikel berkaitan dengan teknologi AI yang semakin berkembang dan semakin maju.Tidak mustahil pada masa akan datang teknologi AI akan semakin dikenali di seluruh dunia.

Kali ini, Hujan Emas untuk mengupaskan serba ringkas tentang sebuah 'balang kaca' hebat ini yang dicipta daripada teknologi AI Jepun.Ia bukan 'balang kaca' yang biasa tetapi ianya memiliki teknologi AI yang hebat sehingga mampu berkomunikasi dengan tuan serumahnya , Gatebox.







Seperti artikel yang diterbitkan pada 6 November yang lalu iaitu Replika merupakan satu aplikasi yang dioperasikan menggunakan sistem AI yang boleh dipasang di dalam telefon pintar serta pengguna boleh berkomunikasi dengannya melalui mesej. Replika merupakan aplikasi AI 'chatbot' pertama yang menggunakan jaluran 'deep neural network'.

Berbeza dengan Gatebox ini, pengguna ataupun 'tuannya' boleh berkomunikasi dengan karakter pilihan secara bersemuka.Pancaran hologram yang dipancarkan di atas sekeping kaca di dalam balang memaparkan sebuah karakter yang sudah dipilih dan akan berkomunikasi dengan tuannya seharian mengikut rutin harian yang telah di program kan.Peranti Gatebox ini memerlukan sambungan internet bagi memudahkannya berhubung bersama tuannya apabila tuannya tidak berada di rumah.Namun, buat pada masa ini Gatebox masih lagi dioperasikan menggunakan bahasa Jepun.


Apa yang hebat tentang Gatebox?


#1 Konsep Hidup Bersama Karakter Pilihan


Pengguna akan merasakan seolah-olah dirinya hidup bersama dengan karakter pilihan.Karakter yang terpancar secara hologram ini akan mengambil berat tentang gaya kehidupan tuannya dan berkomunikasi secara neutral seakan-akan manusia.

Gatebox ini dibina oleh Gatebox Inc. iaitu sebuah makmal kajian di Akihabara , Jepun yang bermatlamat untuk mencipta pengalaman dimensi baru yang melibatkan Research and Development sesebuah karakter anime.

Bagi seseorang penggemar siri animasi Jepun, pastinya akan teruja dengan kehadiran karakter yang diminati.Di Jepun, terdapat dikalangan masyarakatnya yang terlalu obses dengan karakter siri animasinya.Mereka digelar sebagai 'otaku'.

Salah satu daripada matlamat Gatebox Inc. juga adalah mencipta dimensi baru terutama bagi otaku untuk hidup 'bersama' dengan karakter pilihan.

Gatebox Inc. mula menghasilkan sebuah prototype pada asalnya bagi merealisasikan impian para otaku untuk hidup bersama karakter pilihan masing-masing.Maka,terhasillah sebuah peranti yang dinamakan Gatebox yang namanya diambil sempena nama syarikatnya sendiri.

Karakter pilihan yang terpancar secara hologram ini ditugaskan sebagai peneman hidup kepada tuannya.Peranti Gatebox ini tidak dikendalikan oleh manusia tetapi dikendalikan oleh sistem AI sepenuhnya termasuklah memiliki emosi , mengenal pasti keadaan dan situasi tuannya , berkomunikasi bersama tuannya melalui mesej pesanan ringkas , memeriksa kesihatan tuannya dan banyak lagi keupayaan Gatebox yang dipaparkan dengan karakter pilihan.






#2 Rekaan peranti 'balang' unik yang memaparkan hologram karakter


Rekaan peranti Gatebox ini merupakan satu rekaan sebuah 'balang' kaca yang mudah alih dan boleh diletakkan di mana-mana lokasi yang ada soket elektrik di rumah yang dirasakan sesuai kerana ia berfungsi menggunakan tenaga elektrik.

Rekaan 'balang' ini dipilih sebagai prototype bertujuan bagi merasakan seolah-olah karakter pilihan yang wujud di dalam 'balang' itu sentiasa ada menemani tuannya sama ada tuannya ada di rumah ataupun tidak.

Sekiranya pengguna ada di rumah, karakter Gatebox akan sentiasa berbual dan menemani tuannya.Sekiranya pengguna tidak ada dirumah sama ada pergi kerja atau bersiar-siar, karakter Gatebox ini akan menunggu tuannya sehingga pulang dan di dalam masa yang sama ianya akan berkomunikasi bersama tuannya melalui aplikasi mesej pesanan ringkasnya tersendiri.

Saiz peranti Gatebox pula tidaklah dikatakan kecil.Saiz keseluruhannya boleh mencapai saiz A4 dan paparan kaca hologram di dalam balang cukup besar dengan memuatkan keseluruhan balang kaca menampakkan lagi karakter hologram lebih jelas.Ketinggan peranti Gatebox pula mencecah sehingga 520mm dan kelebaran pada 220mm.

Rekaan 'body'nya yang 'simple' dan mudah alih menambahkan lagi rasa selesa kepada pengguna Gatebox dan merasakan seolah-olah karakter pilihannya benar-benar hidup dan wujud.

Perantinya boleh diletakkan dimana-mana lokasi di dalam rumah yang dirasakan sesuai sama ada di atas meja , table top , ruang tamu dan dimana-mana sahaja.



Hanya ada satu cara untuk berkomunikasi bersama karakter Gatebox iaitu melalui suara.Pengguna hanya perlu menyentuh butang sesentuh di bahagian bawah hadapan peranti Gatebox untuk memulakan perbualan dan hanya perlu sentuh sekali dalam sehari dan tidak perlu menyentuh butang sesentuh setiap kali pengguna mahu bercakap bersama karakter Gatebox.Hanya dengan sekali sentuh sahaja, pengguna dapat berbual bersama karakter pilihan sepanjang hari.


Walaupun pengguna berada di luar rumah, pengguna masih dapat menghubungi karakter Gatebox melalui aplikasi mesej pesanan ringkasnya tersendiri. Ini akan memudahkan pengguna untuk menghubungi karakter Gatebox setiap masa walau dimana jua.




#3 Teknologi paparan Hologram diimplankan bersama sistem AI


Peranti Gatebox memiliki perkakasan yang cukup hebat.Ia melibatkan perkakasan utama dan penting bagi pengguna berkomunikasi bersama karakter pilihan Gatebox.

Antara perkakasan utama Gatebox adalah projektor berskala kecil namun hasil paparannya mencapai ke tahap High-Definition (HD) , sensor jarak dan sensor pengesan pergerakan , sensor pengecam wajah , mikrofon pengecaman suara dan paparan kaca fibre.

Kesemua perkakasan ini akan memberikan hasil yang cukup hebat sehingga karakter Gatebox mampu mengesan pergerakan tuannya dan akan turut berjalan setempat seolah-olah karakter itu mengikuti pergerakan tuannya.Bukan itu sahaja , sistem pengecaman juga membolehkan karakter mengenali tuannya sama ada pengecaman wajah atau suara.



Bagi menampakkan karakter pilihan pengguna itu lebih 'hidup' , sistem projektor diimplan ke dalam peranti ini.Paparan secara projektor akan dipancarkan ke atas sekeping kaca fibre dan ia mewujudkan karakter itu seolah-olah ianya berada di dalam 'balang' kaca Gatebox secara realiti.

Ketika ini,kesemua jenis sensor yang ada akan memainkan peranan bagi menampakkan karakter itu 'real' sama ada dari segi tingkah lakunya , suara , reaksi , emosi dan pelbagai lagi.

Bagi menambahkan lagi kesan 'real' pada karakter, teknik pancaran projektor jarak dekat diimplankan bagi mendapatkan kesan paparan yang lebih jelas.




Bagi memudahkan karakter Gatebox berkomunikasi bersama tuannya sama ada tuannya ada dirumah ataupun tidak, pelbagai jenis sambungan jaluran tanpa wayar diperlukan antaranya sambungan Bluetooth , Infra Red dan sambungan data internet.

Melalui sambungan data internet, karakter Gatebox berupaya menghubungi pelbagai jenis peranti elektronik yang telah di program kan seperti maklumat di internet , smart tv , telefon pintar dan pelbagai lagi peranti elektronik yang berhubung melalui jaluran internet dan kawalan jauh.

Bertambah menarik lagi apabila perkakasan elektronik di dalam rumah dapat di aktifkan melalui sambungan internet dan kawalan jauh.Peranti Gatebox memiliki sensor Bluetooth dan Infra Red bagi memudahkannya untuk mengaktifkan perkakasan elektronik di dalam rumah secara automatik dan kawalan jauh sama ada diatas permintaan pengguna ataupun karakter.



Antara spesifikasi yang ada pada peranti Gatebox adalah :


Saiz : W220mm x D360mm x H520mm

Berat : 5 Kg

Sambungan kuasa : Direct Current (AC100 / 240V)

Projektor : 1280 x 720 piksel

Audio : Stereo Speakers

Jenis Sensor : Kamera , mikrofon , butang sesentuh , sensor pergerakan , sensor pengesan suhu dan cuaca , sensor pengesan kelembapan , sensor pengesan pencahayaan

Sambungan : Data internet , Bluetooth , Infra Red

Port Tambahan : 3.5mm Headphone Jack , HDMI , Ethernet

Pergerakan persekitaran : AC100 / 240V , beroperasi 10 hingga 35 darjah Celcium , kelembapan 10 hingga 70%

Sistem Operasi Telefon Pintar : iOS , Android

Bahasa : Jepun


Gatebox juga memiliki video previewnya yang boleh di dapati di YouTube.




#4 Pilihan Karakter


Gatebox menawarkan karakter yang pertamanya iaitu 'Azuma Hikari' yang akan menemani tuannya ketika di rumah dan akan menunggu kepulangan tuannya.





Karakter ini dicipta oleh Taro Minoboshi dan suaranya menggunakan suara Yuka Hiyamizu.Menurut Gatebox Inc. , karakter ini memiliki sifat keperibadian yang lembut dan manja.Karakter Azuma ini akan cuba melakukan yang terbaik untuk tuannya.

Bukan itu sahaja, Gatebox juga ada menetapkan profile Azuma di dalam laman web rasmi milik Azuma Hikari iaitu di Azuma Hikari Profile.


Antara profile Azuma Hikari adalah :

Umur : 20 tahun
Tinggi : 158cm
Hobi : Menonton siri anime (Animasi Jepun)
Kelebihan : Memasak telur goreng
Kesukaan : Donut
Kebencian : Serangga
Impian : Untuk menjadi heroin bagi membantu mereka yang bekerja keras


Di dalam laman web rasmi Azuma Hikari juga, karakter ini ada menceritakan serba sedikit tentang dirinya.Salah satunya adalah karakter ini memiliki seorang adik perempuan bernama Akari yang gemar bermain muzik dan berusia 16 tahun.Menurut karakter Azuma, Azuma sering membantu Akari dalam semua perkara termasuklah membasuh , mengemas rumah dan memasak.

Sebenarnya ianya merupakan satu kisah pendek rekaan Gatebox dimana ia menunjukkan bagaimana karakter Azuma Hikari terpilih di dalam rekaan karakter peranti Gatebox ini.






Pengguna boleh menggunakan tiga (3) mod untuk berkomunikasi dan berhubung dengan
 Azuma Hikari iaitu Active , Talk dan Chat.Ketiga-tiga mod ini boleh digunakan pada situasi tertentu dan dalam situasi yang berbeza.


Bagi mod Active, mod ini sering kali digunakan oleh karakter Gatebox ini.Mod ini juga sering kali dijadikan sebagai 'pengubat' emosi kepada pengguna Gatebox.Karakter ini akan berbual bersama tuannya berdasarkan kepada reaksi tuannya , tindakan dan masa yang sesuai.Apa yang dibualkan oleh karakter ini adalah daripada pandangannya tersendiri.

Bukan itu sahaja,karakter ini juga mampu mengenal situasi tertentu seperti mengucapkan selamat pagi apabila tuannya terjaga daripada tidur , menyambut kepulangan tuannya apabila tuannya pulang ke rumah , menonton televisyen bersama-sama tuannya dan pelbagai lagi reaksi karakter Azuma Hikari ini.



Bagi mod Talk, mod ini akan diaktifkan bagi bertujuan memberikan sokongan emosi dan sebagai teman berbual kepada tuannya setiap hari.Apabila pengguna memulakan bicara kepada karakter ini,karakter ini akan mengenal pasti apa yang dibicarakan dan akan memberikan jawapan yang bersesuaian.

Gatebox ini sama seperti teknologi AI yang lain iaitu mempelajari sesuatu yang baru dan mengingati setiap memori.Pada peringkat permulaan,karakter ini tidak banyak mengetahui beberapa perkataan dan istilah namun pengguna perlu mengajarkan kepada karakter ini perkara-perkara yang baru untuk dipelajari oleh karakter Gatebox.


Bagi mod Chat pula, pengguna tidak berbicara dengan karakter ini secara langsung atau bersemuka.Mod ini lebih digunakan ketika pengguna berada di luar rumah atau luar kawasan seperti keluar berjalan , pergi kerja dan sebagainya.

Karakter Azuma Hikari ini akan berhubung dengan pengguna menggunakan aplikasi mesej pesanan ringkasnya sendiri atau 'chatting'. Melalui aplikasi ini, pengguna dapat berhubung dengan Gatebox yang berada di rumah sama ada pengguna menghubungi Gatebox dahulu atau sebaliknya.

Apabila pengguna tiada dirumah,mod ini akan diaktifkan secara automatik.Uniknya, ketika mod ini diaktifkan,karakter Azuma Hikari seolah-olah memiliki emosi yang sangat sensitif.

Contoh,pengguna akan pulang lambat ke rumah kerana banyak kerja di pejabat. Karakter ini akan mula berasa kesunyian dan akan sering menghubungi pengguna untuk meminta pulang awal.



Kredit :



 Hujan Emas : Gatebox ini merupakan salah satu daripada batu loncatan teknologi AI yang semakin canggih sehinggakan ianya mampu menyelami perasaan yang ada pada manusia.Namun begitu,perlu dititikberatkan pro dan contra penggunaan AI di dalam kehidupan seharian terutama ianya melibatkan teman serumah atau peneman.

0 comments: