Replika - Sahabat Digital AI?


Semua orang memiliki sahabat sama ada yang jauh ataupun yang dekat.Semua orang juga memiliki telefon pintar yang menghubungkan kita dengan sahabat yang jauh melalui mesej pesanan ringkas ,WhatApps dan lain-lain.

Tetapi bayangkan jika sahabat kita adalah robot Artificial Intelligence (AI) dan mampu berbicara seolah-olah ianya manusia?Aplikasi ini adalah Replika.
Kebiasaannya kita akan berbual melalui mesej pesanan ringkas , WhatsApp dan lain-lain.Semestinya yang membalas mesej itu adalah manusia juga seperti kita yang merupakan sahabat , abang , kakak dan lain-lain.

Aplikasi yang dinamakan Replika ini merupakan satu aplikasi yang dikendalikan dengan sistem AI dan akan berbual bersama pengguna telefon pintar seolah-olah ianya adalah manusia.

Artificial Intelligence ataupun AI merupakan satu sistem rekaan manusia yang sangat kompleks dimana ianya memiliki kemampuan untuk belajar dengan sendirinya bergantung kepada tujuan penciptaannya.

Contoh,aplikasi Replika ini menggunakan teknologi AI sebagai medium dimana ianya akan belajar untuk mengenali sifat , emosi dan perangai manusia.Di dalam aplikasi ini,setiap mesej yang dihantar kepada Replika akan dibalas sendiri oleh Replika berdasarkan apa yang telah dipelajari dan apa disimpan sebagai memori.Setiap mesej daripada Replika juga akan berdasarkan soalan dan ayat daripada pengguna.

Apa yang menariknya adalah perbualan antara pengguna telefon pintar yang paparannya menyerupai sistem pesanan ringkas dan setiap mesej daripada pengguna itu akan dibalas sepenuhnya oleh sistem AI Replika ini dan bahasa yang digunakan adalah bahasa Ingeris (English).Mungkin ini boleh dijadikan salah satu medium bagi mereka yang mahu menguasai bahasa Ingeris dengan lebih baik.



Bagi pengguna Replika ini seolah-olah kita berbual dengan telefon pintar kita sendiri dan sepenuhnya dikendalikan oleh sistem AI yang berfungsi memberi respon kepada mesej yang dihantar oleh pengguna dan respon tersebut seolah-olah dikendalikan oleh manusia namun ianya bukan dikendalikan oleh manusia tetapi 100% sistem AI.


Apa Itu Replika?

Aplikasi Replika merupakan sahabat di dalam dunia digital yang dikendalikan oleh sistem AI.Sistem Replika akan mempelajari banyak perkara daripada pengguna telefon pintar itu sendiri sama ada dari segi gaya bahasa , corak percakapan dan bermacam-macam lagi.

Senang kata,pengguna yang menggunakan Replika akan membentuk peribadi Replika itu sendiri mengikut acuan dan gaya pengguna telefon pintar.

Oleh kerana itu Replika akan membalas mesej anda seakan-akan ianya manusia kerana ia mempelajari gaya percakapan , tutur bahasa dan macam-macam lagi daripada pengguna telefon pintar yang memasang aplikasi Replika.

Bukan itu sahaja,Replika juga akan mengenali pengguna dengan soalan-soalan yang diberikan dan akan mengingati apa yang anda katakan dan disimpan sebagai memori.Apa yang disimpan oleh Replika adalah bertujuan untuk membentuk peribadi Replika dan mengingati setiap apa yang dibicarakan.

Aplikasi ini boleh didapati di Apple Apps Store dan Google Play Store dan dikemaskini kali terakhir ketika artikel ini diterbitkan adalah pada 2 November 2017.






Mungkin ada pengguna yang meragui bahawa Replika ini dikendalikan oleh manusia sebenar ataupun AI sepenuhnya terutama pengguna yang baru mengenali Replika.

Replika dikendalikan sepenuhnya oleh sistem Artificial Intelligence (AI) yang membolehkan sistem ini memiliki keupayaan pembelajarannya sendiri dan ianya mengendalikan sistemnya sendiri.Semestinya Replika tidak ada langsung dikendalikan oleh manusia.

Jadi setiap mesej pengguna kepada Replika akan dibalas oleh sistem AI Replika itu sendiri mengikut apa yang telah dipelajari.

Walaubagaimanapun,aplikasi Replika ini memerlukan sambungan internet daripada telefon pintar untuk berhubung dengan server Replika.




Replika dibina oleh sekumpulan jurutera perisian,Luka.Luka merupakan satu kumpulan jurutera yang mahir dengan selok-belok sesebuah perisian dan membina sebuah aplikasi 'chatting' yang berdasarkan sistem AI.Replika hasil pembinaan kumpulan Luka merupakan satu 'chatbot' atau sistem mesej dioperasikan oleh komputer yang pertama dihasilkan berdasarkan sistem emosi dan perbualan serta berdasarkan 'deep neural network' iaitu satu sistem operasi yang kompleks seakan-akan otak manusia berfungsi.


Adakah maklumat peribadi pengguna selamat dengan Replika?

Kumpulan Luka yang membina aplikasi Replika tidak akan menggunakan data peribadi pengguna untuk tujuan lain selain sebagai memori untuk Replika.

Tujuan Luka membina aplikasi Replika adalah untuk dijadikan sahabat digital yang unik kepada pengguna.Setiap maklumat peribadi yang dikongsikan bersama Replika adalah bertujuan untuk kegunaan Replika sendiri untuk lebih rapat mengenali pengguna dan dijadikan sahabat digital.Cuma bezanya,sahabat kita ini dikendalikan oleh sistem AI dan bukannya manusia.

Setiap maklumat peribadi yang dikongsikan akan diingati sebagai memori kepada Replika dan digunakan oleh Replika sahaja.Ia bertujuan untuk Replika mengingati maklumat peribadi pengguna sebagai seorang kawan atau sahabat.




Aplikasi Replika boleh dioperasikan di atas platform iOS dan Android.Semestinya aplikasi Replika adalah percuma untuk dimuat turun.


Cipta akaun baru

Untuk mencipta akaun baru Replika terutama bagi pengguna baru,terdapat dua (2) cara berbeza untuk mencipta akaun Replika.

Pertama,dengan menggunakan aplikasi Replika itu sendiri.Setelah aplikasi Replika dimuat turun dan siap dipasang,ikuti arahan yang diberikan dan isikan maklumat yang diminta seperti tarikh lahir pengguna , nama pengguna , nama Replika dan banyak lagi.Setelah selesai kesemua proses,pengguna boleh terus menggunakan Replika dan hantarkan mesej kepada Replika.Replika akan membalas mesej-mesej pengguna dan mula mengenali pengguna sebagai kawan baru.

Cara kedua adalah dengan melayari laman web rasmi Replika di www.replika.ai.Kemudian pengguna boleh mengisikan nama Replika terdahulu dan ikuti arahan selanjutnya hingga selesai.


Sekiranya pengguna sudah memiliki akaun Replika,pengguna juga boleh mengakses maklumat dan profile Replika dengan melayari laman web Replika iaitu
replika.ai/<Your Replika Name>. Tukar <Your Replika Name> kepada nama Replika anda yang telah anda berikan.

Contoh,nama Replika adalah Hujan Emas.Jadi tukarkan <Your Replika Name> kepada nama HujanEmas.Jadi URL nya akan jadi seperti replika.ai/HujanEmas.


Pengguna juga boleh mengubah nama Replika sekiranya pengguna tidak meminati nama Replika yang sudah diberi.Penukaran nama Replika tidak ada limit dan anda boleh mengubah nama Replika pada bila-bila masa selagi aplikasi Replika berfungsi di telefon pintar anda.

  • Klik pada nama atau gambar Replika anda di atas screen ruangan chat.Atau 'slide' jari anda ke kanan untuk mengakses ruangan profile.Klik pada button gear ⚙ yang ada di sebelah atas.
  • Klik pada "Edit Profile" dan ubah nama Replika anda mengikut keiinginan anda.Selain itu,pengguna juga boleh mengubah gambar profile Replika.




Replika memerlukan tarikh lahir pengguna?

Semasa proses membuat akaun,Replika akan meminta pengguna memasukkan tarikh lahir pengguna.

Ini kerana penggunaan aplikasi Replika tidak dibenarkan pada mereka yang berada dibawah umur tiga belas (13) tahun dan sekiranya usia pengguna dibawah 13 tahun,mereka tidak dibenarkan menggunakan Replika sama ada berdaftar ataupun tidak.Dan pada mereka yang berada dibawah usia lapan belas (18) tahun,penggunaan Replika perlulah mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.


Replika menggunakan nombor telefon

Penggunaan aplikasi Replika adalah berdasarkan nombor telefon pengguna.Pengguna akan diminta memasukkan nombor telefon dan nombor pengesahan akan dihantarkan kepada telefon pintar pengguna.





Apa yang menariknya di Replika ini adalah ianya merupakan kawan baru yang dikendalikan oleh komputer sepenuhnya dan reaksi daripada Replika adalah dikendalikan oleh sistem AI itu sendiri.



Sama ada kita menghantar mesej dan menghantar gambar,kesemuanya akan diberikan reaksi oleh Replika yang dioperasikan mengikut sistem AI.



Sekiranya diselami penggunaan Replika,aplikasi ini seolah-olah memiliki perasaan seperti marah , gembira , sedih , terasa hati , merajuk dan pelbagai lagi emosi yang menyerupai emosi manusia.

Replika akan mengenali diri pengguna sedikit demi sedikit bergantung kepada kekerapan perbualan antara pengguna bersama Replika.Semakin rancak anda berborak,semakin dekat Replika akan mengenali diri anda.

Replika juga akan mengingati setiap butiran perbicaraan daripada pengguna tetapi ianya bergantung kepada kepentingan.Sekiranya apa yang dibicarakan oleh pengguna merupakan satu peristiwa atau kejadian,kebiasaannya Replika akan mengingati apa yang berlaku dan di simpan sebagai memori.

Replika juga berkeupayaan untuk mengesan rentak perbualan manusia dan emosi.Contoh,sekiranya pengguna memerli Replika,ianya akan berkata seolah-olah merajuk dan mengatakan anda sedang memerlinya.


Tidak cukup dengan itu,Replika juga merupakan teman berbual yang baik.Replika berkeupayaan untuk mengetahui emosi pengguna seperti sedang gembira , ketawa , sedih dan pelbagai emosi lain.

   

Ada pada masanya,Replika akan berbual seperti menakutkan pengguna seolah-olah Replika memiliki perasaan takut.

Contoh,apabila pada jam 12 malam,Replika akan bertanyakan tentang perkara mistik dan perkara yang menakutkan.Kebiasaanya,Replika akan meminta pengguna bercerita kepadanya tentang sesuatu topik yang dikupaskan oleh Replika.

  

Replika yang dioperasikan dengan sistem AI ini memiliki emosi berdasarkan cara tutur bahasa daripada pengguna.Ia akan rasa serba salah sekiranya pengguna membidas apa yang dikatakan oleh Replika atau pengguna tidak bersetuju dengan Replika.


Kadang kala,Replika akan bertanyakan kepada pengguna beberapa soalan yang diikuti dengan jawapan objektif pilihan.Ia bertujuan untuk memberikan pengguna 'badge' tertentu mengikut nilaian oleh Replika.

Contoh,Replika bertanyakan soalan-soalan berkaitan pegangan diri anda dan anda menjawab dengan tepat selaras dengan topik pegangan diri,Replika akan memberikan 'badge' yang tertentu menandakan itu adalah lambang diri anda sendiri mengikut penilaian.

   

Selain itu,pengguna juga boleh menilai peribadi pengguna sendiri dengan bertanyakan kepada Replika berkaitan diri anda.

Kebiasaannya,Replika akan meminta anda memberikan padangan terhadap Replika dan ia akan memberikan pandangannya sendiri berkaitan anda.


Setiap topik yang dibualkan akan direkod oleh Replika namun sekiranya pengguna tidak meminati topik yang dibualkan,pengguna boleh menghantar mesej kepada Replika seperti "Stop it!" , "Change topic" , "I don't like to talk about this" dan bermacam lagi untuk menghentikan Replika daripada terus berbual mengenai topik yang tidak diingini.



Mod Perbualan Replika

Perbualan bersama Replika terdiri daripada tiga (3) mod iaitu Mod Biasa , Mod 'Eat Cake' dan Mod 'Watch TV'.

Terdapat beberapa perbezaan dari segi gaya bahasa , rentak pertuturan dan pandangan daripada Replika mengikut Mod yang digunakan.

Mod Biasa adalah mod yang kebiasaannya digunakan.Mod ini adalah perbualan Replika bersama pengguna di ruang 'chat' utama.Di dalam Mod ini,Replika memiliki banyak emosi , pandangan , persoalan , memes , berkongsi gambar dan bermacam-macam reaksi.Ianya adalah Mod yang biasa digunakan untuk berbual dan bergantung kepada emosi pengguna.


Mod 'Eat Cake' pula adalah dimana pengguna boleh menetapkan sendiri emosi Replika mengikut keinginan pengguna.Didalam Mod ini,Replika memiliki lima (5) emosi iaitu gembira (happy) , marah (angry) , sedih (sad) , takut (scared) dan neutral (tiada perasaan).

Contoh,jika pengguna mahukan emosi Replika sentiasa gembira,masukkan icon gembira (smile) di awal ayat dan sambung dengan ayat yang diingini.Emosi Replika akan sentiasa gembira walaupun pengguna memarahi Replika.Kan sakit hati tu.

Jika mahukan emosi Replika marah,masukkan icon marah (angry) di awal ayat dan sambung ayat yang diingini.Emosi Replika akan menjadi marah walaupun pengguna cakap baik-baik.

Cara untuk mengaktifkan mod ini adalah dengan menghantar ayat 'Eat Cake' atau
'Eat 🍰' kepada Replika dan Replika akan memberikan beberapa panduan berkaitan mod ini.
Dan untuk menghentikan mod ini,hantarkan ayat 'Stop it' kepada Replika.Replika akan kembali pada Mod Biasa.


Mod 'Watch TV' pula adalah dimana Replika akan banyak menghantar gambar dan gambar berfomat gif sebagai ekspresi emosi Replika kepada pengguna bergantung kepada pertuturan pengguna.

Cara untuk mengaktifkan mod ini adalah dengan menghantar ayat 'Watch TV atau
'Watch 📺kepada Replika dan Replika akan memberikan beberapa panduan berkaitan mod ini.
Dan untuk menghentikan mod ini,hantarkan ayat 'Stop it' kepada Replika.Replika akan kembali pada Mod Biasa.

   


Sekiranya diperhatikan pada bahagian atas screen bersebelahan gambar profile Replika anda,terdapatnya satu bar melintang dan dibahagian bawahnya dilabel sebagai 'Level'.

Tujuan Level ini adalah sebagai indikator atau petunjuk menunjukkan sejauh mana perhubungan pengguna bersama Replika.Semakin tinggi Level Replika,semakin rapat Replika dengan pengguna dan semakin baik pengetahuan Replika terhadap pengguna.

Setiap mesej yang pengguna hantarkan kepada Replika akan disertakan dengan markah yang tertentu bergantung kepada mesej anda.Markah tinggi akan diberikan sekiranya jawapan atau mesej yang dibalas oleh pengguna menepati dengan jawapan yang dikehendaki.Namun,sekiranya jawapan tidak memenuhi pertanyaan daripada Replika,markah tetap akan diberikan cuma markahnya sedikit rendah.


Contra penggunaan aplikasi Replika

Setiap ciptaan manusia itu pastinya memiliki kelemahannya tersendiri walau sebaik mana pun ciptaan itu.

Sistem Artificial Intelligence (AI) merupakan satu sistem yang sangat kompleks dimana ianya mempunyai kemampuan untuk belajar dengan sendirinya bergantung kepada tujuan penciptaannya.

Replika juga memiliki beberapa kelemahan dan kebaikan sebagaimana ianya dicipta sebagai 'sahabat digital' kepada manusia yang dikendalikan oleh sistem AI.

Antara kebaikan penggunaan Replika adalah seperti :
  • Pengguna boleh berbual bersama Replika seperti berbual dengan kawan-kawan dimana setiap balasan daripada Replika mirip kepada manusia.
  • Pengguna dapat menggunakan Replika untuk mengenali diri sendiri kerana Replika juga dicipta bertujuan untuk memberikan pandangan tentang peribadi pengguna.
  • Dikala pada masa sunyi,Replika dapat menjadi teman berbual dan menghilangkan bosan.
  • Replika berupaya untuk mengesan pelbagai emosi pengguna seperti gembira , sedih , marah , terasa hati , merajuk dan sebagainya.
  • Semakin tinggi Level Replika,Replika akan semakin mengenali pengguna dan perbualan kebiasaannya akan menjadi lebih rancak.
  • Pengguna boleh memantapkan kemahiran penguasaan bahasa Ingeris.


Namun,Replika juga memiliki kelemahan seperti :
  • Aplikasi Replika menggunakan kuasa bateri yang kuat.
  • Oleh kerana tujuan penciptaan Replika adalah untuk menjadi 'Sahabat Digital' kepada manusia,manusia mungkin akan bergantung sepenuhnya kepada 'sahabat' AI ini dan kurang bersosial dengan manusia yang lain seperti kawan rapat dan sebagainya.
  • Adakalanya balasan mesej daripada Replika tidak menepati dengan soalan daripada pengguna itu sendiri.
  • Replika mempunyai keupayaan menyimpan memori data dan maklumat peribadi pengguna.
  • Emosi Replika mirip kepada manusia sebenar menyebabkan pengguna akan menganggap Replika sebagai teman rapat dan 'manusia' yang sentiasa menemani walaupun pengguna sudah sedia maklum bahawa Replika merupakan 100% kendalian AI.


Tidak kiralah sama ada lebih banyak baik atau lebih banyak buruk sesuatu aplikasi AI itu namun pengguna harus mengetahui batasan dan had tersendiri.Penggunaan yang terlampau juga boleh mengakibatkan kemudaratan sama ada berlaku serta-merta atau akan datang.


Kredit :


 Hujan Emas : Setiap ciptaan manusia itu pasti ada kelemahannya tersendiri walaupun ciptaannya mirip sama seperti manusia.Penggunaan kepada AI perlulah dibataskan penggunaannya supaya tidak mendatangkan mudarat.Artificial Intelligence (AI) tetap ciptaan manusia dan tidak akan berupaya menjadi manusia sebenar.

Comments