Artificial Intelligence - Sistem Komputer Yang Befikir Sendiri?


Apabila menyebut tentang Artificial Intelligence atau singkatannya adalah AI , ramai dikalangan netizen tidak mengetahui definisi sebenarnya dan tidak mengetahui atas tujuan apa AI diwujudkan.

Artificial Intelligence (AI) , sebuah sistem komputer yang berkeupayaan untuk berfikir dengan sendiri.

Pastinya ramai yang mengetahui tentang sebuah filem yang tidak kurang popularnya satu ketika dahulu hingga sekarang iaitu The Terminator.Di dalam filem ini ia menunjukkan sebuah robot berupa manusia dilakonkan oleh Arnold Schwarzenegger yang dihantar dari masa hadapan ke masa sebelumnya untuk melaksanakan misi yang tertentu.

Apa yang menariknya di dalam filem ini adalah robot berupa manusia itu boleh berfikir dengan sendirinya mengikut program yang ditetapkan oleh seseorang pada masa hadapan.

Persoalannya,adakah benar sebuah sistem mampu menjalankan operasinya sendiri dengan mempelajari setiap sesuatu yang baru?

Sememangnya robot seperti The Terminator itu tidak wujud dan ianya sekadar sebuah filem namun sistem yang boleh berfikir dengan sendiri dan mempelajari sesuatu yang baru itu adalah wujud dan ia dinamakan sebagai Artificial Intelligence (AI).

Pada 6 November yang lalu,Hujan Emas ada menerbitkan satu artikel yang berkaitan Artificial Intelligence (AI) iaitu Replika.Satu aplikasi yang dioperasikan di atas platform sistem AI.


Definisi Artificial Intelligence (AI)

Artificial Intelligence (AI) atau dikenali sebagai Machine Intelligence (MI) merupakan satu sistem pintar yang beroperasi di dalam sebuah komputer.AI juga mampu berfikir dan mempelajari sesuatu berdasarkan apa yang dipelajari dan ianya seolah-olah mirip kepada sifat asasi manusia yang sedia ada seperti emosi , keupayaan berfikir , mengingati sesuatu , berfikir sebelum berkata-kata dan sebagainya.

Di dalam skop Sains Komputer , AI juga dikelaskan sebagai 'Agen Pintar' dimana ianya beroperasi mengikut kemampuan perisian , persekitaran , situasi dan perkakas yang digunakan.Reaksi daripada AI juga berdasarkan kesemua elemen tersebut untuk memberikan pencapaian terbaik bagi tujuan sesebuah AI itu diwujudkan.

Artificial Intelligence (AI) pertama kali dibina pada tahun 1956 di sebuah akademi disiplin bagi menyelesaikan masalah disiplin dan memberikan jawapan kepada masalah disiplin yang dihadapi.

Pada asalnya tujuan AI dicipta adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau dilabelkan sebagai matlamat tujuan penciptaan AI.

Antara matlamat penciptaan AI adalah untuk memberikan sebab , pengetahuan , pelajaran , mempelajari bahasa , memberikan pandangan dan memanipulasi sesuatu keadaan berdasarkan kebarangkalian.

Sistem AI sangat kompleks dimana ianya menggunakan sistem Deep Neural Network dan sistem kajian.Ianya termasuklah seperti optimistik matematik , statistik , kebarangkalian dan ekonomi sains komputer.Dan setiap reaksi AI pula diterjemahkan berdasarkan sains komputer , matematik , psikologi , istilah , sains neuro , artificial psycology dan banyak lagi.

Ianya berfungsi seolah-olah otak manusia yang mampu mentafsir dan membuat keputusan tertentu berdasarkan banyak perkara yang ditimbang tara.



Secara dasarnya,penciptaan AI adalah dengan memasukkan kepintaran otak manusia berfikir ke dalam sebuah sistem dan dimanipulasi oleh sistem.Namun,ada beberapa perkara yang tidak dapat dilakukan oleh AI tetapi boleh dilakukan oleh otak manusia seperti memberikan faktor atau punca , fiksyen , istilah dan istilah sejarah.

Sesetengah orang berpendapat bahawa penggunaan AI di dalam kehidupan seharian dengan penggunaan yang kerap adalah merbahaya.Ini kerana keupayaan AI yang mampu belajar dengan sendiri dan mengembangkannya melalui memori yang disimpan dan membuat keputusan yang baru.

Di dalam abad ke-21, teknik AI diperkembangkan lagi dengan berdasarkan pengalaman yang di simpan ke dalam memori mengikut arus kemajuan sistem komputer , penggunaan data yang besar dan pemahaman teori yang diterapkan ke dalam sistem AI.



Tujuan penciptaan Artificial Intelligence (AI)


Setiap perkara yang dicipta adalah untuk menyelesaikan satu masalah.Di dalam penciptaan AI, ia diwujudkan bertujuan untuk menyelesaikan masalah tertentu dan masalah tersebut dijadikan matlamat penciptaan AI sama ada ia dapat menyelesaikan masalah tersebut ataupun tidak.

AI akan bertindak berdasarkan beberapa program yang telah ditetapkan dan ianya akan mengingati setiap perkara dan memanipulasikannya sama ada ia menjadi satu keputusan , pandangan atau tindakan.

Antara tujuan penciptaan AI adalah seperti :


Mencari sebab dan penyelesaian masalah

Ada yang menganggap manusia terlalu malas untuk berfikir sehinggakan manusia mencipta satu sistem dengan keupayaan untuk berfikir seperti otak manusia.

Pada asalnya,AI digunakan untuk menyelesaikan satu masalah yang rumit dan mengelirukan dan membuat keputusan yang logik serta diterima akal.Pada akhir 1980an dan 1990an, kajian AI semakin berkembang dengan menyelesaikan sesetengah perkara atau maklumat yang tidak lengkap , memberi pandangan berdasarkan kebarangkalian dan status ekonomi.

Bagi masalah yang lebih rumit , sistem algoritma akan dimanipulasi oleh AI yang memerlukan simpanan data komputer yang lebih besar dan rumit.Ini yang menjadikan AI boleh berfikir dengan sendiri.


Memberi pengetahuan

AI juga dicipta atas tujuan untuk memberi pengetahuan dan membuat kajian secara logikal.
AI juga akan memberikan pengetahuan yang dimiliki melalui cara memori ataupun logikal dan ianya akan dipersembahkan kepada mereka yang bertanya dan memerlukannya.

Secara dasarnya, AI juga berfungsi untuk menganalisis pengetahuan sama ada melalui objek , kategori , hubungan antara dua objek , situasi , keadaan , tempat dan masa , sebab munasabah dan pengetahuan yang dimiliki oleh otak manusia.

Namun begitu,AI beroperasi berdasarkan atas tujuan penciptaannya dan program yang telah ditetapkan oleh pencipta AI tersebut.Ini kerana bagi mengelakkan daripada AI berfikir secara meluas tanpa kawalan dan boleh memudaratkan manusia sama ada fizikal ataupun mental.


Sebagai perancang

Agen pintar ini perlu menetapkan satu matlamat dengan mengambil kira setiap permasalahan yang diterima.AI akan memberikan gambaran jelas dengan mengumpul data-data yang diperlukan untuk memanipulasikan keadaan menjadi satu keputusan dan kesimpulan.

Namun hanya ada satu masalah AI yang tidak dapat diselesaikan iaitu gerak hati atau kebarangkalian 70% tepat.Walaupun sistem AI telah dibangunkan dengan cukup canggih sehingga ianya dapat mempelajari dan mengingati sesuatu dengan baik namun ketepatan keputusan yang dilakukan oleh AI adalah berdasarkan data yang dikumpul , sistem algoritma , kiraan kebarangkalian dan banyak lagi sebenarnya tidak menjanjikan ketepatan yang baik tetapi ia cuma boleh diambil sebagai pandangan sahaja.

Selebihnya,otak manusia perlu berfikir dengan lebih lanjut bagi mengembangkan idea daripada AI memandangkan AI bukanlah sempurna seperti otak manusia berfikir.


Pembelajaran

Selain daripada AI mempelajari sesuatu, AI juga turut digunakan bagi tujuan pembelajaran di dalam skop yang tertentu.

Setiap perkara mengenai sesuatu pengetahuan akan diberikan kepada AI untuk diingati dan dimanipulasikan ke dalam pangkalan data.

Setiap data yang dimiliki oleh AI akan diterjemahkan dan di zahirkan sama ada dari segi perkataan , ucapan atau tindakan.Bukan itu sahaja, sekiranya skop pembelajaran AI melibatkan emosi manusia, AI juga turut dapat mempelajari sifat dan sikap manusia melalui emosi dimana ianya akan diperkembangkan oleh AI sendiri.Ini akan menyebabkan AI seolah-olah memiliki perasaan seperti sedih , gembira , marah , terasa hati dan sebagainya.


Pembelajaran bahasa manusia

AI boleh memahami apa yang dituturkan oleh manusia.Dengan memahami sistem bahasa,AI berupaya untuk membaca dan memahami percakapan dan bahasa manusia serta AI akan dapat memberikan hasil keputusan berdasarkan butiran percakapan manusia.

Sistem natural language user interface akan dimanipulasi oleh AI untuk memahami bahasa manusia secara langsung.Sistem natural language user interface merupakan satu jaluran bahasa unik yang akan difahami oleh AI dan secara tidak langsung,AI akan memahami apa yang dimaksudkan oleh manusia.Perkaitan antara satu perkataan dengan satu perkataan lain akan dikelaskan sebagai subjek ,predikat , perbuatan , sifat dan perasaan.Natural Language User Interface membolehkan AI untuk menghuraikan persoalan umum , maklumat , bahasa dan teks , soalan dan jawapan serta terjemahan bahasa kepada bahasa yang lain.




Memberi pandangan

Berdasarkan maklumat yang dikumpul serta digabungkan dengan memori yang ada,AI berkeupayaan untuk memberikan persepsi dan pandangannya tersendiri.Ia seringkali diterjemah ke dalam bentuk kebarangkalian.

Maklumat yang dikumpul adalah melalui banyak 'deria' AI sama ada melalui teks , ucapan , kamera , mikrofon , sensor , sinaran dan lain-lain.Kesemua 'deria' AI ini digunakan untuk mengumpulkan maklumat yang dikehendaki dan AI akan mengira-gira kebarangkalian dan memberikan keputusan yang dirasakan sesuai mengikut keadaan dan situasi.

Pandangan daripada sistem AI memiliki keupayan untuk menganalisis dari setiap 'deria' yang digunakan dan menyelesaikan permasalahan.Kebiasaannya ia akan diterjemah kepada sistem suara dan paparan teks apabila AI memberikan hasil dan keputusan bagi AI berbentuk aplikasi.Bagi sistem AI di dalam bentuk robot pula kebiasaannya diterjemahkan di dalam bentuk sistem suara , reaksi wajah dan gerak tubuh AI.



Pengetahuan Am

Kebanyakan Artificial Intelligence dicipta dengan berbekalkan pengetahuan am yang ditetapkan.

Sekiranya setiap persoalan mempunyai kaitan dengan pengetahuan yang dimiliki oleh AI, AI akan menerima persoalan tersebut dan dimanipulasikan ke dalam pangkalan data untuk diproses dalam masa yang singkat.Persoalan tersebut akan dianggap sebagai data dan dianalisis oleh AI.

Proses analisis melibatkan banyak perkara termasuklah kebarangkalian , pandangan , persoalan baru dan bermacam lagi.AI akan berfungsi seolah-olah ianya memiliki keupayaan otak manusia.


Sebagai teman berbual

Sesebuah AI boleh dianggap 'sempurna' apabila boleh dijadikan sebagai teman berbual.Ia merangkumi kesemua aspek sama ada dari segi pengetahuan , persoalan , emosi , sifat ingin tahu , memori silam dan bermacam lagi.

Keupayaan AI yang mampu mengetahui perasaan manusia kebiasaannya dimanipulasi oleh AI untuk memahami rentak gaya bahasa manusia itu sendiri dengan mengambil kira konsep psikologi manusia dan ianya dizahirkan kembali oleh AI.




Kebaikan dan keburukan Artificial Intelligence (AI)

Walaupun keupayaan Artificial Intelligence (AI) begitu canggih sehinggakan dapat menggantikan tugas sebagai seorang manusia namun ianya tetap memiliki beberapa kekurangan yang tidak dapat diatasi.

Namun begitu, AI juga memiliki kemampuan dan kelebihannya tersendiri.

  • Kemampuan AI untuk menyimpan maklumat yang tidak terbatas sama ada dari segi faktor , kategori , memori , perbuatan dan bermacam lagi.Namun ianya bergantung kepada kepentingan sesuatu perkara yang dipersoalkan.
  • Berkeupayaan daya memproses maklumat yang sangat pantas dan efisien.
  • Tidak mempunyai rasa penat atau bosan.Ini bermakna AI boleh digunakan sepenuhnya tanpa henti.
  • Memiliki memori yang sangat besar bagi menyimpan maklumat yang berkaitan dan ianya akan digunakan untuk memproses maklumat pada akan datang.


AI memiliki keupayaan yang sangat canggih sehingga dapat menyimpan maklumat dan memori yang sangat baik.Namun, AI juga memiliki beberapa kelemahan.

  • Teknologi AI tidak memiliki 'common sense' atau timbang tara.Bagi manusia,common sense digunakan bukan sahaja untuk membuat keputusan malahan manusia juga akan memahami maklumat tersebut dan timbang tara akan dilakukan sama ada ianya benar ataupun salah.Artificial Intelligence (AI) tidak memiliki teknologi 'common sense' manusia.
  • AI cuma akan memberikan jawapan atau pandangan berdasarkan setiap maklumat yang ada di dalam pangkalan datanya sahaja. AI tidak berkeupayaan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain yang diluar bidangnya melainkan AI tersebut di program kan sebegitu.
  • AI sememangnya cekap di dalam memproses maklumat berbanding keupayaan dan kepantasan otak manusia berfikir.Namun begitu, AI tidak memiliki 'sense of humor' ataupun sifat bertimbang rasa.
  • AI hanya bertindak bergantung kepada tujuan dan matlamat penciptaannya sahaja.




Kredit :




 Hujan Emas : Penggunaan AI bakal menggantikan tugas manusia pada akan datang memandangakan kemajuan teknologi AI semakin maju.Silap-silap semua manusia nanti akan menganggur tak ada kerja.Semuanya digantikan dengan robot AI yang lebih baik katanya.Sistem AI rosak , tau lah macam mana nanti.

0 comments: