Bruce Hazara - Pengganti Bruce Lee?



Siapa yang tidak mengenali Bruce Lee, salah seorang ahli 'martial art' yang terkenal dengan kepantasan dan kecekapan beliau.Jika dipandang seimbas lalu, mungkin ada yang menyangka beliau adalah Bruce Lee yang sebenar tetapi ianya mustahil.Nama sebenarnya adalah Abbas Alizada berusia 21 tahun yang berasal dari komuniti Hazara, Afghanistan.Atau beliau lebih dikenali sebagai 'Bruce Hazara'.

Jika dibandingkan pada paras rupa, sesiapa sahaja boleh memiliki wajah mirip Bruce Lee termasuklah dengan gaya potongan rambut.Zaman sekarang ni macam-macam boleh buat.


Namun, apa yang tidak dapat ditiru adalah 'skill' Bruce Lee' itu sendiri.Abbas memiliki kemahiran seni bela diri seakan-akan Bruce Lee.Beliau sangat pantas dan cekap menggayakan seni bela diri bersama senjata yang kerap digunakan oleh Bruce Lee iaitu Nunchaku.




Abbas merupakan anak bongsu di dalam sebuah keluarga besar yang memiliki seramai 10 orang adik beradik dan beliau membesar di bandar Kabul yang memiliki kepadatan penduduk seramai 6 juta penduduk.

Abbas mula mendapat perhatian media selepas beliau memuat naik gambarnya dengan gaya aksi Bruce Lee dan gambarnya diletakkan bersebelahan dengan gambar aksi Bruce Lee.

Abbas mula berlatih seni bela diri di sebuah kelab sukan di Kabul hanya dalam beberapa bulan.Namun, akibat kesempitan kewangan yang dihadapi, Abbas terpaksa memberhentikan latihan beliau dan meneruskan latihan hanya di rumah sahaja.

  


Abbas sangat berminat dengan lakonan Bruce Lee sehinggakan beliau sedaya upaya untuk meniru gaya pergerakan Bruce Lee walaupun beliau tahu bahawa beliau tidak dapat menandingi kepantasan Bruce Lee tetapi apa yang menariknya adalah azam beliau untuk mencontohi keupayaan Bruce Lee.

Peluang amat menyebelahi Abbas.Seorang guru telah mengambil Abbas sebagai anak muridnya secara percuma kerana gurunya sangat memahami situasi kewangan yang dihadapi oleh keluarga Abbas.Bermula daripada situlah minat Abbas terhadap seni bela diri mula terpupuk.


Sejak daripada itu, Abbas tidak pernah berhenti berlatih memantapkan lagi 'skill' seni bela diri beliau dan memberikan sepenuh perhatian kepada minatnya terhadap Bruce Lee.Jika boleh, beliau mahu bersaing sehingga namanya bersebelahan dengan nama Bruce Lee.Senjata kegemaran Bruce Lee juga beliau cuba untuk memahirkan di dalam penggunaannya iaitu Nunchaku.Abbas mula berlatih menggunakan Nunchaku sejak berusia 14 tahun lagi.

Beliau komited di dalam latihannya.Abbas akan berlatih secara purata antara 5 hingga 6 jam sehari selama 6 hari seminggu.Setiap satu hari aktiviti latihan Abbas terbahagi kepada dua (2) iaitu latihan Kung Fu pada waktu siang dan latihan bina badan pada waktu malam.

Kini, Abbas mulai terkenal di kalangan remaja di Afghanistan dan mendapat penghormatan di kalangan ahli seni bela diri yang lain.Namun, itu bukanlah matlamat sebenar Abbas.Beliau mempunyai matlamat yang sangat besar iaitu mahu melengkapkan filem "The Game of Death" yang tidak sempat disempurnakan oleh Bruce Lee kerana kematiannya pada tahun 1973.



Walaubagaimanapun, ianya bukanlah satu perkara yang mudah untuk dikecapi.Alangkan untuk melihat pergerakan Bruce Lee juga merupakan satu perkara yang sukar inikan pula untuk menggantikan beliau.Namun, semangat Abbas tidak luntur begitu sahaja.

Dimana ada kejayaan pasti ada yang membenci.Disebalik kegemilangan beliau, Abbas juga pernah mendapat ugutan bunuh.Kediamannya sering dipantau oleh penjenayah dan kebanyakan diperolehi melalui Facebook.

Ini kisahnya daripada Afghanistan yang mempunyai cita-cita tinggi untuk cuba bersaing dengan nama terkenal, Bruce Lee.Boleh dikatakan ianya mustahi untuk mencapai kepantasan seiring Bruce Lee namun tidak mustahil untuk menjadi sehebat Bruce Lee.


Kredit :




HUJAN EMAS

0 comments: