WhatApps - Kisah Pengasas Aplikasi Hebat



Rata-rata dikalangan pengguna telefon pintar pastinya amat sinonim dengan aplikasi WhatApps yang semakin menempa nama.Namun, siapa yang tahu siapakah pencipta aplikasi WhatApps ini?


Pengasas kepada aplikasi WhatApps ini adalah Jan Koum yang menjalani kehidupan awal di Ukraine.

Beliau dilahirkan pada 24 Februari 1976 di Kiev, Ukraine SSR, Soviet Union.Kedua ibu bapa beliau berbangsa Yahudi dan beliau merupakan anak tunggal di dalam keluarga itu.Jan Koum menjalani kehidupan dalam kadar yang sederhana di sebuah bandar kecil yang mengalami kejadian pertelingkahan antara politik.




Berpindah ke Amerika Syarikat


Selain itu, mereka juga berdepan dengan masalah dimana kebanyakan rakyat mempunyai perasaan benci terhadap bangsa Yahudi (Anti-Semitism).

Oleh kerana memikirkan aspek keselamatan, mereka membuat keputusan untuk berpindah ke Amerika Syarikat. Jan Koum bergerak bersama ibu dan nenek beliau untuk berpindah ke Mointain View, California pada tahun 1992 dan menetap di sebuah apartment kecil.

Bapa Jan Koum pula akan menyusul kemudiannya.Namun, malang menimpa.Bapa Jan Koum ditimpa sakit dan terlantar tidak berdaya ketika di Ukraine dan bapanya tidak bersama mereka di Amerika Syarikat.Akhirnya bapa Jan Koum meninggal dunia pada tahun 1997.

Ketika mereka berpindah ke AS, Jan Koum berusia 16 tahun dan beliau merasakan agak mencabar untuk menyesuaikan diri di sebuah negara baru.Namun beliau tiada pilihan lain.



Semasa menjalani kehidupan di AS, mereka meneruskan kehidupan diatas bantuan elaun kebajikan. Kemudian, ibu beliau mula mencari alternatif.Ibu beliau mengambil upah untuk menjaga kanak-kanak bagi menyara kehidupan keluarga manakala Jan Koum sendiri turut bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kedai runcit.

Ketika Jan Koum di peringkat sekolah menengah, beliau sangat berminat tentang programming dan mempunyai bakat di dalam bidang tersebut.Beliau belajar sendiri berkaitan ilmu programming melalui buku-buku yang dibeli di kedai buku.




Ketika usia menginjak 18 tahun, beliau berjaya mengasah kemampuan sebagai seorang jurutera rangkaian komputer.

Kemudian, Jan Koum menyambung pelajaran ke San Jose State University. Sebagai sorang pelajar, beliau ada membuat kerja sambilan di Ernst & Young sebagai penguji keselamatan bagi sistem pembayaran yuran pengajian.


Perkenalan pertama bersama pengasas bersama (partner) aplikasi WhatApps


Pada tahun 1997, Jan Koum masih berkerja di syarikat ini sebagai penguji sistem keselamatan.Beliau ditugaskan untuk menguji tahap keselamatan sistem pengiklanan sebuah enjin carian terkenal ketika itu iaitu Yahoo!.Ketika melakukan tugasan ini, beliau berkenalan bersama Brian Acton.Brian Acton merupakan salah seorang pekerja terawal di syarikat Yahoo!.

Selepas beberapa bulan, Jan Koum mula menyertai Yahoo! sebagai jurutera infrastruktur dan ketika itu Jan Koum masih lagi meneruskan pelajarannya di San Jose State University.Selepas beberapa hari beliau menyertai syarikat Yahoo!, syarikat tersebut mengalami masalah kerosakan sistem.

Ketika itu, Jan Koum berada di dalam kelas ketika masalah itu berlaku.Lalu, Jan Koum dipanggil untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Pada saat itu, Jan Koum mula terfikir sama ada untuk mendahulukan pelajarannya atau kerjayanya.Lalu, beliau membuat keputusan untuk berhenti belajar dan meneruskan kerjayanya di syarikat Yahoo!.

Jan Koum bersama Brian Acton sama-sama bekerja di Yahoo! selama 9 tahun.Pada ketika itu, mereka bukan sahaja sekadar teman akrab malahan mereka memiliki minat yang sama iaitu berkaitan teknologi perkembangan media sosial.

Walaubagaimanapun, Yahoo! tidak memberikan mereka peluang untuk menyelusuri bidang baru tersebut.Lalu, mereka mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada tahun 2007.

Kedua-duanya mengambil cuti selama setahun dan mengembara ke Amerika Selatan.Setelah pulang ke AS, mereka masing-masing cuba nasib untuk memohon pekerjaan di Facebook dan Twitter namun kedua-dua permohonan mereka ditolak.




Pada tahun 2009, Jan Koum membeli sebuah iPhone. Pada ketika beliau menggunakan Apps Stores, beliau sedar tentang potensi yang terdapat di pasaran bagi aplikasi yang boleh digunakan di iPhone.

Pemikiran sebegini memberikan idea kepada beliau untuk menghasilkan aplikasi kos rendah namun akan memudahkan komunikasi.

Jan Koum teruja dengan idea tersebut lalu beliau terus bertemu sahabatnya, Brian Acton untuk berbincang.Jan Koum dan Brian Acton akan menubuhkan syarikat baru iaitu Whatapp Inc. pada ulang tahun lahir Jan Koum pada 24 Februari 2009.

Pejabat pertama WhatsApp Inc. merupakan sebuah gudang yang dikongsi bersama dengan sebuah syarikat lain iaitu Evernote. Mereka hanya mempunyai beberapa ruangan kerja yang kecil sahaja malahan pekerja terpaksa menggunakan blanket oleh kerana cuaca sejuk dan mereka tidak mempunyai pemanas.

Antara prinsip asas syarikat mereka adalah mereka tidak akan meletakkan sebarang iklan pada produk mereka.Lalu, Jan Koum dan Brian Acton mula melancarkan aplikasi WhasApp pada awal tahun 2010. Pada awalnya, aplikasi ini mengalami masalah crash dan pelbagai masalah lain.

Selepas beberapa bulan tempoh percubaan dengan pembaikian sistem, Jan Koum berasa sangat kecewa dan hampir berputus asa namun tidak pada Brian Acton.

Peluang ada di depan mata.Pada ketika itu, tidak banyak aplikasi mesej segera (Instant Messeging) dan aplikasi WhatsApp mula mendapat tempat dikalangan pengguna telefon pintar.




Sambutan amat menggalakkan.Oleh kerana sambutan yang amat menggalakkan, kedua-dua pengasas syarikat WhatsApp Inc. berpeluang mendapatkan pelaburan dari luar bagi menambahbaik produk mereka.Bukan itu sahaja, aplikasi WhatsApp juga menarik minat pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Pada tahun 2012, CEO Facebook tersebut Mark Zuckerberg menghubungi Jan Koum dan mereka mengadakan pertemuan.Mereke bertemu di sebuah kedai kopi dan kemudiannya melakukan aktiviti mendaki bersama-sama.

Mereke terus berhubung dan melakukan beberapa lagi aktiviti pendakian bersama-sama.Mereke berkongsi minat yang sama iaitu perhubungan media dunia.

Selepas beberapa bulan, aplikasi WhatsApp telah pun stabil malahan pengguna aplikasi ini semakin berkembang menempa nama sehingga mencecah 200 juta pengguna aktif pada tahun 2013.

Pada bulan Februari 2014, Mark menjemput Jan Koum untuk makan malam bersama dan membuat penawaran untuk mengambil alih WhatsApp namun Jan Koum mengambil masa yang panjang untuk berfikir.


Pada Hari Valentine, Jan Koum datang semula bertemu Mark Zuckerberg ketika Mark sedang dating bersama isterinya, Priscilla. Mereka berbincang berkaitan tawaran pembelian tempoh hari.

Pada malam sebelum menandatangani perjanjian pembelian berkenaan, Jan Koum berjaga sehingga lewat malam untuk meneliti kesemuanya berkaitan kertas kerja bersama pasukan pelaburan dari Sequoia yang menyumbangkan pelaburan bagi siri A WhatsApp.

Ketika beliau memandu pulang ke rumah, kecelakaan hampir meragutnya beliau.Tayar kenderaannya pecah dan hampir mengakibatkan beliau maut.Secara simboliknya, keesokan hari beliau menandatangani kertas kerja pengambilalihan oleh Facebook pada pintu pejabat lama beliau.




Pejabat tersebut hanya beberapa blok sahaja dari ibu pejabat WhatsApp kini yang berada di Mountain View.

Facebook membeli aplikasi WhatsApp dengan kadar bayaran 19 billion USD.Pada bulan yang sama, saham beliau di dalam WhatsApp melonjak kepada 6.8 billion USD.Pendapatan bersih bulanan beliau terus meningkat serentak bersama peningkatan nilai stok di Facebook.

Selepas pengambilalihan, Jan Koum menyertai Lembaga Pengarah Faceook dan bersetuju dengan pembayaran gaji pokok sebanyak 1 USD namun dengan nilai stok option bernilai billion USD.


Masih menjalani kehidupan yang sama

Jan Koum masih menerajui WhatsApp selepas pembelian.Beberapa bulan selepas penjualan WhatsApp, Jan Koum menjadikan dirinya sebagai seorang yang sangat dermawan.Secara senyap, Jan telah mendermakan sebanyak 556 juta USD kepada Silicon Valley Community Foundation.

Beliau juga menderma sebanyak 1 juta USD kepada yayasan yang bertanggunjawab terhadap Sistem Sumber-Operasi Terbuka (Open-source OS) iaitu FreeBSD. Bagi Jan Koum, FreeBSD sebelum ini sedikit sebanyak telah membantu beliau untuk keluar dari kelompok kemiskinan dan beliau juga merupakan salah seorang pengguna OS tersebut.

Walaupun kehidupannya kini semakin kaya-raya, Jan Koum tetap dengan gaya kehidupan sederhananya.Menurut beliau, penjualan WhatsApp kepada Facebook hanya mengubah 10% sahaja gaya kehidupannya. Beliau masih berkawan dengan kawan-kawan yang sama, menetap di rumah yang sama, gaya kehidupan yang sama.Tidak ada banyak perbezaan.

Ketika WhatsApp dijual, ia memiliki sekitar 450 juta pengguna aktif di dalam rangkaian WhatsApp. WhatsApp menjadi aplikasi mesej percuma paling popular dengan pangkalan pengguna sebanyak 1.2 biliion.


 
 

We're now on Discord chatting medium.Join us!

0 comments: