Li-Fi - Teknologi LED Digabung Bersama Wi-Fi



Pada zaman berteknologi canggih pada masa kini, pastinya ramai dikalangan masyarakat tahu apa itu Wi-Fi.Ianya sebuah peranti khas dimana ia berfungsi sebagai penghantar isyarat jalur lebar kepada peranti-peranti penerima yang lain seperti telefon pintar dan komputer riba.Namun, apa pula teknologi Li-Fi?

Jika teknologi Wi-Fi, ianya menggunakan gelombang untuk menghantar isyarat jalur lebar kepada peranti lain.Namun, lain kisahnya dengan teknologi Li-Fi.


Li-Fi pula menggunakan cahaya lampu LED untuk menghantar gelombang jalur lebar kepada peranti lain.Unik juga kan?Sekali pandang ianya tidak kelihatan seperti peranti penghantar gelombang jalur lebar seperti Wi-Fi yang lebih berbentuk modem atau 'router'.

Sekali pandang, Li-Fi ini lebih kepada bentuk saiz lampu LED yang biasa tetapi fungsinya begitu unik kerana ia menghantar gelombang isyarat jalur lebar atau 'internet' dengan menggunakan cahaya lampu.Ini bermakna, peranti yang berada berhampiran atau terkena sinaran LED tersebut boleh menggunakan signal jalur lebar sama dengan pengunaan Wi-Fi.



Gelombang daripada Li-Fi ini sama seperti Wi-Fi iaitu dwi-arah atau mempunyai pantulan arah yang sekata.Namun, perbezaannya Li-Fi bergantung kepada simbahan cahaya LED itu sahaja.Mana-mana peranti yang mendapat sinaran daripada LED itu berupaya untuk menerima signal daripada Li-Fi.

Keupayaan Li-Fi dapat menghantar isyarat jalur lebar dengan lebih pantas berbanding Wi-Fi.Ini kerana kepantasan cahaya tidak dapat diikuti oleh gelombang biasa.Oleh itu, penggunaan Li-Fi ialah dengan cara menghantar gelombang jalur lebar tersebut dengan 'menumpang' kepada kepantasan cahaya.

Li-Fi menggunakan teknologi Optical Wireless Communication (OWC) dan ianya menggunakan medium penghantar isyarat berbentuk cahaya digabungkan bersama gelombang seperti ultraviolet dan radiasi infrared.



Li-Fi juga dikenali sebagai Visible Light Communication (VLC) yang akan berfungsi dengan menukar arus gelombang kepada cahaya LED yang gelombang tersebut menerusi cahaya dengan kadar kelajuan yang sangat pantas iaitu kelajuan cahaya.

Walaupun gelombang Li-Fi dihantar melalui cahaya LED tetapi kadar kekuatan cahaya masih boleh dikurangkan selaras dengan kadar penglihatan manusia supaya tidak terlalu silau disamping gelombang data daripada Li-Fi tidak akan terjejas sama sekali.

Oleh kerana gelombang Li-Fi ini dibawa menerusi cahaya ini bermakna ianya gelombang tersebut juga tidak dapat menembusi dinding menjadikannya ia gelombang jarak pendek berbanding gelombang Wi-Fi.Antara kebaikannya adalah gelombang Li-Fi tidak mudah untuk digodam oleh sesiapa melainkan peranti yang menerima cahaya Li-Fi tersebut.

Li-Fi boleh digunakan pada tempat-tempat dan kawasan yang sensitif kepada medan elektromagnetik seperti di dalam pesawat, hospital, loji nuklear dan lain-lain.Pengunaan Li-Fi pada tempat-tempat sebegini mengurangkan lagi risiko kejadian yang tidak diingini.

Secara dasarnya, Li-Fi dan Wi-Fi mempunyai persamaan iaitu menghantar data melalui spektrum elektromagnet.Bezanya adalah Wi-Fi menghantar data menggunakan gelombang radio manakala Li-Fi pula menggunakan pencahayaan yang melibatkan ultraviolet dan infrared.

Seperti teknologi Wi-Fi, Li-Fi menggunakan protokol yang sama seperti Wi-Fi iaitu 802.11.Bezanya cuma cara penghantaran data sahaja iaitu menggunakan pencahayaan ultraviolet dan infrared dimana ianya mempunyai bandwidth yang lebih besar.



Kelebihan Li-Fi


Lebih Selamat

Tidak mustahil pada suatu hari nanti teknologi ini diimplanlan ke dalam penggunaan seharian kita.Ini kerana risiko Li-Fi untuk digodam sangat tipis memandangkan penghantaran datanya menggunakan cahaya yang tidak dapat menembusi dinding.Ini akan mengurangkan lagi risiko pengodaman.


Penggunaan Di Bawah Laut

Bagi kenderaan yang dikendalikan di bawah laut (ROV), kebiasaannya ia dikawal menggunakan kabel untuk menghantar data-data dan kawalan namun kepanjangan kabel yang digunakan mungkin akan menghadkan jarak penggunaan dan pergerakan ROV.

Li-Fi boleh digunakan sebagai pengganti kepada kabel memandangkan Li-Fi menggunakan pencahayaan untuk menghantar data dan cahaya masih boleh bergerak walaupun melalui air.Data yang dihantar tidak akan terjejas kerana data tersebut digabungkan bersama pergerakan cahaya Li-Fi.

Walaupun secara teorinya mungkin penggunaan Li-Fi boleh diaplikasikan bagi ROV atau penggunaan dibawah laut namun ianya mempunyai kekurangan dan keraguan iaitu kadar had jarak pencahayaan itu sendiri.Pergerakan cahaya dibawah laut hanya terhad kepada 200 meter atau 250 meter sahaja.


Kegunaan hospital dan kapal terbang

Kebanyakan peranti di hospital dan kapal terbang memiliki tahap sensitiviti yang tinggi kepada medan elektromagnet.Pengunaan Li-Fi mungkin dapat diimplanlan ke dalam penggunaan harian hospital dan kapal terbang.

Li-Fi dapat menghantar data dengan kelajuan yang tinggi malahan gelombang cahaya boleh dikatakan mempunyai risiko yang sangat tipis dan tidak akan memberi kesan kepada peranti dan badan manusia.


Mungkin pada suatu hari nanti, teknologi Li-Fi dapat diaplikasikan di dalam kehidupan kita memandangkan kemajuan teknologi semakin hari semakin canggih dengan revolusi yang kian membangun.



Kredit :




HUJAN EMAS

0 comments: