Tips Bagi Pengguna GRAB CAR


Pada tahun kebelakangan ini, kita hampir kebiasaan mendengar tentang perkhidmatan GRAB.Ianya merupakan satu perkhidmatan sewaan kenderaan peribadi bagi menuju ke satu destinasi.

Terdapat banyak perkara yang perlu dititik beratkan oleh pengguna GRAB CAR terutama berkaitan tatasusila dan keselamatan.
Kita boleh menjadi pengguna GRAB CAR yang berhemah dan bertatasusila dengan pelbagai cara.

Penggunaan aplikasi ringkas ini sebenarnya banyak mengubah persepsi perkhidmatan awam kepada masyarakat terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan.


Tips menjadi pengguna GRAB yang berhemah dan lebih bijak.

Ada beberapa istilah yang penting di dalam perkhidmatan GRAB ini iaitu :

  • Rider - Pelanggan
  • Ping - Request / Booking
  • Surge - Tambang mahal kerana demand yang tertentu seperti over supply
  • Driver - Pemandu

Istilah ini perlu di ambil berat tentang situasinya.




  • Rider amat digalakkan untuk duduk di tempat duduk belakang.Ada sesetengah Driver agak tidak selesa sekiranya Rider duduk di tempat duduk hadapan terutama Driver otai atau Driver lama.Mungkin Driver rasa tidak selesa apabila diperhatikan ketika memandu.
  • Tidak digalakkan untuk mengajak Driver bersembang terlalu banyak.Rider digalakkan untuk masuk ke kereta, duduk dan diam.Tegur sapa seperti Hai!, memberi salam dan beberapa perbualan singkat yang lain adalah digalakkan.
  • Sediakan duit kecil.Ada sesetengah Driver akan menyediakan duit kecil untuk pulangan bagi tetapi tidak pada semua Driver terutama Driver baru.
  • Jangan suka buat perkara remeh.Ping satu trip Rm3.00 tetapi anda bayar dengan menggunakan not Rm50.00.Tak ke pening Driver nak cari duit baki terutama waktu pagi dan lewat malam.Amalkan sikap common sense.Jangan terlalu mengadu domba.
  • Jangan makan makanan yang berbau kuat di dalam kereta GRAB.Lebih baik jangan makan di dalam kereta langsung.Sikap common sense lebih penting dari makan.
  • Rider boleh membuat perundingan dengan Driver jika AirCond terlalu sejuk atau terlalu panas.Cuba belajar berkomunikasi dengan cara baik.Tidak perlu perli Driver.Silap-silap hari bulan, langsung tak di layan.Minta cara baik.Tiada siapa akan marah jika anda bertoleransi.
  • Dalam soal radio, ia merupakan hak milik mutlak Driver.Jangan sesekali gatal tangan tukar siaran radio sesuka hati.Gunakan komunikasi 'manusia'.Jika trip di bawah 10 km, diam dan dengar sahaja.Jika trip anda jauh, komunikasi dengan Driver untuk tukarkan siaran.Jika anda berkomunikasi dengan baik, Driver tidak akan marah.
  • Jika anda mabuk, kebiasaannya Driver akan menyediakan plastik di dalam poket seat.Gunakan plastik itu untuk muntah dan sebagainya.Kalau boleh, jangan mabuk.Sediakan minyak angin jika perjalanan anda jauh dan anda tahu anda mabuk jalan jauh.
  • Jika anda muntah juga dengan tidak menggunakan plastik yang disediakan, anda perlu membayar gantirugi cuci kereta dengan nilaian yang agak tinggi.Jika anda jenis berduit, ini bukan masalahnya.Masalahnya adalah anda tidak bertimbang rasa.Jika anda tidak mahu membayar, akaun anda akan di suspend.
  • Promo merupakan satu perkhidmatan diskaun penggunaan GRAB.Sekiranya anda dalam keadaan kecemasan atau urgent, jangan sesekali gunakan Promo kerana kebanyakan Driver baru akan ignore Rider yang menggunakan Promo.Gunakan pada waktu senggang seperti weekend.
  • Jangan Ping GRAB sebelum anda tiba ke lokasi Pick Up.Ini adalah untuk mengelakkan dari anda lambat tiba ke lokasi Pick Up.Kebanyakan Driver akan Cancel Ping anda sekiranya anda terlalu lewat.Driver akan menganggap Ping dari anda itu adalah palsu.Akaun anda pun kena suspend.
  • Kebiasaannya Driver akan mengikut SOP seperti Driver akan bertanyakan nama dan lokasi anda.Driver bukanlah tidak mengetahui itu adalah anda tetapi Driver bertanya kerana untuk memastikan details yang anda bagi sama dengan details di dalam apps mereka.Di dalam apps mereka ada details anda termasuk nama, no telefon, lokasi destinasi anda dan lain-lain.Driver akan bertanya untuk memastikan sahaja anda adalah orang yang betul.
  • GrabShare.Sekiranya anda mengetahui anda akan berkongsi kenderaan dengan Rider lain, anda tidak mempunyai hak untuk membuat persetujuan dengan Driver untuk mengambil Rider lain.Itu sepenuhnya bergantung kepada Driver.
  • Jangan sesekali Cancel Ping apabila Driver telah berada berhampiran anda.Driver memang tidak berbuat apa-apa tetapi anda mungkin akan mendapat sumpah seranah dari Driver.Silap-silap, akaun anda akan di boikot juga.Details anda ada pada Driver.Driver ni pun ada community yang ramai.
  • Driver akan Cancel Ping anda atas beberapa sebab seperti Anda terlalu lewat , Driver Text atau Call tidak dibalas atau tidak dijawab dan Pick Up Point terlalu jauh seperti 5km, 20 minit.
  • Jika Pick Up Point anda dekat dan simple serta Drop Of Point anda pun dekat, kebiasaannya Driver akan terus datang kepada anda tanpa Text atau Call terlebih dahulu.Nama pun Driver.Semestinya Driver sudah sinonim dengan keadaan jalan di situ terutama di kawasan yang sudah biasa dilalui oleh Driver.
  • Apabila anda turun dari kereta GRAB, jangan suka-suka dan selalu letakkan Rating Star terlalu rendah.Anda boleh letakkan Rating Star Driver rendah sekiranya Driver terlalu bermasalah.Apabila Rating Star Driver terlalu rendah, akaun Driver akan di suspend.Jika banyak akaun Driver di suspend akibat perbuatan anda, rasanya anda boleh mengambil bas atau teksi untuk ke tempat yang anda tuju.Anda akan susah untuk mendapat Driver GRAB.Lebih-lebih lagi jika akaun anda di boikot oleh Driver lain.
  • Simple Law! Duit itu adalah duit anda.Kereta itu adalah kereta milik Driver.Jaga tatatertib anda.Jika anda tidak suka, anda boleh minta Driver berhenti dan keluar.Tidak perlu menyimpan apa-apa dendam.Jangan hempas pintu kereta GRAB Driver untuk menunjukkan anda protes.Akaun anda akan di boikot oleh Driver lain dan anda boleh naik pengangkutan awam yang lain.
  • Sekiranya anda tertinggal barang di dalam kereta GRAB Driver, cuba hubungi Driver dan berbincang.Jangan mengarah-arahkan Driver untuk menghantar barang anda yang tertinggal kepada anda.GRAB Driver servis penghantaran penumpang.Bukannya servis penghantaran barang.Berbincang dengan Driver secara baik dan gunakan common sense.Jika anda bersikap baik dan sopan, rasanya tiada masalah untuk Driver menghantarkan barang anda semula kepada anda.Paling tidak pun, bagilah tips duit minyak sedikit sekiranya Driver GRAB telah jauh dari lokasi anda.
  • Apabila anda Ping Driver GRAB dan anda lihat pada apps Driver berpusing-pusing di lokasi anda, cuba hubungi Driver untuk guide Driver ke lokasi anda.Jangan buat tak tahu saja.Driver bukannya bomoh yang mampu meneka lokasi tersembunyi anda dengan tepat.
  • Kebanyakan Driver GRAB part time adalah dari golongan professional.Di siang hari ada yang berjawatan engineer, akauntan, arkitek malahan pengurus syarikat pun ada.Jangan sesekali underestimate Driver.Mungkin jawatannya lebih besar dan hebat dari anda. Driver mungkin bersikap low-profile.Anda bukannya tahu background Driver yang sebenarnya.
  • Di dalam apps, ada fungsi nota atau note.Tulis di nota itu untuk rujukan Driver seperti "Saya di entrance A." terutama di Mall besar.Mall besar ni banyak pintu.Driver tidak ada masa untuk pusing-pusing mencari anda di semua pintu masuk Mall.Common sense.
  • Jika destinasi anda melalui toll, anda perlu membayar harga toll tersebut.Kebiasaannya Driver akan mengingatkan kepada Rider.Jangan bergasak pula dengan Driver tentang pembayaran toll kerana pembayaran toll termasuk di bawah pembayaran Rider.Driver tidak akan membayar toll dengan duit mereka.



Tips tambahan untuk Driver Grab meningkatkan Rating Star anda.


  • Cuba kekalkan Rating anda 4.7 dan ke atas untuk mendapatkan insentif.Sekiranya Rating anda tinggi, ini bermakna anda Driver GRAB yang baik dan Rider tidak akan ragu-ragu untuk menaiki kereta anda.
  • Jaga kereta anda dengan baik.Pastikan keadaan di dalam dan di luar kereta anda sentiasa bersih, kemas dan tidak berbau.Jaga pemakaian anda mengikut tatasusila.Ini sedikit sebanyak memberikan keselesaan kepada Rider.Sekiranya Rider suka dengan keadaan kereta anda dan hemat anda, peluang anda untuk mendapat High Rating lebih besar.
  • Sila memanggil Rider dengan sopan dan berhemat.Ucapan pendahuluan lebih diutamakan.Tambahan pula, ia dapat mengelakkan dari anda mengambil penumpang yang salah.Pastikan nama dan destinasi Rider anda tepat pada orangnya.Anda juga perlu mengingatkan kepada Rider untuk menggunakan tali pinggang keledar untuk keselamatan.
  • Cuba berikan bantuan kepada Rider terutama kepada Rider yang menggunakan kerusi roda atau OKU, kerusi bayi atau mengangkut bagasi yang berat dan besar.
  • Jika destinasi Rider adalah lapangan terbang atau ke luar negara, anda boleh mengingatkan kepada Rider tentang pasport atau pengenalan diri Rider supaya tidak tertinggal.
  • Pandu dengan cermat dan dalam keadaan selamat.Jangan fikir nak cepat saja.Jangan fikir nak kejar trip saja.
  • Elakkan dari membuat brek mengejut.Terkejut Rider.
  • Jangan sesekali menggunakan telefon bimbit ketika memandu.Sekiranya perlu mengangkat panggilan, gunakan Handfree untuk mengangkat panggilan.
  • Driver boleh bertanya kepada Rider sama ada AirCond terlalu sejuk atau terlalu panas.Tidak menjadi sebarang masalah.
  • Elakkan dari memasang radio terlalu kuat.Rider akan berasa tidak selesa.Tetapkan kekuatan radio pada paras sederhana.Ia sudah mencukupi.Bukannya nak bagi kenderaan sebelah dengar sekali.
  • Pastikan perbualan anda dengan Rider lebih bersifat positif dan professional.
  • Berhentikan kenderaan anda di lokasi yang selamat dan selesa seperti cuaca hujan, hentikan kenderaan anda di tempat yang teduh dan selamat.
  • Cuba ucapkan perkataan "Terima Kasih." kepada Rider.Tidak susah untuk bersifat toleransi dan bersifat komunikasi yang baik.
  • Anda boleh menasihati Rider tentang jumlah tambang dan tambang tambahan seperti toll.Ini adalah untuk mengelakkan sebarang perbalahan.

Apa-apa pun, keselamatan perlu di utamakan sama ada bagi pihak Rider atau Driver.Kedua-duanya perlu memainkan peranan yang sangat penting.Sikap toleransi dan common sense akan menimbulkan suasana yang harmoni di samping kedua-dua pihak lebih menghormati antara satu sama lain.


Kredit :



 
HUJAN EMAS

0 comments: