Deep / Dark Web : Rangkaian Internet Berbahaya



Kita pastinya sinonim dengan mendengar laman web yang biasa kita guna seperti Google, Facebook, Twitter, Pinterest, Blogspot, My Space, Yahoo! dan pelbagai lagi yang semestinya kita pernah melayarinya.Namun, tahukah anda bahawa di dalam dunia internet, ada dua lagi dunia internet yang cukup berbahaya untuk kita layari? Diberi gelaran Deep Web dan Dark Web.
Seperti apa yang biasa kita layari seperti laman blog ini, Google, Yahoo! dan lain-lain, ini adalah tergolong di dalam Surface Web dimana ianya adalah selamat untuk dilayari dan terjamin keselamatannya dari sisi undang-undang.




Istilah Deep Web


Kebiasaannya istilah ini digunakan saling silih berganti.Ada yang mengatakan kedua-dua istilah ini adalah sama.Tidak! Kedua-dua istilah ini memiliki maksud yang berbeza dan kedua-duanya tidak sama.

Deep Web lebih merujuk kepada apa-apa sahaja data laman sesawang yang tidak akan dapat ditemui dengan menggunakan mesin carian Google, Yahoo! dan sebagainya.Namun, tidaklah dikatakan Deep Web ini bertentangan dengan undang-undang.Bergantung kepada cara penggunaannya.

Istilah lain pula ialah segala laman yang berada disebalik paywall (akses terhad kepada pengguna yang memiliki kebenaran laman itu sahaja), kesemuanya dilindungi dengan kata laluan dan setiap perkara itu dilakukan didalam bentuk proses serta tidak mempunyai URL tetap.Kesemuanya ini dikategorikan sebagai sebahagian daripada Deep Web kerana ianya tidak wujud di surface (permukaan) enjin carian atau laman sesawang.


Secara tidak langsung, anda sebenarnya menggunakan Deep Web setiap hari tanpa disedari.Email, penyata bank atas talian, akaun laman sesawang, Intranet pejabat, Mesej peribadi di Twitter dan Facebook, Foto di Facebook yang anda setkan kepada mod Private.

Kesemuanya ini adalah sebahagian daripada Deep Web kerana datanya tidak mudah diperolehi menggunakan enjin carian seperti Google dan lain-lain.Namun, adakah ianya selamat?





Pernahkah laman sesawang sosial anda digodam seperti Facebook dan Twitter?Maklumat anda diubahsuai dan dipadam?Anda fikir ianya masih selamat?


Jika kita mahu mengukur seberapa luaskah Deep Web ini, ianya tidak dapat diukur dengan tepat kerana ianya terlalu besar.Deep Web mengandungi kesemua data peribadi anda yang dilindungi oleh kata laluan dan tahap sekuriti yang cukup ketat.Ianya tidak mudah dicari menggunakan enjin carian.

Anggaran daripada pihak penyelidik internet mengatakan, keluasan Deep Web ini merangkumi majoriti kesemua kandungan yang ada di dalam talian.


Lebih mudah, Deep Web juga boleh merujuk kepada kandungan data dan web yang tidak kelihatan atau tersembunyi.

Ianya berbeza dengan Surface Web.Bagi Surface Web ianya satu laman sesawang yang boleh dicari menggunakan enjin carian lain.Boleh dikatakan ianya masih dibenarkan.

Keluasan Deep Web ini agak sukar untuk dirungkaikan kerana kandungannya merangkumi kesemua perkara dan data mentah yang ada tersimpan di dalam dunia internet seperti data kerajaan, maklumat rahsia yang digunakan oleh saintis mahupun tentera dan pelbagai lagi maklumat yang tidak mudah diperolehi sewenang-wenangnya.

Dengan erti kata lain, Surface Web adalah perkara yang  boleh diperolehi menggunakan enjin carian.Deep Web pula adalah maklumat dan data yang telah dirahsiakan.Kedudukannya adalah berada di bawah Surface Web.

Namun, ada satu lagi dunia internet yang tidak dinafikan bahawa ianya sangat merbahaya.





Istilah Dark Web

Dark Web! Ini merupakan salah satu daripada dunia internet yang cukup merbahaya. Ia juga masih lagi sebahagian daripada Deep Web kerana ianya tersembunyi tetapi ada perbezaannya iaitu Dark Web lebih merbahaya sama ada kepada peranti atau individu itu sendiri.

Ianya bukan sahaja sangat sukar untuk dicari malahan kandungannya juga tidak akan dijumpai dengan menggunakan enjin carian biasa.Tambahan pula, anda tidak akan dapat mengakses kandungannya menggunakan pelayar sesawang biasa.Jadi ianya sangat sulit, rahsia dan luar biasa.


Dark Web merupakan sebahagian daripada Deep Web kerana kandungannya boleh dikatakan tidak akan dijumpai dengan menggunakan enjin carian namun istilah untuk kedua-duanya ini adalah tidak sama.Bagi Dark Web, kandungannya anda tidak akan dapat menemuinya dengan menggunakan aplikasi yang biasa digunakan.Boleh kita istilahkan, Dark Web merupakan 'bahagian jahat dan gelap' dunia internet.

Dark Web merupakan 'rumah' atau host kepada laman sesawang yang diurus seliakan secara anonymous atau tanpa identiti dimana ianya lebih merujuk kepada aktiviti haram dan merbahaya.

Didalam sebuah kajian, keseluruhan lebih 5,000 laman sesawang Dark Web menemukan bahawa kebanyakan daripadanya terlibat dalam aktiviti illegal atau haram termasuk kegiatan dadah, ekstremisme, pronografi kanak-kanak, senjata api, pembunuh upahan dan lain-lainnya.




Dalam erti kata lain, Dark Web merupakan satu platform bagi aktiviti pasaran gelap atas talian.

Bukan mudah untuk mengakses laman sesawang Dark Web.Antara aplikasi yang boleh digunakan adalah seperti Duck Duck Go yang menawarkan perkhidmatan tersembunyi bagi Dark Web.

Boleh kita katakan, aplikasi ini juga menyokong enjin pencarian Duck Duck Go untuk menjalankan perkhidmatan tersembunyi di dalam Dark Web.Kebanyakan laman di dalam Dark Web menggunakan alat enripsi (Encrypted) TOR namun terdapat juga beberapa perkhidmatan lain seperti l2P dan Freenet.

Anda perlu menggunakan perisian khas untuk mengakses perkhidmatan ini dan laman khas untuk menggunakannya.Secara langsung, ianya tidak menyalahi undang-undang sekiranya anda hanya sekadar melayari laman sesawang Dark Web namun ianya menjadi satu masalah besar dan menyalahi undang-undang sekiranya anda menggunakan perkhidmatan dari laman sesawang Dark Web.Anda mungkin akan diburu sama ada dari pihak berkuasa atau individu yang 'mahukan' anda.Hati-hati!





Penggunaan Dark Web boleh dikatakan seolah-olah dunia kembali berputar ke zaman awal kewujudan internet.Ianya tiada sebarang tapisan, paparan asas dan biasa serta beberapa enjin carian bagi membantu anda untuk mencari apa yang anda mahukan.

Cara terbaik untuk mencari laman sesawang adalah melalui direktori (Directory) seperti The Hidden Wiki dimana ianya mengekalkan senarai yang dicari.

Namun perlu diberi perhatian untuk keselamatan anda! Ianya ada kesan sampingan seperti serangan virus yang tidak dapat dikesan oleh sistem anti virus anda, IP Address anda dikesan, maklumat diceroboh dan bermacam-macam lagi.Pendek kata, anda tidak selamat dengan menggunakan Dark Web.



Cara mengakses laman Dark Web
Kami tidak menyarankan anda melakukan apa yang kami paparkan.Maklumat ini sekadar untuk pengetahuan kepada anda.Segala risiko adalah di atas tanggungjawab anda sepenuhnya.


Sekiranya anda pernah mendengar aplikasi TOR, ini merupakan salah satu daripada aplikasi yang membenarkan anda untuk mengakses laman sesawang Dark Web dengan fungsi keselamatan yang lebih banyak.TOR merupakan singkatan kepada The Onion Router dimana ianya sekadar metafora atau pembayang yang menunjukkan lapisan keselamatan yang berfungsi dalam menyembunyikan lokasi pengguna dan pelayar anda dan sekali gus ianya membenarkan anda untuk mengakses laman sesawang Dark Web dan tersembunyi dengan akhiran domain anda kepada " .onion ".Bermakna identiti anda akan dilindungi.



TOR juga boleh digunakan dan mengakses laman sesawang biasa secara tersembunyi dan rahsia.

Penyelidikan oleh Daniel Moore dan Thomas Rid mencadangkan bahawa Dark Web hanya merangkumi 3% hingga 6% sahaja daripada trafik TOR.Kebanyakannya ramai pengguna TOR memilih untuk menggunakan aplikasi itu kerana ianya adalah bertujuan sebagai privasi (Private).

Oleh kerana tahap kelajuan TOR sangat mengecewakan, ianya tidak cukup berkesan untuk melayari laman web umum yang biasa.


Sebagai langkah keselamatan berkaitan privasi, adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan perkhidmatan VPN.Untuk menggunakan aplikasi TOR sangat mudah.Hanya perlu memuat turun daripada TorProject.org dan ianya tersedia untuk sistem operasi Windows, Mac, Linux dan Android.

Aplikasi TOR ini menjadi pilihan kerana fungsinya hampir sama dengan pelayar sesawang lain tetapi sistem keselamatannya ditambah lebih banyak dan privasi anda lebih terjaga daripada serangan daripada Dark Web.Paling baik, tidak perlulah untuk melayari laman sesawang Dark Web.Ianya sangat merbahaya dan anda terdedah kepada pelbagai risiko termasuk nyawa.Ilmiah ini adalah sebagai maklumat tambahan sahaja dan bukannya untuk diamalkan.


Langkah Keselamatan jika melayari Dark Web

Ada beberapa langkah yang boleh diambil sekiranya anda melayari laman sesawang Dark Web seperti :

  • Gunakan VPN
  • Jangan gunakan identiti sebenar seperti nama, alamat, email dan sebagainya.Gunakan identiti palsu
  • Matikan JavaScript pada TOR Browser.
  • Jangan memuat turun apa-apa kandungan dari laman sesawang Dark Web termasuk gambar, video, audia atau apa sahaja.Ia mungkin mengandungi virus atau penjejak (tracker)
  • Jangan melakukan apa-apa transaksi di dalam laman sesawang Dark Web
  • Jangan gunakan mod Full-Screen pada TOR.

Ianya merupakan langkah keselamatan yang boleh diambil sekiranya anda menggunakan laman sesawang Dark Web.Namun, cuba elakkan.





Kredit :





Hujan Emas Official Est. 2017

0 comments: