Kisah Stan Lee : Pencipta Watak Superhero Marvel's



Apabila kita menyebut nama-nama superhero Barat yang cukup famous seperti The Hulk, Iron Man, Spiderman, Doctor Strange dan banyak lagi nama-nama superhero yang tidak asing gahnya nama-nama itu semestinya kita amat mengenali kesemua watak-watak itu.Namun, tidak semua individu mengetahui siapakah pencipta watak-watak yang hebat itu.
Setiap rekaan pasti ada penciptanya.Bagi watak-watak superhero yang cukup hebat dikenali ramai itu, ada seorang lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat merupakan genius dan pencipta watak-watak superhero itu.Stan Lee.


Stan Lee memulakan karyanya hanya dengan berbekalkan pen dan dakwat sahaja namun buah fikiran dan idea imaginasinya yang cukup tinggi dapat menggilapkan nama beliau sehingga ke peringkat antarabangsa.Daripa rekaan novel grafik digital sehinggalah kepada penghasilan filem BlockBuster Hollywood.Syarikat milik Stan Lee, Marvel Comics mengalami perubahan yang cukup besar.Daripada sebuah syarikat penerbitan kecil menjadi sebuah organisasi multimedia yang cukup gah di mata dunia.

Nama sebenar Stan Lee adalah Stan Martin Lieber.Beliau dilahirkan pada 28 Desember tahun 1922 dan membesar dibuah keluarga Yahudi imigran berasal daripada Romania.Boleh dikatakan kehidupan beliau ketika itu agak miskin.Pada tahun 1939, beliau telah diterima bekerja di Timely Publications yang merupakan sebuah syarikat milik seorang saudara terdekat Stan Lee.Syarikat inilah yang telah ditukar namanya kepada Marvel Comics.




Selama beliau bertugas disitu, beliau mengalas tanggungjawab di bawah bahagian komik dan ilustrasi kerana imaginasinya yang lain daripada yang lain.Imaginasinya diluar kotak pemikiran orang kebiasaan.Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat kepada editor ketika usia beliau mencecah 18 tahun.

Sekitar lingkungan 20 tahun, Stan Lee berjaya mengadaptasikan kisah-kisah seram, jenayah dan pelbagai lagi genre dan digarapkan dengan hasil imaginasi beliau sendiri.Hasilnya, kisahnya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan memuaskan hati pembaca yang kebanyakan terdiri daripada golongan remaja pada ketika itu.


Namun, penulisan komik pada ketika itu tidak membenarkan penggunaan ayat dan perkataan yang melebihi dua suku kata.Bagi karakter pula, ianya hanya membenarkan penggunaan karakter baik dan sebaliknya sahaja.Ini bermakna penggunaan karakter yang berada di 'tengah-tengah' adalah tidak dibenarkan sama sekali.




Walaupun beliau banyak menghasilkan komik, Stan Lee merupakan seorang yang pemalu.Beliau malu dengan setiap komik yang dihasilkan sehingga beliau enggan untuk meletakkan nama sebenarnya di kulit buku komik hasil rekaannya.Akhirnya sehingga kini, beliau menggunakan nama samaran yang menjulangkan beliau sehingga ke peringkat antarabangsa iaitu Stan Lee.

Ketika beliau mencecah usia 40 tahun, Stan Lee merasakan beliau sudah terlalu tua untuk berada didalam industri komik dan ilustrasi.Isteri beliau, Joan yang merupakan seorang warga British banyak memberi sokongan kepada Stan Lee.Katanya kepada Stan Lee bahawa Stan Lee tidak akan kerugian apa-apa pun dan boleh menghasilkan watak yang benar-benar memenuhi citarasanya untuk kali yang terakhir.




Sebuah syarikat komik, DC Comics merupakan pesaing terhebatnya ketika itu.DC Comics menghasilkan watak-watak superhero hebat ketika itu seperti Batman, Superman dan Wonder Woman.Oleh kerana itu, syarikat penerbitan Timely juga bertungkus-lumus mengerah idea untuk mencatatkan nama mereka untuk mengatasi pesaingnya, DC Comics.

Stan Lee kemudiannya menghasilkan Fantastic Four pada tahun 1961.Fantastic Four berkisarkan kisah tentang sekumpulan angkasawan dan saintis yang memiliki kuasa ajaib selepas terkena sinaran radiasi kosmik.Komik inilah yang berjaya mengubah kedudukan taraf hidup Stan Lee dan industri komik menjadikan beliau seorang yang ternama di peringkat antarabangsa.





Stan Lee menerapkan identiti yang berbeza pada setiap karakter rekaannya dengan permasalahan remaja seharian seperti masalah kelemumur, kuku cekam, jerawat dan perselisihan faham antara ibu bapa.

Sejak daripada itu, pejabat Stan Lee mula dipenuhi dengan timbunan surat-surat daripada peminat beliau.Tanpa disedari, Stan Lee telah berjaya mencatatkan namanya sebagai pencetus era kegemilangan dunia komik dan ilustrasi.

Dunia Stan Lee, Marvel telah mencetuskan nama baru bagi syarikat itu menjadi Marvel Comics.

Dan tidak lama selepas itu, watak Spiderman pula diwujudkan.Para peminat komiknya amat menggemari karakter Peter Parker yang kelihatan nerd dan naif berubah menjadi seorang superhero yang asalnya berbadan kecil kepada tegap dan mampu memanjat bangunan-bangunan tinggi sekitar New York hanya kerana digigit oleh seekor labah-labah yang cukup rare.





Watak yang lebih dikenali sebagai Spidey itu kemudiannya menjadi ikon budaya moden yang sangat popular ketika itu.Walaupun bergelar superhero, watak Peter Parker masih menghadapi pelbagai masalah seperti individu lain termasuklah masalah berkaitan dengan teman wanita pilihannya.

Itu kisahnya berkaitan identiti watak Spiderman.Begitu juga dengan watak-watak lain seperti The Hulk, The Mighty Thor, Iron Man dan lain-lainnya.Kesemua watak-watak rekaan Stan Lee mempunyai masalah seperti orang kebanyakan seperti penggunaan dadah, pengimbangan dunia sosial yang tidak seimbang dan lain-lain.

Walaupun Stan Lee merupakan seorang pengasas dan pencipta watak-watak superhero berkenaan, beliau memberikan segala kredit dan penghargaan kepada artis-artis yang bertanggungjawab didalam rekaan komik beliau iaitu Jack Kirby, Frank Miller, John Romita, John Bushema, Steve Ditko, Bill Everett dan beberapa lagi artis kolaborasi bersama beliau.


Selain watak-watak yang memiliki permasalahan remaja, Stan Lee juga menghasilkan watak-watak yang kelihatan berbeza dari kebiasaan.Watak Daredevil merupakan seorang superhero yang buta penglihatannya.Black Panther pula merupakan superhero dari kalangan warga berkulit hitam manakala Silver Surfer pula sering kali kelihatan sedang berfikir dan termenung memikirkan tentang keadaan sifat kemanusiaan.

Sepanjang era kegemilangan Marvel Comics, ianya telah mencatatkan jualan sebanyak 50 juta naskah komik setiap tahun dan Stan Lee merupakan individu yang bertanggungjawab didalam menyiapkan kulit hadapan setiap naskah.Beliau mula bersara pada tahun 1971.

Malang tidak berbau.Pada tahun 1999, Stan Lee menubuhkan Stan Lee Media's dengan bertujuan untuk memuatnaik komik ke dalam internet dan boleh dibaca melalui atas talian.Namun, usahanya tidak berjaya dan menemui kegagalan sehingga beliau muflis dan rakan kongsinya pula dimasukkan ke dalam penjara kerana kesalahan aktiviti penipuan.

Tidak mudah berputus asa.Stan Lee mula bangkit pada tahun 2001 dengan menubuhkan syarikat baru iaitu POW! (Purveyors of Wonder) Entertaiment yang mengusahakan pembangunan filem dan rancangan televisyen.Watak-watak superheronya yang berusia separuh abad mula menguasai Hollywood dan menemui peminat-peminatnya di kaca TV dan layar perak.Antaranya adalah X-Men, Fantastic Four, The Hulk, Daredevil, Iron Man, Captain America dan The Avengers.Karakter ini semakin diminati dan digilai oleh peminatnya.





Filem Spider-Man yang dihasilkan pada tahun 2002 berserta sekuelnya pada tahun 2004 berjaya menempa nama di dalam dunia perfileman dan panggung wayang dengan hasil kutipan tiket yang mencecah sehingga 1.6 billion Dolar di seluruh dunia dan disusuli hasil penjualan media lain seperti DVD dan juga pelbagai barangan dagangan.

Tiga buah filem Captain America yang dibintangi oleh pelakon terkenal, Chris Evans pula mengukir nama di Box Office di seluruh dunia dengan kutipan sebanyak 2.24 billion Dolar.Iron Man yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr. pula merangkul sehingga 2.4 billion Dolar.Menarik bukan? Kejayaan demi kejayaan ditempa oleh Marvel dan Stan Lee.Apa yang paling menarik ialah peminat juga terhibur dengan penampilan kameo Stan Lee di dalam hampir kesemua filem Marvel.Cuma anda perasan atau tidak sahaja tetapi Stan Lee ada menampilkan babak pendek kameo beliau di dalam setiap filem Marvel.





Selain kejayaan "pecah panggung" yang diraih oleh Stan Lee, beliau juga berjaya di dalam penghasilan novel grafik.Pada tahun 2012, beliau sendiri telah bekerjasama menulis "Romeo and Juliet : The War" yang juga tersenarai di dalam jualan buku terlaris The New York Times dan juga telah melancarkan saluran YouTube nya sendiri iaitu "Stan Lee's World of Heroes".


Stan Lee juga memperkenalkan novel grafik digitalnya, "Stan Lee's God Woke" di Comic-Con pada tahun 2016.Versi cetakan novel grafik digital ini telah memenangi anugerah di Independant Publisher Book Awards pada tahun 2017.


Tidak lama selepas itu, Stan Lee mula mengalami kemerosotan kesihatan dan penglihatan.Keadaan ini membuatkan Stan Lee merasa sedih kerana beliau tidak mampu lagi untuk membaca komik yang menempa namanya sehingga ke puncak kejayaan seperti ini lagi.

Menurut Stan Lee, setiap kali beliau berada di konvokesyen buku komik, pastinya ada peminat yang akan bertanya kepada beliau apakah superpower paling hebat antara kesemua superpower yang ada dan Stan Lee hanya menjawab ringkas iaitu "Nasib yang baik" kerana jika seseorang itu bernasib baik, sudah pasti kesemua perkara buruk tidak akan menimpa dirinya dan kemenangan menyebelahi dirinya sendiri.

Ketika berusia 95 tahun, Stan Lee meninggalkan kesemua buat selamanya.Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 November 2018 di Pusat Perubatan Cedar Sinai,Los Angeles, California, Amerika Syarikat.Beliau meninggalkan 2 orang cahaya mata sebagai penyambung warisannya.

Beliau pernah merangkul anugerah yang cukup hebat seperti The Will Eisner Award Hall of Fame, Jack Kirby Hall of Fame, National Medal of Arts dan Disney Legends.




Stan Lee meninggalkan kesemua superhero hebat rekaannya buat selamanya.Pastinya lagenda ini tidak akan dilupakan.Beliau merupakan pencipta bagi watak-watak yang sudah menempa nama di dalam hati peminat-peminatnya.


Kredit :


 
Hujan Emas Official Est. 2017
Stan Lee 1922-2018


0 comments: