KONTROVERSI JENAMA XIAOMI MENCURI DATA PENGGUNA



Siapa yang tidak mengenali jenama Xiaomi? Rata-rata pengguna telefon pintar pasti mengenali jenama ini namun apa yang menarik tentang jenama ini?
Pada 30 April 2020, sebuah syarikat media bernama Forbes telah melaporkan penemuan seorang penyelidik bernama Gabriel Cirlig mengakui mempunyai bukti bahawa telefon miliknya, Xiaomi Redmi Note 8 setiap masa merekodkan dan menyelia setiap aktiviti penggunaannya. Cirlig juga merupakan salah seorang pakar penyelidikan siber.

Menurut beliau, kesemua data yang terkumpul akan dihantar ke sebuah pelayar milik syarikat Alibaba yang dipercayai disewa oleh syarikat Xiaomi.

Menurut beliau lagi, peranti miliknya bukan sahaja merekodkan data pelayar di dalam laman sesawang yang dilayari malahan ianya juga merekodkan segala jenis aktiviti termasuk merekodkan fail apa yang dibuka, skrip yang dikunjungi dan alamat-alamat laman sesawang yang dikunjungi walaupun beliau menggunakan pelayar Mod Incognito dimana Mod itu sepatutnya tidak direkodkan aktivitinya.

Kepada semua pengguna Xiaomi, jangan berasa selamat jika anda sering kali menggunakan pelayar Mod Incognito kerana aktiviti anda tetap direkodkan dan hal ini diperakui oleh Xiaomi sendiri pada 4 Mei 2020. Isu ini masih baru juga (Ketika artikel ini ditulis pada tahun 2020)


Aktiviti peranti Xiaomi menipu pengguna


Bagi menyokong usul Cirlig, beliau meminta bantuan dari seorang lagi pakar sekuriti siber, Andrew Tierney untuk membantu beliau di dalam penyiasatan terhadap dakwaan Cirlig bagi mengukuhkan lagi hujah Cirlig.

Dan, hasil kajian daripada Andrew mendapati bahawa bukan sahaja pelayar sedia ada di dalam peranti Xiaomi yang merekodkan aktiviti pengguna malahan aplikasi milik Xiaomi yang sedia untuk dimuat turun seperti Mi Browser Pro dan Mint Browser juga memiliki "sifat" yang serupa iaitu merekodkan aktiviti pengguna dan di hantar ke pelayar utama untuk disimpan. Dan, aplikasi itu boleh di muat turun di Google Playstore.

Ini bermakna, isu aktiviti pengguna yang direkodkan secara senyap ini bukan sahaja melibatkan pengguna Xiaomi malahan melibatkan mana-mana peranti yang memuat turun aplikasi itu di Playstore.

Ini bermakna, jika anda menggunakan aplikasi milik Xiaomi ini, setiap pergerakan aktiviti anda menggunakan Browser milik Xiaomi ini akan direkodkan dan data itu akan dihantar ke pelayar utama milik Xiaomi.

Xiaomi Mint Browser gathers Incognito browsing history on remote servers


Data-data terkumpul akan terkunci (Encrypted) didalam peranti masing-masing dan akan dihantar ke pelayar yang telah ditetapkan oleh Xiaomi. Apa tujuan mereka, tiada siapa yang tahu namun apa yang penting ialah data peribadi pengguna telah direkodkan secara senyap dan ianya melanggar hak privasi pengguna itu sendiri.

Xiaomi juga cuba mengunci data-data tersebut namun kesemua data-data itu boleh dinyahkunci semula (Decrypted) oleh mereka yang mahir dan kesemua data itu dapat diterjemahkan tanpa sebarang kesilapan dan kehilangan.Kesemuanya dapat dipaparkan secara penuh.

Kod-kod itu mengandungi kesemua aktiviti pengguna di dalam peranti itu termasuk rekod data pelayar pengguna yang sepatutnya tidak boleh direkodkan dan kesemua data itu akan dihantar ke pelayar yang berlokasi di Rusia dan Singapura.

Oleh kerana pelbagai tuduhan dan pelbagai reaksi daripada pengguna, Xiaomi mengambil langkahnya tersendiri dengan penjelasan yang agak mengelirukan iaitu menafikan tuduhan tersebut namun dalam masa yang sama pihak Xiaomi juga mengakui aktiviti pengumpulan data juga benar-benar berlaku.

Pihak Xiaomi juga mengakui dakwaan terhadap produk mereka tidak berasas dan sekadar kontroversi semata-mata kerana kesemua pengumpulan data pengguna mendapat kebenaran daripada pengguna produk mereka sendiri dan ianya tidak melanggar undang-undang hak privasi pengguna antarabangsa.

Selain itu juga, pihak Xiaomi juga mendakwa aktiviti pengumpulan data laman sesawang yang dilayari oleh pengguna juga bertujuan untuk mereka memahami sifat laman-laman sesawang yang dilayari oleh pengguna bagi tujuan mempercepatkan capaian sambungan kepada laman-laman sesawang yang dioptimiskan capaiannya berbanding biasa.




Namun apa yang pasti, produk Xiaomi masih menjadi buruan pengguna-pengguna telefon pintar yang berkembang pesat yang saling mendahului dari segi kemajuan teknologi. Setiap produk ada pro dan contra masing-masing. Tepuk dada, tanya selera.


Kredit

0 comments: