
Siapa tak kenal apa itu wifi pada zaman teknologi sekarang? Semua orang tahu apa itu wifi. Ianya satu jaringan internet yang digunakan secara meluas pada zaman sekarang ini. Dan ada juga yang menggunakan sambungan internet ketika berada di rumah yang menggunakan modem wifi.
Paling menyakitkan hati apabila kelajuan dan signal wifi di rumah kita terlalu perlahan. Kadang-kadang tak ada terus. Bulanan tetap kita bayar tetapi signal menyakitkan hati.
So, jom kita cerita sedikit bagaimana untuk meningkatkan signal WiFi di rumah anda ke tahap yang paling optimum.

APA YANG MENYEBABKAN SIGNAL WIFI LEMAH?
Sebelum kita lanjutkan cara ringkas untuk meningkatkan kekuatan signal wifi di rumah, jom kita kenal pasti dahulu secara ringkas apa yang menyebabkan signal wifi di rumah menjadi perlahan dan sangat slow. Sekurang-kurangnya apabila anda mendapati ciri-ciri ini ada pada situasi rumah anda, anda boleh mengubahkannya tanpa perlu pening kepala.
1 - Perabot dan barangan berasaskan logam

Barangan ini adalah yang paling common kita boleh jumpa pada mana-mana rumah sekali pun. Setiap rumah dan kediaman pasti akan ada perabot-perabot yang akan menghiasi suasana di dalam rumah dan kediaman kita. Tanpa perabot-perabot ini semua, kelihatan janggal pula keadaan di dalam rumah kita, kan?
Tetapi apa pula kena-mengena dengan barangan berpemukaan logam? Perlu kita ketahui, barangan yang berpemukaan logam ini merupakan material yang bersifat konduktor atau mengalirkan arus elektrik. Ini bermakna signal wifi anda yang berbentuk elektromagnet akan dihalang dan dialihkan ke tempat yang lain oleh barangan yang berpemukaan logam ini tadi sekali gus menghalang signal wifi anda dari tersebar.
Kedudukan perabot anda pula menjadi penghalang kedua untuk signal wifi anda untuk sampai kepada anda. Perlu kita ketahui, adanya halangan di antara kita dan router wifi bermakna pasti akan ada pengurangan kelajuan signal wifi untuk sampai kepada anda.
Jadi janganlah pula anda pergi alihkan ke semua perabot anda ke luar rumah. Apa yang anda perlu lakukan cuma mengalihkan router wifi anda menjauhi dari sebarang barangan berpemukaan logam dan jangan letakkan router wifi anda secara terselindung. Confirm, signal wifi memang tak akan kuat untuk sampai kepada anda. Mungkin anda masih menerima signal wifi dari router anda tetapi tidak sekuat apabila anda meletakkan wifi router anda ditempat yang terbuka. Paling bagus, anda mampu melihat wifi router anda dengan jelas dari tempat anda menggunakan peranti anda. Itu terbaik!
2 - Dinding dan batu bata

Antara bahan konkrit yang sering kali dikenalpasti yang mampu menghalang signal wifi dari sampai kepada anda adalah seperti marmar, simen, konkrit, plaster dan paling common iaitu batu-bata. Sebab itu apabila diperhatikan rumah-rumah jenis bertingkat ini sering kali mengalami masalah ini. Wifi router anda berada di ruang tamu dan anda berada di dalam bilik anda yang berada di tingkat atas. Sering kali mengalami gangguan isyarat wifi yang lemah. Ini kerana lantai rumah anda itu bukanlah diperbuat daripada kayu mahupun plastik sebaliknya batu-bata yang menghalang isyarat wifi anda untuk terus sampai kepada anda.
Cara yang paling efisien yang boleh anda lakukan adalah alihkan wifi router anda ke tempat yang terbuka dan jauhkan dari dinding terutama jika ada pengguna wifi yang menggunakan bilik tingkat atas. Jika rumah anda rumah teres biasa tanpa tingkat, dah kurang satu masalah pening kepala. Cukup sekadar menempatkan wifi router anda di tempat yang terbuka dan strategik itu sudah memadai.
Jangan pula anda pergi menebuk lantai tingkat atas (bumbung pada tingkat bawah) pula. Masalah lain pula yang timbul.
3 - Cermin yang besar


Perlu anda ketahui bahawa barangan elektrik yang berada di dalam rumah anda juga ada mengeluarkan gelombang tenaga yang tidak terlihat dek mata kasar. Kalau anda mampu melihat gelombang itu, pastinya anda tidak menginginkan produk tersebut berada di dalam rumah anda. Namun, itulah hakikatnya yang perlu kita ketahui.

JADI, APA YANG PERLU DILAKUKAN?
- Pilih susunan terbaik bagi perabot rumah anda atau pilih lokasi terbaik untuk anda meletakkan wifi router anda. Paling bagus jika anda boleh melihat wifi router anda dengan jelas dari tempat anda duduk nanti.
- Jika wifi router anda mampu menerima kemaskini perisian, pastikan perisian wifi router anda sentiasa dikemaskini dengan perisian terkini dan jangan lupa gunakan antenna yang menerima dan mengeluarkan isyarat yang kuat. Itu paling best!
- Paling best jika anda menggunakan wifi 5Ghz berbanding 2.4 Ghz (jika ada.). Biasanya sambungan isyarat 2.4Ghz lebih sibuk dari sambungan 5GHz. Apabila sambungan terlalu sibuk, itulah puncanya mengapa kekuatan isyarat wifi anda menjadi lemah. Bayangkan, situasi di lebuh raya ketika musim perayaan. Bagaimana keadaannya? Samalah ceritanya tu. Jika terlalu ramai yang menggunakan sambungan yang sama pasti akan berlaku kesesakan.
- Letakkan wifi router anda di tempat yang lebih tinggi dari peranti yang menggunakannya. Cara ini dilihat lebih efisien dan peningkatan kekuatan isyarat wifi anda akan meningkat. Bezanya sama ada anda perasan ataupun tidak sahaja. Biasanya orang akan perasan signal semakin lemah sahaja. Apabila signal semakin kuat, ramai yang biasanya tak perasan.

Ok relaks. Jangan marah dulu. Anda mungkin telah rellocate kedudukan wifi router anda tetapi masih lemah juga? Anda siap mengubah susun atur perabot di rumah anda semata-mata untuk mendapatkan signal wifi yang lebih kuat? Penat tu. Tak mengapa. Kita cuba untuk mengubah beberapa Setting pada wifi router anda pula. Tetapi sebelum itu, pastikan anda telah lakukan perkara di bawah :
- Cuba anda reboot atau restart semula modem wifi router anda. Bunyinya macam cliche pun ada tetapi sebahagian kes sebegini berjaya di atasi selepas dimatikan dan dihidupkan semula modem wifi router itu. Paling optimum, cuba reboot atau restart modem wifi router anda secara kerap. Paling tidak pun, seminggu sekali pun sudah memadai. Sistem yang beroperasi memerlukan rehat termasuk tubuh badan kita juga, kan? Begitu juga dengan barangan elektronik. Modem wifi router anda juga perlukan rehat seketika. Teknik reboot atau restart ini akan membersihkan segala cache yang disimpan di dalam sistem wifi router anda dan akan membuatkan ianya berfungsi dengan lebih lancar dan ringan. Munasabah juga, kan?
- Cuba Reset semula wifi router anda kepada tetapan asal atau Factory Default. Pada badan wifi router anda pastinya ada satu tempat untuk reset semula modem tersebut kepada tetapan asal dari kilang atau Factory Default atau Factory Setting atau apa sahaja nama yang anda panggil. Biasanya butang ini kelihatan seperti lubang kecil pada panel belakang wifi router itu sendiri. Anda hanya perlu menekan butang yang berada di dalam lubang kecil berkenaan. Anda dah tekan tetapi modem tak reset? Oh, jangan lupa hidupkan dahulu modem anda. Baru anda tekan butang reset tersebut.











- https://hujanemas-dunia.blogspot.com/2017/09/fungsi-domain-domain-name.html
- https://ms.brandingandwebsites.com/reasons-low-wifi-signal
- https://productnation.co/my-bm/3299/wifi-extender-terbaik-malaysia/
- https://www.techwalla.com/articles/how-does-metal-affect-a-wireless-signal
- https://wiser.my/4-cara-mudah-mempertingkatkan-signal-wifi
- https://iluminasi.com/bm/7-barang-rumah-yang-menyebabkan-sambungan-wifi-lemah-dan-perlahan.html


0 comments:
Post a Comment