MONSTER HUNTER KEMBALI MENGGANAS! MONSTER HUNTER RISE! - GAME ONZ!

 


Siapa dekat sini kaki bermain permainan video atau seorang gamers? Sesiapa yang memang layan permainan video, confirm korang tahu nama game ni yang tidak asing lagi dalam dunia permainan video berkonsepkan open-world, Monster Hunter. Kini siri permainan Monster Hunter tampil dengan lebih gah iaitu Monster Hunter Rise.

Sebelum kita bercerita tentang permainan Monster Hunter Rise ni, jom kita sembang-sembang santai tentang team yang mencipta permainan Monster Hunter yang ramai tidak tahu dan ada juga yang tidak kenal.

Siri permainan Monster Hunter (MonHun) (モンスターハンター, Monsutā Hantā) ini dihasilkan oleh sebuah syarikat permainan video yang agak terkenal di Jepun iaitu Capcom. Siri permainan video ini diarahkan oleh Yuya Tokuda dan direka oleh Kaname Fujioka.

Ia berkonsepkan open-world dengan siri tema fantasy Action Role-Playing. Pada peringkat awal, siri permainan MonHun ini dilancarkan pada konsol permainan Sony iaitu Play Station 2 yang dilancarkan pada tahun 2004. Lalu kemudian ianya dilancarkan ke semua platform digital termasuk komputer, console, portable console dan telefon pintar.


Secara ringkasnya, siri permainan Monster Hunter ini merupakan permainan yang berasaskan siri kehidupan manusia yang perlu survive di dalam kawasan yang dipenuhi dengan makhluk yang pelik-pelik dimana korang tak akan jumpa makhluk-makhluk macam ni di dunia nyata.

Cara kehidupan mereka di dalam permainan ini pun lebih kurang macam hidup di zaman purba juga lah kot tetapi senjata-senjata yang pemain akan gunakan memang bukan calang-calang lah.

Pada awal rekaan siri ini, konsep yang diserapkan oleh MonHun lebih ke arah makhluk-makhluk atau monster yang sering berkeliaran di persekitaran kampung dimana pemain akan menetap. Pemain berperanan untuk menjadi pemburu untuk melindungi kampung dari diserang oleh makhluk monster ni tadi.

Namun harus diingatkan, tugas pemain bukan hanya terhenti pada memburu semata-mata malahan adakala pemain perlu membunuh monster tersebut, memerangkap dan menangkap. Yang penting pada mereka yang gemarkan konsep permainan seperti ini, memang sangat disarankan untuk cuba bermain permainan ini. Confirm korang tak akan menyesal.


Tak akan lengkap sesebuah permainan video yang berasaskan Action Role-Playing kalau tidak dilengkapi dengan senjata. Berbeza dengan permainan video yang berkonsepkan moden, siri permainan MonHun ini banyak berasaskan senjata-senjata tajam seperti pedang. Ini dah kira Trademark Monster Hunter lah. Ada juga senjata yang berasaskan senjata api dan jarak jauh tetapi lebih banyak senjata yang berasaskan senjata tajam diperkenalkan di dalam siri permainan ini.

Tak cukup dengan itu, pemain mampu Upgrade senjata yang digunakan untuk menambahkan lagi kesan kecederaan yang bakal diterima oleh mangsanya. Setiap senjata mempunyai satu set manuver tempurnya yang tersendiri dan unik. Malahan teknik-teknik dan skill untuk menggayakan senjata yang digunakan pun ada caranya tersendiri. Ianya berdasarkan kepantasan serangan, kekuatan dan Damage yang diterima, buff dan debuff.

Dari segi grafiknya, permainan MonHun ini mengutamakan perincian pada persekitaran dan bentuk monster itu sendiri. Memang cantik sangat lah. Dan paling penting, pemain sangat-sangat lah digalakkan untuk menjaga kesihatan dan stamina karakter anda. Korang bayangkan tengah-tengah bergelut dengan monster yang agak besar tiba-tiba stamina karakter korang tu drop. Agak-agak jadi apa? Jangan tunggu. Lari dulu. Tetapi jangan risau. Pemain hanya perlu kembali ke kem pangkalan atau Retreat. Biasanya cukup 3 kali Retreat, misi yang korang sedang laksanakan itu akan dianggap terbatal atau Failed.



BILA NAK CERITA TENTANG MONSTER HUNTER RISE?

Monster Hunter Rise merupakan siri utama yang ke-enam di dalam siri permainan Monster Hunter yang dilancarkan pada 26 Mac 2021. Jika kita lihat pada siri-siri sebelumnya mengikut turutan seperti :
  • Monster Hunter (Released : Japan - 11 Mac 2004 / N.America - 12 Sept 2004 / PAL Region - 27 Mei 2005) - Console Play Station 2
  • Monster Hunter 2 ( Released : Japan - 16 Feb 2006 / N.America - 28 Ogos 2007 - PSP / PAL Region - 7 Sept 2007 - PSP) - Console Play Station 2
  • Monster Hunter Tri [Versi PSP dan PS3 yang hanya ada di Jepun iaitu Monster Hunter 3rd] - [Enchanted Version bagi Nintendo 3DS dan Wii U di Eropah dan Amerika iaitu Monster Hunter 3 Ultimate] : (Released : Jepun - 1 Ogos 2009 / N.America - 20 April 2010 / PAL Region - 23 April 2010) - Console Wii
  • Monster Hunter 4 [Enchanted version released on Nintendo 3DS known as Monster Hunter 4 Ultimate] - (Released : Jepun - 14 Sept 2013 / N.America - 13 Feb 2015 / PAL Region - 13 Feb 2015) - Console Nintendo 3DS
  • Monster Hunter : World [Multile change in standard gameplay such as Mapping / Monster Hunter World : Iceborne DLC or stand-alone released on PS4 and XBox One in Sept 2019, Windows in Jan 2020 :  (Released : Jepun - 26 Jan 2018 / N.America - 26 Jan 2018 / PAL Region - 26 Jan 2018) - Console PS4 and XBox one / Microsoft Windows on 9 Ogos 2018
  • Monster Hunter Rise (Released : Jepun - 26 Mac 2021 / N.America - 26 Mac 2021 / PAL Region - 26 Mac 2021) - Released worldwide on Nintendo Switch / Windows planned on early 2022 / Cross-compatibility features with Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin
Kalau dilihat pada kronologi spin-off, remasted dan expansion permainan ini, sebenarnya banyak lagi siri-siri Monster Hunter yang ada dilancarkan seperti Monster Hunter Frontier Online / Frontier Z (JP - 21 Jun 2007 / Windows, XBox 360) , Monster Hunter Diary : Poka Poka Airou Village (JP - 26 Ogos 2010 / PSP, Nintendo 3DS) , Monster Hunter Dynamic Hunting ( WW - 1 June 2011 / iOS) , Monster Hunter Frontier G ( JP - 17 April 2013 / Windows, XBox 360, PS3, Wii U, PS Vita) dan banyak lagi kalau nak disebut satu per satu.

Jadi tak mustahil lah kalau permainan Monster Hunter ini menjadi kegilaan ramai bagi para gamers yang ada diluar sana terutamanya bagi peminat-peminat permainan berkonsepkan hunting, open world dan Action Role-Playing.

REVIEW RINGKAS - Kalau kita lihat dari corak permainan di dalam MonHun Rise ini ianya seolah hasil dari gabungan Monster Hunter Ultimate dan Monster Hunter World.

Paling menariknya, korang yang baru nak berjinak-jinak dalam konsep permainan Monster Hunter ni boleh lah cuba siri Monster Hunter Rise sebab aspek pengawalan permainannya nampak telah dipermudahkan sedikit dan lebih kemas oleh pihak Capcom dan paling penting banyak elemen-elemen dari siri terdahulu ada di dalam siri Monster Hunter Rise ini membuatkan para pemain hunter veteran kita sangat mendambakan siri MonHun Rise ini.

Bagi pandangan peribadi, boleh dikatakan siri Monster Hunter Rise ini adalah siri Monter Hunter terbaik setakat ini dan memboleh siri ini tersenarai di dalam senarai permainan paling hot di Nintendo Switch.

Antara yang menarik pada siri kali ini, Monster Hunter Rise didatangkan dengan grafik yang sangat menarik dan colorful, masa untuk loading juga lebih pantas dan yang penting boleh Skip. Mekanik permainannya yang baru lebih lancar, menyokong fungsi Multiplayer yang ringan dan pantas.


Jika dilihat siri sebelum Monster Hunter World lagi, boleh dikatakan secara spesifiknya Monster Hunter bukanlah satu permainan yang paling intuitif. Contoh, sebelum siri World anda perlu menjelajah keserata tempat untuk mendapatkan gambarajah keseluruhan peta anda. Barulah anda dapat melihat kedudukan monster dengan lebih tepat dan beberapa perkara lagi.

Lalu pihak developer telah memperbaiki dan Upgrade cara tersebut yang kelihatan sangat leceh. Kemudiannya, di dalam siri Monster Hunter Rise, pihak developer telah Upgrade cara tersebut dengan lebih baik.

Di dalam siri World, anda perlu memiliki Scoutflies yang membantu anda untuk mengesan monster. Anda hanya perlu mengekorinya sahaja. Namun di dalam siri Rise, anda akan memiliki Cohoot yang merupakan spesis burung hantu. Ianya haiwan peliharaan namun anda mampu melihat keseluruhan peta yang memaparkan monster-monster yang ada disitu dengan kadar segera apabila anda mulakan misi anda dengan bantuan Cohoot. Kiranya macam buat scout dari udara juga lah.

Dan sekiranya ada monster yang anda belum pernah jumpai, ianya akan memaparkan ikon " ? " pada peta anda. Paling merunsingkan adalah pemain tidak tahu spesis apakah monster yang bakal mereka temui. Itu yang paling stress setakat ini. Nak menempuhnya tu risau lah juga. Setakat ini, penggunaan Cohoots di dalam siri Rise adalah yang paling relevan dan efisien.




Ada lagi! Add-on baru di dalam siri Rise adalah Palamutes. Ianya adalah spesis anjing atau musang atau serigala atau apa sahaja yang anda nama yang anda berikan. Ia akan dapat membantu anda di dalam medan perang. Paling best, anda boleh menunggang Palamutes ini dan bergerak menjelajah keseluruhan peta anda dengan lebih pantas dan cepat.

Perlu kita tahu juga, Palamutes ini sebenarnya tidak menggunakan stamina Hunter anda. Ya, tidak sama sekali. Anda boleh menyerang monster ketika anda sedang menunggang Palamutes dan bebas untuk menggunakan sebarang peralatan atau items ketika menunggang Palamutes. Serius, nice juga binatang peliharaan ni.




Berbicara tentang mekanik permainan, Wirebug juga menerima impak perubahan besar di dalam siri Rise. Secara asasnya, Wirebug dapat digunakan untuk merentasi sesuatu kawasan atau dataran sama ada dengan cara menegak ke atas atau ke hadapan. Konsep asasnya, setiap set Silkbind Wirebug mempunyai set pergerakan uniknya tersendiri.

Selain dari melompat ke sana ke sini, Wirebug juga membolehkan anda untuk mengakses teknik Wyvern Riding. Ini adalah teknik untuk menghalang monster yang besar dengan Ironsilk dari Wirebug anda sekali gus memberikan pengawalan terhadap monster itu dalam tempoh yang singkat. Teknik Wyvern Riding sangat praktikal untuk menumbangkan monster dengan cara melanggar dinding atau anda boleh membuatkan monster itu terlibat dengan pergaduhan dengan monster yang lain. Macam ni baru ada fight.



Cara kehidupan Hunter yang endemik juga memainkan peranan yang sangat besar di dalam dunia pemburuan Monster Hunter. Spesis endemik sebegini boleh dijumpai di setiap daerah yang anda jelajahi dan spesis ini biasanya mampu memberikan peningkatan Statistik anda dan items anda, anda boleh menyimpannya dan menggunakannya di dalam pertempuran. Setiap spesis endemik ini mempunyai fungsi-fungsinya tersendiri yang unik. Contoh, Spiribirds yang menawarkan permanent boost sepanjang pemburuan anda walaupun anda pengsan pada hujungnya.

Senang cerita, spesis endemik ni korang tak akan jumpa di hutan lipur atau Gunung Tahan atau hutan Banjaran Titiwangsa atau mana-mana tempat yang ada di dalam dunia ni. Spesis ini adalah unik yang hanya ada di dalam dunia Monster Hunter sahaja. Lebih kurang macam tu lah.



Tidak kurang juga di dalam siri Rise ini, jenis-jenis misi yang boleh anda selesaikan juga ditambah dan dinaik taraf kepada misi berbentuk Rampage atau seperti konsep Tower Defense.

Misi Rampage seperti ini memerlukan anda untuk mempertahankan Kamura Village dari serangan kelompok monster yang besar dan anda perlu menghalau monster-monster ini semua jauh dari perkampungan itu.

Untuk menjayakan misi berkonsepkan Rampage ini, anda perlu bergantung kepada senjata-senjata anda ada dan lebih kepada mekanisma sistem pertahanan kubu seperti ballistas, meriam dan Dragonator yang ternyata lebih kuat dan berkuasa. Perubahan ini sangat ketara berbanding dengan siri Monster Hunter sebelumnya. Sama ada perubahan ini terbaik atau sebaliknya, ianya bergantung kepada anda yang menentukan.




Akhirnya, sampai ke satu perkara di dalam siri Monster Hunter yang ramai annoying di dalam siri Monster Hunter sebelum ini. Peta. Ya, peta atau World Map. Berbanding dengan siri Monster Hunter sebelum ini, di dalam satu peta yang besar itu terbahagi kepada beberapa kawasan yang dimana anda hanya dapat mengakses satu kawasan ke satu kawasan sahaja sekali gus anda dapat membuka kawasan tersebut dan anda dapat melihat keseluruhan kawasan yang anda telah masuk (untuk melihat keseluruhan peta, anda perlu menjelajah ke seluruh kawasan yang ada).

Pada siri sebelumnya, paparan peta adalah kecil sahaja di bucu-bucu screen anda. Di dalam siri Rise, peta boleh dipaparkan penuh memenuhi ruang screen anda.

Tetapi konsep sebegitu ada baiknya juga. Contoh, anda terlibat dengan pertempuran di kawasan A lalu anda cedera parah. Anda perlu sembuhkan diri anda atau Heal terlebih dahulu tetapi masih kurang selamat sekiranya anda masih berada di kawasan A. Jadi, anda boleh ke kawasan B dimana di kawasan ini anda masih belum terlibat dengan sebarang pertempuran. Sesudah anda sembuh atau Heal, anda boleh kembali semula ke kawasan A dan memulakan serangan sekali lagi dengan persiapan yang anda telah siapkan.

Berbeza dengan peta yang ada di dalam siri Rise ini. Keseluruhan peta atau World Map akan dipaparkan sepenuhnya atau pembahagian kawasan seperti peta yang ada pada siri sebelum ini. Cukup besar dan seluas mata memandang. Tak payah pening-pening kepala. Anda hanya perlu merancang perjalanan anda sahaja. Lagi-lagi jika anda memiliki haiwan peliharan seperti Cohoot atau Palamutes. Lagi mudah kerja anda.



Antara perkara lain yang dinaik taraf di dalam siri Rise ini adalah bagaimana ciri-ciri permainan memudahkan anda untuk menyemak semula sejarah misi yang pernah anda lakukan bagi anda memahami jalan cerita dan Hunter Rank anda. Setiap misi mempunyai Quest Key yang perlu anda selesaikan terlebih dahulu sebelum membolehkan anda mengakses Urgent Quest sekali gus membolehkan anda ke set Quest yang seterusnya. Di dalam siri Rise, misi Quest Key ini akan di highlight dan anda hanya perlu selesaikannya sebelum Urgent Quest muncul.



MACAM MANA DENGAN GRAFIK?

Tak akan lengkap sesebuah permainan yang high ranked jika grafiknya tidak memuaskan. Secara grafik, Monster Hunter Rise adalah satu permainan video yang mempunyai grafik paling cantik pernah dihasilkan. Rekaan dan perincian pada grafiknya sangat halus dan terperinci termasuk tekstur rekaannya berbanding siri sebelum ini.

Meskipun memiliki grafik yang super cool, namun masa yang diambil untuk load tidak memakan masa yang agak lama. Secara purata, tempoh masa yang diambil pada Load tidak mengambil masa yang begitu lama seperti siri Monster Hunter sebelum ini. Paling lama pun, jika anda mahu menyertai Multiplayer dengan beberapa jumlah pemain. Biasa lah tu. Nak Load data dan sambungan kepada pemain-pemain lain lagi. Ianya akan mengambil masa yang sedikit lama.




Bukan Monster Hunter lah kalau tak ada Cut Scene yang panjang-panjang belaka. Berbanding siri sebelumnya, akan ada Cut Scene pada peringkat awal permainan lebih-lebih lagi untuk memulakan permainan baru (New Game).

Selain itu, ada juga Cut Scene jika anda menjumpai monster yang anda cari dan Cut Scene itu tidak boleh Skip. Nasib baik lah Capcom mendengar keluhan para hunter kita.

Di dalam siri Rise, Cut Scene akan dimainkan sebelum anda melaksanakan misi dan paling penting, boleh Skip jika anda mahu. Kalau nak layan storyline, anda boleh tonton sahaja Cut Scene tu. Baru ada hunter feel. Tapi tak rugi juga jika anda tonton Cut Scene ni memandangkan Cut Scene itu didatangkan dengan ciri-ciri grafik yang kualiti yang tinggi dan smooth berserta tema gaya Jepun abad pertengahan dan ciri-ciri haiku Jepun.



MACAM MANA DENGAN CIRI-CIRI MULTIPLAYER?

Sekiranya anda pernah bermain siri Monster Hunter World, mungkin anda akan berasa sedikit janggal dengan sistem Quest di dalam siri Rise ini tetapi rasanya tidak ada masalah jika anda adalah hunter veteran.

Di dalam siri Rise, anda adalah single-player dengan village quest yang akan menjalankan story-line dan quest Gathering Hub yang berasingan dari village quest. Gathering Hub direka untuk permainan Multiplayer yang membolehkan sehingga 3 pemain sama ada secara locally atau online.

Gathering Hub juga akan meningkatkan Hunter Rank anda dan ianya tidak akan memberi kesan pada quest dari village yang anda ambil memandangkan kedua-duanya adalah sistem yang terpisah dan berasingan.

Ciri-ciri Multiplayer di dalam siri Rise lebih menyeronokkan berbanding siri World. Quest di dalam Gathering Hub dapat diakses oleh sesiapa sahaja dengan peringkat dan tahap Hunter Rank yang dibenarkan untuk sesuatu Quest. Paling penting, anda boleh Skip Cut Scene tersebut. Anda juga tidak perlu lagi menyalakan suar SOS (SOS Flare) semasa misi yang memerlukan pemain lain untuk join misi dan membantu anda malahan sesiapa yang membuat carian Hub Quest akan menyertai misi anda serta bergabung bersama anda jika mereka mahu.


Kesemua pemain akan mendapat kredit dari Urgent Quest dengan syarat, quest tersebut berjaya diselesaikan. Berbanding dengan siri sebelum ini, hanya pemain yang mengusulkan Urgent Quest sahaja yang akan mendapat kredit apabila berjaya diselesaikan.

Paling best, anda boleh membawa Palamutes atau Paliko walaupun ketika anda sedang melaksanakan quest secara multiplayer. Ini bermakna kekuatan anda akan lebih tinggi dengan bantuan haiwan peliharaan anda malahan anda boleh bergerak lebih pantas dengan menunggang Palamutes.

Cuma keadaannya mungkin menjadi sedikit huru-hara, paling tidak pun terdapat 4 pemain lain dengan 4 haiwan peliharaan yang bergabung di dalam satu pertempuran. Bagi mereka yang tidak biasa, nampak macam huru-hara sedikit lah tetapi lama-lama nanti ok lah.


HUNT, CRAFT, RINSE and REPEAT


Sudah menjadi trademark dan lumrah kepada siri Monster Hunter untuk anda berbuat begini. Anda akan memburu monster, dan kemudian anda akan mengambil beberapa bahagian untuk diproses sama ada untuk dijadikan pakaian perisai atau senjata dan menggunakannya untuk memburu monster yang lebih kuat dan besar. Anda akan ulang proses ini berulang kali sehingga anda memiliki peralatan yang benar-benar ampuh dan powerful.

Terdapat 14 jenis senjata asas yang anda boleh akses sejak awal permainan, dan setiap jenis senjata tersebut mempunyai gaya dan pergerakannya yang tersendiri seperti Great Sword, Long Sword, Hunting Horn, Gunlance, Hammer, Light Bowgun, Insect Glaive dan banyak lagi. Korang boleh cuba buat carian di Google untuk mengetahui lebih lanjut tentang senjata-senjata ini, fungsi dan cara penggunaan.

Kalau korang tengok dari segi reka bentuk senjata-senjata di dalam siri Rise ni pun, nampak lebih cool dan lebih bergaya berbanding dengan senjata-senjata yang ditawarkan di dalam siri Monster Hunter sebelum ini. Memang banyak juga perubahan yang dibawa oleh Capcom dalam siri Monster Hunter Rise kali ni.




Senjata je? Perisai macam mana? Ya, ada! Mana boleh tak ada. Terdapat juga banyak set-set perisai yang super cool korang boleh pilih dengan spesifikasi yang berbeza. Spesifikasi itu akan meningkatkan banyak statistik  anda dan ada pertambahan perks semasa anda memburu.

Customization adalah yang paling best sekali. Anda boleh memilih dan memutuskan bagaimana anda mahu menggayakannya mengikut cita rasa anda. Sesetengah pemain suka mengenakan baju perisai besi dan nampak cool habis ketika memburu (fashion hunter) walaupun skill tak seberapa. Peduli apa. Janji orang tengok, awesome! Tapi tak berat ke? 



Di dalam siri Rise juga, terdapat lebih kurang ada 33 monster besar yang boleh anda buru. Tak cukup? Tambahan, 35 monster kecil yang berbeza-beza untuk menaikkan statistik karakter anda. Keseluruhan lebih kurang ada 68 monster yang boleh anda kejar. Dan sebahagian kecil daripada jumlah itu adalah monster baru yang diperkenalkan di dalam siri Rise ini serta sebahagian besarnya pula adalah monster kegemaran pemain sepanjang zaman termasuk dari siri World. Larat tak nak kejar?

Sambil-sambil kita santai ni, jom kita tengok-tengok Top 10 monster di dalam Monster Hunter Rise mengikut trend dan statistik. Ini hanya survey dari pemain-pemain di luar sana. Tetapi kalau pada penulis sendiri, korang bagi Great Jaggi pun penulis dah lari.

So, ini senarai Top 10 Strongest Monster di dalam Monster Hunter Rise :


10 - ANJANATH

Mula diperkenalkan di dalam Monster Hunter World. Anjanath merupakan spesis Brute Wyvern yang hampir menyerupai T-Rex. Makhluk ni tak kira korang siapa dan apa yang dia jumpa. Kerjanya memang bergaduh dan mengejar. Cukup aggresif tanpa prejudis dan tanpa ragu. Pendek akal lah kiranya. Kita settle dulu baru fikir kesan, agaknya.

Rahang dan gigi yang cukup kuat dan berupaya untuk menghembuskan api. Wow! Boleh buat campfire tanpa perlu korang cari sumber api. Itupun kalau korang berani nak buat campfire sebelah Anjanath.

Secara semula jadinya, Anjanath akan menjadi lemah dengan Air. Dah tentu-tentu makhluk ini berelemenkan api. Anjanath juga merupakan monster ancaman tahap 6 (Threat Level 6) yang mendiami beberapa lokasi seperti Shrine Ruins, Flooded Forest, Lava Cavern dan Sandy Plains.



9 - NARGACUGA

Setiap pagi biasanya korang akan nampak burung-burung berterbangan menghiasi suasana pagi korang. Bayangkan, makhluk ini yang berterbangan di awan di kawasan perumahan korang. Rasa-rasa?

Makhluk ini bernama Nargacuga ini merupakan dari spesis Wyvern terbang (Flying Wyvern). Makhluk ini kebiasannya sering kali kelihatan di kawasan perhutanan dan mengejar mangsanya secara bersembunyi atau hanya sekadar mengintai dari jauh. Apabila tiba pada masa yang sesuai, makhluk ini akan meluncur laju menuju ke arah mangsanya dalam kelajuan meluncur yang sangat pantas. Macam main sky gliding kot.

Nargacuga juga merupakan makhluk yang sangat licik dan sentiasa berhati-hati. So, korang kena lebih licik dan berhati-hati dengan makhluk ni. Nargacuga juga gemar ditempat yang gelap. Senang nak memburu dalam gelap. Dah macam ninja.

Paling hebat, makhluk ini mampu menyerang sasarannya dengan setiap bahagian tubuhnya termasuk ekor dan sayapnya. Semua anggota tubuhnya boleh dijadikan senjata olehnya. Namun kelemahan Nargacuga adalah Thunder dan Api. Makhluk ini juga sering kali berkeliaran di sekitar Flooded Forest dan Shrine Ruins.



8 - MIZUTSUNE

Korang jangan mudah sangat terpukau dengan sesuatu yang cantik kerana kecantikan itu tidak melambangkan peribadi (tiba-tiba). Makhluk yang kelihatan cantik dengan warna pada tubuhnya yang harmoni ini adalah Mizutsune. Namanya pun dah macam nama gadis Jepun.

Mizutsune ini merupakan spesis Leviathan yang panjang seperti naga dan tubuhnya kelihatan langsing. Tidak seperti spesis monster yang lain, Mizutsune mempunyai bulu pada tubuhnya. Ianya tidak begitu aggresif tetapi boleh menjadi ganas dan sangat aggresif apabila tiba pada musim mengawan. Pada ketika itu lah para hunter akan memburu makhluk ini. Time ni paling syok sebab makhluk ni mengganas.

Tidak seperti spesis makhluk yang lain dengan wajah yang ganas. Mizutsune tampil dengan perwatakan anggun dalam reka bentuk tubuhnya serta tingkah lakunya. Ianya hampir menyerupai spesis naga yang cukup popular di dalam kisah-kisah yang biasa kita dengar.

Oleh kerana Mizutsune berelemenkan Air, maka kelemahannya adalah Thunder dan Dragon.



7 - ZINOGRE

Kalau korang rasa nak membela makhluk ni, lupakan lah. Makhluk yang nampak garang ni adalah Zinogre. Sejenis spesis Fanged Wyvern dengan badan yang mampu mengalirkan arus elektrik atau electricity-streaked.

Mereka banyak menetap di kawasan pergunungan, memiliki otot tubuh yang sangat kuat dan bilah kuku yang sangat tajam sehingga mampu merabakkan daging musuhnya. Keunikan makhluk ini adalah mempunyai keupayaan mengecas tenaga elektrik dan memanggil Thunderbugs.

Dengan hadirnya Thunderbugs berhampiran dengannya, makhluk ini boleh mengekloitasi tenaga elektrik yang dihasilkan oleh Thunderbugs untuk digunakan bagi  menyerang musuhnya. Ambil kesempatan lah tu kiranya.

Zinogre disahkan memegang ancaman tahap 6 (Threat Level 6) dan amat gemar menyendiri namun sangat aggresif. Makhluk ini sering kali kelihatan di kawasan Shrine Ruins dan Flooded Forest.



6 - RATHALOS

Ini dia! Salah satu monster yang paling ikonik dan legend di dalam siri Monster Hunter iaitu Rathalos. Makhluk ini dinobatkan sebagai "Raja Langit" bagi para hunter veteran. Rathalos akan turun dari awangan dan menerjah mangsanya tanpa berlengah. Makhluk ini juga mampu menyemburkan api dari mulutnya yang confirm membuatkan karakter anda 'masak' sepenuhnya tanpa cela. Jangan dilupakan tentang bilah kukunya yang mempunyai racun dan mampu membunuh jika terkena toresan bilah kuku Rathalos.

Oleh kerana makhluk ini berelemenkan api, kelemahan Rathalos adalah Ais, Air, Dragon dan Thunder. Makhluk ini sering kali menghuni di kawasan Shrine Ruins dan Lava Caverns.



5 - TIGREX

Ganas dan berlagak! Itu yang boleh disimpulkan terhadap makhluk bernama Tigrex. Makhluk ini terkenal dengan sifat mereka yang aggresif dan gemar menakut-nakutkan atau mengacah-acahkan musuhnya dengan pekikan suaranya. Sama seperti spesis Wyvern yang lain, mereka akan berkeliaran untuk mencari mangsanya.

Uniknya, makhluk ini mampu memanfaatkan elemen yang berbeza-beza bergantung kepada persekitaran dan habitat yang mereka diami. Jangan dipandang rendah. Tigrex memegang ancaman tahap 7 (Threat Level 7) di dalam Monster Hunter Rise. Mereka sering kali kelihatan di Frost Island, Sandy Plains dan Lava Caverns.



4 - ALMUDRON

Makhluk yang bernama Almudron ini tidak ada kena-mengena dengan Dron sebab makhluk ini gemar bersembunyi di dalam lumpur sedangkah Dron digunakan untuk terbang.

Almudron merupakan monster yang baru diperkenalkan di dalam siri Monster Hunter Rise. Oleh kerana makhluk ini gemar bersembunyi di dalam lumpur, ia akan menyerang mangsanya apabila tiba tepat pada waktunya. Ekornya berupaya mengeluarkan sejenis cecair macam warna keemasan macam tu kot. Cecair itu mampu melarutkan dan mencairkan tanah itu sendiri. Teknik ini digunakan untuk memerangkap mangsanya dan menyeret mangsanya jauh ke bawah.

Almudron akan menghasilkan lebih banyak cecair keemasan itu apabila ia mula menjadi marah dan aggresif. Almudron merupakan spesis Leviathan yang diinspirasikan dari rekaan naga Cina. Makhluk ini gemar menggunakan ekornya yang macam kala jengking tu.

Almudron memegang nobat ancaman tahap 7 (Threat Level 7) dan gemar menetap di habitat Shrine Ruins, Sandy Plains dan Flooded Forest.



3 - MAGNAMALO

Satu lagi monster baru diperkenalkan di dalam Monster Hunter Rise iaitu Magnamalo. Dikatakan, Magnamalo merupakan rekaan monster terbaik dan dihasilkan dengan hampir keseluruhan new-creation. Dalam licik dan lincah, Magnamalo dikenali sebagai "Wyvern of Malice". Gelaran itu diperolehi kerana sifatnya yang gemar bertempur dan berperang dengan makhluk lain.

Jika diperhatikan pada tubuhnya, kelihatan kepulan-kepulan wap terbit dari tubuhnya. Ianya dikatakan terhasil dari cernaan makhluk-makhluk yang dimakan dan diproses di dalam tubuhnya.

Magnamalo akan menembak api ketika bertempur dan ini menjadikannya antara makhluk yang paling sukar untuk ditumbangkan oleh para hunter kita. Tak percaya, boleh tanya mereka. Tapi still, boleh tumbang juga cuma berhempas pulas sedikit lah.

Magnamalo pemegang ancaman tahap 7 (Threat Level 7) mampu mengeluarkan api yang aneh pada mulutnya, belakang tubuhnya, ekor dan kakinya. Makhluk ini sering kali kelihatan di kawasan Shrine Ruins dan Lava Caverns.



2 - DIABLOS

Bagi para hunter veteran, tak perlu diperkenalkan lagi monster ni sebab makhluk ni antara yang legend. Makhluk bernama Diablos merupakan herbivor yang paling berbahaya. Makhluk ini dikatakan memakan beberapa kaktus yang terdapat di padang pasir. Meskipun herbivor, makhluk ini tidak mempunyai masalah di dalam teknik penyerangannya dan akan mengejar sesiapa sahaja yang menyusup masuk ke kawasan jajahan mereka. Ngeri juga.

Dikenali sebagai "The Tyrant of the Desert", Diablos mempunyai kebolehan untuk bersembunyi di dalam tanah dan akan menyerang mangsanya dari bawah tanah. Biasanya tiada apa yang terlepas dari serangannya itu.

Diablos memegang ancaman tahap 7 (Threat Level 7) sudah bertapak lama di dalam siri Monster Hunter sejak siri pertama lagi. Ini yang membuatkan makhluk ini sangat legend dan menjadi ikonik di dalam siri Monster Hunter.



1 - GOSS HARAG

Ini adalah satu-satunya ancaman terbesar di dalam Monster Hunter Rise dan makhluk bernama Goss Harag ini juga merupakan monster baru diperkenalkan di dalam Monster Hunter Rise. Makhluk yang nampak seperti beruang kutub ini menetap di kawasan beriklim sejuk dan tubuhnya diselaputi oleh bulu tebal. Paling unik, Goss Harag mampu mengubah tangannya menjadi bilah ais yang sangat tajam dan ini menjadikan Goss Harag dinobatkan sebagai monster yang paling mencabar di dalam keseluruhan permainan.

Spesis Fanged Beast ini juga mampu menembak ledakan berais terhadap musuhnya menyebabkan makhluk ini mampu meningkatkan tahap ancaman yang sangat merbahaya walaupun makhluk ini sudah sedia memegang gelaran makhluk yang paling berbahaya.

Meskipun Goss Harag memegang ancaman tahap 7 (Threat Level 7) sama seperti beberapa monster yang lain namun ancaman yang diberikan olehnya bukan boleh dibuat main-main dan para hunter kita tidak akan senang untuk tidur malam di dalam kawasan jajahannya.

Goss Harag mendiami di Frost Island dan mampu memberikan pertempuran yang sangat sengit kepada para hunter. Bahkan ada juga yang mengatakan, Goss Harag amat mustahil untuk ditewaskan. Tapi kalau siapa yang dapat menewaskan makhluk ini, dah kira legend lah kan. Memang hunter yang cukup powerful (yang guna cheat terkecuali)



Itu dia Top 10 monster terkuat di dalam Monster Hunter Rise yang telah disenaraikan. Sekali lagi diingatkan, senarai itu hanyalah ranking yang diberikan oleh para pemain tegar Monster Hunter Rise dan siri-siri Monster Hunter sebelumnya. Sejauh mana kebenarannya, korang kena cuba sendiri permainan legend ni.

Secara kesimpulannya, Monster Hunter Rise telah dinaik tarafkan dari siri sebelumnya, World malahan Capcom menghasilkannya dengan lebih baik. Mekanik permainan yang tampak segar dan pelbagai pembaharuan di variasikan di dalam siri permainan Monster Hunter Rise.

Paling utama, olahan mekanik permainan Monster Hunter yang terdahulu juga digarap dengan baik dan menjadikan siri Rise ini lebih mesra untuk pemain-pemain baru termasuk pemain veteran.

Dengan olahan kepelbagaian jenis senjata dan set perisai menambahkan lagi super cool di dalam gaya permainan mengikut kesesuaian dan keinginan anda. 

Namun, sekiranya anda bukanlah penggemar permainan strategi kompleks yang memerlukan masa untuk anda menguasai sesuatu teknik atau skill, siri Monster Hunter Rise bukanlah untuk anda namun tidak salah jika anda ingin mencuba.


LITTLE X-TRA

AGAK-AGAK, MONSTER HUNTER RISE NI ADA VERSI UNTUK PC TAK?

Updated 31 March 2021 - Monster Hunter Rise telah pun dilancarkan pada 26 March 2021 tetapi hanya di Nintendo Switch sahaja buat masa ini (setakat 31 March 2021 artikel ini diterbitkan). Terdapat khabar angin dan cerita-cerita dari GamesRadar+ mengatakan siri Rise ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan keseimbangan siri Monster Hunter yang klasik dan Monster Hunter World digarap dengan cukup baik dan kemas.

Persoalannya, adakah siri Rise ini akan tiba di platform Windows?

Ya! Pihak Capcom telah mengesahkan Monster Hunter Rise akan tiba di platform PC, sama seperti siri World sebelumnya dan ura-ura dikhabarkan ianya akan tiba pada awal tahun 2022. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja pihak Capcom membuat pengumuman tersebut.

Yang pasti jika anda mahu menggunakan platform PC dan mahukan permainan siri Rise ini berada di dalam Windows anda, pastikan anda menabung dari sekarang kerana spesifikasi minimum yang diperlukan oleh run permainan siri Rise ini juga bukanlah calang-calang spesifikasi.


Ini adalah RAMALAN spesifikasi yang diperlukan untuk run permainan siri Monster Hunter Rise di platform PC pada akan datang. Dan, ramalan ini di ambil dari dua sumber yang berbeza sekali gus perbandingan dibuat iaitu PC Games Requirement dan Game Debate. So, korang boleh buat perbandingan sendiri di website lain jika anda mahu. Banyak lagi website yang memberi info tentang ramalan spesifikasi untuk siri Rise ini.

Minimum Specification (Predicted) :
OS : Win 7 / 8 / 10 (64bit version)
Processor : Intel Core i5 / AMD Ryzen 5 / AMD FX (or better)
Memory : 8GB
Graphic : Nvidia GeForce GTX 970 / Nvidia GeForse GTX 1060 / AMD RX 480 / AMD Radeon RX 570X (or better)
Storage : 50GB / 20GB

Recommended Specification (Predicted) :
OS : Win 10 (64bit version)
Processor : Intel Core i7 / AMD Ryzen 5 (or better)
Memory : 12GB / 16GB
Graphic : Nvidia GeForce GTX / AMD RX / AMD Radeon RX
Storage : 50GB / 20GB

Anda perlu tahu bahawa spesifikasi permainan ini hanyalah RAMALAN sahaja dan masih belum sahih. Apa-apa pun, kita tunggu pihak Capcom melancarkan permainan siri Rise ini di platform Windows dan barulah kita tahu apakah spesifikasi sebenar yang diperlukan oleh sesebuah PC untuk run permainan siri Rise ini.

Dan, jika ada kesilapan mahu pun tambahan, penambah baikan bagi artikel ini, amatlah digalakkan untuk usulkan kepada kami untuk kami perbaiki.

Jika anda ada sebarang cadangan yang menarik, pandangan atau persoalan, sila usulkan kepada kami di ruangan komen di bawah atau terus hubungi kami di email Hujan Emas di hujanemas.nl@gmail.com


Kita akan bertemu lagi di dalam segmen GAMEONZ pada masa akan datang. #STAYSAFE

KREDIT :

0 comments: