SATU LAGI MASTER PIECE DARI XIAOMI 2021 : POCO X3 GT

 


Kalau korang antara pengguna tegar produk smartphone dari Xiaomi, korang wajib baca artikel ni. Artikel ini ditulis pada 29 July 2021 dimana Xiaomi ada melancarkan sebuah lagi master piece mereka yang dikhususkan kepada para gamers iaitu Poco X3 GT.

Jika diperhatikan pada perkataan "GT" itu sendiri sudah melambangkan kredibiliti smart phone ni yang lebih khusus kepada para gamers dimana Poco X3 GT direka sebagai sebuah smart phone gaming paling latest dari Xiaomi untuk tahun 2021 (setakat artikel ini ditulis 29 July 2021).

Sebelum kemunculan Poco X3 GT ni, ada sebuah lagi smart phone gaming yang dihasilkan untuk pasaran antarabangsa iaitu Redmi K40 Game Enhanced Edition yang dilancarkan di India terlebih dahulu. Tak lama selepas itu, barulah muncul pula master piece Xiaomi untuk pasaran global iaitu Poco X3 GT dimana spesifikasinya hampir sama. 

Ada juga desas-desus mengatakan K40 Game Enhanced Edition itu merupakan beta test device sebelum X3 GT dilancarkan ke pasaran global. Tetapi yang best nya model K40 Game Enchanced Edition itu mempunyai mechanical trigger untuk gaming dan sebaliknya Poco X3 GT ni pula tidak memiliki spesifikasi tersebut. Xiaomi downgrade untuk pasaran global ke, tak pasti lah. Namun, jika diperhatikan spesifikasinya dengan lebih teliti, model siri X3 yang dilancarkan oleh Xiaomi ini lebih mirip kepada model siri F's mereka seperti F3 dan sebagainya.



Menariknya, model ini adalah model terbaru dari siri Poco X3 di dalam kelas mid-range dan didatangkan dengan paparan skrin yang agak besar, kapasiti bateri yang memuaskan untuk gaming dan mempunyai spesifikasi rangkaian 5G.

Jika dibandingkan dari segi jumlah Hz pada paparannya, siri X3 GT ini didatangkan dengan paparan Refresh Rate sepantas 120Hz, menggunakan GPU Mali-G77 dan dikuasakan oleh kapasiti bateri sebesar 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 67W. Dari segi keupayaan kameranya pula, model ini didatangkan dengan 64mp Triple AI kamera utama, 8mp kamera Ultra-wide dan 2mp kamera Macro. Rakaman videonya pula berkeupayaan 4K@30fps dan 1080p@30/60/120fps.


HARGA DAN VARIAN


Tak sah kalau bagi sesebuah smart phone mid-range ini jika kita tidak menyebut tentang harga dan varian yang disediakan. Apa yang korang boleh expect bagi sesebuah smart phone gaming dari segi harga? Dalam fikiran penulis pada peringkat awal dalam anggaran sekitar Rm2,000 ke Rm2,500 bagi model smart phone gaming ni tapi sangkaan penulis meleset sama sekali. Tak percaya, teruskan membaca.
Bagi pasaran Malaysia, model Poco X3 GT ini didatangkan dengan 2 varian iaitu :
  • 125GB Storan + 8GB Ram - Anggaran Rm1,299
  • 256GB Storan + 8GB Ram - Anggaran Rm1,599
Sebuah smart phone gaming dengan spesifikasi yang cukup mantap berharga bawah daripada Rm1,800? Serious lah?

Harga yang dipaparkan ini hanyalah sebuah harga anggaran sahaja tetapi still masih di bawah sekitar Rm1,800 dan anda boleh memiliki sebuah smart phone gaming yang high-spec. Apa lagi yang korang nak dalam gaming smart phone ni? Mantaplah kan?

Dari segi warna yang ditawarkan pula, X3 GT didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Stargaze Black, Cloud White dan Wave Blue. Dianggarkan juga jualan akan dimulakan sekitar 3 Ogos di Lazada. Korang bolehlah jengah-jengah nanti.
Xiaomi pula menawarkan diskaun pada 3 Ogos dan 4 Ogos dengan diskaun Rm100 untuk kedua-dua variasi. Ini bermakna anda boleh memiliki Poco X3 GT dengan harga serendah Rm1,199 bagi 128GB dan harga Rm1,499 bagi 256GB. 

Tambahan pula, Xiaomi pula dilaporkan turut memberikan tambahan hadiah percuma bernilai Rm169 dengan setiap pembelian bagi model 256GB pada 3 Ogos selagi stok masih ada. Betul ke tak betul, kita tunggu dan lihat saja nanti.


SPESIFIKASI




Cukup kita sembang tentang harga. Sekarang yang paling penting di dalam sesebuah smart phone gaming ialah kita nak belek model ni punya spesifikasi yang ditawarkan.

Selaras dengan 'pangkat' model X3 GT ni di dalam kelas Mid-range, paparan skrin yang dibekalkan bersaiz 6.6" Full HD dengan skrin IPS LCD. Walaupun model ni masih mengekalkan ciri siri X3 mereka iaitu masih menggunakan skrin IPS LCD namun Refresh rate skrin dia pun mantap juga iaitu sekuat 120Hz Refresh Rate dan 240Hz touch sampling rate.

Diperkukuhkan lagi dengan dibekalkan skrin Corning Gorilla Glass Victus iaitu skrin yang paling advance buat masa ni (setakat artikel ini ditulis) dari Corning Gorilla Glass dimana ketahanannya mampu menahan hentakkan, jatuh atau calar yang lebih lasak dari Corning Gorilla Glass 6.

Untuk menambahkan lagi ciri-ciri gaming pada X3 GT ni, model ini dibekalkan dengan siri chipset terbaru dari Mediatek iaitu Mediatek Dimensity 1100 yang dikuasakan oleh 4 super performance Arm Cortex-A78 Cores dan berupaya untuk menyeimbangkan secara efisen diantara performance dan energy consumption. Dengan kemampuan flagship Flash Storage yang dibekalkan di dalam model ini iaitu UFS 3.1, jumlah masa loading di dalam sesebuah permainan yang berat pun akan menjadi lebih singkat berbanding biasa.

Menggunakan GPU Mali-G77, ianya sangat berbeza dengan prestasi yang ditawarkan di dalam model sebelum ini iaitu X3 dan X3 Pro. Dengan dibekalkan chipset flagship Mediatek Dimensity 1100 ini, pastikan model ini menjadi model top 1 paling berkuasa di dalam siri X3 dengan peningkatan yang agak ketara dari segi frame rate dan pengalaman di dalam gaming.


Secara keseluruhan, brand "GT" itu sendiri nampak macam rebranding daripada Redmi Note 10 Pro yang dipasarkan di China. Mungkin penjelmaan semula agaknya. Spesifikasi pengecasan pantas juga dibekalkan bagi siri X3 GT ini iaitu 67W Turbo Charger dimana masa pengecasan menjadi lebih singkat sekitar 42 minit bagi pengecasan penuh bermula dari 0% sehingga 100% kapasiti bateri 5,000mAh. Cukup laju lah tu kan?

Bagi spesifikasi audionya pula, speaker yang ditawarkan adalah dual-speaker dikuasakan oleh Dolby Atmos dengan kualiti Hi-Res Audio dan mendapat sentuhan dari JBL. Satu speaker di bahagian atas dan satu speaker lagi berada di bahagian bawah. Ini membolehkan pengguna merasai kesan stereo pada gema bunyi pada model X3 GT ini lebih-lebih lagi jika model ini digunakan secara horizontal macam tengok movie atau layan game.

Malangnya, 3.5mm jack port telah pun dikeluarkan dari model X3 GT ini namun pengguna masih lagi boleh menggunakan headphone atau earpiece 3.5mm dengan aksesori tambahan yang disediakan sekali di dalam kotak iaitu Type-C to 3.5mm port jack convertor.



Korang just cucuk je Type-C dekat bahagian port cas dan sambungkan 3.5mm jack pada hujung convertor tu. Apa masalah? Atau, korang boleh je gunakan TWS Wireless Earbuds. Kalau korang gunakan Bluetooth Headphone lagi lah mantap.

Dengan dikuasakan oleh Android 11 dan MIUI 12.5 for Poco, pasti membuatkan model ini sentiasa ke hadapan. Penggunaan perisian android 11 dan MIUI 12.5 ini sama saja dengan siri X3 Pro yang lepas. Perbezaan yang paling ketara adalah penggunaan chipset pada model ini. Berbanding dengan siri sebelumnya iaitu X3 NFC yang menggunakan Android 10 dan MIUI 12, siri X3 GT lompat 2 anak tangga ke hadapan dan menempatkan model ini antara paling berkuasa di dalam keluarga siri X3.


Dari segi sambungan rangkaiannya pula, model X3 GT ini menawarkan satu lagi ciri tambahan yang lebih maju iaitu sambungan dual 5G pada peranti ini. Sambungan GSM, HSPA dan LTE sememangnya sudah ada pada siri-siri smart phone yang lain. Diperkukuhkan lagi dengan tambahan ciri WiFi-6 dengan peningkatan sebanyak 38% lebih pantas daripada ciri WiFi-5 yang sedia ada. Paling penting, ianya juga menyokong teknologi OFDMA dimana keupayaannya dipertingkatkan bagi kestabilan frekuensi.

Namun begitu, model X3 GT ini masih mengekal ciri-ciri klasik pada slot sim kad yang dibekalkan iaitu masih mengekalkan ciri dual-sim card bersaiz nano berbanding dengan model X3 Pro dan X3 NFC yang didatangkan dengan slot sim kad yang lebih advance iaitu hybrid dual-sim. Sama ada nak guna sim kad atau memori kad pada slot yang sama.

Secara tidak langsung, ini membuatkan model X3 GT ini tidak menyokong fungsi memori kad tambahan seperti X3 Pro dan X3 NFC namun ketiga-tiga model ini masih berada di dalam perlindungan kelas IP53 dust and splash protection. Senang cerita, model X3 GT ni memang korang tak boleh masukkan memori kad tambahan sebab fungsi itu tidak disediakan di dalam model ini.

Nak selamat, terus beli model X3 GT variasi 256GB dan 8GB Ram. Storan pun besar, keupayaan Ram pun tinggi. Apa lagi? Tak cukup ke 256GB?

Andai kata 256GB tak cukup untuk memuatkan jumlah game yang korang install, lebih baik korang beli PC untuk storan yang lebih besar dan performance game yang lebih mantap. Sebab walau macam mana hebat pun sesebuah smart phone gaming, tetap tak boleh lawan performance sebuah PC game. Percayalah.


Dari segi kameranya pula seperti yang kita sebut pada awal artikel tadi, model X3 GT ini menawarkan keupayaan 64mp Triple AI pada kamera utama, 8mp bagi Ultrawide dan 2mp bagi Macro. Ciri ini lebih tinggi sedikit dari siri X3 Pro dan hampir sama dengan siri X3 NFC namun MP kamera hadapannya pula lebih rendah dari siri X3 Pro dan X3 NFC iaitu hanya 16mp AI Camera sahaja berbanding 20mp pada model X3 Pro dan X3 NFC. Tapi kalau dilihat dengan lebih teliti dari segi keupayaan kamera di dalam ketiga-tiga siri X3 ini, kelebihan lebih kepada model siri X3 NFC.  Cuma satu kelemahan model X3 GT ni pada rakaman video nya adalah model ini tidak menyokong fungsi EIS seperti model X3 Pro dan X3 NFC. Korang boleh semak sendiri spesifikasi bagi ketiga-tiga model ini di dalam laman web rasmi POCO.

Menambahkan lagi ciri-ciri gaming pada model X3 GT ini adalah sistem penyejukan yang diimplankan di dalam model ini. Sistem penyejukan yang menggunakan pelbagai material penyerapan haba berkualiti tinggi dapat mengawal suhu dengan lebih efisien dan penyejukan yang lebih pantas. LiquidCool Technology 2.0 membolehkan peranti ini berada di dalam prestasi yang cukup mantap pada tempoh masa yang agak panjang semasa penggunaanya terutama jika korang straight main game berjam-jam lamanya dengan prestasi yang maksimum. Phone ni sanggup je, korang sanggup ke?

Cuma penulis tak pasti sama ada model ini ada menggunakan LiquidCool Heat Pipe pada sistem penyejukannya seperti model X3 Pro dan X3 NFC atau tidak.

Jika dilihat pada sistem penyejukan model X3 Pro dan X3 NFC, kedua-duanya menggunakan sistem penyejukan LiquidCool 1.0 Plus dimana menyokong penggunaan Heat Pipe dan model X3 GT ni pula menggunakan LiquidCool 2.0. Variasi teknologinya lebih tinggi sikit berbanding model sebelumnya. Mungkin ada coolant engine agaknya (melawak saja). Rasanya mungkin ada Heat Pipe juga kot.

Yang penting, prestasi dalam penyejukan pada model X3 GT ini lebih berkuasa berbanding siri X3 sebelumnya iaitu 11° Celsius pengurangan suhu teras maksimum berbanding siri X3 Pro dan X3 NFC dimana kedua-duanya masing-masing berkeupayaan 6° Celsius pengurangan suhu teras maksimum.

Disebabkan model ini masih baru di pasaran (setakat artikel ini ditulis), mungkin masih belum ada lagi orang yang 'operate' phone ni. Tunggu sikit masa lagi.


Kalau dah namanya main game, memang tak sah kalau tak melekat dengan phone berjam-jam lamanya. Model X3 GT ini menawarkan kapasiti bateri 5,000mAh dengan keupayaan kepantasan pengecasan 67W Turbo Charging sekitar 42 minit bermula dari 0% sehingga 100%.

Tetapi kapasiti bateri pada model X3 GT ini kecil sedikit berbanding siri X3 Pro dan X3 NFC dimana kedua-dua model keluarga X3 itu adalah sebesar 5160mAh namun kepantasan pengecasannya hanyalah 33W sahaja.


Cuma ada satu teori disini mengapa model X3 GT menawarkan kapasiti bateri yang lebih kecil.

Jika korang lihat dari segi saiz model X3 Pro dan X3 NFC, masing-masing mempunyai saiz yang agak tebal dan berat iaitu 94mm tebal dan 215 gram berat bagi kedua-dua model.

Oleh sebab model X3 GT mahu menipiskan dan meringankan sedikit saiznya tu, X3 GT dibekalkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh membuatkan saiz peranti itu menjadi lebih nipis dan ringan sedikit dari model sebelumnya iaitu sekitar 8.9mm bagi tebal dan 193 gram berat.

Jadi, kalau korang yang lebih selesa menggunakan peranti yang lebih nipis dan ringan di dalam bermain game, model X3 GT ini mungkin pilihan terbaik untuk korang namun jika korang lebih mementingkan kapasiti bateri, mungkin model X3 Pro dan X3 NFC menjadi pilihan. Pendek kata, selera masing-masing.


Antara ciri tambahan lagi bagi model X3 GT ini adalah seperti skrin bersaiz 2400x1080, DCI-P3, 360° ambient light sensors, Reading mode 3.0 dan Sunlight display. Tidak ketinggalan juga ciri lain seperti Fingerprint (side-mounted), accelerometer, gyro, compass, color spectrum, IR Blaster, NFC, X-Axis Haptic Vibration dan Virtual proximity sensing. Paling penulis suka adalah ciri tetapan rakaman video Time-Lapse yang boleh diselaraskan secara manual berbanding fungsi Time-Lapse pada peranti lain yang beroperasi secara automatik tanpa boleh diselaraskan tetapannya.


Apa-apa pun, korang yang kaki mobile gaming boleh dapatkan model Poco X3 GT yang dilancarkan oleh Xiaomi ni untuk pengalaman gaming yang cukup memuaskan dan ini adalah peranti gaming yang paling murah setakat ini dengan keupayaannya yang cukup mengujakan dan memuaskan.

Cuma mana tahu akan datang dengan keupayaan yang sama dan didatangkan pula dengan skrin AMOLED ke, itu dah terlebih mantap. Tepuk dada, tanya selera. Cita rasa masing-masing, jadi terpulang pada korang untuk menilai yang mana terbaik untuk korang sebab korang lebih tahu apa yang korang inginkan. Jika ada sebarang pandangan, persoalan mahupun pertanyaan, sila ajukan kepada kepada kami diruangan komen atau terus saja ke Contact Us. Salam maju jaya dari Hujan Emas.

Kredit :

0 comments: