Berbelanja Dengan Aplikasi MyBoost Credit Wallet



Amalan menabung sudah menjadi satu kemestian bagi sesetengah masyarakat yang bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang.Secara tradisinya, amalan menabung adalah dengan mengumpul wang konvesional sama ada wang kertas atau syiling. Namun, pernahkan anda mendengar tentang wang di dalam talian atau Credit Wallet?



Bagi aplikasi MyBoost, ini merupakan satu aplikasi dimana ianya berfungsi sebagai Credit Wallet atau Dompet Di atas Talian. Secara tradisi, amalan menabung adalah dengan menyimpan wang konvesional sama ada wang kertas atau syiling.

Atau, anda keluar berbelanja di shopping mall dengan membawa dompet anda dengan wang yang sudah disediakan.

Bagi aplikasi MyBoost ini, ianya berfungsi sebagai "Dompet". Bezanya, wang yang disimpan adalah di dalam talian atau secara online.

Ini bermakna, anda hanya perlu membawa telefon pintar sahaja dengan aplikasi MyBoost yang sudah siap di pasang (install) dan anda boleh menambah nilai (Top-Up) wang yang ada di dalam aplikasi ini.Malahan, anda juga boleh membayar barangan anda dengan menggunakan aplikasi ini.Hanya perlu mengimbas (scan) kod QR yang disediakan dan klik pada bayaran.Namun, tidak semua mall menyediakan perkhidmatan ini. Anda boleh memeriksa lokasi yang menyediakan pembayaran menggunakan aplikasi MyBoost di dalam aplikasi.Atau, sekiranya anda melihat logo MyBoost seperti dibawah, anda boleh membayar menggunakan aplikasi ini.



Adakah wang anda selamat di simpan di dalam Credit Wallet MyBoost?

Wang yang disimpan di dalam aplikasi MyBoost ini semestinya selamat dan tidak akan dapat digunakan oleh individu lain selain anda.Ini merupakan beberapa langkah keselamatan (Security) yang dijamin oleh pihak MyBoost :

  • Setiap transaksi sama ada keluar dan masuk menggunakan kod PIN 6-Digit dimana hanya anda sahaja yang tahu.Ianya sama seperti kod kad bank akaun anda.
  • PIN transaksi anda dirahsiakan dan disimpan dengan sistem keselamatan yang ketat dan selamat di dalam pangkalan data MyBoost dengan sokongan ciri keselamatan TLS/SSL dimana ianya berada pada tahap keselamatan perusahaan (Enterprise-Grade).
  • Pihak MyBoost adalah dibawah seliaan dan kawalan Bank Negara Malaysia dimana ianya berada dibawah pemantauan keselamatan serta privasi yang dilindungi.


Apa perlu dilakukan sekiranya telefon pintar anda hilang?


Seperti yang dinyatakan, setiap transaksi di dalam MyBoost perlu menggunakan PIN 6-Digit dimana hanya anda sahaja yang mengetahui.Untuk keselamatan tambahan, anda digalakkan untuk Log Keluar (Log-Out) selepas menggunakan aplikasi MyBoost.

Beberapa langkah boleh diambil untuk menjamin keselamatan akaun anda iaitu :

  • Mohon kad SIM yang baru dan nyahaktifkan kad SIM yang lama anda.
  • Tukar kata laluan (Password) dan sekat akses pada akaun email anda.
  • Hubungi pihak MyBoost untuk mendapatkan nasihat dan tujuan keselamatan di link ini www.myboost.com.my


Jenis Boost Wallet

Perlu anda ketahui Boost Credit Wallet terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
  • Basic Wallet
  • Premium Wallet
Ada beberapa perbezaan di antara kedua-dua wallet ini iaitu :


Basic Wallet
  • Tambah nilai wang ke dalam Boost Wallet anda sehingga Rm200 dalam satu masa.
  • Belanjakan dan pindahkan wang anda sehingga Rm1000 sehari.
  • Belanjakan dan pindahkan wang anda sehingga Rm1000 sebulan.
Walaubagaimanapun, kesemua limit ini akan di-reset semula pada setiap 1hb setiap bulan.


Premium Wallet
  • Tambah nilai wang ke dalam Boost Wallet anda sehingga Rm1500 dalam satu masa.
  • Belanjakan dan pindahkan wang anda sehingga Rm1000 sehari.
  • Belanjakan dan pindahkan wang anda sehingga Rm4500 sebulan.
  • Anda boleh memindahkan wang di dalam Boost Wallet anda masuk ke dalam akaun bank anda.
Kesemua limit ini akan di-reset semula pada setiap 1hb setiap bulan.


Apa yang menariknya pada Premium Wallet ini adalah anda boleh memindahkan wang terkumpul di dalam Boost Wallet anda dan dimasukkan ke dalam akaun bank anda.Ciri ini dilihat sebagai satu kelebihan dimana ianya akan berguna pada masa-masa kecemasan dan terdesak.

Dan yang menariknya, anda boleh menaiktaraf (Upgrade) Boost Wallet Basic kepada Boost Wallet Premium secara percuma.Hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah.


Bagaimana boleh membayar dan menerima bayaran menggunakan aplikasi MyBoost ini?

Pembayaran

Untuk pembayaran menggunakan aplikasi ini, anda boleh menekan butang "Scan and Pay" pada paparan utama.Kamera anda akan diakses untuk mengimbas kod QR yang disediakan oleh pihak penjual dan masukkan jumlah yang mahu dibayar serta masukkn PIN 6-Digit anda.Selesai bayaran!

Menerima bayaran

Sekiranya anda mahu menerima bayaran, anda boleh menekan butang "Scan Me >" pada paparan utama hadapan bersebelahan nama anda.Aplikasi Boost akan menyediakan kod QR dan sedia untuk diimbas oleh pihak yang hendak membuat bayaran kepada anda.


Adakah kredit wang ada tamat tempoh?

Jawapannya tidak sama sekali! Itu adalah wang simpanan anda.Ianya berfungsi sama seperti dompet anda dan akaun bank anda.Tiada tamat tempoh ditetapkn dan anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa sahaja yang diperlukan.Saranan yang terbaik, naik taraf (upgrade) Boost Wallet anda daripada Basic Wallet kepada Premium Wallet.Ini kerana Premium Wallet membolehkan anda memindahkan wang simpanan di dalam Boost Wallet ke dalam akaun bank anda.



Kelebihan Boost Credit Wallet

Pernah atau tidak, berlakunya situasi di mana anda tertinggal dompet anda? Atau, pada hujung bulan anda kekurangan wang perbelanjaan anda dan anda sangat memerlukannya pada saat itu?

Boost Wallet salah satu daripada cara menabung wang kecemasan secara tidak langsung anda boleh menggunakannya pada masa yang diperlukan.

Setiap nilai wang yang anda tambah nilai (Top-Up) akan disimpan di dalam data Boost dan anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa.

Sebagai contoh, setiap bulan anda menambah nilai (Top-Up) ke dalam akaun Boost anda sebanyak Rm30 sebulan.Dalam masa setahun, nilai terkumpul di dalam Boost Wallet anda mencapai sebanyak Rm360.Walaupun nilai sebulan anda kumpulkan sebanyak Rm30, ianya masih bernilai ketika saat anda sangat memerlukan wang tersebut pada masa kecemasan itu.

Dalam masa yang sama, anda juga masih perlu menyimpan wang simpanan konvesional anda dalam bentuk wang kertas dan syiling.Boost Wallet sebagai alternatif dalam berjimat cermat dan amalan menabung untuk tujuan kecemasan.

Sekiranya anda masih ada banyak pertanyaan dan memerlukan penerangan yang lebih banyak, layari laman FAQ MyBoost di link ini.Klik disini.


Kredit :



Hujan Emas Official
Est. 2017

1 comments:

Instant Loan within 24hrs said...

Saya ingin menggunakan medium ini untuk mengucapkan terima kasih kepada perkhidmatan Direct Access Online untuk memenuhi janjinya dengan memberi saya pinjaman, saya terjebak dalam keadaan kewangan dan perlu membiayai semula dan membayar bil saya serta memulakan Perniagaan. Saya cuba mencari pinjaman dari pelbagai firma pinjaman baik organisasi swasta dan korporat tetapi tidak pernah berjaya dan kebanyakan bank menolak permintaan kredit saya. "jika anda perlu menghubungi mana-mana firma dengan merujuk kepada mendapatkan pinjaman dalam talian dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 3% dan pelan / jadual pembayaran balik yang lebih baik. Anda boleh menghubungi mereka melalui e-mel di {directaccesservice @ gmail.com} atau whatsapp @ +15754148400