GAMEZ : UPDATE GENSHIN IMPACT Version 2.1 YANG PERLU KORANG TAHU!

 


Siapa yang tidak kenal dengan permainan Genshin Impact yang boleh dikatakan cukup popular dikalangan peminatnya? Permainan yang berkonsepkan Open World ini menjadi kegilaan ramai sejak pelancarannya pada September 2020 yang lalu dan pelbagai kemaskini diterima sejak dari tarikh pelancarannya.

Permainan Genshin Impact yang dihasilkan oleh sebuah syarikat pembinaan permainan video yang berpangkalan di Shanghai, China iaitu MiHoYo Co. Ltd telah pun mengesahkan bahawa Genshin Impact akan menerima kemaskini terbaru (setakat artikel ini ditulis) version 2.1 bermula 1 September 2021 dan version 2.2 sekitar Oktober 2021. Dan ada beberapa perkara yang menarik yang akan diimplankan di dalam Genshin Impact version 2.1 ini.

Ia boleh didapati di dalam versi PC dan juga Mobile.

Kali ini, update Inazuma akan menambah lagi satu pulau dan juga beberapa karakter baru bagi Inazuma.


Versi kali ini akan membawa pemain kepada acara baru Moonchase Festival dimana pemain boleh mencari harta karun dan akan memperoleh Moonchase Jed apabila ditukarkan di Event Shop. Macam syok juga kan?



APA YANG BEST DALAM UPDATE 2.1?

Cerita tambahan baru dan pulau baru
Pulau baru yang dimasukkan di dalam version 2.1 ini adalah Pulau Watatsumi yang juga merupakan sarang atau markas bagi pemberontak Sanginimiya Kokomi.


Selain itu juga, corak jalan cerita akan membawa pemain untuk melawat Pulau Seirai yang bersituasikan sebuah tempat sunyi dan diselubungi awan yang mempunyai panahan petir yang agak kerap.



Boss baru
Ada satu karakter boss yang baru akan diimplankan di dalam Genshin Impact version 2.1 iaitu La Signora - No-8 dari 11 Harbingers.
La Signora yang menggunakan elemen Pyro dan Cryo akan menjadi boss mingguan yang baru di dalam version 2.1 yang akan dilancarkan pada 1 September 2021 nanti.
(lawak : sebutan La Signora dalam bahasa melayu pasar boleh lah kita sebut, "Laa, Si Nora" rupanya..hahaha)


Kemunculan pertama kali La Signora adalah pada pengakhiran Act 3 di dalam Prolog selepas pemain (traveler) membantu Dvalin dan pulang semula ke Holy Lyre der Himmel.


Thunder Manifestation
Thunder Manifestation adalah versi yang baharu Oceanid tetapi kali ini di datangkan dengan elemen Electro. Ia boleh dijumpai di Amakumo Peak, Seirai Island, Inazuma.



Hydro Hypostasis
Hydro Hypostasis akan didatangkan dengan elemen Hydro. Ia boleh dijumpai di Watatsumi Island, Inazuma. Kalau nak jumpa dia, boleh lah ke sana. Kalau cukup ilmu di dada ya.
Sekali pandang nampak macam rubic cube pun ada tapi bukan calang-calang. "Rubic Cube" ini nampak macam tak merbahaya tapi silap langkah boleh kecundang jua. Chewahh~~



Senjata Baru
Senjata baru Claymore yang rasanya paling unik adalah Luxurious Sea-Lord. Sejenis pedang ikan yang besar. Tak tau pula kalau ikan boleh dijadikan senjata. Ianya boleh diperolehi dengan menyelesaikan Moonlight Merriment Event dan mempunyai jumlah 4 bintang Rarity. Susah juga nak dapat tu.


Selain itu, terdapat beberapa lagi senjata baru akan diimplankan di dalam version 2.1 ini antaranya Englufing Lightning dari jenis Polearm dengan Rarity 5 bintang, The Catch juga dari jenis Polearm dengan Rarity 4 bintang, Everlasting Moongglow dari jenis Catalyst dengan Rarity 5 bintang dan Predator Bow yang akan digunakan oleh watak Aloy dari jenis Bow.


Sistem Memancing
Baru kali ni lah Genshin Impact mengimplankan sistem yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat Genshin Impact iaitu Sistem Memancing. Selain itu juga, pemain boleh mendapat kolam ikan untuk membela hasil tangkapan didalam kolam tersebut.




Karakter Baru

Raiden Shogun - Baal
Kalau dah banyak pembaharuan dari sistem permainannya, tidak lengkap jika update kali ini tidak di datangkan dengan karakter baru juga kan?



Ini dia karakter baru yang akan diperkenalkan di Inazuma iaitu Raiden Shogun. Beliau merupakan karakter yang memegang kekuatan lima bintang Electro yang menggunakan senjata jenis polearm. Skill utama karakter ni dipanggil sebagai Transcendence : Baleful Omen.

Raiden Shogun yang menggunakan elemen Electro ini akan melancarkan serangan tenaga elektrik dan memberikan Eye of the Stormy Judgement kepada pasukan pemain apabila teknik Transcendence : Baleful Omen dilancarkan.

Selain itu, teknik Ultimate beliau adalah Secret Art: Musou Shinsetsu. Di dalam teknik ini, Raiden Shogun akan mengeluarkan sebilah pedang samurainya dan menyerang musuh. Beliau juga akan menjadi imun kepada sebarang effect Electro-Charged. Mantap juga.



Kujou Sara



Kujou Sara merupakan antara karakter yang menggunakan elemen Electro dengan kekuatan empat bintang dan turut menggunakan busur panah untuk bertempur sebagai senjata utamanya.

Teknik utama beliau yang digelar Tengu Stormcall dimana Kujou Sara akan melompat ke belakang dan menyeru perlindungan daripada Crowfeather lalu melancarkan serangan panahan maksimum ke arah musuhnya. Serangan ini juga akan memberi Bonus ATK kepada rakan pasukan yang lain.

Teknik Ultimate beliau pula adalah Subjugation : Koukou Sendou dimana Kujou Sara akan menjatuhkan Tengu Juurai : Titanbreaker lalu membuat empat tiang Electro yang akan bergerak keluar dari dalam aoe.

Secara ringkasnya, Kujou Sara merupakan ahli dan anak angkat kepada puak Kujou (Kujou Clan) yang berkhidmat untuk Baal. Kujou Sara juga dikenali sebagai "Tengu Warrior" dan "Wings as dark as a raven".


Sangonomiya Kokomi



Karakter Sangonomiya Kokomi mempunyai kekuatan lima bintang dengan berkuasakan elemen Hydro dan senjata catalyst. Nama Sangonomiya itu sendiri diambil sempena dari satu lokasi bernama Sangonomiya Shrine.

Beliau mempunyai karakteristik seorang gadis muda yang mempunyai rambut panjang berwarna light salmon dan biru muda pada hujungnya.

Teknik utama beliau adalah Kurage's Oath dimana beliau akan memanggil Bake-Kurage iaitu seekor obor-obor untuk menyerang musuh dan juga turut mampu memulihkan HP watak karakter yang sedang bertempur bersamanya.

Bagi teknik Ultimate beliau pula adalah Nereid's Ascension dimana beliau akan menggunakan kuasa Watatsumi dan mampu menyebabkan Hydro DMG kepada musuh dan beliau juga akan mendapat beberapa buff tambahan bagi menguatkan lagi serangannya.

Sangonomiya Kokomi juga mempunyai satu kuasa dimana apabila ia diaktifkan, ianya akan mengurangkan kadar Crit kepada 0% tetapi akan meningkatkan tahap Healing sebanyak 25%.


Aloy



Siapa yang pernah bermain permainan video bertajuk Horizon Zero Dawn? Bagi mereka yang pernah bermain permainan tersebut pastinya korang sangat familiar dengan karakter ini iaitu Aloy.

Satu watak utama didalam siri permainan video Horizon Zero Dawn yang juga hasil daripada kolaborasi diantara MiHoYo dan Guerilla Games. Aloy juga merupakan pemanah yang mempunyai kekuatan lima bintang di dalam versi Genshin Impact ini.

Cuma wataknya di dalam Genshin Impact kelihatan lebih comel. Walau macam mana pun, dikatakan watak Aloy ini akan muncul di dalam version 2.1 dalam waktu yang terhad pada PlayStation dan version 2.2 bagi semua peranti. Penampilan beliau juga kelihatan tiada apa yang diubah di dalam versi Genshin Impact ini.

Teknik utama bintang Horizon Zero Dawn ini adalah Frozen Wild dimana apabila teknik ini diaktifkan, Aloy akan melemparkan sebiji bom ais yang akan meletup dan akan memberikan kesan Cryo DMG.

Nama teknik "Frozen Wild" itu sendiri diambil sempena DLC tambahan kepada Horizon Zero Dawn yang dilancarkan pada 7 November 2017 dengan nama DLC "The Frozen Wild".

Teknik Ultimate beliau pula adalah Porphecies of Dawn dimana watak Aloy akan melemparkan Power Cell yang mengandungi elemen Cryo dan akan meledakkan anak panah dalam membuat serangan di dalam kawasan Cryo DMG.

Menariknya, semua Traveler yang telah mencapai atau melepasi Adventure Rank 20 dan ke atas, boleh Claim watak Aloy ini secara percuma. Pemain di PlayStation 4 dan 5 akan mendapat watak Aloy ini di dalam version 2.1 bermula 1 September 2021 namun bagi pemain platform lain iaitu PC dan Mobile akan memperoleh watak Aloy di dalam version 2.2 mulai 13 Oktober 2021.


Acara Moonchase Festival



Antara acara atau event yang akan hadir secara bermusim pada version kali ini adalah Acara Festival Moonchase. Festival ini akan memaparkan situasi musim luruh di mana penduduk di Liyue akan berkumpul untuk meraikannya dengan hidangan makanan dan minuman seperti pesta bersama-sama keluarga.

Pemain juga akan bertemu semula dengan watak Keqing dan Xiangling disini pada ketika ini untuk aktiviti memasak dengan hidangan beberapa resepi baharu.

Oleh kerana Genshin Impact akan menyambut ulang tahun yang pertamanya pada September 2021, setiap pemain akan menerima 10 Interwined Fates, Mora, Enchancement Crystal dan juga Heroes Wit. Selain itu, Bonus bagi Topup juga akan di reset dan semua pembelian pertama Primogems pemain akan diperolehi dengan dua kali ganda.



Hanya itu sahaja kemaskini yang akan diperolehi oleh pemain di dalam version 2.1 pada akan datang. Apa-apa pun, kita tunggu sama-sama adakah benar seperti yang diumumkan oleh pihak MiHoYo ini berkaitan update terbaru 2.1 dari mereka. Pada pendapat penulis, ini merupakan update paling terbaik setakat ini kerana update ini mempunyai suntikan kolaborasi di antara pihak MiHoYo bersama Guerilla Games di dalam meluaskan lagi empayar Genshin Impact.

Kredit :

0 comments: