Fakta Samurai Yang Kita Tidak Tahu


Apabila menyebut tentang samurai dan ninja,semestinya watak ini berasal daripada Jepun pada zaman dahulu kala.Namun,ianya bukanlah watak yang semata-mata wujud di dalam komik atau sebagai mitos sahaja tetapi ianya benar-benar wujud.
Kita sering kali mendengar perihal berkaitan samurai iaitu seseorang yang bersenjatakan pedang yang tajam dengan pemakaian ala kendo zaman dahulu kala di Jepun.

Sekiranya di Malaysia,pahlawan dari bangsa melayu dipanggil sebagai pendekar.Namun di Jepun,mereka juga mempunyai sejarah kepahlawanan mereka tersendiri.

Sebelum wujudnya Jepun yang bertamadun tinggi,pahlawan yang hebat dari kalangan bangsa Jepun dipanggil sebagai Samurai.Namun istilah yang paling tepat bagi samurai adalah bushi iaitu gelaran orang yang bersenjata dan gelaran ini digunakan pada zaman Edo.

Walaubagaimanapun,istilah pahlawan samurai pada zaman sekarang lebih merujuk kepada wira bangsawan dan bukannya dikalangan tentera yang berjalan kaki (Ashigaru).Bagi mereka yang bergelar samurai yang tiada apa-apa ikatan dengan mana-mana puak (daimyo) lebih dikenali sebagai Ronin iaitu orang ombak atau orang bebas.

Prinsip samurai mirip kepahlawanan melayu kita iaitu perlu bersopan dan terpelajar serta bertolak ansur.Namun,ketika era Tokugawa prinsip yang dipegang sekian lama itu semakin memudar dan kehilangan fungsi di dalam ketenteraan mereka.Pada penghujung era pemerintahan Tokugawa,samurai secara amnya merupakan kakitangan am bagi sesebuah puak (daimyo) dan pedang milik mereka hanya akan digunakan untuk tujuan istiadat sahaja.

Reformasi dilakukan pada zaman era Meiji pada abad ke-19 , samurai mula diluputkan dan dikelaskan sebagai kelas yang berbeza dan sistem ketenteraan kebangsaan digantikan dengan sistem dan pemakaian yang mirip ketenteraan negara barat.Samurai memiliki kod tersendiri yang dipanggil sebagai Bushido.Pada era Meiji itu,walaupun samurai telah dimansuhkan namun kod samurai atau Bushido masih dikekalkan.





Asal usul perkataan Samurai

Perkataan samurai mula berasal daripada sebelum Tempoh Heian di Jepun iaitu satu tempoh keamanan yang lama kerana sistem pemerintahan istana maharaja yang dipengaruhi golongan bangsawan Fujiwara.Di dalam tempoh itu,samurai lebih dikenali dengan sebutan saburai yang bermaksud suruhan atau pengikut.

Namun sebutan itu hanya pada tempoh awal model yang lebih khusus pada tempoh zaman Azuchi-Momoyama atau lebih dikenali sebagai awal tempoh Edo pada akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17.Selepas daripada tempoh itu,sebutan saburai mula beransur berubah kepada sebutan samurai.Namun pada ketika itu,maksudnya juga telah lama berubah.

Pada zaman pemerintahan era samurai,istilah yumitori yang bermaksud "pemanah" juga pernah digunakan sebagai gelaran kepada pahlawan kehormat yang handal walaupun pahlawan yang menggunakan senjata pedang itu lebih penting peranannya.

Pemanah Jepun yang dipanggil sebagai Kyujutsu ketika itu mempunyai kaitan rapat dengan dewa pedang Hachiman.

Bukan itu sahaja,samurai juga mempunyai banyak istilah lain yang merujuk kepada samurai iaitu :
  • Buke - Ahli bela diri
  • Kabukimono - Perkataan asal kabuku atau condong dan ianya lebih merujuk kepada teknik samurai
  • Mononofu - Istilah lama yang bermaksud pahlawan
  • Musha - Ringkasan kepada Bugeisha iaitu pakar bela diri
  • Si - Sepatah perkataan ini menggantikan perkataan samurai
  • Tsuwamono - Istilah lama bagi tentera yang ditunjukkan oleh Matsuo Basho di dalam haiku (puisi Jepun) yang sangat terkenal pada ketika itu.Ia merujuk kepada orang kuat





Kehebatan senjata yang digunakan


Bukanlah namanya pahlawan sekiranya tidak tahu dan tidak memiliki senjata.Secara amnya,samurai menggunakan pelbagai jenis senjata dan seperti kita sedia maklum,samurai sangat sinonim dengan penggunaan senjata pedang.

Bagi kepercayaan seorang samurai,ianya sering dikaitkan bahawa roh seseorang samurai itu terletak pada katana iaitu istilah pedang yang dibawa oleh seorang samurai.Tambahan pula mengikut kepercayaannya lagi,seorang samurai sangat bergantung sepenuhnya kepada pedang semasa bertempur.


Jika diteliti pada zaman Eropah,kepercayaannya adalah mirip seperti penggunaan crossbow oleh pahlawan Eropah zaman pertengahan.

Bagi seorang samurai,pedang atau katana merupakan simbol kehebatan seseorang samurai.Apabila seorang samurai mencecah usia tiga belas (13) tahun,satu upacara iaitu Genpuku dilakukan.Upacara ini adalah dengan memberikan samurai itu sebilah pedang pendek dipanggil sebagai wakizashi (biasanya sebagai pasangan kepada katana atau pedang samurai) dan diberikan nama dewasa.


Selepas upacara itu selesai,barulah kanak-kanak berusia tiga belas (13) tahun itu digelar samurai secara rasminya.Dengan perasmian itu,kanak-kanak samurai itu diberikan hak sepenuhnya menggunakan pedang walaupun ia kebiasaanya diikat dengan benang bagi mengelakkan pedang terhunus secara tidak sengaja.

Katana dan Wakizashi merupakan satu pasangan yang digelar sebagai Daisho yang bermaksud besar (Dai) dan kecil (Sho).Ianya lebih merujuk kepada saiz senjata itu iaitu besar (Dai) kepada katana dan kecil (Sho) kepada Wakizashi.


Difahamkan samurai juga pernah bertempur dengan menggunakan kuda namun lebih kecil tetapi lebih bertenaga.Namun terdapat pertanyaan dengan penggunaan kuda itu iaitu bagaimana kuda yang kecil mampu membawa samurai yang lengkap berperisai dengan keberatan yang lebih berat.

Namun ada yang menjawab pertanyaan tersebut iaitu difahamkan bahawa kedudukan samurai semasa bertempur adalah dibelakang kuda dan bertindak sebagai tentera berkuda berat dengan menyerbu bagi menembusi tentera yang berjalan kaki.

Namun pada masa kini,kepercayaan bagi samurai pula adalah berjalan kaki dan menunggang kuda sebagai pengangkutan dan hanya sekali-sekala sahaja menyerbu musuh menggunakan kuda.Pertempuran Nagashino merupakan salah satu pertempuran di mana samurai berkedudukan di belakang kuda dengan menyerbu musuh yang berjalan kaki.

Selepas kedatangan Eropah,senjata rifle diperkenalkan dan samurai mula menggunakannya sebagai senjata.Rifle mula menjadi senjata kegemaran bagi membunuh musuh dari jarak yang jauh terutama sebagai penyerang hendap.


Pada ketika itu,terdapat sesetengah samurai yang menggunakan senjata katana dan sesetengah lagi menggunakan senjata rifle sebagai penembak dari jarak jauh.

Senjata lain yang digunakan oleh samurai adalah seperti bom tangan , manjanik ,meriam dan lain-lain senjata.Namun sekitar zaman penghujung era Meiji,banyak senjata moden digunakan seperti gatling gun dan rifle digunakan.


Nama dewasa samurai dan perkahwinan

Nama dewasa samurai akan diberikan selepas upacara Genpuku dilakukan.Kebiasaannya nama samurai akan diberi berdasar nama keluarga dengan menggabungkan satu huruf kanji dari bapanya atau datuknya.Kemudian digabungkan bersama satu huruf kanji yang baru.

Ramai dikalangan samurai ketika itu memiliki bunyi nama yang serupa dengan keturunannya.Ia dilakukan sebagai penghormatan kepada kehebatan susur galur keluarga mereka dengan harapan samurai ini akan mencapai kejayaan yang sama taraf hebatnya.

Walaupun nama dewasa samurai telah diberikan namun seorang samurai juga memiliki nama asalnya sebelum upacaya Genpuku dilakukan.Ini bermakna seorang samurai memiliki dua (2) nama iaitu nama asalnya ketika sebelum upacara Genpuku dan nama dewasa selepas upacara Genpuku.

Oleh itu,kebiasaannya seorang samurai menggunakan nama samaran dan ada sesetengah daripadanya menggunakan nama samarannya menjadi sebahagian namanya sendiri.


Bagi perkahwinan seorang samurai pula,kebiasaanya ia dilakukan dan diatur oleh seseorang yang sama atau lebih tinggi pangkatnya.Bagi samurai berpangkat tinggi berperanan lebih tinggi dan menjadi keperluan kerana tidak ramai dari kalangan mereka berpeluang menemui gadis untuk dijadikan teman hidup.

Kebanyakan samurai akan berkahwin dengan wanita atau pasangan yang datangnya daripada keluarga samurai.Namun begitu,bagi samurai berpangkat rendah dibolehkan untuk berkahwin dengan orang biasa.Dalam perkahwinan ini,bayaran khas atau hadiah akan diberikan oleh pihak wanita dan ianya digunakan untuk meneruskan kehidupan baru selepas berkahwin.

Seorang samurai dibenarkan untuk memiliki wanita simpanan tetapi latar belakangnya akan diperiksa dengan sangat teliti oleh samurai yang berpangkat lebih tinggi.Mereka memiliki istiadat yang sedikit pelik iaitu perkahwinan dan penculikan.Dan ianya akan dianggap sebagai jenayah dan sekiranya tidak dianggap jenayah,ianya akan dianggap sebagai perkara yang memalukan bagi seorang samurai.

Sekiranya wanita yang dikahwini tersebut merupakan orang biasa , utusan akan dihantar beserta wang hantaran atau nota pengecualian cukai.Ia akan diminta diterima oleh keluarganya.Kebanyakan keluarga akan menerima pinangan tersebut dengan gembira dan mengharap anak gadisnya akan melahirkan anak lelaki supaya dapat mengikut jejak langkah ayahnya sebagai seorang samurai.

Dalam kes penceraian seorang samurai pula,seorang samurai boleh menceraikan isterinya dengan pelbagai sebab.Namun ia perlulah mendapatkan kelulusan daripada penyelia.Walaubagaimanapun,kes penceraian dikalangan samurai sangat jarang berlaku.



Kredit :


 Hujan Emas : Jika pahlawan daripada Jepun digelar sebagai Samurai manakala pahlawan daripada pahlawan melayu digelar sebagai pendekar.Tidak kiralah apa jua gelaran yang diperolehi,mereka semua mempunyai matlamat yang jauh dan keberanian yang tinggi untuk bertempur dengan musuh.Kita bagaimana?Baru dengar bunyi cakar dekat pintu,habis berselubung satu badan.

0 comments: