Fungsi Domain (Domain Name)



Tidak semua orang tahu tentang apa itu Domain.Apabila ditanyakan tentang Domain,rata-rata antara kita akan jawab 'tak tahu'.Tanpa kita sedar sebenarnya hari-hari kita menaip domain terutama pada mereka yang selalu melayari internet.

Tahukah anda apa itu Domain?

Definisi Domain


Pada dasarnya,Domain adalah satu nama unik yang direka dan dicipta oleh Web Master.Ia juga digunakan sebagai pengganti kepada Alamat IP (IP Address).Senang kata,Domain ni adalah sebagai Alamat Website (Website Address).

Tentu kita pernah dengar Google.com , Yahoo.com , Facebook.com dan banyak lagi kan?
Itulah namanya domain.Domain mewakili susunan IP address yang sememangnya sukar untuk kita ingati.Untuk memudahkan kita,susunan IP address itu ditukar kepada satu nama khas untuk IP tersebut.Kan lebih senang ingat.

Domain ini memiliki format tertentu seperti huruf ( a,b,c dan seterusnya), angka ( 1,2,3 dan seterusnya) dan simbol ( - ) sebagai nama URL web.Atau erti kata mudah,Domain ini sebagai menggantikan susunan angka IP address.




Fungsi Domain

Secara asasnya,fungsi Domain adalah untuk memudahkan capaian pengguna internet untuk mengakses mana-mana website serta memudahkan pengguna untuk mengingati websites yang akan diakses.

Alamat setiap website itu sebenarnya adalah dalam bentuk susunan nombor (IP address) dan ianya rumit untuk diingati oleh pelayar internet.

Sebagai contoh kita ambil seperti Google.com.Apabila sebut sahaja Google,ramai yang tahu bagaimana untuk mengakses website tersebut.Bayangkan,Google.com itu digantikan dengan IP Address ini 172.217.31.46.Boleh ingat ke susunan IP address tu?

Setiap kali nak masuk Google,kena masukkan nombor IP Address tu.Kan susah?
Itulah fungsinya domain.Ianya berfungsi untuk menukarkan susunan nombor IP address itu tadi kepada nama iaitu Google.com.Kan senang ingat?






Tak percaya?

Ok,anda buka page baru di pelayar anda (Google Chrome,Firefox dan tak kisah apa saja).
Cuba taip Google.com
Pasti akan dipaparkan webpage Google.com kan?

Sekarang cuba taip IP Address ini pula 172.217.31.46
Adakah page anda mengeluarkan page Google juga?

Itulah yang dimaksudkan dengan Domain.Domain ni menggantikan susunan IP Address kepada satu nama unik yang mudah untuk diingati.

Domain : Google.com
IP Address : 172.217.31.46

Jadi yang mana satu lebih mudah anda ingat?


Contoh Nama Domain

Nama domain ini adalah spesifik dan unik.Ia bertujuan memudahkan pelayar internet untuk mengingati nama website yang anda mahu akses.Malahan nama Domain yang unik ini juga menjadi lebih spesifik sehinggakan anda boleh melayari website dalam satu kategori tertentu.

Sebagai contoh Google.com.Sekiranya anda menaip Google.com,pelayar anda akan membawa anda kepada webpage Google.com.
Namun sekiranya anda menaip gsuite.google.com , pelayar anda akan membawa anda kepada webpage yang lain tetapi masih dibawah kategori domain Google.com.



Terdapat ratusan nama domain yang boleh digunakan dan ada di internet.Contoh nama domain yang ada adalah seperti :

  • .COM
  • .ORG
  • .ME
  • .GOV
  • .NET
Berikut adalah nama-nama domain yang banyak kita nampak dan sering kali kita dengar.




Namun tidak kurang juga dengan nama-nama domain yang baru seperti :

  • .COOL
  • .ZONE
  • .CLUB
  • .CITY
  • .GURU
  • .MEDIA
  • .LINK
Dan bermacam-macam extension domain yang boleh didapati.Kalau nak dikira berapa banyak,minggu depan baru habis kira.Banyaknya sehingga beratus-ratus.Malahan setiap perbezaan domain nama itu membawa anda kepada websites yang berbeza walaupun domainnya nampak sama.



Gunakan dalam hosting laman web




Nama domain merupakan komponen daripada URL yang digunakan untuk mengakses laman web tertentu.Seperti gambar rajah di atas merupakan satu URL.

Contohnya www.example.com

URL : www.example.com
Host Name : www
Second Level Domain : example
Top Level Domain : .com

Itu merupakan peringkat domain.Setiap peringkat mewakili IP address yang berbeza bergantung kepada perbezaan domain.Lain nama domain,lain IP address,lain laman web.Oleh kerana itulah ianya dinamakan unik.

Oleh kerana IP address terdiri daripada susunan nombor yang pelbagai dan boleh jadi IP address yang keterlaluan nombornya,penggunaan HTTP dan HTTPS akan menyelaraskan dan menjadikan laman web lebih spesifik.Penggunaan HTTP dan HTTPS adalah untuk mengenal pasti nama domain yang dirujuk dan ia akan memproses field header host laman web tertentu.


Forwarding

Apa yang dimaksudkan dengan forwarding?Bukan sahaja domain malahan nombor anda juga boleh disetkan kepada forwarding.

Seperti pada nombor telefon anda sekiranya anda setkan forwarding di dalam tetapan phone anda dengan nombor phone yang lain , sekiranya mana-mana individu yang cuba menghubungi nombor phone anda,panggilan dari pemanggil akan dibawa terus kepada nombor phone lain yang telah anda setkan tadi.Maknanya anda tidak akan mengangkat panggilan itu tetapi kepada nombor phone lain yang telah anda tetapkan tadi.

Domain seperti itu juga.Domain boleh disetkan forwarding kepada laman web yang lain.
Sebagai contoh blog Hujan Emas ini mempunyai satu URL lain seperti :
Sekiranya anda memasukkan URL ini kepada pelayar anda,ia akan membawa anda kepada URL Blogspot Hujan Emas yang URL sepatutnya seperti ini :
Walaupun kedua-duanya adalah URL berbeza tetapi pelayar anda membawa kepada laman web yang sama.Senang main pass-pass lah.

Tak percaya?

Cuba klik kedua-dua link diatas.Pelayar anda akan membawa kepada lama web yang sama.Itu yang dinamakan forwarding.

Sekiranya anda mencipta satu laman web dan anda mahu gunakan domain anda sendiri apabila pengguna melayari laman web anda,forwarding boleh digunakan.

Sebagai contoh blog Hujan Emas ini.Penulis pada asalnya mencipta blog di Blogspot.com tetapi penulis mahukan pengguna menggunakan nama domain yang dibeli untuk mengakses blog Hujan Emas.Forwarding akan digunakan dimana sekiranya pengguna memasukkan URL www.hujanemas-nl.com , pelayar pengguna akan terus membawa pengguna kepada blog Hujan Emas ini yang sepatutnya URL berbentuk seperti hujanemas-dunia.blogspot.com.URL asalnya boleh disembunyikan dan digantikan dengan www.hujanemas-nl.com.




Domain boleh dibeli

Sekiranya anda melayari di internet,terdapat banyak laman web yang menawarkan nama domain kepada anda dengan harga yang berbeza.

Ya.

Anda boleh membeli nama domain untuk anda sendiri.Anda boleh letakkan nama domain mengikut kesukaan sendiri namun harus diingatkan,nama domain perlulah unik dan mudah untuk diingati oleh pengguna.Tak ada lah pening-pening nak mengingat kalau panjang-panjang nama domain.

Keutamaan kepada mereka yang ada membina laman web tersendiri.Untun membina laman web,anda memerlukan nama domain anda untuk memudahkan pengguna mencapai laman web anda.

Terdapat banyak laman web di internet yang menawarkan Domain Name untuk anda dengan harga yang berbeza.Berikut disenaraikan beberapa laman web yang menyediakan servis untuk membeli domain :

Dan banyak lagi laman web yang menawarkan harga domain yang berbeza yang boleh anda beli.Dan kebanyakan antara laman web ini turut menawarkan pembinaan laman web anda sendiri dengan mereka.Sudah pasti dan semestinya harga yang berbeza.Domain Name harga lain,laman web harga lain.

Tetapi yang penting adalah domain.Ia sangat penting terutama mereka yang membina laman web.Sudah semestinya memerlukan domain sebagai hosting.

Lagi satu,Domain Name ni pun ada expired juga.Kebiasaannya paling singkat adalah setahun.Nak kurang lagi pun boleh.Dan harganya juga berbeza.Lagi pendek,lagi murah.Apabila telah tamat tempoh,Domain Name perlu diperbaharui (Renew) untuk menyambung lagi servis penggunaan Domain Name anda.

Jangan takut tengok harganya dalam bentuk Dollar ( $ ).Apabila anda nak bayar (Checkout) , jumlah itu akan ditukarkan kepada mata wang setempat lokasi anda seperti Malaysia (RM).Lain laman web,lain harganya.

Seperti Hujan Emas,kami telah membeli domain ini pada bulan September 2017 walaupun blog ini telah wujud sejak 2011 lagi.Ini bertujuan memudahkan pengguna melayari blog Hujan Emas dengan domain Hujan Emas sendiri.
URL asalnya adalah hujanemas-dunia.blogspot.com.Kan panjang sangat nak taip.
Jadi,kami membeli satu domain khas untuk Hujan Emas iaitu www.hujanemas-nl.com.
Senang sikit nak ingat.


Cara Domain beroperasi

Setiap sistem pasti ada cara operasinya yang berbeza.Begitu juga domain.Ia ada cara beroperasinya tersendiri sehinggakan pelayar anda boleh membawa anda kepada laman web yang lebih spesifik yang anda mahukan.

(1) Pada peringkat pertama,pengguna akan memasukkan URL ke dalam pelayar masing-masing seperti Google Chrome,Firefox,Internet Explorer dan lain-lain.Contoh URL adalah seperti www.hujanemas-nl.com.Apabila pengguna menekan butang Enter,peringkat kedua akan dijalankan.

(2) Pada peringkat kedua,ada dua operasi sistem dijalankan serentak tanpa kita ketahui.Memanglah,benda dalam sistem mana kita nampak.Untuk pengetahuan anda,ada dua operasi dijalankan serentak selepas anda menekan Enter pada URL yang anda masukkan dimana URL anda akan dihantar ke dalam sistem anda (OS) dengan menyemak Local Cache dan Host File anda.Dalam masa yang sama,URL yang anda masukkan tadi akan ditukar (Convert) kepada IP Address untuk memudahkan sistem membaca laman web yang mana anda mahu.

(3) Pada peringkat ketiga,sistem anda (OS) akan memproses IP Address yang diperolehi tadi dan dihantar semula kepada pelayar anda (Google Chrome,Firefox dan lain-lain).Dan pelayar anda sudah mempunyai IP address yang anda mahu akses.

(4) Pada peringkat keempat,pelayar anda menentukan Host Name IP Address anda dan mengesahkan http atau https yang akan digunakan.Setelah semua maklumat diperolehi,barulah IP address itu dihantar kepada Pengkalan Data Pelayan Web (Web Server Database) untuk diproses permintaannya.

(5) Pada peringkat kelima,apabila kesemua data diterima oleh pelayar anda iaitu IP address,Host Name dan lain-lain,Web Server akan mencari segala maklumat yang berkaitan dengan IP Address yang pelayar anda hantar kepada Web Server.Apabila maklumat telah dijumpai,semua maklumat dihantar semula kepada pelayar anda dalam bentuk HTML atau susunan kod yang begitu kompleks dan unik.

(6) Pada peringkat keenam,setelah pelayar anda menerima semula data HTML yang dihantar oleh Web Server,pelayar anda akan terjemahkan dan menukar (Translate and Convert) kod HTML yang kompleks itu tadi kepada bentuk sebuah laman web untuk anda.



Dan setiap kali anda klik pada mana-mana link,begitulah prosesnya akan sentiasa berulang.Nampak tak berapa jauh data anda berjalan.Dari anda masukkan URL sehinggalah laman web yang terpapar mengikut permintaan anda.Jadi kalau sambungan internet anda slow,janganlah marah.Jauh perjalanan dia semata-mata nak ikut kehendak anda.Dah lah sambungan internet slow,kena marah lagi.


Kredit :



Hujan Emas : Domain ni senang kata macam alamat rumah kita.Contohnya nama kita Abu.Alamat kita 111,Jalan Sekian-Sekian,Taman Sekian..Cuba sebut alamat,pening juga nak tahu lokasinya dekat mana..Jenuh berfikir..Cuba sebut "Rumah Abu",haaaa da tau dekat mana.Kan senang tu?Itulah perumpamaannya.Domain adalah "Nama pemilik rumah",IP Address adalah "Alamat rumah pemilik".Kan senang?Tapi ingat,jangan buka lama web bukan-bukan.Setiap URL tu akan disimpan datanya (Cache and History).Silap-silap kena ketuk dengan tong drum kalau kantoi dengan mak.

0 comments: