3 Kaedah Yang Betul Mencuci Sayuran



Sayur-sayuran adalah salah satu bahan makanan yang baik untuk kesihatan lebih-lebih lagi pada mereka yang mahukan diet seimbang.Namun apa yang membimbangkan adalah tahap kebersihan sayuran itu sendiri.

Sayuran ditanam di ladang-ladang dan tapak semaian.Namun sayuran yang ditanam itu juga boleh terjejas dengan serangan makhluk perosak.Jadi mereka yang menanamnya mengambil langkah mudah untuk mengelakkan dari tanaman mereka menjadi mangsa serangan makhluk perosak tanaman.Mereka akan menyembur tanaman mereka menggunakan semburan racun.

Dan kita seringkali akan membasuh sayuran dan buah-buahan di rumah selepas kita membelinya sebelum dihidangkan.Persoalannya,adakah kita yakin kaedah membasuh itu dilakukan dengan betul dan tepat?Adakah makanan kita itu benar-benar bersih dan selamat untuk dimakan?

3 Suplemen Penting Untuk Bina Badan



Pada zaman sekarang,pasti ramai yang sinonim dengan gym.Sebut sahaja gym,kita pasti terbayangkan peralatan-peralatan bina badan dan orang-orang yang berbadan sasa sebagai conductor.

Ini juga sebagai salah satu dari penjagaan badan dan kesihatan.Nak berbadan sasa dan ketul-ketul macam bola?Pergi ke gym.Tetapi ada persoalan yang muncul.
Adakah dengan mengangkat dumbbell dah boleh buatkan otot kita macam bola?


Jawapannya,tidak.Bagi mereka yang mahukan bentuk badan yang ideal sebegitu,mereka perlu mengambil beberapa suplemen penting untuk otot menyerap nutrisi yang diperlukan semasa membina badan.

7 Jenis Dadah Paling Merbahaya




Sebut sahaja perkataan "dadah",pastinya ramai diantara kita sudah mengetahui dengan lazimnya tentang 'benda' ini.Yang kerap kali kita dengar adalah 'najis dadah'.Mengapa 'benda' ini dikategorikan sebagai najis sedangkan tujuan asal penciptaannya adalah untuk perubatan?Mari kita lihat betapa bahayanya 'benda' ini sehinggakan dikategorikan sebagai najis.

Sejarah Hari Raya Haji Aidiladha Dan Ibadah Korban







Pada 1 September 2017 bersamaan 10 Zulhijjah,seluruh umat Islam seluruh dunia mengerjakan ibadah korban selaras dengan tuntutan ajaran Islam yang suci.Hampir kebanyakan tempat mengerjakan ibadah korban dengan menumbangkan lembu untuk dijadikan korban.

Namun,daripada manakah bermulanya sejarah ibadah korban yang kita lakukan saban tahun?Kisah ini bermula pada zaman nabi Allah Ibrahim yang taat dan patuh kepada perintah Allah untuk mengorbankan puteranya,Nabi Ismail.