3 Suplemen Penting Untuk Bina Badan



Pada zaman sekarang,pasti ramai yang sinonim dengan gym.Sebut sahaja gym,kita pasti terbayangkan peralatan-peralatan bina badan dan orang-orang yang berbadan sasa sebagai conductor.

Ini juga sebagai salah satu dari penjagaan badan dan kesihatan.Nak berbadan sasa dan ketul-ketul macam bola?Pergi ke gym.Tetapi ada persoalan yang muncul.
Adakah dengan mengangkat dumbbell dah boleh buatkan otot kita macam bola?


Jawapannya,tidak.Bagi mereka yang mahukan bentuk badan yang ideal sebegitu,mereka perlu mengambil beberapa suplemen penting untuk otot menyerap nutrisi yang diperlukan semasa membina badan.
1 : Creatine






Creatine adalah bahan semulajadi yang ada dalam sel otot badan kita yang mana 95% daripada bekalannya dijumpai di sekitar tisu otot rangka. Badan manusia menghasilkan creatine namun dalam jumlah sedikit. Creatine juga boleh dijumpai dalam daging merah termasuk daging lembu. Namun untuk memaksimakan penyimpanan dan manfaat creatine sepenuhnya, anda perlu makan lebih daripada 1 kilogram daging.





Jadi, jika tak mampu makan daging sebanyak itu anda boleh ambil suplemen creatine yang mana lebih murah daripada kos daging. Fungsi creatine adalah meningkatkan kekuatan otot, dan juga membantu pulihkan tenaga anda di antara set workout dengan lebih cepat. Ini membuatkan anda boleh workout lebih lama dan lebih power, yang membuatkan otot anda cepat membesar.


Creatine juga adalah suplemen yang paling banyak dikaji selepas whey protein.



2 : Whey Protien



Boleh dikatakan 90% daripada mereka yang bersenam untuk menjadi sado mengambil suplemen ini dan suplemen bina badan yang paling laris di dunia. Tak kiralah anda dapatkan otot atau nak kurangkan lemak, whey protein boleh membantu anda mendapatkan hasil lebih cepat. Terdapat pelbagai jenis suplemen protein di pasaran. Protein adalah nutrien paling penting dalam usaha membina otot, dan whey protein adalah yang terbaik jika perlu dipilih satu.


Whey protein mengandungi jumlah protein yang sangat tinggi, dan biasanya diminum betul-betul selepas habis workout. Ini adalah kerana ketika itu otot dan badan sangat memerlukan nutrien ini dan dapat menyerap dengan baik. Whey juga merupakan protein yang dihadam dengan cepat yang membantu membekalkan asid amino kepada otot.


3 : Branched-Chain Amino Acid (BCAA)



Ini mungkin antara suplemen yang ramai yang kurang faham kegunaannya lebih-lebih lagi mereka yang baru berjinak dalam dunia bina badan. Namun jika melihatkan kepada abang-abang sado, pasti mereka ambil BCAA ini kerana ia antara nutrien paling penting dalam bina otot. Terdapat 20 jenis asid amino dalam badan kita, tetapi hanya 3 sahaja dikategorikan sebagai BCAA iaitu leucine, isoleucine, and valine.


Ketiga-tiga asid amino ini merangsang sintesis protein dan juga mengawal metabolisma protein. Fungsi BCAA dalam bina badan adalah mengurangkan keletihan pada otot, mempercepatkan proses pemulihan otot, mengurangkan kehilangan asid amino lain dan membantu badan menyerap protein.


Selain itu, BCAA juga bertindak sebagai sumber tenaga ketika workout yang menggantikan nutrien yang hilang ketika bersenam. Jika ada duit lebih, BCAA adalah suplemen yang wajib.




Hujan Emas : Senaman paling sihat adalah solat.Dijamin sihat sepanjang hayat.Tak sado pun tak pe lah..Apa guna badan sado kalau ada sakit jantung,tekanan darah tinggi..Nak main gym?Boleh..Ambil suplemen banyak-banyak tapi kalau pemakanan tak jaga,jauh panggang dari api nak dapat badan cun dan sado.

0 comments: