Sebut sahaja perkataan "dadah",pastinya ramai diantara kita sudah mengetahui dengan lazimnya tentang 'benda' ini.Yang kerap kali kita dengar adalah 'najis dadah'.Mengapa 'benda' ini dikategorikan sebagai najis sedangkan tujuan asal penciptaannya adalah untuk perubatan?Mari kita lihat betapa bahayanya 'benda' ini sehinggakan dikategorikan sebagai najis.
Dadah bukan lagi perkara baru yang kita ketahui.Ia sudah menjadi sebati di dalam diri rata-rata masyarakat bahawasanya dadah itu boleh membunuh dan membinasakan.Terdapat beberapa kumpulan dadah jalanan yang biasanya diambil, termasuklah :
- Cannabinoids (ganja)
- Opioid (heroin, candu)
- Stimulan (kokain, syabu)
- Dadah kelab (rohypnol, ecstasy)
- Dissoaciative (ketamin, Sally-D)
- Hallucinogen (shroom, cactus)
- Lain-lain (durabolin)
7 : Crack cocaine
Crack cocaine adalah sejenis kokain yang sangat kuat, hasil daripada pengubahsuaian dadah tersebut. Ketika kokain diperkenalkan pada tahun 1980an, harganya sangat tinggi kerana sukar untuk dihasilkan dan didapati, namun harganya jatuh selepas tersebar luas.
Ketika inilah pengubahsuaian terhadap kokain dilakukan oleh pengedar dadah, dengan menyuling kokain menggunakan serbuk penaik bagi menghasilkan kokain serbuk bertukar menjadi bentuk batu.
Tujuan penghasilan crack cocaine ini adalah kerana ia membolehkan mereka menjual dadah ini dalam kuantiti yang sedikit dan kepada ramai orang. Sejak itu, ia menjadi antara salah satu dadah yang tular dan seperti berjangkit. Dianggarkan lebih daripada 10 juta orang menggunakan dadah ini di sekitar Amerika Syarikat sahaja.
Impak negatif dan bahaya yang boleh disebabkan oleh crack cocaine adalah kerosakan organ seperti hati, buah pinggang dan paru-paru, selain kerosakan kekal pada saluran darah, mengakibatkan serangan jantung, strok dan akhirnya, kematian.
Kesan fisiologi oleh penyalahgunaan dadah ini pula adalah pengecilan saluran darah, anak mata membesar, peningkatan degupan jantung, kegelisahan, keresahan dan kebimbangan.
6 : Flakka
Flakka adalah dadah yang diperkenalkan dan dipasarkan sebagai alternatif kepada ecstasy, namun kesannya adalah berbeza. Ia merupakan dadah perangsang yang dihasilkan daripada bahan-bahan yang boleh dijumpai dalam dadah amphetamine. Flakka juga dikatakan lebih berbahaya daripada kokain.
Kesan terhadap pengguna dadah ini adalah peningkatan degupan jantung dan emosi, peningkatan suhu badan kepada 41°C, hipertermia, halusinasi yang sangat kuat dan rasa marah sehinggakan boleh membunuh.
5 : Heroin
Dadah heroin adalah dadah yang tertua di dunia, yang dihasilkan oleh C. R. Alder Wright pada tahun 1874. Ia digunakan sebagai ubat yang diberikan kepada pesakit untuk merawat sakit kronik dan trauma fizikal. Ia mula diharamkan pada tahun 1971 disebabkan penyalahgunaannya.
Semenjak itu, ia menjadi antara dadah yang paling merosakkan yang menghancurkan komuniti manusia. Dianggarkan seramai 13.5 juta manusia seluruh dunia yang menagih dadah ini dengan pelbagai cara termasuklah menyuntik, menyedut, dan menghisap heroin.
Kesan negatif yang boleh disebabkan oleh heroin adalah menyebabkan keradangan gusi, melemahkan otot, insomnia, dan melemahkan sistem ketahanan badan serta merosakkan saluran darah yang mana jika dibiarkan, akan menyebabkan berlakunya gangrene.
4 :Bath Salt
Jika diterjemahkan kepada bahasa melayu, ia bermaksud garam mandian, dan seperti tidak berbahaya. Namun ia bukanlah garam yang dimasukkan ke dalam tab mandian, namanya diberikan disebabkan ia dijual secara atas talian menggunakan samaran sebagai "bath salts" supaya tidak diketahui pihak berkuasa.
Dadah ini sangat berbahaya, yang dilaporkan boleh membuatkan penagihnya seolah-olah menjadi seperti zombi.
Antara kesan-kesan penagihan dadah ini adalah tingkahlaku psikiatrik yang luar biasa, gangguan mental (psikosis), suhu badan meningkat serta kemungkinan mengalami serangan jantung.
Kesan sampingan termasuk tingkah laku psikiatrik yang tidak biasa, psikosis, serangan panik dan tingkah laku ganas, halusinasi, serangan panik, tingkah laku ganas, rasa nak bunuh diri, serta kemungkinan serangan jantung dan suhu tubuh yang tinggi.
Ia juga mempunyai kesan seperti Methylphenidate, yang jika diambil dengan dos yang tinggi, boleh menyebabkan jantung berhenti berdegup.
3 : Crystal Meth
Antara dadah yang paling terkenal di seluruh dunia yang dipopularkan dalam siri televisyen "Breaking Bad", Methamphetamine adalah antara dadah yang paling berbahaya dan merosakkan atas muka bumi. Ia juga mencetuskan antara masalah yang paling berat dan besar di Malaysia.
Dicipta 3 tahun selepas heroin iaitu 1887, ia digunakan secara meluas ketika Perang Dunia Kedua bagi membuatkan tentera-tentera sentiasa peka dan sedar.
Dadah ini dipercaya diberikan kepada juruterbang Jepun sebelum melakukan Kamikaze. Methamphetamine, atau nama lainnya termasuklah ais, syabu, batu dan banyak lagi adalah telah diharamkan pada tahun 1970an.
Semenjak itu ia jatuh ke tangan kumpulan gangster di Mexico yang menjadi fenomena di seluruh dunia yang kemudian sampai ke Eropah dan Asia.
Ia diambil dengan cara menghisap atau menyedut, lalu menghasilkan rasa seronok yang diikuti dengan rasa ghairah, peningkatan perhatian serta bertenaga, rasa cemas, kurang tidur.
Jika diambil secara berterusan, dadah berbahaya ini akan menyebabkan psikosis, kerosakan serius pada otak, kerosakan saluran darah, penyusutan otot badan, perubahan pada penampilan fizikal, dan juga kematian.
2 : Whoonga
Dadah ini bukan satu perkara yang seronok disebabkan namanya "Whoonga".Dadah whoonga, atau nama lainnya "Nyaope", adalah merupakan gabungan daripada bahan pencuci atau racun tikus, dengan dadah antiretroviral (ARV) yang diberikan kepada pesakit yang menghidap HIV. Ia menjadi sangat popular kerana harganya yang sangat murah, dan mudah didapati di Afrika Selatan kerana kadar penghidap HIV yang sangat tinggi di negara itu.
Disebabkan dadah ini, ramai yang dikatakan cuba untuk dijangkiti HIV kerana ARV diberikan secara percuma kepada penghidap HIV. Dan disebabkan kemiskinan yang melampau, penghidap HIV sanggup menjualkan ARV yang diterima mereka kepada pembuat dadah.
Whoonga dihisap bersama rokok, di kawasan yang dilanda kemiskinan di Afrika Selatan. Cara menghisapnya adalah dengan mencampurkannya dengan ganja lalu dihisap.
Dadah ini adalah tersangat mudah menyebabkan ketagihan, dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan serius seperti pendarahan dalaman, ulser pada perut, dan juga kematian.
Amacam?Seronok ke macam tu?
Krokodil dadah yang paling berbahaya dan membinasakan di dunia. Krokodil adalah satu dadah yang menyebabkan lebih daripada 1 juta penduduk Rusia ketagihan. Antara faktor utama krokodil menjadi pilihan adalah ia mudah didapati dan harganya yang murah, sekitar RM110 setiap gram, jauh lebih murah daripada heroin yang dijual RM330 segram.
Nama krokodil diberikan kepada dadah ini disebabkan kulit penagihnya akan menjadi hijau pucat, dan bertompok hitam serta menjadi keras seperti kulit buaya. Nama lain bagi krokodil adalah "dadah zombie" kerana ia akan makan daging di dalam tubuh anda apabila disuntik. Dadah ini juga akan makan tisu-tisu dan tulang, serta gigi.
Walaupun lebih murah daripada heroin, ia dianggap akan menyebabkan bahaya yang lebih teruk kepada penagih, kerana diperbuat daripada bahan-bahan seperti ubat tahan sakit, iodin, cecair pencucuh, thinner dan asid hidroklorik.
Terdapat kes di mana kaki dan tangan penagih terpaksa dipotong disebabkan krokodil. Bahaya yang disebabkan oleh krokodil jauh lebih teruk dari syabu. Mereka yang mengambil dadah ini mempunyai jangka hayat 1 hingga 5 tahun, bergantung kepada jumlah dan kekerapan pengambilan.
1 : Krokodil
Inilah yang akan terjadi sekiranya kita membiarkan najis dadah berleluasa.Kesannya boleh membinasakan masyarakat dan paling membimbangkan ia akan melibatkan orang-orang sekeliling malahan boleh membawa maut pada mereka yang tidak bersalah.
Hujan Emas : Daripada berhabis beribu-ribu Ringgit untuk membeli dadah semata , baik habis beribu-ribu Ringgit untuk beli makanan.Boleh buat kenduri sekali.Kenyang pun kenyang,sihat pun sihat.Tak pun beli laa Choki-Choki..Manfaat lah juga.
0 comments:
Post a Comment