Sayur-sayuran adalah salah satu bahan makanan yang baik untuk kesihatan lebih-lebih lagi pada mereka yang mahukan diet seimbang.Namun apa yang membimbangkan adalah tahap kebersihan sayuran itu sendiri.
Sayuran ditanam di ladang-ladang dan tapak semaian.Namun sayuran yang ditanam itu juga boleh terjejas dengan serangan makhluk perosak.Jadi mereka yang menanamnya mengambil langkah mudah untuk mengelakkan dari tanaman mereka menjadi mangsa serangan makhluk perosak tanaman.Mereka akan menyembur tanaman mereka menggunakan semburan racun.
Dan kita seringkali akan membasuh sayuran dan buah-buahan di rumah selepas kita membelinya sebelum dihidangkan.Persoalannya,adakah kita yakin kaedah membasuh itu dilakukan dengan betul dan tepat?Adakah makanan kita itu benar-benar bersih dan selamat untuk dimakan?
Kaedah 1 : Bilas
1. Sediakan buahan atau sayuran yang hendak dibersihkan. Cuci tangan anda sekurang-kurangnya selama 20 saat.
2. Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika (US Food and Drug Administration, USFDA) menyarankan anda mencuci terlebih dahulu makanan yang mempunyai kulit SEBELUM dibuang kulitnya. (Contoh : buah epal dan oren)
3. Buang sebarang label pelekat yang ada pada makanan. Kemudian dengan menggunakan pisau yang bersih, buang segala bahagian kotor atau busuk pada makanan.
1. Sediakan buahan atau sayuran yang hendak dibersihkan. Cuci tangan anda sekurang-kurangnya selama 20 saat.
2. Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika (US Food and Drug Administration, USFDA) menyarankan anda mencuci terlebih dahulu makanan yang mempunyai kulit SEBELUM dibuang kulitnya. (Contoh : buah epal dan oren)
3. Buang sebarang label pelekat yang ada pada makanan. Kemudian dengan menggunakan pisau yang bersih, buang segala bahagian kotor atau busuk pada makanan.
4. Bilas makanan di bawah air yang bersih. Seelok-eloknya dibilas menggunakan air yang selamat untuk diminum.
5. Sental makanan yang mempunyai kulit tebal seperti timun, kentang, lobak merah atau mana-mana makanan yang berbuah di dalam tanah. Tujuan menyental ini adalah untuk menyingkirkan segala mikrob dan organisma kecil yang terdapat pada makanan.Jika seperti kobis dan salad,sental satu per satu helaian daun bagi membuang segala benda asing yang tidak kita ingini.Silap-silap ada ulat daun,takut-takut menjadi hidangan tambahan di dalam sayur.
Kaedah 2 : Rendam
2. Penuhkan besen, sinki atau mangkuk besar dengan air. Seelok-eloknya gunakan air yang selamat untuk diminum.
3. Rendamkan makanan dalam air dan buat gerakan pusaran untuk membilas makanan itu (seperti gerakan mesin kain).
4. Rendamkan makanan berliang kecil seperti brokoli dan kubis bunga selama 1-2 minit kerana ia mengandungi banyak ruang di mana kotoran dan mikrob boleh tembus.
Kaedah 3 : Rendam dalam larutan
2. Larutan air garam : campurkan 1-2 sudu garam ke dalam besen berisi air dan rendamkan makanan anda di dalam larutan selama 5 minit. Kemudian bilas sekali lagi untuk menyingkirkan air garam tersebut sebelum sayuran digunakan atau disimpan.
3. Larutan cuka : buat larutan dengan mencampurkan ½ cawan cuka bagi setiap 2 cawan air. Rendamkan makanan selama 5 hingga ke 15 minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Kaedah ini akan menghilangkan kesan racun perosak dan mengurangkan bakteria. Namun ia akan memberi kesan kepada tekstur dan rasa makanan.
4. Larutan produk komersial : Produk seperti Basic H yang dikeluarkan oleh jenama Shaklee sering digunakan oleh para suri rumah untuk mencuci sayuran. Larutan organik yang diperbuat daripada jagung dan kelapa ini dikatakan dapat mengekalkan kesegaran makanan selain menjadikan sayuran layu semakin segar.
1 comments:
Begitu bermanfaat.. Terima kasih
Post a Comment