HUJAN EMAS KEMBALI #STAYSAFE



Setelah agak lama Hujan Emas menyepi dari dunia blogging, kini kami kembali semula ketika dunia sedang bergelut dengan satu wabak penyakit berjangkit yang ketika ini berada di tahap yang kritikal.

Hujan Emas kembali semula pada hari tahun 2020 akibat kekangan waktu yang terlalu padat bagi penulis.Tiada artikel yang diterbitkan sejak Januari 2019 dan kami kembali semula pada hari ini (March 2020) dengan menyajikan artikel-artikel yang akan diterbitkan.

Seperti kebiasaan, kami di Hujan Emas akan membuat artikel berdasarkan segmen ilmiah dari pelbagai sumber dan kami akan kepilkan bersama kredit bagi laman web yang kami petik.

Selamat maju jaya dari kami
#staysafe #stayathome #fightcovid19 #frontlineheroes



Posted in  on March 30, 2020 by naufal_shafiq |  

Deep / Dark Web : Rangkaian Internet Berbahaya



Kita pastinya sinonim dengan mendengar laman web yang biasa kita guna seperti Google, Facebook, Twitter, Pinterest, Blogspot, My Space, Yahoo! dan pelbagai lagi yang semestinya kita pernah melayarinya.Namun, tahukah anda bahawa di dalam dunia internet, ada dua lagi dunia internet yang cukup berbahaya untuk kita layari? Diberi gelaran Deep Web dan Dark Web.

Kisah Stan Lee : Pencipta Watak Superhero Marvel's



Apabila kita menyebut nama-nama superhero Barat yang cukup famous seperti The Hulk, Iron Man, Spiderman, Doctor Strange dan banyak lagi nama-nama superhero yang tidak asing gahnya nama-nama itu semestinya kita amat mengenali kesemua watak-watak itu.Namun, tidak semua individu mengetahui siapakah pencipta watak-watak yang hebat itu.

Skill Propaganda Pengeluar Produk Untuk "Memperdaya" Pengguna



Seringkali kita melihat pelbagai lambakan produk-produk yang berada di pasaran sama ada di import ataupun tempatan.Namun tahukah anda, bahawa mereka ada skill dan kaedah pemasaran mereka tersendiri? Ada sesetengah mereka mengatakan barangan mereka adalah asli dan "Original".Boleh dikatakan tahan lama.Namun, ada juga sesetengah daripada mereka hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir sahaja.

Misteri Bitcoin-Sistem Mata Wang Digital


Di dalam era globalisasi berteknologi tanpa batasan masa kini, kita sering digembar-gembur tentang pelbagai variasi ceritera di media sosial.Ada yang benar, ada yang rekaan untuk menjadi 'penyedap' cerita.

Sebut tentang Bitcoin, pastinya ramai dikalangan masyarakat tahu akan kewujudan mata wang ini malahan ada juga yang tidak mengetahui.

Berbelanja Dengan Aplikasi MyBoost Credit Wallet



Amalan menabung sudah menjadi satu kemestian bagi sesetengah masyarakat yang bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang.Secara tradisinya, amalan menabung adalah dengan mengumpul wang konvesional sama ada wang kertas atau syiling. Namun, pernahkan anda mendengar tentang wang di dalam talian atau Credit Wallet?

Tips Bagi Pengguna GRAB CAR


Pada tahun kebelakangan ini, kita hampir kebiasaan mendengar tentang perkhidmatan GRAB.Ianya merupakan satu perkhidmatan sewaan kenderaan peribadi bagi menuju ke satu destinasi.

Terdapat banyak perkara yang perlu dititik beratkan oleh pengguna GRAB CAR terutama berkaitan tatasusila dan keselamatan.

Bruce Hazara - Pengganti Bruce Lee?



Siapa yang tidak mengenali Bruce Lee, salah seorang ahli 'martial art' yang terkenal dengan kepantasan dan kecekapan beliau.Jika dipandang seimbas lalu, mungkin ada yang menyangka beliau adalah Bruce Lee yang sebenar tetapi ianya mustahil.Nama sebenarnya adalah Abbas Alizada berusia 21 tahun yang berasal dari komuniti Hazara, Afghanistan.Atau beliau lebih dikenali sebagai 'Bruce Hazara'.

Li-Fi - Teknologi LED Digabung Bersama Wi-Fi



Pada zaman berteknologi canggih pada masa kini, pastinya ramai dikalangan masyarakat tahu apa itu Wi-Fi.Ianya sebuah peranti khas dimana ia berfungsi sebagai penghantar isyarat jalur lebar kepada peranti-peranti penerima yang lain seperti telefon pintar dan komputer riba.Namun, apa pula teknologi Li-Fi?

E-Book - Lembaran Buku Dalam Bentuk Digital



Memang sedari awal lagi kita sudah dititik beratkan tentang amalan membaca sama ada di rumah atau di luar rumah.Namun pada zaman serba canggih kini, bahan pembacaan tidak terhad kepada sebuah buku konvesional sahaja tetapi melibatkan medium yang lebih canggih iaitu E-Book.

MyTv - Siaran Digital Teknologi Seiring Antarabangsa


Sejajar dengan perkembangan era teknologi tanpa batasan pada masa kini, Malaysia juga tidak akan ketinggalan didalam mencapai kemajuan teknologi yang lebih tinggi dari semasa ke semasa termasuklah di dalam kategori kemajuan siaran TV.Sekiranya suatu ketika dahulu, siaran TV menggunakan signal analog UHF konvensional untuk mendapatkan siaran tetapi kini dengan siaran digital, kualiti gambar dan bunyi yang terhasil adalah lebih baik.MyTV Broadcasting.Siaran digital di Malaysia.

Siapakah orang mula-mula menunaikan setiap solat fardhu?


Solat merupakan tiang agama bagi seluruh umat Islam diseluruh dunia tidak kira usia,pangkat,harta atau apa sahaja keadaan.Tuntutan ini telah lama diterapkan di dalam kehidupan seharian kita malahan di dalam Al-Quran juga Allah ada menyebutkan tentang kewajipan dalam menunaikan hak-Nya ini.

Namun,siapakah orang yang mula-mula menunaikan setiap solat fardhu yang diwajibkan keatas umat Islam bermula daripada Subuh sehingga Isya'?

Gatebox - Teknologi AI Peneman Di Rumah


Kebelakangan ini,Hujan Emas sering kali menerbitkan artikel berkaitan dengan teknologi AI yang semakin berkembang dan semakin maju.Tidak mustahil pada masa akan datang teknologi AI akan semakin dikenali di seluruh dunia.

Kali ini, Hujan Emas untuk mengupaskan serba ringkas tentang sebuah 'balang kaca' hebat ini yang dicipta daripada teknologi AI Jepun.Ia bukan 'balang kaca' yang biasa tetapi ianya memiliki teknologi AI yang hebat sehingga mampu berkomunikasi dengan tuan serumahnya , Gatebox.

Artificial Intelligence - Sistem Komputer Yang Befikir Sendiri?


Apabila menyebut tentang Artificial Intelligence atau singkatannya adalah AI , ramai dikalangan netizen tidak mengetahui definisi sebenarnya dan tidak mengetahui atas tujuan apa AI diwujudkan.

Artificial Intelligence (AI) , sebuah sistem komputer yang berkeupayaan untuk berfikir dengan sendiri.