Fakta Menarik Tentang Kaabah



Tak kisahlah kita daripada negara mana sekalipun.Jika kita seorang Islam,pastinya kita amat mengenali tempat suci ini.Untuk mengetahui sejarah pembinaan Ka'abah,klik disini.
Malahan,Ka'abah juga mempunyai rahsia yang secara puratanya tidak diketahui umum.Untuk rahsia hebat tentang Ka'abah,klik disini.

Kaabah.

Pusat tumpuan umat Islam seluruh dunia.Kaabah juga menjadi pusat ibadah seluruh dunia yang pastinya menjadi impian seseorang untuk menjadi tetamu Allah disini.
Dalam sehari diwajibkan keatas kita umat Islam untuk menunaikan solat.Kaabah adalah pusat tumpuan dan kiblat umat Islam.
1 : Kiswah Kaabah berwarna hitam





Kiswah (Bahasa Arab: كسوة الكعبة‎, kiswat al-ka'bah) ialah kelambu kain yang berwarna hitambersulam benang emas yang menutupi binaan Kaabah di Kota Suci Makkah al-Mukarramah, Arab Saudi. Kiswah biasanya berada dalam keadaan dilabuh tiraikan sehingga mencecah ke syazarwan lalu diikat pada kail-kail pengangkuk bagi mengukuhkan keadaannya. Biasanya kain Kiswah akan diganti setiap setahun sekali pada 9 Zulhijjah kalendar Hijrah, yakni sewaktu musim Haji, lebih tepat lagi ketika para penunai Haji meninggalkan Makkah dan menuju ke Gunung Arafah.


Kain menutup Kaabah yang digelar kiswah itu sebenarnya pernah berwarna lain selain dari hitam. Kiswah pernah berwarna merah, putih dan berwarna hijau. 

Sehinggalah pada era pemerintahan Abbasiyah di mana pemerintah pada ketika itu memutuskan untuk mengekalkan warna kiswah kepada satu warna sahaja iaitu hitam dan tradisi itu kekal sehingga sekarang. Sebanyak 120kg benang emas tulen, 120kg benang perak dan 670 kg kain sutera digunakan untuk menghasilkan kiswah yang kita nampak hari ini.


2 : Kaabah pernah runtuh dan dibina semula beberapa kali





Ka’bah pernah rosak akibat terkena bencana alam seperti banjir dan termasuk juga akibat serangan. Oleh kerana itu Ka’bah pernah dibina semula beberapa kali. Menurut pakar sejarah, Ka’bah pernah dibina semula sebanyak 12 kali.

Pengubahsuaian yang terakhir adalah pada tahun 1996 dengan menggunakan teknologi pembangunan terkini yang lebih kuat dan kukuh.


Tahukah anda, Nabi Muhammad S.A.W, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Nabi Adam juga pernah turut serta dalam proses pembinaan Ka’bah?

Pendapat kebanyakan pengkaji menyatakan Kaabah telah dibina semula di antara 5 ke 12 kali. Kaabah pertama di oleh Nabi Adam as. sebagai pusat pertama untuk manusia menunaikan kewajipan pada Allah swt. Nabi Ibrahim as. dan anaknya Nabi Ismail as. membina semula Kaabah pada zaman mereka.

Kaabah dibina semula tanpa perubahan ketika zaman Rasulullah saw. belum dilantik menjadi Rasul oleh orang Quraisy.


3 : Kunci Kaabah dipegang oleh satu keturunan sahaja




Hanya satu keluarga yang memagang kunci Ka’bah iaitu mereka dari keturunan Bani Shaiba. Ketika Nabi Muhammad menyerahkan kunci kepada Osman bin Talha, waktu inilah Osman bin Talha mengatakan kunci Ka’bah ini akan dipegang oleh keluarganya secara turun-temurun sehinggalah kiamat.

Sudah lebih 15 abad keluarga Bani Shaibah menjaga kunci Kaabah dan ketika ini kunci Kaabah dijaga oleh Sheikh Abdul Qadir al-Shaibi.


4 : Batu Hajar Aswad adalah batu dari syurga





Batu Hajarul Aswad dahulunya merupakan seketul batu yang besar, tetapi sekarang ia terbahagi kepada 8 keping pecahan dengan saiz yang berbeza-beza. Semuanya kini diletakan dalam satu bingkai perak.


Di antara faktor yang menjadi kerosakan Hajar Aswad adalah disebabkan banjir dan pernah dicuri. Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang membuat bingkai perak untuk Hajar Aswad.



Ketika Nabi Ibrahim as. membina semula Kaabah, dia meminta anaknya Nabi Ismail as. mencari batu yang baik untuk diletakkan sebagai penanda Kaabah. Hajar Aswad adalah batu yang diturunkan dari syurga ketika zaman Nabi Adam as. tetapi hilang semasa banjir besar yang melanda bumi pada zaman Nabi Nuh as. kemudian ditemui dengan bantuan Malaikat Jibrail. Asalnya batu ini berwarna putih yang lebih putih dari susu tetapi berubah warna selepas disentuh oleh kecelakaan yang dilakukan oleh manusia-manusia keturunan Nabi Adam as.


5 : Apa yang ada di dalam Kaabah?





Ka’bah disokong oleh 3 batang tiang di dalamnya. Di dinding pula terukir nama-nama tokoh-tokoh hebat yang pernah membangunkan Ka’bah. Pada bahagian atas pula terdapat kain hijau dengan ukiran ayat-ayat Al-Quran.


Wangian yang amat harum, campuran dari kasturi, 'anbar dan 'ud yang digunakan dalam jumlah yang banyak setiap kali Ka'bah dibersihkan dan digunakan sepanjang tahun.

Ditutupi lantainya berwarna putih di tengah, sementara hitam di bahagian tepinya, dan menaik ke tepi sehingga setinggi 4 meter, tanpa menyentuh dinding asalnya. Dinding asalnya pula setinggi 5 meter lagi selepas dari dinding tadi, dan ditutup pula dengan kain berwarna hijau atau langsir berwarna ros, dihiasi dengan Ayat Al-Quran yang ditulis dengan perak.

Selain itu terdapat juga di lantainya tanda tempat sujud Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan juga multazam, di mana beliau melekatkan perut baginda yang mulia serta pipi kanan, lalu mengangkat tangan dan berdoa.

Beberapa buah lampu pelita dari tembaga, kaca dan perak yang diukir padanya Ayat suci Al-Quran. Ia wujud sejak zaman Utsmani lagi.

Tangga yang dapat dipanjat sampai ke atapnya dibuat dari aluminium dan kristal.Beberapa kepingan batu bekas tinggalan setiap zaman yang ada pembaikpulihan ka'bah.Selain itu kadangkala terdapat alat pengangkut ke atas (man-lift) untuk kerja-kerja pembersihan ka'bah, selain alat-alat untuk membersihkan ka'bah.




6 : Asalnya Kaabah mempunyai 2 pintu


Asalnya Ka’bah memiliki 2 pintu dan satu tinggkap, satu untuk masuk dan satu pintu lagi untuk keluar. Tetapi sekarang Ka’bah hanya mempunyai satu pintu sahaja tanpa tingkap.

Ka’bah juga pada asalnya bukan berbentuk petak persegi, tetapi terdapat satu bahagian berbentuk melengkung. Semasa ia dibina semula oleh Kaum Quraish, mereka kehabisan dana sebelum sempat disiapkan. Oleh kerana ini Ka’bah dibangunkan semula lebih kecil dari bentuk asalnya. Ruang yang ditinggalkan itu kini dipanggil Hatim atau Al-Hijr.





7 : Pintu Kaabah pernah dibuka untuk orang ramai


Alangkah beruntungnya jika dapat masuk ke dalam Ka’bah. Dahulu pintu Ka’bah dibuka untuk semua orang, ramai orang masuk ke dalamnya untuk berdoa. Semakin hari semakin ramai, sehinggalah ia tidak boleh menampung jumlah yang banyak.

Disebabkan ini pintu Ka’bah ditutup dan sekali-sekala hanya dibuka untuk tetamu khas sahaja.




Ini fakta paling menarik tentang Ka’bah dan mungkin sukar untuk dipercayai. Tawaf disekitar Ka’bah tidak pernah berhenti kecuali ketika adanya doa berjemaah. Bahkan semasa berlakunya peristiwa banjir, orang melakukan tawaf dengan berenang.




 Hujan Emas : Renung-renungkan,nak pergi ke masjid untuk berjemaah pun sampai kena libas dengan tali pinggang baru gerak.Macam mana kita nak jadi tetamu Allah di hadapan Kaabah.Layakkah kita menjadi tetamu Allah di bumi Mekah?

0 comments: