Kesan Kepada Tubuh Sekiranya Jarak Kehamilan Terlalu Dekat



Kehamilan merupakan satu kebahagian kepada sebuah intitusi kekeluargaan terutama bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata yang pertama.Ianya pasti menjadi sesuatu yang begitu mengujakan.Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kegembiraan itu apabila bakal bergelar ibu dan ayah buat pertama kali.Namun ada komplikasi yang mungkin bakal berlaku sekiranya jarak begitu dekat antara kehamilan dengan kehamilan seterusnya.




Dalam Islam, kita dibenarkan untuk menjarakkan tempoh mengandung kerana alasan kesihatan.

Namun terdapat beberapa risiko yang perlu ditanggung oleh si ibu sekiranya jarak kehamilan terlalu dekat.

Sekurang-kurangnya,info ini kita kongsikan untuk kebaikan pasangan diluar sana yang mungkin berhasrat untuk menimang cahaya mata yang seterusnya.




Risiko untuk mendapat bayi kurang berat badan dan zat, risiko kelahiran pramatang, risiko anemia ( kurang darah) dan masalah kongenital adalah tinggi kepada ibu yang sudah mengandung lagi dalam masa 6 bulan.

Faktor risiko jika jarak kehamilan rapat antaranya :

1 . Anemia
Wanita akan kehilangan darah dalam 200-400 ml darah setiap kali melahirkan anak (jika beranak normal). Kehilangan darah yang banyak ini perlu di ganti semula. Darah merah memerlukan masa 90-120 hari untuk terbentuk semula. Kelahiran yang rapat akan membuatkan darah merah belum sempat terhasil dan risiko semakin tinggi kerana ibu perlukan darah yang cukup semasa mengandung.

Dapatkah dibayangkan?

Sudahlah yang lama belum sembuh, kita tambah lagi beban pada hati kita untuk kerja keras hasilkan darah. Bila kurang darah, kena ambil darah banyak kali dan suruh makan ubat tambah darah banyak, kita bebel kata doktor kejam.Sedangkan kita sendiri yang kurang ilmu perubatan.



2 . Tombong atau Rahim Jatuh

Salah satu faktor terbesarnya adalah kelahiran yang ramai. Ingat, rahim kita adalah otot yang fleksibel. Semakin kerap kita beranak, semakin tinggi risiko untuk mendapat tombong.

Semasa melahirkan anak, banyak otot yang luka dan trauma. Setiap yang luka pasti memerlukan masa untuk pulih.

Kesian badan kita. Bagilah dia rehat sekejap.Sekejap itu maknanya jarakkan kehamilan kita dengan tempoh yang sesuai sehingga kita rasakan benar-benar bersedia dan yakin tubuh badan kita sudah pulih sepenuhnya.



3 . Rahim Pecah

Hal ini banyak berlaku pada ibu yang melahirkan anak secara bedah. Rahim yang dipotong memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih. Lagikan kalau si ibu ada masalah kesihatan lain seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain.

Rahim yang belum sempat pulih kemudian di tambah dengan kehamilan baru, berisiko untuk pecah ( jarang berlaku tapi boleh berlaku ).



4 . Kelahiran Pramatang

Rahim masih lemah dan kita tambah beban lagi pada dia. Akibatnya rahim kekal lemah sepanjang kehamilan baru.


5 . Bayi Kurang Berat Badan

Ini adalah kerana ibu senang mendapat anemia. Kekurangan nutrisi menyebabkan bayi kurang mendapat zat semasa di dalam rahim. Tak kesian ke kat bayi kita tu?


6 . Depressi

Ada sesetengah kes, si ayah yang asyik nak anak. Hendak buat kelab bola sepak katanya. Hendak ada anak perempuan katanya (lepas 10 anak semua lelaki).

Ya lelaki memang senang. Akibat mereka, yang menanggung adalah isteri. Padahal isteri tidak rela mengandung lagi. Jangan jadi suami yang tak bertimbang rasa. Fikir sama keadaan fizikal dan mental isteri.

Bukan senang hendak menjaga bayi kecil. Ditambah pula luka dalaman yang masih belum sembuh. Takut nanti isteri meroyan sebab terlampau tekanan. Hendak ditolak takut dikata isteri nusyuz.

Bincang sama sama. Mahu berapa orang anak. Bagaimana hendak jaga.Itu namanya toleransi.



7 . Autism

Bayi yang dilahirkan oleh ibu dengan jarak kehamilan kurang dari setahun setengah adalah sangat berisiko menjadi autism. Perkembangan di dalam rahim menjadi terbantut jika nutrisi tak mencukupi.


8 . Anak-anak Terabai

Apa guna anak ramai kalau semuanya terabai.Rata rata yang datang klinik dengan anak masih setahun dan kandungan dah menjejak dua tiga bulan biasanya akan mengabaikan sahaja anak mereka. Anak yang berumur 0-3 tahun memerlukan perhatian yang lebih dari ibu bapa mereka kerana mereka sedang membesar.

Mereka tak pandai nak melakukakan apa apa lagi.Dalam Islam,mereka belum mumayiz.

Biasanya bila mengandung, wanita akan jadi sedikit beremosi akibat daripada hormon dan penat atau morning sickness. Bila anak perlukan anda, anda marah anak kata anak anda degil padahal mereka cuma kanak kanak yang tak faham apa apa.

9 . Masalah Tulang Rapuh

Apabila mengandung, wanita memerlukan kalsium yang cukup untuk dirinya dan anak yang dikandung. Bayangkan kalau tengah mengandung dan anda masih menyusu anak anda.Berapa banyak kalsium yang perlukan untuk menampung semuanya?

Hormon estrogen amat penting untuk penyerapan kalsium. Gangguan pada hormon boleh menganggu struktur tulang.




10 . Rumah Tangga mudah Terabai

Apabila anak masih kecil dan berderet dan anda mengandung lagi, kesihatan anda akan sedikit terjejas. Bukan kesihatan fizikal sahaja tetapi mental juga.

Nak uruskan rumah, nak uruskan suami dan anak anak dan nak uruskan diri sendiri dan kandungan. Akhirnya semua urusan jadi kacau-bilau dan diri sendiri tidak selesa.

Jadi, adakah kita masih lebih mementingkan kuantiti berbanding kualiti?

Sekurang-kurangnya fikirkan tentang aspek kesihatan kita.Kita mampu tetapi kesihatan terjejas pada akan datang.Apa gunanya?

Bagi suami pula,jangan pentingkan diri sendiri. Jika isteri tak sihat, biar dia betul sembuh dahulu. Jika anak anak terabai, pulihkan dahulu situasi keluarga. Jika ekonomi tak membantu, fikirkan dahulu cara untuk stabilkan kehidupan anda.




Ada sebab kenapa doktor suruh jarakkan kehamilan. Seeloknya jarakkan kehamilan 2-5 tahun. Ada banyak kaedah untuk merancang keluarga.

Bincang seeloknya dengan pasangan anda. Fikir akan faktor risiko masa hadapan. Rancang keluarga bagaimana yang ingin anda bentuk bersama.

Untuk isteri, jika tidak selesa atau rasa penat atau ada penyakit, tolong jangan takut dan segan untuk bagitahu suami. Suami anda bukan jembalang yang makan orang.

Cakap elok-elok,bincang elok-elok.Jangan tinggi suara.Bukan sahaja suami,orang lain pun akan marah juga kalau orang lain tinggi suara dengan dia.



Kredit :


Hujan Emas : Kehamilan adalah satu anugerah dari Allah terutama bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata pertama.Itu adalah amanah dan anugerah dari Allah.Tapi kalau anda hamil luar nikah diatas dasar bukan paksaan,itu namanya bala yang anda cari sendiri.

0 comments: