4 Warna Utama Passport Di Dunia



Bagi seorang Traveler,passport merupakan dokumen yang wajib dibawa bersama.Ini juga merupakan dokumen keluar masuk dari sebuah negara ke sebuah negara.Jika kehilangan atau tidak memiliki passport,jadi pendatang asing tanpa izin lah jawabnya.

Namun tahukah anda,ada 4 warna utama sahaja yang digunakan oleh passport di dunia?
Passport adalah sebuah dokumen perjalanan yang diisukan oleh sebuah kerajaan dan mengandungi maklumat peribadi anda. Ianya merupakan dokumen yang wajib dibawa sekiranya anda hendak ke luar negara.


Pernah tak kita tertanya,kenapa passport Malaysia berwarna merah dan bukan biru,bukan kuning atau warna-warna lain?

Warna passport sebenarnya melambangkan maksudnya yang tersendiri.



Merah



 



 






Passport negera Malaysia berwarna merah. Passport berwarna merah ini selalunya dikeluarkan oleh negara-negara yang sedang dijajah pihak komunis atau mempunyai sejarah dengan komunis.

Selain Malaysia, antara negara lain yang mempunyai passport berwarna merah ini adalah Slovenia, China, Serbia, Russia dan Poland. Selain itu, kebanyakan negara Kesatuan Eropah (EU) kecuali Croatia juga mempunyai passport berwarna merah.




Biru










Selain merah, biru merupakan warna yang popular untuk passport. Antara negara yang menggunakan warna ini ialah Amerika Syarikat. Penggunaan warna biru ini melambangkan "dunia baru (new world". Selain Amerika Syarikat, 15 negara Caribbean juga menggunakan warna biru pada passport mereka.

Selain itu, negara-negara blok Amerika Selatan seperti Brazil dan Argentina juga menggunakan warna biru di mana ianya melambangkan hubungan mereka dengan Mercosur - sebuah kesatuan perdagangan.




Hijau









Kebanyakan negara Islam mempunyai passport berwarna hijau. Warna hijau digunakan kerana ianya mempunyai perkaitan dengan Islam merupakan warna kegemaran Nabi S.A.W. Antara negara yang menggunakan warna hijau adalah Arab Saudi dan Pakistan.

Selain itu, terdapat juga sesetangah negara Afrika yang menggunakan warna hijau pada passport mereka seperti Nigeria, Ivory Coast dan Senegal. Walaubagaimanapun, penggunaan warna hijau ini bukan bermaksud mereka ini negara Islam sebaliknya melambangkan keanggotaan mereka dalam ECOWAS (The Economic Community of West African States)



Hitam




Passport berwarna hitam adalah passport yang paling jarang dijumpai. Ianya dimiliki oleh kebanyakan negara Afrika, contohnya Botswana dan Zambia. Walaubagaimanapun, walaupun New Zealand bukanlah negara Afrika, mereka menggunakan warna hitam pada passport memandangkan ianya merupakan warna rasmi negara New Zealand.





Hujan Emas : Passport merupakan dokumen perjalanan yang sangat penting untuk membolehkan kita bergerak dari satu negara ke negara yang lain.Senang kata,dokumen perjalanan yang sah.Tapi biasanya kalau kena tangkap khalwat dengan Jabatan Agama Islam.Diorang tak nak tengok passport.
Diorang nak tengok Sijil Nikah.Itu saja lah dokumen yang sah.

0 comments: