Pelancaran Aplikasi HujanEmasInfo



Pada bulan September 2017,Hujan Emas telah melancarkan aplikasi smartphone pertama kami,HujanEmasInfo
Dimana aplikasi ini terus disambungkan kepada blog kami,Hujan Emas.
Difahamkan,aplikasi sulung Hujan Emas ini sudah mula dibina pada akhir bulan Ogos menggunakan laman web AppsGeyser.Pembinaan aplikasi dilakukan oleh salah seorang penulis artikel Hujan Emas.


Pada 26 September 2017,sebuah artikel "Membina Aplikasi Android" telah diterbitkan oleh Hujan Emas sebagai pelancaran dan panduan bagi individu yang mahu membina aplikasi mereka sendiri.

Dan aplikasi "HujanEmasInfo" itu sendiri turut dilancarkan pada tarikh yang sama.Untuk memuat turun aplikasi "HujanEmasInfo" anda boleh klik pada ruangan Apps dan ikuti arahan yang telah diberikan.

 
HujanEmasInfo



Hujan Emas juga merancang untuk memuat naik aplikasi ini ke dalam Google Play Store pada akan datang.Namun,buat masa ini aplikasi ini perlu dipasang (install) secara manual ke dalam smartphone selepas dimuat turun kerana aplikasi ini masih belum terdapat di Play Store.

Semestinya aplikasi ini beroperasi pada Sistem Operasi (OS) Android sahaja.

Sebahagian besar smartphone anda akan melarang pemasangan aplikasi ini kerana setting smartphone anda mencegah pemasangan aplikasi yang bukan dari Play Store.
Anda boleh buka pada Setting > Security dan tandakan "Unknown Sources" untuk membenarkan aplikasi ini dipasang.
Dan kemudian,cuba pasang sekali lagi aplikasi "HujanEmasInfo".

Jangan risau.Aplikasi ini tidak memerlukan kemas kini (Update) kerana kandungan artikelnya sentiasa dikemas kini automatik setiap kali Hujan Emas memuat naik artikel baru.



Bukan itu sahaja,melalui aplikasi ini juga anda boleh berkongsi mana-mana artikel Hujan Emas menggunakan medium yang tersedia seperti "Get Link" , "Facebook" dan lain-lain.

Malahan,dengan menggunakan aplikasi ini anda boleh membaca artikel Hujan Emas dimana sahaja.Asalkan ada sambungan internet.

Jadi tak perlulah anda menggunakan Google Chrome Browse lepas tu kena masukkan URL hujanemas-dunia.blogspot.com dan Enter.Kan leceh tu.
Dengan adanya aplikasi ini,hanya dengan sekali klik,anda akan terus disambungkan kepada blog Hujan Emas serta-merta.


            

Oleh kerana ini adalah aplikasi sulung Hujan Emas,jadi Hujan Emas membina aplikasi yang menghubungkan blog Hujan Emas terus kepada smartphone pembaca.

Bukan itu sahaja,melalui aplikasi ini juga pembaca boleh mengakses dan mencari blog lain selain Hujan Emas.Jadi,kami cuba untuk memudahkan capaian pembaca.

Namun,sekiranya terdapat sebarang komen,permasalahan dan cadangan,sila berhubung dengan kami di Contact untuk mendapatkan maklum balas dari Hujan Emas.


Akan Datang

Difahamkan,Hujan Emas turut akan melancarkan satu (1) lagi aplikasi pada bulan October 2017.Bila tarikh pelancarannya tidak dipastikan lagi.

Aplikasi itu kini sedang dibina dan diuji oleh penulis Hujan Emas.Apabila aplikasi itu sudah siap sepenuhnya,barulah ianya akan dilancarkan sejajar dengan tarikh pelancarannya pada October 2017

Difahamkan juga aplikasi yang akan dilancarkan adalah dalam bentuk permainan iaitu "HujanEmasCrossWord"..

Nantikan kemunculan dan pelancaran satu (1) lagi aplikasi Hujan Emas pada October 2017.


Kredit : Hak Cipta Hujan Emas


Hujan Emas : Pelancaran "HujanEmasInfo" bertujuan memudahkan pembaca mencapai blog Hujan Emas tanpa perlu masuk ke browser smartphone.Kan dah mudah sikit tu.Tapi biasa lah,ciptaan manusia pasti ada kekurangan dan kelebihan.Sedangkan manusia pun ada kekurangan kan?Bezanya adalah nak terima atau tak je.

0 comments: