Mengarang Artikel Dan Bahan Bacaan



Anda berminat untuk mengarang artikel atau mengarang bahan bacaan?
Mudah.
Sudah semestinya anda memerlukan platform untuk memaparkan artikel karangan anda.

Terdapat banyak platform yang membolehkan anda memaparkan artikel karangan anda seperti Blogspot.com,Wix.com,WordPress.com dan banyak lagi.



Register (Cipta Akaun)

Namun harus diingatkan,tidak kiralah apa jua platform yang anda gunakan hampir kesemuanya memerlukan pendaftaran atau pun Sign Up.Kenapa perlu Sign Up?
Mudah.Kesemua maklumat kita yang kita isikan semasa proses Sign Up itu akan digunakan bagi mengenal pasti pemilik akaun.Ini bermakna akaun anda lebih mudah dikenal pasti.






Susun Atur Templete (Configure)


Selepas selesai mencipta akaun,kebiasaannya platform ini akan meminta anda menyusun atur susunan tetapan anda (configure) mengikut keselesaan anda sendiri.Disinilah anda mulakan karangan artikel dan bahan bacaan anda.

Terdapat beberapa templete yang sudah disediakan oleh platform pilihan anda namun anda boleh menyusun atur semula susunan templete mengikut keselesaan anda.

Ingat! Pastikan warna blog tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap.Kerana warna memainkan peranan yang sangat penting kepada emosi pembaca.Rasa-rasa kalau nak buat cerita hantu,gunakan warna yang sedikit gelap dan malap.Baru rasa feel seram tu.

Untuk artikel yang natural,padankan dengan warna-warna yang cerah.Warna putih adalah warna yang natural.Sangat sesuai pada blog yang memaparkan bahan ilmiah.Cuba padankan warna dengan skop karangan anda.

Tips : Pastikan susunan templete anda kemas dan mudah untuk dicapai oleh pembaca.


Pilih skop bacaan dan bahan bacaan


Skop bacaan dan bahan bacaan juga amat penting di dalam mengarang artikel anda.Terpulang kepada anda sama ada untuk memaparkan tentang ilmiah,kajian atau apa sahaja skop bacaan.

Namun harus diingatkan,jangan sekali-kali mengaitkan bahan bacaan dengan politik berat sebelah (menyokong sebelah pihak),propaganda,hasutan dan apa-apa yang negatif.Anda mungkin akan terlepas dari sebarang hukuman tetapi berkemungkinan besar minda pembaca akan terhasut dengan propaganda yang anda gembar-gemburkan.Ingat! Tak pasti jangan dikongsi.Sebagai seorang Islam,sekiranya cerita atau kisah itu tidak benar,ia akan menjadi satu dosa.Siapa yang akan menanggung?Pengarangnya.

Jadikan bahan bacaan anda lebih natural terutama pada bahan ilmiah.Berikan pembaca pengetahuan am yang baru dan berikan kelainan.Anda pun selamat.Jangan ambil risiko.




Bahan Bacaan yang bersahaja

Sebaik-baiknya hasil karangan anda itu lebih baik kepada skop bersahaja.Bukan mengarang saja-saja tetapi jadikan ianya lebih santai dan bukannya berat.Melainkan blog yang anda hasilkan lebih kepada sebuah cerita atau novel hasil karangan anda.
Mungkin ianya akan lebih berat.

Topik yang anda kupaskan terutamanya anda mencipta artikel,pastikan bahasa penyampaian anda lebih bersahaja dan santai.Ini adalah psikologi pembaca.Pembaca yang membaca dalam keadaan santai dan bersahaja lebih mudah mengingati kandungan didalam bahan bacaan berbanding bahan bacaan yang berat.Apa yang dimaksudkan dengan bahan bacaan yang berat?

Bahan bacaan yang berat adalah bahan bacaan yang memaksa pembaca untuk berfikir.Kalau kita sebagai pembaca pun malas nak fikir-fikir sangat kan.Kita akan lebih sukakan bahan bacaan yang lebih ringan dan tidak melibatkan emosi.
Setakat ni tak ada lagi orang baca artikel lepas tu marah gelak sorang-sorang.

Pilih bahan bacaan anda dengan sebaiknya.Jangan risau.Hampir semua platform akan menyimpan (save) bahan karangan yang anda karang sebelum memaparkan (publish).Jadi anda ada banyak masa untuk fikirkan tentang bahan bacaan anda.Malah sekiranya tersilap papar (publish) pun,anda masih boleh mengubahsuai (edit) bahan bacaan anda.


Tak nak cipta akaun?

Anda tak mahu mencipta akaun tetapi masih mahu mengarang artikel untuk dipaparkan?
Boleh.

Seperti di Blogspot,anda boleh meminta kebenaran (Authorize) Admin pemilik blog untuk mengesahkan anda sebagai pengarang (Author).Namun harus diingatkan,sekiranya anda sebagai Author,kuasa anda tidak seperti Admin.Bermakna anda tidak boleh mengubah maklumat penting seperti URL,tetapan domain dan lain-lain.Anda cuma berhak membuat pengubahsuaian tentang artikel anda sahaja.Apa-apa pun berbincang dengan Admin dahulu.Jangan memandai-mandai.Silap-silap kena tendang keluar nanti.Dan sebaik-baiknya juga anda ciptalah hasil artikel karangan anda sendiri untuk dipaparkan.Kebiasaannya Admin akan menyemak hasil artikel anda dulu walaupun selepas dipaparkan.

Seperti di Blogspot,sebelum anda diterima (Authorized) oleh Admin untuk menjadi pengarang blog mereka,pastikan anda memiliki akaun Google anda sendiri.Kalau di platform lain,ikut sahaja arahan yang diberikan.Setiap platform mempunyai arahan dan cara yang berbeza.


Bayaran

Apabila menyebut tentang bayaran sebagai penulis (Author) ia bergantung kepada budi bicara Admin platform anda.Ada yang mendapat bayaran melalui karya penulisan artikel anda dan ada yang tidak.

Seelok-eloknya letakkan ketepi soal bayaran pada setiap artikel anda.Bukan apa,artikel anda merupakan satu ilmu dan pengetahuan buat semua masyarakat.Motif utamanya adalah untuk memberikan kesedaran dan daya pemikiran yang lebih jauh.

Atau,kita boleh menanamkan sifat sampai-menyampai dan saling ingat-mengingati.Dan tidak kurang juga sebagai hobi terutama bagi pembaca yang minat mengarang artikel dan bahan bacaan.Tidak menjadi satu kesalahan kan?

Dan sekiranya Admin mahu memberikan bayaran,itu adalah tertakluk kepada mereka sendiri dan budi bicara Admin terutama artikel yang kita kaji sendiri seperti tesis,assignment dan lain-lain.Yang itu kena berbincang dengan Admin.






Muat naik (Upload) Gambar dan Tetapkan Link

Pastinya dengan memuat naik (Upload) gambar ke dalam hasil karangan anda akan menambahkan lagi mood yang baik kepada pembaca.Ini sangat penting untuk menerangkan gambaran hasil karangan anda.Ada kalanya satu situasi itu tidak dapat digambarkan dengan susunan kata-kata.




Setiap gambar boleh dimuat naik ke dalam artikel anda seberapa banyak yang anda mahukan.Tapi ingat! Jangan terlampau banyak sangat gambarnya.Nanti penuh gambar dari bahan bacaan.

Selain itu,anda juga boleh menetapkan pautan (Link) pada mana-mana perkataan di dalam artikel anda seperti ini.

Bermakna,setiap kali pembaca klik pada Link yang anda telah tetapkan,pembaca akan dibawa kepada pautan URL yang telah anda tetapkan.Anda hanya perlu mencari tetapan untuk memasukkan Link itu sahaja (Setting).

Dan kebiasaannya,perkataan yang sudah dimasukkan pautan (Link) akan bertukar warna menjadi biru.Itu warna standard.Nak tukar macam-macam warna pun boleh.Ikut keselesaan anda dan yang pastinya perlu anda fikirkan,keselesaan pembaca.

Kebiasaanya juga untuk memasukkan Link,anda perlu mencari icon seperti di bawah :


Rasanya mana-mana platform hampir kesemuanya ada icon macam ni.Sebelum itu,highlight kan perkataan mana yang anda mahu masukkan Link dan klik pada icon itu.Platform akan memberikan arahan untuk memasukkan URL yang anda mahu pembaca lawati (Browse).
Mudahkan?


Tulisan dan Bahasa

Haaa yang ini sangat penting kerana ia juga memainkan peranan kepada emosi pembaca.Sila jaga cara penulisan anda termasuklah saiz dan bentuk tulisan (Font),Tebal tulisan (Bold),Menyengetkan tulisan (Italic) dan bermacam-macam tetapan.Nak warna-warna pun ada.

Anda boleh gunakan semua tu tetapi harus diingatkan,ikut kesesuaian.Sekiranya hasil artikel anda lebih kepada santai gunakan tulisan yang standard dan mudah dibaca.Itulah yang seelok-eloknya untuk semua artikel bahan pembacaan.Tetapi tidak menjadi halangan untuk anda mengubah tetapan font anda.



Penggayaan bahasa anda juga adalah penting.Penggayaan bahasa adalah cara penyampaian anda kepada pembaca.Artikel hasil karangan anda perlu membuatkan pembaca lebih senang faham dengan apa yang anda mahu sampaikan.Jangan berbelit dan jangan mengelirukan.

Begitu juga dengan saiz font anda.Saiz font memainkan peranan kepada pembaca untuk menekankan satu-satu ayat dalam artikel karangan anda.Anda boleh gunakan font yang besar dan tebal pada tajuk.Font yang tebal pada butiran isi kandungan dan sebagainya.Anda perlu olah mengikut kesesuaian dan kreativiti anda.


Keselamatan (Security)

Faktor keselamatan hak cipta hasil karangan anda juga perlu anda beri perhatian.Tentunya anda pernah mendengar "copy paste" bukan?

Tidak menjadi masalah sekiranya ada pihak ketiga untuk 'copy paste' hasil artikel anda.Yang menjadi masalahnya adalah kredit (sumber) nya.

Ada sesetengah pihak ketiga akan 'copy paste' hasil maklumat dan artikel orang lain dan mengaku dialah yang mengarang sendiri hasil itu.Bukan ke tu tak baik.
Sekurang-kurangnya,letaklah kredit di bawah setiap artikel yang anda petik.Bagilah pemilik maklumat tu kredit.Mana kita tau dia pecah kepala fikirkan idea-idea untuk mengarang artikel tu.Senang-senang je ambil dan mengaku dia punya.Bukan ke tak adil namanya.



Terdapat banyak cara untuk memelihara keselamatan maklumat artikel anda bergantung kepada sistem tetapan platform yang anda gunakan.

Seperti di Blogspot,anda boleh mencari HTML Code untuk mencegah akses 'copy' dan 'right-click'.
Ini sangat penting untuk mengelakkan pihak ketiga 'copy' bulat-bulat hasil artikel anda dan mengaku dia yang punya.

Kalau anda letakkan kredit di bawah setiap artikel tu pun,sekiranya pihak ketiga dapat copy artikel anda,dia akan padam kredit tu dan mengaku dia sendiri yang mengarang artikel itu.Silap-silap letak nama dia.

Memang bagus sekiranya dia menyampaikan maklumat yang baik hasil dari karangan artikel kita tetapi harus diingatkan kita juga berhak mendapat kredit hasil perah otak mengarang artikel.Sekurang-kurangnya letaklah nama atau URL kita yang dia petik tu.Kan adil untuk semua pihak termasuklah pengarangnya sendiri.



Mudahkan?
Pupuklah minat membaca dengan mencipta artikel anda sendiri sebelum memupuk minat membaca dikalangan masyarakat.





Hujan Emas : Memupuk minat membaca terdiri dari pelbagai elemen dan medium sama ada internet,blog,website dan macam-macam lagi.Sebaiknya pupuk minat membaca sendiri dahulu sebelum memupuk minat membaca di dalam diri setiap masyarakat.Sedangkan orang yang buta pun nak membaca dan boleh membaca dengan bantuan tulisan Braille,inikan pula kita yang celik.Tak terasa ke?

0 comments: