
Sebut sahaja jalan raya,siapa pula yang tak gunakan jalan raya.Jalan raya merupakan salah satu medium jaringan pengangkutan darat yang meluas digunakan.Pergi sahaja mana-mana pelusuk sekali pun,sekurang-kurangnya pasti ada satu atau dua jalan raya utama diturap untuk kegunaan penduduk setempat.
Namun tidak semua bentuk muka bumi sesuai untuk diturapkan jalan raya dan sesetengahnya mendatangkan mudarat kepada pengguna jalan tersebut.
Kalau kita naik roller coaster pun boleh kecut perut.Itu pun roller coaster sudah disediakan palang keselamatan dan sebagainya.Bayangkan,kita melalui jalan raya yang begitu curam?
Boleh terkeluar balik sarapan pagi tadi.Kecut perut punya hal.
Vale Street (Bristol, England)






Kalau dah macam ni punya curam,tak ke kecut perut.Kalau lah ada di Malaysia.Nak tengok juga macam mana keadaannya masa tu.
Jalan yang menghubungkan Hyde Street dan Leavenworth Street ini pada asalnya bermula dengan jalan batu buntar berkecerunan 27%. Ketika itu, kereta tidak dibenarkan melalui jalan ini kerana pemandu dikhuatiri tidak mampu mengawal kenderaan disebabkan jalan yang terlalu curam.



Jalan Lembah Waipio yang terletak di Daerah Hamakua di Hawaii ini merupakan jalan paling curam terpanjang di dunia. Ia menghubungkan dataran tinggi yang terletak setinggi 250 meter selepas 1km perjalanan.
Darjah purata kecerunan adalah 25%, namun kecerunan sebelum sampai ke puncak mencecah sehingga 40%. Ia sangat mencabar sehingga hanya kenderaan 4x4 (4WD) sahaja dibenarkan lalu, selain pendaki dan penunggang basikal.



Baxter Street di Los Angeles ini sangat curam sehingga banyak bas dan kenderaan panjang lain sering terkandas di bahagian puncak. Walaupun ia bukan jalan tercuram, namun ia curam di kedua-dua belah bahagian turun dan naik. Lereng jalan ini berada pada kecuraman 32%.
Jalan yang dibina sejak 1872 ini mula terkenal sejak muncul dalam episod Little Rascals sekitar 1930. Sejak itu, banyak pengeluar kereta menghantar model-model kereta terbaru untuk cuba menaiki bukit curam ini untuk membuktikan betapa berkuasanya enjin kereta mereka.
Pada tahun 2016, seorang pemain papan selaju terkenal Don "The Nuge" Nguyen telah membuat aksi berani dengan menuruni jalan curam ini menaiki papan selaju atau skateboard.Cuba kita berlari ke bawah.Silap-silap jatuh berguling.



Fargo Street yang terletak di Echo Park ini merupakan bukit tercuram di Los Angeles. Ia juga merupakan salah satu jalan paling curam di Amerika Syarikat dengan kecuraman 33%.
Sejak tahun 1974, acara tahunan menunggang basikal menaiki curam diadakan anjuran Kelab Roda Los Angeles ketika musim bunga.



Jalan ini dibuat pada tahun 1912 dan dinamakan sempena penduduk pertama yang memiliki rumah di situ.
Disebabkan jalan yang sangat extreme, hanya lori sampah kecil yang dibenarkan mengutip sampah di sini. Lori sampah ini perlu bergerak mengundur menaiki bukit untuk membuat kutipan sebelum menuruni semula bukit. Ini bagi mengelakkan sampah terjatuh semula ke atas jalan raya.
Posmen juga telah berputus harap untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Semua surat dan penghantaran dibuat melalui peti surat kumpulan yang terletak di kaki bukit.Wahh,azab jugak posmen tu.Nak turun tak ada masalah.Nak naik tu.Penyakit asthma datang balik.
Sejak tahun 1950-an jalan raya di sekitar bandar ini telah dihadkan kepada 15% sahaja.



Walau bagaimanapun, penduduk bandar ini perlu melalui jalan di bandar Dunedin yang berkecerunan 35%. Untuk berjalan sejauh 350 meter sahaja perlu mengambil masa lebih daripada 10 minit.
Persoalannya,ada jugak tu yang nak buat rumah kat situ.Jawabnya 3 tahun sekali lah saudara-mara datang melawat.
Haa yang tu biadap.


Jalan batu buntar ini menjadi salah satu pilihan perlumbaan basikal Dirty Dozen yang dianjurkan sejak tahun 1983 lagi. Dalam pertandingan itu, para pelumba perlu menunggang sejauh 80 km yang merentasi 13 jalan tercuram di Pittsburgh.
Matlamat utama para pelumba bukanlah untuk menang tapi mereka sudah rasa cukup bersyukur sekiranya dapat menghabiskan perlumbaan. Ada yang memakan masa sehingga 7 jam cuba nak panjat bukit-bukit itu!

Eerrr tak payahlah..Walaupun jalan raya diorang tu curam yang amat sangat sekurang-kurangnya tak berlubang sana sini.Ini kita langgar lubang besar sikit habis disumpah seranah.Itu jalan rata mendatar tu.Kalau curam?
0 comments:
Post a Comment