Anak Ayam Berasal Dari Kuning Telur Atau Putih Telur?



Siapa yang tak pernah makan telur ayam?Atau,siapa yang langsung tak makan daging ayam?
Rata-rata antara kita mesti mengetahui tentang ayam dan telur ayam.Dan ia juga menjadi satu sumber makanan ruji kepada kita.Daging ayam menjadi makanan yang jauh lebih berat daripada telur ayam.
Persoalannya,dari manakah anak ayam itu terbentuk?Kuning telurnya atau putih telurnya?
Seperti yang kita maklum.Telur ayam ter bahagi kepada dua (2) bahagian iaitu kuning dan putih.Kelihatan kuning telur itu lebih pejal berbanding putih telur.



Di bahagian kuning telur, kadangkala kita akan terjumpa satu titik yang berwarna sedikit cerah pada permukaan kuning telur. Bahagian kecil ini dinamakan blastoderm.

Blastoderm ini akan berkembang sedikit demi sedikit, membentuk organ-organ dan membesar menjadi anak ayam. Kuning telur yang kita makan adalah sumber tenaga kepada blastoderm tadi untuk membesar menjadi anak ayam yang cukup sifat.





Jelas sekali, kuning telur tadi bukanlah bahagian yang akan bertukar menjadi anak ayam. Ia hanyalah sumber nutrien kepada janin anak ayam.

Bayi manusia membesar di dalam rahim ibunya dan mendapat nutrien dari ibunya melalui tali pusat dan uri. Disebabkan anak ayam berkembang di dalam telur, simpanan nutrien tadi adalah makanannya sebelum menetas sebagai seekor anak ayam.





Bagaimana dengan putih telur?


Salah satu fungsi putih telur atau albumen adalah sebagai lapisan perlindungan kepada blastoderm yang sedang berkembang menjadi anak ayam. Ianya berfungsi untuk menyerap hentakan atau gegaran yang hadir di sekeliling telur.

Fungsinya putih telur boleh dikatakan sama seperti bendalir amniotik atau air ketuban di dalam rahim wanita yang sedang mengandung.

 



Telur yang didapati di pasaran sekarang ini boleh dikatakan semuanya berasal dari ladang ternakan ayam telur. Telur-telur ini tidak disenyawakan, iaitu tiada interaksi seksual antara ayam jantan dan ayam betina, maka ianya tidak akan membentuk anak ayam dan menetas sama sekali.

Ya. Mungkin ianya pelik bagi sesetengah orang. Tetapi ianya benar. Ayam tetap akan bertelur walaupun tidak berlaku persenyawaan.

Sama juga seperti seorang wanita, apabila sampai waktu ovulasi, sebiji telur akan dilepaskan oleh ovari ke tiub Fallopio di dalam rahim mereka. Sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma, telur ini akan keluar bersama lapisan dinding rahim dalam bentuk darah haid.


Jadi, adakah telur yang kita makan ini sebenarnya period ayam?





Hujan Emas : Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10 peratus cengkerang, 30 peratus kuning telur dan 60 peratus albumen (mengikut berat).Ada banyak khasiat di dalam sebiji telur ayam.Bagus untuk kita.Tapi jangan buat bergurau tentang telur ayam dengan perempuan yang sedang period.Silap-silap disalutnya kita dengan telur ayam.(Gangguan emosi)

0 comments: