Terbinanya Empire Google


Pada zaman di arus kemodenan dan teknologi masa kini,hampir setiap individu memiliki smartphone tersendiri.Zaman sekarang ni rasanya sangat susah nak cari public phone.Dan ramai juga yang sudah semakin celik IT ketika ini.Jadi,semestinya kita sangat terbiasa mendengar perkataan "Google".

Tentu ada kehebatannya tersendiri disebalik nama "Google" ni kan?
Google bukanlah satu empire yang kecil dan bukan juga satu empire yang baru bermula.Kewujudannya telah lama bertapak di dalam dunia teknologi.Silap-silap Admin sendiri pun belum lahir lagi.

Jadi,Hujan Emas cuba untuk mengimbau kembali sejarah terbinanya empire Google ni sebelum Google menjadi begitu famous dan menjadi "kamus" pada masa kini.




Sejarah bermulanya empire Google

Sebelum terlahirnya Google,terdapat beberapa enjin carian (Search Engine) yang telah wujud ketika itu seperti Altavista (dibeli oleh Yahoo pada tahun 2003) dan Lycros.Caranya beroperasi tetap sama iaitu menggunakan kata kunci (keyword) untuk mencari maklumat yang diperlukan.Dan kebiasaannya halaman yang terpapar dibahagian atas sekali adalah maklumat yang paling tepat dengan kata kunci carian





Walau bagaimanapun,capaiannya tidaklah begitu efektif dan hasilnya tidak memberikan keputusan yang begitu tepat dengan kata kunci yang pengguna maksudkan.Oleh itu,penggunaannya tidaklah begitu hebat pada ketika.Tapi nak buat macam mana.Hanya itu sahaja enjin carian yang ada ketika itu.Jadi kena tabah sikit lah.

Pada tahun 1997,Google muncul sebagai laman web enjin carian yang bertujuan mengatasi masalah tersebut.Tetapi pada ketika itu namanya bukanlah "Google".Pada peringkat permulaan itu,nama yang digunakan ialah "BackRub!".BackRub ketika itu mempunyai capaian yang lebih efektif dan relevan berbanding web-web lain ketika itu.


Diperingkat Awal Kemunculan

Sebenarnya legasi Google ni telah bermula pada tahun 1995 iaitu sebagai projek penyelidikan yang dikendalikan oleh Larry Page dan Sergey Brin.Kedua-duanya adalah pelajar PhD di Universiti Standford.Page mengelolakan projek ini dengan memanipusi dan mengira sifat matematik World Wide Web.Beliau cuba memahami struktur operasi dan pautannya.

Salah seorang penyelianya,Teery Winograd memberikan idea terhadap masalah yang dihadapi oleh enjin carian yang ada ketika itu iaitu hasil carian yang tidak tepat dan tidak relevan.Page kemudiannya menerima idea itu dan mula mengkaji serta memfokus kepada penyelesaiannya.Page juga menyedari jumlah dan peranan "backlink" memainkan peranan yang sangat penting dan sangat berharga pada sesebuah laman web.





Dan projek penyelidikannya dinamakan sebagai "BackRub".Tidak lama selepas itu,Sergey Brin mula menyertai Page dalam menjayakan projeknya.Page dan Brin mula menjadi kenalan rapat pada tahun 1995 iaitu pada musim panas.

Ketika itu Brin adalah salah seorang ahli Fellowship Yayasan Sains Nasional.Beliau menemui Page yang ketika itu Page adalah salah seorang daripada kumpulan pelajar baru yang sangat berpotensi.

Page dan Brin kemudiannya bekerja bersama di dalam sebuah Projek Perpustakaan Digital Standford (SDLP).Matlamatnya ialah untuk membangunkan teknologi perpustakaan digital tunggal,bersepadu dan sejagat.Kos projeknya dibiayai penuh oleh Yayasan Sains Kebangsaan dan beberapa agensi persekutuan yang lain.

Mereke kemudiannya merangka skrip kajian yang bertajuk " The Anatomy of a Large-Scale Hypertextual Web Search Engine " yang kemudiannya menjadi dokumen saintifik yang paling banyak di muat turun dalam sejarah legasi internet ketika itu.





Produk kajian mereka,BackRub menggunakan perisian "Spider" yang bertujuan mencari dan mengumpulkan data serta menganalisa HTML dan akan menghasilkan pangkalan data yang saling berpautan.Walaupun ketika itu proses ini memerlukan sumber dari CPU dan capaian internet yang lebih tinggi,hasil keputusannya anggaran kaitan halaman yang dicari lebih tepat dan lebih pantas.

Page kemudiannya membina laman sesawang yang diberi nama PageRank yang bertujuan menukarkan data yang dikumpulkan oleh BackRub.PageRank berfungsi dengan memberikan nilai angka kepada setiap halaman berdasarkan jumlah pautan yang ada dan berapa kali jumlah halaman tersebut dihubungkan.




BackRub Dikembangkan

Pada peringkat awal kemunculannya,BackRub menjadi pilihan utama bagi Unversiti Stanford dan orang awam.Page dan Brin kemudiannya berbincang untuk mengubah nama "BackRub!" kepada nama yang lebih efisien dan fleksibel serta mudah diingati.Maka,wujudlah nama "Google".

Pada asalnya nama "Google" berasal dari kesilapan ejaan "Googol" yang diwakili oleh nombor satu (1) diikuti oleh beratus-ratus angka.Page dan Brin kemudiannya menulis kertas kerja asalnya di PageRank berbunyi "Kami memilih nama "Google" kerana ia adalah ejaan umum googol,atau 10100 dan sangat sesuai dengan matlamat kami untuk membina enjin carian yang besar".

Oleh kerana Google terlalu popular pada ketika,terdapat gangguan pada jaluran internet di Stanford tetapi diendahkan oleh pengguna.Nampak tak betapa famousnya Google ketika itu.





Sejak terlahirnya Google,ia mula berkembang dan mula menarik ramai pengguna termasuk pelabur-pelabur di Silicon Valley.Andy Bechtolsheim,pengasas kepada syarikat Sun Microsystem telah membuka cek bernilai USD100,000 kepada Google untuk digunakan sebagai pemindahan makmal Google daripada bilik Page di Stanford kepada rumah yang berada diluar kampus.

Tetapi sayangnya,cek itu ditulis ke atas nama Google dan bukan atas nama Page.Ketika itu nama "Google" masih belum didaftarkan lagi.

Mereka tidak memiliki wang ketika itu.Oleh kerana itu Google dilancarkan di pejabat berlokasi di makmal sains dan beroperasi di bilik Page di Stanford.

Pada 4 September 1998,jenama Google telah didaftarkan dan berpangkalan di sebuah garaj di pinggir bandar Menlo Park,California.




Semasa Google belum didaftarkan , semuanya masih baru bermula dan ia memerlukan kos yang sangat tinggi dan perlu mengumpul dana untuk membina jenama "Google" serta membolehkan cek daripada Sun Microsystem ditunaikan.

Ketika masih di Stanford,Page dan Brin banyak membuat permohonan rayuan di jabatan-jabatan lain untuk mendapatkan komponen-komponen komputer untuk memberikan operasi Google lebih baik.Bukan itu sahaja,mereka juga turut membuat rayuan untuk meminta komputer dan pacuan cakera keras (Hard Disk Drive) yang rosak dan tidak digunakan lagi di sekitar kampus.Gigih betul usaha mereka.

Lalu Brin membina perisian yang membolehkan cakera itu dibaiki dan boleh digunakan semula untuk dijadikan pangkalan data PageRank yang sentiasa sibuk jaluran internetnya dan semakin bertambah.

Walau bagaimanapun,selepas keluar dari Stanford,mereka tidak boleh lagi membuat rayuan seperti sebelum ini.Google kemudiannya menggunakan Linux yang dipasang pada rak server buatan mereka sendiri.Ketika itu,rak server buatan mereka sendiri tidak diatur dengan baik.Kabel bersilang-silang dan stack servernya juga macam kukuh tak kukuh jer.





Kegemilangan Google menjadi semakin hebat.Dengan kepakaran Page dan Brin,Google menjadi semakin gah membangun dan mula mencabar.Pada 1999,sebanyak 500,000 carian dikendalikan oleh Google setiap hari.Dan Google mula menarik ramai pelabur-pelabur dan menerima USD25 juta sebagai pelaburan baru dalam mengembangkan Google.

Pada 26 Jun 2000, beberapa pengumuman dibuat oleh Google iaitu Google telah menjadi salah satu enjin carian yang terbesar di dunia dari segi capaian index halamannya.Google mengalahkan pesaingnya ketika itu iaitu Lycros,Altavista dan HotBot."Spider" Google semakin lama bersarang di dalam pangkalan data PageRank dan ianya semakin bertambah.Hal ini memberikan Google hasil carian yang semakin baik.

Yang keduanya ialah portal utama yang pertamanya beralih daripada enjin carian sendiri kepada enjin carian Google adalah Yahoo!.

Yahoo! telah mengakui bahawa Yahoo! tidak mampu bersaing dengan Google yang memberikan hasil carian yang begitu hebat.Malah,Yahoo! juga menyedari kehebatan Google akan meragut kesemua pengguna Yahoo! untuk beralih kepada Google.

Namun,setelah dua (2) tahun beroperasi secara rasmi,Google telah mengalahkan Yahoo! dalam percaturannya sendiri.Hal ini kerana sistem Yahoo! ketika itu tidak dikemas kini mengikut arus peredaran zaman manakala Google semakin maju ke hadapan.




Disebalik nama gah "Google" ketika ini sehinggakan ianya digantikan istilah kamus kepada "Google",terdapatnya kisah-kisah yang mengagumkan dan mendatangkan ispirasi kepada mereka yang mahu berjaya.Tiada benda yang lahir-lahir terus hebat.Semuanya bermula dari bawah hingga menjadi gemilang.


Kredit :





Hujan Emas : Kisah sejarah terbinanya empire Google ini boleh dijadikan sumber inspirasi kepada mereka yang betul-betul mahu berjaya.Tak rasa sakit,tak akan berjaya.Peritnya semasa mahu membangun tetapi manisnya setelah berjaya.Bagi yang malas?Pergi tidur dan harapkan kejayaan jatuh dari langit tiba-tiba (Dalam mimpi).

0 comments: