Qi Wireless (Pengecas Tanpa Wayar)



Apabila bateri phone anda telah kehabisan atau hampir habis,pasti kita menyelongkar habis dekat mana kita letak charger phone kita.Jangan sampai habis bateri.Bini call tak dapat jenuh nak menjawab semua soalan-soalan dari dia.

Pokok pangkalnya adalah pengecas telefon bimbit (Phone Charger).Dengan arus zaman yang semakin maju ke depan,teknologi juga tidak ketinggalan untuk mengemas kini peranti masing-masing supaya lebih canggih.Ingat phone je yang semakin canggih.Dengan charger pun semakin canggih sehingga anda boleh mengecas phone anda tanpa wayar.Ini adalah QI Wireless Charger.

Apa Itu QI Wireless Charger?

Qi (perkataan Cina untuk "aliran tenaga", seperti "chii" seperti menyebut perkataan "Cheese") adalah piawaian teknologi untuk mengecas tanpa wayar peranti yang dikendalikan oleh bateri seperti telefon bimbit, iPod, pemain MP3 dan kamera.

Perpindahan kuasa tanpa wayar berlaku melalui tindak balas elektromagnetik. Dengan induktif mengecas kuasa yang diperlukan dengan kepada peranti tidak melalui kabel tradisional tetapi secara wayarles melalui penggunaan medan elektromagnetik.

Prinsipnya sangat mudah: Qi Sender (Stesen Pengecasan) memindahkan tenaga yang diperlukan kepada penerima Qi (telefon bimbit).




Aturannya juga begitu mudah.Tapak platform yang besar itu adalah Qi Sender.Tugasnya adalah untuk menghantar electromagnet kepada Qi Receiver.

Qi Receiver pula lebih kecil dan akan dipasang pada telefon bimbit.Terdapat wayar yang akan disambungkan kepada port charger telefon bimbit.Dan apabila pengguna mahu menggunakannya,pengguna perlu hidupkan suis Qi Sender dan letakkan telefon bimbit yang sudah dipasang Qi Receiver itu diatas Qi Sender.Telefon bimbit anda akan terus dicas tanpa sebarang sambungan wayar pada peranti Qi Sender.

Ya.Tanpa sebarang sambungan wayar.Tapi perlu diingatkan,harganya juga bukan sebarangan.



QI Wireless ini didatangkan dalam pelbagai model mengikut spesifikasi phone anda.Port charger pada phone anda juga berbezakan?Begitu juga dengan model Qi Wireless Charger ini.

Qi Sender nya mungkin sama untuk semua model,tetapi Qi Receiver nya berbeza mengikut model phone anda.



Bagaimana Qi Wireless Berfungsi?


Pengecasan Tanpa Wayar ini bukanlah satu produk yang baru.Sedangkan berus gigi elektrik juga sudah menggunakan teknologi bateri sejak bertahun-tahun.

Qi Wireless menggunakan medan elektromagnet sebagai medium penghantar iaitu penghantar (Qi Sender Station) dan penerima (Qi Receiver).
Isyarat ujian akan dihantar terlebih dahulu kepada Qi Receiver untuk memeriksa kapasiti dan perubahan penerima sebagai maklumat.Ini membolehkan Qi Sender menghantar gelombang elektromagnet kepada Qi Receiver.

Qi Sender pula akan memproses maklumat daripada Qi Sender dan memeriksa keserasian piawaian Qi.Apabila kesemuanya selesai diproses dan disahkan,barulah pengecasan akan dilakukan oleh kedua-dua peranti Qi.



Semasa pengecasan sedang berjalan,kedua-dua peranti Qi Sender dan Qi Receiver tetap bersentuhan (Qi Receiver bertindih di atas Qi Sender) dan Qi Sender akan beralih kepada mod sedia apabila phone sudah selesai dicas sepenuhnya.Ia merupakan satu kelebihan asa yang ada pada peranti Qi ini.Hebat teknologi pengecasan tanpa wayar ni.Sampai charger phone pun dinaiktaraf sehingga ke tahap tak ada wayar.

Gegelung magnet yang ada di dalam kedua-dua peranti ini memainkan peranan yang sangat penting untuk menghantar dan menerima isyarat elektromagnet.Untuk mengelakkan gangguan medan elektromagnet,kebiasaannya phone yang sudah dipasang Qi Receiver di dalamnya akan diletakkan di atas Qi Sender.




Adakah Qi Wireless ini merbahaya?

Apa sahaja yang diciptakan oleh manusia sama ada lebih maju dari versi sebelumnya atau memperbaharui versi,ianya tetap ada kelemahan dan kelebihan tersendiri.

Ada banyak pendapat dari ahli sains dan pakar kesihatan.Ada sesetengah mengatakan dan sependapat mengesahkan jumlah radiasi elektromagnet yang kecil tidak merbahaya.
Dan ada juga berpendapat mengatakan walaupun jumlahnya kecil,ianya tetap merbahaya kerana ianya tetap satu radiasi walaupun radiasi elektromagnet yang kecil.

Kalau macam tu telefon bimbit yang kita gunakan sekarang juga adalah merbahaya kerana ia akan memancarkan gelombang untuk membuat panggilan,internet atau apa sahaja sambungan.Tetapi gelombang radiasinya adalah kecil sahaja.




Sekiranya kita perasan penggunaan berus gigi elektrik sebenarnya juga menggunakan konsep Qi Wireless Charger.Pernah nampak ke berus gigi elektrik ada port charger di mana-mana bahagian badan berus gigi tu?Tiada.Nak cas berus gigi elektrik,letakkan pada tempat yang port yang sudah disediakan.Nampak tak?

Berus gigi elektrik adalah produk yang mula-mula menggunakan konsep Qi Wireless Charger dan ia tidak mendatangkan sebarang mudarat kepada tubuh manusia setakat ini.

Radiasi elektromagnet hanya wujud dalam tempoh masa yang sangat singkat sahaja disekitar kawasan Qi Sender (Stesen Pengecas) dan hanya ada apabila Qi Receiver diletakkan berhampiran dengan Qi Sender.

Ditambah lagi keselamatannya apabila kedua-dua peranti itu menggunakan gegelung elektromagnet sebagai penghantar dan penerima.Maknanya kebocoran radiasi terserap pada manusia itu jauh dapat dikurangkan kerana adanya penghantar dan penerima radiasi gelombang elektromagnet.

Sekiranya salah satu peranti itu gagal berfungsi?Sekiranya salah satunya gagal berfungsi,pengecasan tidak akan berlaku dan tiada radiasi elektromagnet akan terhasil.



Apakah kelebihan dan kekurangan Qi Wireless Charger

Lumrah setiap apa jua ciptaan manusia.Pasti ada kekurangan dan kelebihan.Sedangkan pengecas konvensional yang selalu kita gunakan juga terdapat kelebihan dan kekurangan.

Kelebihan :

  • Anda tidak perlu bimbang tentang kebocoran kuasa elektrik seperti renjatan elektrik.Tak perlu risau tentang litar pintas kerana peranti anda dicas menggunakan gelombang elektromagnet.
  • Tak perlu bimbang charger anda retak atau cover charger pecah dan sebagainya kerana Qi Wireless ini sudah direka khas untuk tertutup rapat dan sukar untuk dibuka dan pecah.
  • Tak payah pening-pening nak cucuk wayar charger di peranti anda kerana sekiranya anda menggunakan Qi Wireless Charger,peranti anda sudah siap dipasang dengan Qi Receiver.Tinggal letak je atas Qi Sender Station.Peranti anda akan segera dicas.Lagi-lagi kalau malam gelap.Mana pulak nak cari port lubang charger di peranti anda.Gelap.Mana nampak.
  • Tiada tetapan pada peranti anda untuk pemasangan (installation).Kebanyakan Qi Wireless ini adalah pasang dan guna (Plug and Play).Kalau ada pun,tak ada lah sampai rumit sangat.Tetapan biasa je.


Kekurangan :

  • Sekiranya penggunaan terlalu lama dan kerap dalam sehari,peranti anda mudah menjadi panas.Silap-silap dengan Qi Sender pun akan jadi panas.
  • Harganya pun boleh tahan.Mungkin sehingga tiga (3) atau empat (4) kali ganda dari harga charger konvesional yang biasa kita pakai.Tambahan pula,Qi Sender dan Qi Receiver ni kebiasaannya dijual secara berasingan.
  • Kebarangkalian masa pengecasan akan menjadi lebih lama berbanding masa pengecasan menggunakan charger konvesional.Ini kerana gelombang kuasa dihantar melalui gegelung elektromagnet sebagai medium berbanding charger konvesional yang menggunakan sambungan terus (Direct Power) kepada peranti.Bergantung juga pada ketebalan gegelung elektromagnet.
  • Sekiranya peranti anda sedang dicas menggunakan Qi Wireless,anda tidak boleh mengangkat peranti anda dan tidak boleh bergerak bebas.Ini menyebabkan sambungan gelombang elektromagnet akan terputus dan proses pengecasan akan gagal dan dihentikan.
  • Untuk Qi Wireless Charger,tiada spesifikasi khas untuk peranti anda akan dipaparkan.Maknanya anda berkemungkinan akan keliru spesifikasi Qi Wireless yang manakah yang sesuai untuk peranti anda.





Tidak kiralah apa anda menggunakan peranti pengecas yang mana sekali pun,ianya tetap ada kebaikan dan keburukan masing-masing.Oleh kerana ianya adalah teknologi,jadi kita tak perlu bimbang kerana teknologi akan terus berkembang dari semasa ke semasa.

Jadi,siapa tahu akan datang ada peranti pengecas yang lebih canggih akan diperkenalkan dan lebih selamat.Manalah tahu akan datang ada peranti yang cuma perlukan anda merenung marah pada phone sebab bateri nak habis,phone anda akan mengecas sendiri menggunakan solar.Siapa tahukan?Tahu pulak phone ni takut kena marah.


Kredit :



Hujan Emas : Zaman semakin canggih.Teknologi semakin berkembang sampaikan charger pun dikembangkan kecanggihannya.Jadi alasan bateri habis tu dah tak releven lagi untuk zaman sekarang ni memandangkan power bank pun dah ada.Apatah lagi kalau bini call tak geti nak angkat.Alasannya bateri nak habis.Tak boleh angkat call.Sungguh tak releven.


0 comments: