Esna Venere Kereta Sport Pertama Malaysia?



Bila berbicara tentang sport car,macam-macam model yang hebat sentiasa kita ingat seperti Ferrari,Lamborghini,Bugati Veyron,Pagani dan macam-macam lagi.

Pernah tak tertanya,kenapa Malaysia tak buat sport car?Jawapan sebenarnya ada tetapi ada kisah disebalik rekaan sport car Malaysia pertama,Esna Venere.
Kalau dah namanya sport car,semestinya kemampuan kereta tersebut bukanlah calang-calang dan bukanlah dalam skop standard yang sama dengan kereta domestik yang biasa kita guna.
Semestinya ada penambahbaikan dalam pelbagai aspek dan spesifikasi.


Esnasports Sdn Bhd sebagai pelopor 




Pada tahun 2005,sebuah prototype sport car yang dihasilkan oleh Esnasport Sdn Bhd mendapat perhatian.Prototype yang diberi nama Esna Venere.

Mengikut perangkaan,model ini memang akan dikeluarkan dan akan dijual.Kenyataan ini disampaikan oleh mastermind Esnasports Sdn Bhd , Esmail Naziadin.

Esnasports merancang untuk meletakkan kenderaan ini di Geneva Motor Show pada tahun 2006 untuk mengetengahkan lagi kemampuan sport car Malaysia ini.Turut tidak ketinggalan,Esnasports ingin mengambil bahagian di dalam Le Mans 24 Hours Endurance Race pada tahun yang sama.

Difahamkan,kenderaan ini akan dihasilkan dalam jumlah yang terhad iaitu 150 unitu sahaja dan 20 unit telah ditempah.Lingkungan harganya ialah sekitar RM500,000 hingga RM800,000 seunit ketika itu.

Mengikut perancangan Esnasports,kenderaan itu sepatutnya berada dipasaran pada tahun 2006 untuk pelancarannya tetapi kenderaan ini tidak pernah dikeluarkan ataupun dilancarkan.Ini disebabkan ketua projek atau mastermind kenderaan ini,Esmail Naziadin meninggal dunia ketika kenderaan ini masih didalam pembinaan.Oleh itu,projek mega yang sepatutnya melakar nama Malaysia sebagai salah satu negara pengeluar jentera sport car terbengkalai dan projek Esna Venere terkubur begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang menyambung legasinya.




Difahamkan spesifikasi kenderaan ini mempunyai potensi besar untuk bersaing dengan jenama-jenama sport car diperingkat antarabangsa seperti Ferrari,Lamborghini dan lain-lain.Ringkasan spesifikasi kenderaan ini didatangkan dengan kemampuan enjin 3.0L berkuasa 300 hingga 350hp dan boleh mencapai kelajuan sehingga 300Km/J.Binaan badan jentera Esna Venere diperbuat daripada carbon fibre , besi aloi dan aluminium.Kerana itulah berat jentera ini dibawah 1,080 kg.Kira ringan jugak tu.

Gambar kenderaan ini sebenarnya tidak banyak diperolehi untuk tatapan umum.Admin sendiri pun terjumpa di laman Autoworld.com dan beberapa laman lain.





Spesifikasi Esna Venere

Spesifikasi enjin Esna Venere ni boleh buat kita menangis yang dilengkapi enjin supercharged enam silinder 3.0L yang mempunyai teknologi yang maju dan dilengkapi suspensi double wishbone membuatkan pemanduan lebih stabil dan cekap.Kemampuan enjinnya mampu mencapai sehingga 300Km/J.

Kedudukan enjin yang rendah dan pacuan tayar belakang membuatkan jentera ini lebih efektif apabila meluncur diatas jalan raya dan semestinya keseimbangan yang terbaik.

Esna Venere telah direka bentuk dengan elegan dan lebih sport.Rekaan bahagian depannya menyerupai sport car dari tahun 1930-an dengan bonet dan roda yang panjang dan rekaan melengkung ke tepi berbentuk V pada bumper.Headlamp diletakkan pada fender depan dan lubang angin terletak di sebelah bawahnya.

Bahagian tepinya pula terlihat ciri-ciri sport dengan rekaan aerodinamik.Pada kawasan cerminnya kelihatan mendatar untuk mengurangkan rintangan angin.Bumbungnya juga diperbuat daripada carbon fibre yang tidak dicat bagi menampakkan bumbung dan cermin hadapan kelihatan bersambung malahan mengurangkan rintangan angin ketika memecut.

Jentera ini didatangkan dengan gearbox manual dengan enam (6) kelajuan dan automatik enam (6) kelajuan.Ini bertujuan bagi pemandu memilih mod yang mana ingin digunakan mengikut keselesaan pemandu.





Esna Venere merupakan salah satu projek besar Malaysia dalam mengeluarkan jentera hebat tetapi malangnya selepas Esmail meninggal dunia tiada siapa yang menyambung legasi dan projeknya sehingga kini.

Projek ini juga dilihatkan sebagai berpotensi untuk meletakkan nama Malaysia sebagai salah satu pengeluar sport car bersaing dengan jenama-jenama yang sedia ada kita kenali.


Kredit :





Hujan Emas : Jentera hebat Malaysia ini boleh dikatakan hampir semua masyarakat tidak mengetahui tentang kewujudannya.Admin sendiri pun baru tau masa ni.Ini melambangkan kemegahan Esnasports Sdn Bhd dalam mencipta jentera hebat yang setaraf dengan antarabangsa.Jadi,apa lambang kemegahan yang kita cipta?Tak ada?hhmmm..

0 comments: