Hijabista lebih sinonim pada sifat feminin yang kelihatannya lebih anggun dan tidak ketinggalan dalam perkembangan fesyen.
Bagi wanita yang bertudung ianya tidak terkecuali daripada menggayakan pelbagai jenis fesyen mengikut corak arus zaman tetapi apa yang perlu dititik beratkan adalah tipsnya.
Keanggunan seseorang wanita itu bukanlah tertakluk kepada paras rupanya sahaja malahan gaya fesyen juga turut memainkan peranan yang sangat penting.
Salah satu daripada aksesori Hijabista adalah seperti topi.Topi begitu sinonim dengan gaya yang santai dan 'sporty' malah topi juga ibarat aksesori penting yang perlu ada didalam koleksi penggemar fesyen.
Jangan sangkakan topi adalah untuk lelaki sahaja tetapi aksesori topi merupakan elemen yang cukup universal dan boleh digayakan oleh semua termasuk golongan Hijabista.
Tidak akan timbul perasaan janggal sekiranya topi dipadankan dengan sesuai bersama tudung dan 'outfit' yang dipakai.
Jadi tak perlu takut untuk menggayakan topi bersama tudung kerana padanan ini begitu sesuai lebih-lebih lagi mahu kelihatan bergaya tetapi masih kelihatan anggun serta kelihatan muslimah.
Topi sebagai elemen
Sekiranya seorang wanita memilih untuk bertopi dipadankan bersama tudung tidak menjadi masalah tetapi harus menitik beratkan tentang lima (5) perkara ini :
Warna
Untuk 'bermain selamat' atau 'play safe' , pakai tudung berwarna hitam atau putih yang lebih mudah disesuaikan dengan pelbagai jenis topi.
Paling tidak pun , pilih warna yang senada atau kontra tetapi masih kelihatan sesuai seperti merah dan hitam.
Paling penting,jangan pilih warna sebarangan melainkan jika niat hati mahu tampil kelihatan berbeza.
Gaya Tudung
Dengan penampilan gaya yang ringkas tanpa banyak lilitan sudah memadai.Dengan adanya aksesori topi sebagai pelengkap ianya akan menjadi fesyen lebih 'crowded' sekiranya dipadankan dengan lilitan tudung yang banyak.
Elakkan memakai topi bersama turban kerana ini akan mengakibatkan imej ilusi pandangan orang yang melihatkan kepala anda kelihatan lebih besar.
Jika kurang pasti penggayaannya,cari sahaja di internet dan majalah fesyen muslimah untuk dijadikan sebagai bahan rujukan.
Material Tudung
Seeloknya gunakan tudung dengan material sifon yang lebih sesuai untuk digayakan bersama topi.Jenis tudung itu tidak panas malah lebih selesa untuk di gadis terutama terdedah di luar sepanjang hari.
Bukan sahaja kelihatan bergaya malah keselesaan juga perlu dititik beratkan.Kalau dah tak selesa hilang seri anggun nanti.
Pakaian
Padanan pakaian yang sesuai menampakkan lagi gaya minimalis dan feminin untuk mereka yang mahu menggayakan tudung bersama topi.
Elemen ini sangat penting supaya anda tidak kelihatan keterlaluan.Sekiranya tona topi berona pastel , cuba padankan dengan pakaian berwarna terang.
Begitu juga dengan topi berona gelap yang amat sesuai dengan padanan warna pakaian yang lembut.Ini akan menghasilkan padanan warna yang seimbang.
Jenis Topi
Topi jenis bulat yang lebar begitu sesuai digayakan bagi golongan berhijab malahan ia menjadikan si pemakainya kelihatan comel dan sofistikated.
Topi dengan diameter yang lebar juga menjadikan bentuk muka si pemakai kelihatan lebih kecil dan comel selain melindungi dari sinaran matahari.
Namun kesesuaian persekitaran juga perlu diambil kira.Topi jenis ini sangat sesuai dipakai ketika melancong dan bersiar-siar di pantai.
Tips Hijabista
Bukan sahaja dari segi aksesori malahan gaya juga memainkan peranan yang sangat penting dalam penggayaan fesyen Hijabista.Jika kena pada caranya,pastinya si pemakai akan kelihatan lebih anggun.
Hujan Emas membawakan beberapa tips yang boleh diguna pakai oleh si gadis Hijabista.
'Shawl' dengan lilitan yang bersahaja
Selendang atau 'shawl' boleh dipakai oleh Hijabista untuk menaikkan seri pada penggayaan tetapi anda perlu pandai melilit tudung.Tidak perlu nampak rapi dan ketat.Sebenarnya lagi longgar lagi cantik.
Asalkan anda memakai anak tudung atau inner di dalam.Kemudian sarungkan sahaja tudung di atas kepala sambil penghujung tudung diselempangkan rapi keliling leher.
Nak selamat,cucuk pin di kiri dan kanan sisi kepala supaya 'shawl' tidak terlorot dan akan terletak tetap.
Sebaiknya,material 'shawl' berasaskan kain licin seperti 'satin'.Nampak kelihatan ekslusif.
Kaca Mata Hitam
Padanan kaca mata hitam juga menampakkan anda lebih sofisikated dan ekslusif.Penggunaan kaca mata hitam atau 'shade' juga turut boleh dijadikan elemen aksesori OOTD (Outfit Of The Day)
Beg Tangan
Beg tangan memang sudah menjadi aksesori wajib bagi si gadis walau kemana sahaja.Tidak perlu mahal tetapi cukup sekadar padanan dengan gaya dan pemakaian.Oleh kerana itu beg tangan bagi seorang wanita yang mengutamakan gaya dan fesyen lebih dari satu (1) dalam koleksi.
Tidak menjadi masalah jika anda mahu menggayakan jenama beg tangan yang mahal dan semestinya menjanjikan gaya yang lebih anggun ditambah dengan kualitinya tersendiri seperti Hermes , Prada , Fendi , Dior , Givenchy , Chanel , Louis Vuitton dan banyak lagi.
Kasut
Elemen kasut menjadi satu platform fesyen yang paling utama.Pemilihan kasut dan warna yang tepat memberikan anda satu seri keanggunan.Sekiranya saiz badan si pemakai lebih kepada saiz 'petite' , mungkin pemilihan kasut jenis 'Stiletto' dan 'Platform' lebih sesuai untuk menampakkan ciri feminin dan bergaya.Pilih jenis kasut dengan teliti dari semua sudut termasuklah ciri keselesaan.Jangan nanti dah bergaya itu memang ada,tak pasal-pasal terjelepok atau kaki melecet.Kan susah tu.
Cuba Gayakan Corak Bold seperti Floral dan Motif Kerawang
Si gadis begitu familiar dengan bunga dan flora.Jadi cuba anda sarungkan padanan pakaian dengan corak yang 'bold' dan floral.Pasti kelihatan feminin terutama pada padanan warna yang sesuai dengan warna kulit.
Pemilihan yang tepat akan menampakkan lagi ciri keanggunan yang menawan.
Apa-apa pun,pemilihan yang tepat dan bersesuaian perlu dititik beratkan dalam gaya Hijabista termasuklah aksesori-aksesori tambahan.Jangan kelihatan keterlaluan.Hilang seri,timbul 'crowded'.Paling penting,keselesaan diutamakan.
Kredit :
- https://www.hmetro.com.my/geny/2017/09/266114/penyeri-gaya-hijabista
- http://www.hijabista.com.my/tutorial-4-cara-gayakan-hijab-bercorak-dan-tips-padanan-1.600875
- https://www.wanista.com/2016/101685/panduan-fesyen-101-jom-bergaya-ikut-cara-hijabista-vivy-yusof/
0 comments:
Post a Comment