Apabila sebut mengenai sukan,pastinya kita akan membayangkan pelbagai aktiviti sama ada outdoor atau indoor seperti bola sepak , sepak takraw , badminton dan sebagainya.
Tetapi tahukah anda pada masa kini,permainan video juga dianggap sebagai satu sukan?
Ia dipanggil sebagai e-Sport.Satu sukan permainan berbentuk digital dan permainan video.
e-Sport juga dikenali sebagai electronic sport , esport , e-sport , competitive gaming , professional gaming atau pro gaming.Permainan sukan e-sport ini adalah dalam berbentuk digital yang diselenggara oleh sistem elektronik komputer terutama permainan video.Konsepnya tetap sama iaitu mempunyai pemain dan pasukan di dalam sesebuah permainan yang telah ditetapkan.
Pada 7 Oktober 2017,Hujan Emas ada menerbitkan artikel berkaitan permainan video terbaik pada September.Artikel berkenaan kita kisarkan tentang ranking game terbaik dan kali ini kita kisarkan berkenaan dengan game juga tetapi bezanya game ini dimainkan ke peringkat antarabangsa.
Kebiasaannya,e-sport ini diorganisasikan oleh sebuah pertubuhan atau perkumpulan yang menganjurkan permainan tersebut ke tahap permainan online.Apa yang menariknya adalah permainan ini adalah secara besar-besaran dan secara berkumpulan (Multiplayer) sehingga ke peringkat antarabangsa.
Permainan e-sport ini dilangsungkan pertama kali di Stanford University pada 19 Oktober 1972 untuk permainan Spacewar.Pemainnya terdiri daripada pelajar universiti itu sendiri dan terus dikembangkan sehingga ke hari ini menjadikan e-sport adalah perlawanan digital di peringkat antarabangsa.Selain itu,permainan Pacman dan Donkey Kong juga turut mengungguli perlawanan tersebut.Memang kita familiar dengan permainan arcade ni.
Contohnya,kita biasanya bermain bola sepak di atas padang sama ada perlawanan kecil-kecilan atau besar-besaran.Lengkap dengan pemainnya,pengadil,penyokong,rakaman live dan pengulas sukan.
Tetapi dalam konsep e-sport,permainannya masih sama iaitu bola sepak tetapi permainannya adalah di dalam bentuk digital dan permainan video seperti FIFA , PES dan lain-lain.
Permainan e-sport diperingkat antarabangsa bukan sahaja merangkumi permainan sukan bola sepak sahaja tetapi melibatkan kesemua genre permainan seperti permainan kombat dan permainan arcade.
Pada tahun 2013,lebih daripada 71.5 milion penonton antarabangsa menyaksikan perlawanan e-sport ini sama ada secara langsung atau streaming online yang popular iaitu di Twitch TV.Mengikut statistik,seramai 85% adalah pemain lelaki dan 15% disertai oleh pemain wanita memeriahkan lagi perlawanan e-sport.
Arena perlawanan multiplayer kebiasaannya menyediakan permainan yang cukup popular dikalangan pemain seperti Dota 2 , League of Legend , Counter Strike , Global Effensive , Smite , Starcraft II , Call Of Duty , Heroes of Storm , Overwatch dan lain-lain.
Perlawanan e-sport adalah sama seperti perlawanan atau event konvesional yang lain iaitu mempunyai penonton atau live audience.E-sport juga mengambil beberapa format perlawanan yang telah ditetapkan oleh penganjur seperti peringkat saringan , separuh akhir dan akhir sama ada perlawanan individu atau berkumpulan.
Walaupun pemain sekadar bermain di komputer di dalam sebuah stadium yang besar dengan jumlah penonton yang begitu ramai tetapi masih ada pengadil yang berada di belakang setiap pemain untuk melihat dan mengadili permainan secara bersih.Ini bermakna walaupun pemain bermain perlawanan di komputer , pengadil masih dapat menangkap sekiranya ada pemain yang menipu seperti memasukkan 'cheat'.Itu adalah dilarang.
Apa yang menariknya ialah hadiah utamanya boleh mencecah ribuan USD setahun.Pada 10 September 2016 , permainan DOTA 2 memiliki hadiah utama sekitar 86 million USD dengan pendaftaran 23 orang pemain.Permainan League of Legend pula memiliki hadiah utama sekitar 30 million USD.Banyak tu.
Bukan itu sahaja,penganjur permainan e-sport turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti perlawanan konvesional yang lain seperti komputer , minuman tenaga dan aplikasi dengan spesifikasi yang begitu tinggi.Setiap komputer akan disambungkan secara live dengan internet atau LAN untuk bermain secara online.Sama macam kita pergi cyber cafe dan bermain game online tetapi bezanya untuk e-sport ianya sebuah pertandingan dan perlawanan di dalam stadium lengkap dengan segala kelengkapan,penonton dan pengadil.
Di dalam peringkat ini,pemain professional atau pro gamers kebiasaannya akan dilatih dan ditunjuk ajar oleh beberapa kumpulan pencipta permainan (Game Developer) dan pasukan pemain professional seperti OpTic Gaming , Evil Geniuses , Team Solomid , eRa Eternity , Cloud9 , Fnatic , Mineski , Counter Logic Gaming , SK Telecom T1 , Splyce , Team EnVy Us dan Natus Vincere.
e-Sport juga mempunyai terma dan syarat seperti perlawanan sukan konvesional termasuklah ujian air kencing , alkohol dan ujian dadah.
Kebanyakan perlawanan e-sport ini disiarkan secara langsung sama ada penonton boleh datang ke stadium yang dikhaskan atau menonton secara langsung atau online streaming di internet.Selain daripada Twitch TV,terdapat juga beberapa laman yang menyediakan siaran langsung perlawanan e-sport seperti SmashCast dan YouTube Gaming.Disini siaran perlawanan secara langsung boleh didapati.
Perlawanan e-sport ini memang sudah sinonim di luar negara dan menjadikannya sehingga ke peringkat antarabangsa.Malaysia juga tidak terkecuali dalam mengambil bahagian di dalam sukan digital ini.Mungkin masih diperingkat permulaan tetapi siapa tahu ia akan menjadi besar dan tersebar luas satu hari nanti.
Kredit :
0 comments:
Post a Comment