ASUS - Pengeluar Produk Elektronik Terbesar?


Ramai dikalangan antara pengguna amat 'familiar' dengan jenama ASUS ini sama ada komputer , telefon pintar atau apa-apa produk teknologi lain daripada jenama ini.

Namun tahukah anda jenama ASUS ini juga merupakan salah satu pengeluar produk elektronik terbesar di dunia?
Pada 27 Oktober yang lalu,Hujan Emas telah menerbitkan artikel berkaitan dengan Huawei.Namun kali ini kita bercerita tentang pesaing hebatnya iaitu ASUS.

Asus atau nama penuh syarikatnya Asus Tek Computer Inc. atau lebih dikenali sebagai ASUSTeK dan ASUS.Asus merupakan jenama daripada Taiwan iaitu syarikat komputer multinasional dan perkakas telefon serta syarikat elektronik yang beroperasi di Daerah Beitou , Taipei , Taiwan.

Asus juga merupakan satu syarikat pengeluar bagi produk elektronik seperti komputer , komputer riba , netbook , kad grafik , storan optikal , produk multimedia , server , perkakasan elektronik pejabat , komputer Tablet dan perkasasan elektronik mudah alih.Bukan itu sahaja,Asus juga dinobatkan sebagai pengeluar peralatan elektronik asas (Original Equipment Manufacturer , OEM)

Pada tahun 2015,Asus pernah dinobatkan sebagai pengeluar PC ke-4 terbesar di dunia dan ketika itu memiliki jumlah jualan ke-4 tertinggi.Pada tahun 2008 sebelumnya,Asus pernah muncul pada rancangan "BusinessWeek's" , 'Info Tech 100" dan "Asia's Top 10 IT Companies" serta menduduki tangga pertama di dalam kategori IT Hardware di Taiwan.


Secara asasnya,nama Asus ini kebiasaannya di rujuk sebagai "Asus" atau "Huashuo" di dalam bahasa China.Menurut daripada laman web rasmi Asus,nama "Asus" itu sendiri diambil daripada "Pegasus" iaitu seekor haiwan kuda berkepak yang merupakan salah satu daripada haiwan mitos Greek.Walaubagaimanapun,huruf yang diambil hanya empat (4) huruf terakhir sahaja bagi bertujuan memudahkan enjin carian seperti Google Search mencari nama Asus.


Slogan Asus

Slogan merupakan salah satu daripada elemen penting bagi sesebuah syarikat bagi menetapkan matlamat syarikat.

Pada ketika ini,Asus telah menukar slogan syarikatnya sebanyak tiga (3) kali sehingga sekarang.

Pada asalnya,Asus menggunakan slogan "Rock Solid. Heart Touching" pada tahun 2003 hingga 2009.Manakala Asus mengubah lagi slogannya kepada "Inspiring Innovation. Persistent Perfection" pada tahun 2009 hingga 2013.Dan slogan terakhir yang digunakan ialah " In Search of Incredible" terus digunakan sehingga sekarang.






Sejarah Bermulanya ASUS dan Pencapaiannya


Asus bermula di Taipei pada tahun 1989 yang diasaskan oleh T.H. Tung , Ted Hsu , Wayne Hsieh dan M.T Liao.

Keempat-empat pengasas Asus ini penah bekerja di syarikat yang sama sebelumnya iaitu syarikat Acer sebagai jurutera perkasasan elektronik.Pada ketika itu,Taiwan masih belum mencapai ke tahap sebagai pengeluar produk elektronik yang utama.

Pada ketika itu,Intel Corporation yang menjadi pengeluar utama bagi prosessor baru yang disalurkan kepada IBM.

Sedikit demi sedikit Asus mula menempatkan namanya.Asus mula mencipta prototaip pada papan elektronik utama yang menggunakan Intel 486 lalu Asus meminta kepada Intel untuk menguji prosessor prototaip Asus tersebut.Malangnya,Intel juga turut mengalami masalah pada papan elektronik utama keluaran Intel dan tidak dapat menguji prototaip daripada Asus.

Asus mula mengambil peluang.Asus membantu Intel menyelesaikan masalah papan elektronik utama Intel dan secara tidak langsung,Asus berjaya menimba pengalamannya sehingga dapat membina papan elektronik utamanya sendiri.

Papan elektronik utama Asus beroperasi dengan baik tanpa sebarang pengubahsuaian.Bermula daripada itu,Asus menerima sampel daripada Intel untuk dilakukan apa-apa pengubahsuaian dan penambahbaikan pada perkakas elektronik Intel.

Tidak berhenti disitu.Pada tahun 2005,Asus melancarkan PhysX Accelerator Card yang pertama dan pada Desember 2005,Asus menaruhkan produk LCD TV keluarannya dipasaran dengan menggunakan model TLW32001.Pada Januari 2006,Asus mengumumkan bahawa Asus akan bekerjasama dengan Lamborghini untuk membina siri VX.

Pada 9 Mac 2006,Asus mengesahkan telah menjadi pengeluar utama bagi model Microsoft Origami yang bekerjasama bersama Samsung dan Founder Technology.Dalam tahun yang sama,Asus juga mengumumkan akan bekerjasama bersama Gigabyte Technology.

Pada tahun 2010 pula,Asus melancarkan produk miliknya iaitu komputer riba notebook ternipis di dunia , Asus U36 yang dikuasakan dengan prosessor Intel penggunaan voltan standard iaitu Intel Core i3 dan i5 yang senipis 19mm.




Produk Asus

Produk daripada Asus merangkumi konsep 2 dalam 1 , komputer riba , komputer tablet , komputer , telefon pintar , Pembantu peribadi Digital (PDA) , server , screen komputer , papan litar elektronik utama , kad grafik , pemacu DVD , perkakasan network komputer , 'body' komputer , peralatan komputer dan sistem penyejukan komputer.

Selain itu,Asus turut melancarkan telefon pintar yang berasaskan sistem Android daripada Google yang kebanyakan menggunakan prosessor daripada Intel berbanding ARM dan didatangkan dengan dwi kad SIM.

Salah satu daripada model telefon pintar daripada Asus iaitu ZenFone memiliki jajahan pemasaran yang cukup luas seperti di negara India , China dan rantau Asia.Seperti model Asus v70 pula tidak menggunakan sistem operasi Android tetapi Asus membuat pembaharuan iaitu menggunakan sistem operasi Windows Mobile pada pertengahan tahun 2000.

Antara model ZenFone lain keluaran Asus adalah seperti ZenFone 4 , ZenFone 5 , ZenFone 6 , ZenFone C , ZenFone 2 Laser , ZenFone 3 dan banyak lagi.



Tidak cukup dengan model yang ada,Asus menambah lagi model telefon pintar miliknya dan kali ini dengan pembaharuan yang lebih menarik iaitu model peranti hybrid yang didatangkan dengan bentuk screen tablet.Model ini adalah siri PadFone seperti PadFone A66 , PadFone 2 , PadFone Infiniti , PadFone Infiniti Lite dan banyak lagi.

Kebanyakan model telefon pintar milik Asus dikuasakan dengan prosessor daripada Intel yang terdapat pada beberapa siri PadFone dan pada siri model ZenFone 2 pula terdapat beberapa model yang menggunakan prosessor Qualcomm Snapdragon.


Itu bagi model siri telefon pintar.Namun Asus tidak ketinggalan di dalam mengeluarkan produk lain seperti komputer riba , tablet , server , komputer , Digital Media Receiver , Sound Card , Screen Mudah Alih , perkakasan GPS dan banyak lagi produk daripada Asus yang dipertingkat kualitinya dari semasa ke semasa.


Selain mengeluarkan produk berkualiti tinggi di dalam kesemua model produk Asus,Asus juga turut memanipulasikan sistem yang ada di dalam komputer dengan menambahbaik fungsi dan sistemnya menjadi lebih tinggi sehingga munculnya keupayaan sistem komputer yang menyokong permainan video berspesifikasi tinggi.

Jenama "Republic of Gamers" merupakan satu jenama daripada Asus sejak daripada tahun 2006 lagi.Jenama khas ini menjanjikan model daripada Asus yang jauh lebih tinggi dari segi spesifikasinya seperti perkakasan komputer , sistem komputer , aksesori , jumlah memori , kad grafik , kad bunyi , papan litar eletronik utama dan prosessor.Kesemua perkakasan ini dinaiktaraf sehingga menjadi kepada peringkat terbaik untuk menyokong keupayaan hampir kesemua spesifikasi permainan video.



Di dalam kategori Republic of Gamers juga,Asus turut melibatkan kedua-dua spesifikasi komputer iaitu komputer dan komputer riba.Namun bagi jenama Republic of Gamers ini,Asus telah mengkhaskan model komputer riba tertentu yang menyokong spesifikasi Republic of Gamers seperti papan litar utama Asus ROG Crosshair V Formula-Z yang dinaiktaraf dan diimplankan ke dalam komputer riba model Asus ROG G751JY-DH71.







Kredit :


 Hujan Emas : Penguasaan Asus semakin di depan dan memonopoli pengeluaran perkasasan elektronik.Dengan menggunakan pengalaman yang ada,pengasas Asus berjaya mencipta jenamanya sendiri dan memanipulasi peluang dengan sebaiknya.

    0 comments: