Pada zaman terdesak seperti kala ini,kita sering dilanda masalah kewangan.Ada sesetengahnya pula sampai sanggup untuk meminjam demi menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi namun itu bukanlah jalan penyelesaian.
Masalah kewangan boleh dihadapi pada sesiapa sahaja sekiranya tidak diuruskan dengan baik.Ini adalah tiga (3) masalah dan kesilapan yang sering dilakukan oleh netizen yang mempunyai masalah kewangan.
Tidak Tahu Berapa Pendapatan Bersih
Masalah ini kebiasaannya terjadi pada mereka yang baru mula kerja.Apabila mendapat gaji,sudah terbayang apa yang dimahukan tanpa mengira-gira semula pendapatan bersih yang mereka bakal perolehi.
Ingat.Perlu diambil kira terlebih dahulu beberapa perkara sebelum kita membelanjakan baki keseluruhannya.
- Kos minyak / pengangkutan pergi dan balik
- Segala jenis hutang / pinjaman termasuk segala jenis bil
- Kos makan dan minum
Nampak mudah kan?Tetapi bayangkan perbelanjaan melebihi daripada apa yang kita perolehi.Confirm sakit kepala.
Buat kira-kira dahulu sebelum membelanjakan baki keseluruhannya.
Berbelanja mengikut nafsu
Tidak menjadi satu kesalahan sekiranya kita mahu berbelanja tetapu jangan terlalu ikutkan hawa nafsu kerana keinginan nafsu tidak akan pernah puas.Hujung-hujung kita yang merana.
Berbelanja dengan bijak dan mengikut kemampuan.Jangan terlebih belanja.Kenal pasti dahulu KEPERLUAN dan bukannya KEMAHUAN.Itu yang penting.
Ada baki lebih,barulah dapatkan apa yang kita mahu.
Kurang ilmu pengurusan kewangan
Tidak perlulah sambung belajar sampai ke PhD untuk menuntut ilmu kewangan.Sebenarnya ia bergantung kepada kita sendiri.Sekiranya ada masalah kewangan,kenal pasti dahulu daripada mana puncanya dan cuba selesaikan.Jangan ulangi kesilapan yang sama.
Jikalau sifat malas menguasai diri untuk cuba mengenal pasti kesilapan kita semasa berbelanja,semestinya pada bulan-bulan akan datang perkara yang sama pasti akan terjadi.Tetap mengalami masalah kewangan.
Tidak perlu sampai menyambung pengajian ke luar negara dan sebagainya.Zaman sekarang adalah zaman teknologi.Segalanya dihujung jari.Luangkan sedikit masa untuk belajar menguruskan kewangan melalui pelbagai media dan sumber.
Ada modal lebih sedikit,ambil kursus pengurusan kewangan yang banyak dianjurkan oleh organisasi.
Tiga (3) masalah ini sering terjadi pada sesiapa sahaja.Baik yang muda atau yang berusia.Sekiranya kurang pengetahuan kewangan,masalah ini boleh terjadi terutama pada zaman terdesak ketika ini.
Cara pengurusan kewangan juga merupakan salah satu ilmu yang tidak kurang pentingnya kerana dari situ kita dapat mengenal pasti daripada mana masalah kewangan kita berpunca.
Tips Mudah Menguruskan Kewangan
Bak kata orang tua-tua.Jangan segan bertanya.Tidak menjadi satu kesalahan besar sekiranya kita menuntut ilmu walaupun sedikit.Ilmu pengurusan kewangan semestinya menjadi satu perkara wajib yang perlu kita ketahui.
Hujan Emas membawakan beberapa tips mudah untuk menguruskan kewangan dengan bijak.
Simpan 10 hingga 15% daripada pendapatan bersih
Selepas kita sudah membuat kira-kira kesemua kos yang perlu,cuba asingkan 10 hingga 15% daripada baki pendapatan untuk simpanan.Ini bertujuan untuk kegunaan kecemasan pada masa akan datang.Malang tidak berbau.Tiada siapa yang tahu apa akan terjadi pada akan datang.
Buat akaun simpanan berasingan
Asingkan simpanan kita tadi ke dalam satu akaun khas untuk simpanan sahaja.Akaun ini digunakan untuk tujuan kecemasan sahaja.Paling baik,akaun simpanan ini tidak memiliki kad debit tetapi menggunakan buku simpanan untuk pengeluaran.Jadi kita pun tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan baki simpanan.
Simpan Resit
Kita menyimpan resit bukanlah untuk claim semula.Kita menyimpan kesemua jenis resit adalah bertujuan sebagai rujukan kita.Kita boleh mengetahui kemana segala perbelanjaan kita dihabiskan.Pada resit terdapat maklumat lengkap perbelanjaan kita seperti tarikh , catatan , jenis barang dan lain-lain.
Tetapi jangan simpan buat pekasam.Rasa-rasa dah boleh buang,buangkan saja resit-resit yang tidak digunakan lagi untuk rujukan.Ini bertujuan supaya resit baru dan resit lama tidak bercampur.Nanti hujung-hujung kita yang pening.
Utamakan Keperluan berbanding Kemahuan
Kenal pasti keperluan kita terlebih dahulu.Sekiranya ingin berbelanja,utamakan keperluan dahulu sebelum kemahuan.
Seperti contoh kita perlu membayar sewa rumah terlebih dahulu sebelum kita pergi makan di hotel 5 bintang.Terutamanya kos makanan di hotel 5 bintang sama nilai dengan sewa rumah.Sewa rumah adalah keperluan dan keluar makan di hotel 5 bintang adalah kemahuan.
Jadi belajar mengenal pasti keperluan dahulu sebelum kemahuan.
Cuba elakkan makan diluar
Tidak menjadi masalah kalau kita mahu makan diluar untuk sekali-sekala.Orang kata,sekali sekala tukar angin.Tetapi kalau dah hari-hari makan diluar,pendapatan kita memang tidak akan sampai sebulan.
Tahukah anda,sekiranya kita membeli bahan mentah dan dimasak sendiri dirumah boleh menjimatkan sehingga 30 hingga 40% baki pendapatan kita?
Sebagai contoh mudah kita minum air Nescafe ais di luar yang berharga RM2.50 berbanding kita buat sendiri dirumah.Satu paket besar Nescafe terdapat 30 paket dengan harga bawah RM20.00.Jadi,satu paket jatuh harga lebih kurang RM0.60.Kita minum diluar dengan harga RM2.50.Jauh bezanya tu.
Jangan sekali-kali gunakan Kad Kredit
Kad Kredit ini sememangnya perangkap terbesar bagi kita.Yang bahayanya kad kredit ini adalah kita rasa macam kita mempunyai banyak wang sedangkan apa yang kita belanjakan itu adalah hutang.Senang kata,kita menambah hutang.
Cuba elakkan daripada menggunakan kad kredit.Nak nampak stylo dan bergaya apabila membayar gunakan kad?Boleh.Gunakan kad debit sahaja.
Lebih baik nampak bergaya apabila membayar gunakan kad debit simpanan yang kita ada berbanding nampak bergaya apabila membayar gunakan kad hutang (kad kredit).
Catat aliran kewangan keluar dan masuk
Kalau dalam bab catatan ini biasanya serah pada isteri.Mereka lebih peka dan terperinci.Bagi yang bujang pula,tak salah gunakan smartphone masing-masing yang canggih untuk membuat catatan aliran kewangan keluar dan masuk.
Tidak perlu sampai nak buat lejar , buku kira-kira , penyata pendapatan atau apa-apa pun.Cukup sekadar kita tahu duit keluar dan masuk untuk sebulan.Sangat mudah tetapi memerlukan komitmen yang tinggi.
Paling kurang pun sebelum kita tidur,kita semak semula perbelanjaan kita seharian.Catatkan aliran kewangan tersebut.Baru kita nampak kemana wang kita dibelanjakan seharian.Cukup sebulan,dah boleh gabungkan kesemuanya dan buat kira-kira untuk sebulan.
Tujuannya mudah iaitu kita boleh mengenal pasti mana yang perlu dan mana yang tidak.Kita boleh berjimat disitu.
Bayar hutang terlebih dahulu
Segala macam jenis hutang adalah keperluan.Utamakan pembayaran hutang kita terlebih dahulu seperti yang telah kita nyatakan diatas.
Kumpulkan segala jenis hutang dan pembayaran.Selesaikan terlebih dahulu sebelum kita membelanjakan bakinya ditempat lain.Ini bertujuan untuk mengelakkan kita daripada terlebih guna baki pendapatan kita dan aset kita pun tidak akan tergadai.
Jangan menambah hutang
Bukan sahaja kad kredit termasuk di dalam kategori hutang.Terdapat banyak jenis hutang yang perlu kita elakkan.
Sebagai contoh kita membeli televisyen menggunakan AEON Kredit.Kita membayar bulan-bulan.Setiap pembelian secara hutang semestinya akan menambah beban hutang pada kita setiap bulan.Tak dibayar,barang kena ambil.Tidak menjadi kesalahan tunggu lama sedikit untuk mengumpul simpanan.Apabila sudah mencukupi,beli dengan kaedah tunai.Kita pun tidak terbeban hutang,barang hak milik kita 100%.
Gabung Pendapatan
Bagi mereka yang sudah berkahwin,jangan sombong dan ego.Memang benar duit suami adalah duit isteri dan duit isteri adalah duit isteri.Tetapi tidak menjadi masalah sekiranya si isteri membantu suami untuk mengukuhkan kewangan bersama.Hidup bersama,senang bersama,susah pun perlu bersama.Jangan ego.Jangan sombong.
Si isteri jangan pula terlampau meminta-minta pada suami.Lihat pada kemampuan suami terlebih dahulu.Itu yang suami mampu maka bersyukurlah apa yang ada.Takut-takut kalau Allah tarik ke
Si suami pula jangan mudah melenting dan jangan ego.Suami perlu bijak merancang kewangan bergantung kepada nilai pendapatan kedua-duanya.
Kredit :
Hujan Emas : Ilmu pengurusan kewangan sangatlah penting kepada kita terutama bagi mereka yang kerap mengalami masalah kekurangan pendapatan.Jangan terlalu boros dan ukur pada badan sendiri.Kalau pendapatan gaji sebulan mampu untuk kita guna Saga,jangan mengada nak beli Honda.Takut-takut kereta tergadai,hutang bertambah,apa pun tak selesai.
Kredit :
- http://quranicgen.com/20-tips-pengurusan-kewangan-peribadi/
- https://www.pakdi.net/8-langkah-menguruskan-kewangan-dengan-bijak-dan-sistematik/
- http://www.majalahlabur.com/kewangan/7-cara-ajar-pasangan-uruskan-kewangan/
1 comments:
Blog ini yang sangat membantu dan penuh informasi...
Jemput lawat blog saya pula
http://www.privatemandate.com
Post a Comment