Google Drive Akan Ditamatkan?


Desas-desus mengenai Google Drive akan ditamatkan perkhidmatannya tak lama lagi.Bagi mereka yang gemar menyimpan maklumat di dalam server cloud begini sekiranya benar perkhidmatan Google Drive akan ditamatkan pasti akan mendatangkan rasa cemas bagi mereka.

Sejauh mana kebenaran Google Drive akan ditamatkan perkhidmatan?
Google bakal menamatkan perkhidmatan mereka yang menjadi salah satu mercu tanda bagi Google iaitu Google Drive.Perkhidmatan storan cloud nya ini akan ditamatkan pada Mac tahun depan.

Walau bagaimanapun,pengguna yang mempunyai maklumat di dalam Google Drive boleh beralih kepada perkhidmatan baru mereka bagi menggantikan Google Drive iaitu Drive File Stream yang boleh kini sudah boleh diakses.




Didalam kenyataan di blog rasmi Google yang berpengkalan di Silicon Valley,Google menyatakan pihaknya akan menghantar notifikasi rasmi mengenai pemindahan bermula pada Oktober 2017 nanti.

Tidak dinafikan Google Drive mendapat tempat pertama dan digunakan secara meluas untuk menyimpan pelbagai maklumat di storan cloud seperti dokumen,foto,video dan lain-lain.Bukan itu sahaja,Google Drive juga boleh diakses melalui aplikasi yang dipasang melalui komputer secara percuma dan menawarkan saiz storan berkapasiti sehingga 15GB.

Walau bagaimanapun,setakat ini Google Drive beroperasi pada smartphone masih kekal seperti biasa.



Senang kata,Google Drive bukanlah dihapuskan tetapi dinaik taraf penggunaannya.Google Drive akan digantikan dengan aplikasi baru mereka,Drive File Stream.

Difahamkan,Drive File Stream mempunyai sistem yang lebih baik dan lebih banyak fungsi berbanding Google Drive.Drive File Stream turut menawarkan sistem Backup & Sync.

Senang kata,penggunaan Google Drive masih beroperasi dengan cara yang sama cuma sistem operasinya digantikan dengan lebih baik.Versi Drive File Stream ini boleh dioperasikan melalui komputer dan membenarkan sync folder pengguna di mana sahaja dan folder berkenaan berada di dalam komputer.Kira macam personal server jugak lah.

Difahamkan juga,aplikasi Google Drive akan berakhir pada Disember 2017 dan akan ditutup sepenuhnya pada Mac 2018.Berapa hari bulan tidak dapat dipastikan lagi.Bergantung pada pihak Google.





Kredit :




Hujan Emas : Ramai dikalangan antara kita yang celik IT pasti mengetahui kewujudan aplikasi Google Drive.Boleh simpan maklumat di cloud server dan boleh akses dimana sahaja.Setakat ni tak pernah lagi dengar kes maklumat dalam server cloud kita tu hilang.Boleh dikatakan selamat.Melainkan simpan segala maklumat dalam pendrive.Potensi untuk pendrive hilang atau masuk virus memang besar.(Admin selalu kena.)

0 comments: